Bumi Hijau UPM

09 September 2013

*Satu*

Hampir tiga bulan membiarkan laman blog ini sepi dan kaku. Tiada sebarang kemaskini. Ke manakah kau menghilang selama ini?Dush…cubit pipi diri sendiri.

Dua bulan cuti semester yang lalu. Berapa kali kau berulang-alik? Perjalanan dari UPM ke Penang, Penang ke UPM dan UPM ke Penang semula untuk tuntutan projek ilmiah tahun akhirmu. Allah Maha Mengetahui niat hatimu yang teringin benar untuk merasai nikmat berpuasa dan Ramadhan di bumi barakah tanah hijau ini maka diberi kesempatan melalui tugasan ini untuk merasainya sekali lagi. Solat sunah tarawikh di Masjid UPM bersama Hidayah dan Safura, berbuka puasa dengan Hidayah di The Mines, berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi dan merempit ke Pasar Ramadhan Serdang. Suatu pengalaman yang terlalu mahal harganya.   Namun, mulut masih juga merungut itu dan ini. Mengapakah masih tidak bersyukur?  

Mak tok datang berpuasa di rumah. Sebulan puasa di rumah anak-anak. Ina minta maaf Mak Tok andai tidak meluangkan masa yang cukup bersamamu. Ini baru berdepan tugasan sudah tergugat masa, bayangkan bila kau sudah berkeluarga kelak. Muhasabahlah duhai diri. Walau sesibuk manapun dengan hal ehwal dunia, jangan pernah kau abaikan insan-insan tersayang.


*Dua*

Bulan Syawal yang lalu melakar banyak kenangan. Alhamdulillah, tahun ini Allah masih memberi rezeki untuk pulang beraya di kampong halaman. Negeri Kelantan yang selalu dekat di hati. Jujurnya, aku sukakan suasana hidup di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Aman, damai dan meriah J  Raya kali ini masih terasa kehilangan. Pemergian Bak pada tanggal 5 Mei 2013 yang lalu masih berbekas di nubari. Setiap tahun beraya dengan arwah, tahun ini memang terasa kekurangan. Al-fatihah untuk arwah Bak, Yusoff bin Yaakob. Semoga Allah memberkati bak di sana.

Syawal kali ini juga melakar memori yang tersendiri. Tanggal 24 Syawal 1434H bersamaan 31 Ogos 2013 telah menjadi satu tarikh yang berharga dalam hidup. Fasa kehidupan meningkat ke satu takah hidup yang baharu. Sehebat mana kau merancang di atas kertas, perancangan Allah jauh lebih baik. Tiba saat ini, aku redha dengan segala yang tersurat. Everything happen for a good reason!   

Usai peristiwa tersebut, aku dilanda virus demam yang maha dahsyat. Sudah jenis yang jarang demam, jadi sekali jatuh sakit memang betul-betul sakit. Insya-Allah, aku sangat yakin. Itu kafarah dosa-dosaku. Ya Allah, ampuni daku!

Penutup Syawal menyaksikan kepulanganku ke kampus ditemani Mak, Abah dan Iwan. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan aku kedua ibu bapa yang baik dan memahami jiwa anak gadisnya ini. Menghantarku pulang ke kampus untuk semester akhir di bumi UPM ini, insya-Allah. Sedar tak sedar, air mata mengalir laju seusai keberangkatan mereka pulang ke Penang.


*Tiga*

Bazar Persatuan sempena Minggu Perkasa Putra 2013. Sungguh aku tak sangka akan berada di sini lagi untuk kali ketiga sebagai menyambut adik-adik baharu dan mempromosikan kelab. Sekali bersama Kelab Pantun dan Puisi Cenderawasih, UPM; dua kali bersama KBMUPM. Banyak pengalaman yang kuperoleh selama kurang lebih empat jam di Bukit Ekspo tersebut. Paling seronok apabila terserempak adik-adik Asasi KPZ yang mengenali diri ini. Akak KPZ kan? J Terhibur rasa melihat 1001 karakter pelajar-pelajar baharu ini. Semua masih segar dan bersemangat untuk memulakan kehidupan di kampus. All the best adik-adik. Akak tinggal satu semester sahaja lagi di sini untuk bersama kalian. Time to all out.


Juga persiapan bazaar persatuan KBM yang serba meriah. Aku kagumi semangat saf qiyadah KBM. Al-Banna, YB, Fazri, Aima, Nisa, Kak Dila, Rifqah, Mat KL, dan lain-lain….aku kagumi gerak kerja kalian. Semoga terus bermanfaat untuk ummah.


*Empat*

Cuti semester sudah melabuhkan tirainya. Selesai hari pertama kuliah. Kelas Kaedah Mengajar Bahasa Melayu menjadi perasmi. Ina ke dewan kuliah bersama Kak Janah. Memakai baju kurung cotton jahitan pertamaku J Kelas pertama sudah mendapat tajuk tugasan. Alhamdulillah syukur, Ina dapat tajuk yang kena dengan diri. Mengajar menggunakan medium blog. Allah….Terima kasih atas segala-galanya.

*Lima*

Esok, peperiksaan UPSR akan bermula. Adikku Nur Hazimah bakal menyahut cabaran tersebut. Kudoakan semoga adikku dapat menghadapi peperiksaan dengan tenang. You can do it! Begitu juga dengan adik sepupu, Aiman dan adik abang Zul, Hakimi. Kalian sudah berusaha, yakinlah…kalian pasti berjaya. Insya-Allah.
Dan menjelang peperiksaan besar ini juga mengingatkan aku akan projek yang sedang diusahakan bersama seorang teman. Projek penulisan novel. Ya Allah, permudahkan kami untuk menyiapkan penulisan tersebut.


*Enam*

Jadual semester tujuh yang tenang dan harmoni. Semoga hari Jumaat kekal tiada kelas J Untuk memberi laluan kepada penulisan projek tahun akhirku. Kekerapan penglibatan aktiviti kampus dengan keupayaan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa. Suatu amanah yang perlu aku lunaskan.  

*Tujuh*

Hari ini usai membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Suka baca buku ini. Memang menjadi sumber inspirasi aku untuk terus menukangi projek Kraf Ina Nailofar. Teringin nak tulis ulasan untuk buku tersebut. Insya-Allah.

*Lapan*

Kraf Ina Nailofar sudah ada blog sendiri. Akan dikemaskini dari masa ke masa. J 


“Ya Allah, berkatilah detik masa yang sedang aku lewati.
Kurniakan aku ilham untuk mensyukuri setiap perkara yang aku miliki kini.”

Syukur, Alhamdulillah. J

Salam ceria dan salam inspirasi,
Ina Nailofar. 1:07am. 10/09/2013.



0 Lontarkan KALAM anda: