SALAM MAAL HIJRAH 1435H

04 November 2013

"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"

-------------------------------------
Salam Maal Hijrah 1435H

Alhamdulillah, syukur. Betapa tingginya kasih sayang Allah SWT kerana masih memilih kita untuk merasai nikmat hidup di awal Muharam tahun 1453 Hijrah ini.  Jom, kita rafakkan setinggi kesyukuran kepada-Nya. Terima kasih Allah atas segala-galanya. Jujur, tidak terhitung nikmat yang Kau berikan selama ini. Insaf.

Tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata perasaan pada saat ini. Tetapi, hajat hati sudah terniat untuk menukilkan sesuatu di laman ini. Maka, sedaya upaya aku tumpukan segenap perhatian untuk ke mari. Ya, blog saya datang! Mencoret sesuatu yang berlaku hari ini...alhamdulillah segala-galanya memberikan ketenangan hati dan jiwa. 

Saya baru pulang daripada misi tautan kasih bersama seorang sahabat, kakak dan teman :)
Sudah lama benar beliau mempelawa saya untuk bertandang ke rumahnya. Pelbagai adegan memujuk dan memaksa yang tidak menjadi telah dilakukannya untuk membawaku ke rumahnya. Jangan tidak percaya, beliau pernah membeli tiket KTM untuk saya pada suatu petang lewat pertemuan itu. Padahal beliau sudah maklum saya sudah punya tiket KTM (sudah beli untuk dua hala kan) untuk pulang semula ke kolej. Begitulah, antara butir-butir kesungguhan beliau yang menawan hati untuk menjejakkan kaki ke rumahnya. Alhamdulillah, minggu ini Allah berikan kelapangan waktu untuk itu. Akhirnya, Kepong Sentral menjadi saksi ketibaan saya dan Sri Damansara....saya datang jua! 

Teringat sesuatu, 'jika kita tunaikan hajat orang, urusan kita akan dipermudahkan.'

Ila Husna, terima kasih menerima seadanya diri ini.
Moga ukhwah kita sentiasa disegarkan dengan niat yang paling murni.

Ohya, sebagai ole-ole kenang-kenangan untuk dibawa pulang ke UPM saya sempat merembat enam buah buku miliknya. Senyum. Baru enam buah :)
Itupun setelah lama duduk bertafakur di rak buku yang dikhaskan beliau untuk buku-buku yang telah dibaca. Ya, hanya rak itu. Rak-rak lain yang memuatkan buku-buku baru dan belum dibaca keseluruhannya saya tak usik. Hak orang kan, hormat. Haha...mujur beg sandang saya hanya dapat muatkan enam buah itu. Jika tidak, boleh bayang apa yang berlaku? :) 

Buku-buku yang menjadi impian selama ini. Dah ada depan mata, mana mungkin kulihat sahaja :) 

Ila Husna, pinjam buku untuk tempoh kurang lebih satu ke dua bulan. Ada rezeki, saya datang lagi memulangkannya. Insya-Allah. Jangan marah, nanti sakit datang! Hehe...

Sepanjang perjalanan pergi dan pulang, saya berteman. Zahirnya saya datang berseorangan namun, Allah Maha Memahami...setiap kali memulakan perjalanan seorang demi seorang insan 'baru' hadir. Alhamdulillah, peluang bertaaruf dan bertukar-tukar fikiran sentiasa terbuka. 

Imah, pelajar tahun pertama dari Kolej Kedua. Pertemuan singkat itu tak mungkin akak lupakan. Kamu punya fikrah yang baik. Jujur, perjalanan dari kolej ke KTM, KTM Serdang ke KL Central terasa begitu pantas sahaja masa berlalu. Pelbagai yang kita kongsikan dan akak ucapkan terima kasih kerana keterbukaan kamu bercerita dengan akak. Selamat berjuang dik, empat tahun pengajian tidak lama...huhu.

Itu ceritera waktu pergi...pulang pula. Adik Wanza setia menemani. Kebetulan yang menyenangkan. Sempat berkongsi khabar berita ceritera kehidupan masing-masing. Semoga adik dan kakakmu menjadi permata berharga yang memberi sinar kebahagian yang abadi buat keluargamu di Kuala Lipis, Pahang. Adik tersebut turun di stesen Putra dan saya meneruskan perjalanan ke Serdang. Lihat, ibrahnya? Mana mungkin kutidak bersyukur. Ayat daripada surah Al-Rahman itu sentiasa berlegar-legar di minda. Allahurobbi. 

------------------

Pulang. Buka muka buku. Dapat tahu pemergian seorang insan yang terlibat dalam kemalangan di Turki. Terkesima membaca status uminya, "Kami menghantar anakanda kami ke bumi AlFateh bagi mempersiapkannya untuk umat. Rupa-rupanya Allah mempersiapkannya untuk-Nya."
Lihat, nilai perjuangan dan harapan seorang ibu. Namun, begitulah. Secantik mana perancangan kita, perancangan Allah jauh lebih indah. Semoga bonda arwah, boleh jenguk facebooknya Nur Azlina (punya sebaris nama persisku) diberikan ketabahan hati untuk melalui semua dugaan ini. tetapi saya yakin, beliau kuat kerana beliau merupakan insan terpilih yang hidup di jalan perjuangan. Insya-Allah, mengetahui berita pemergian adik Ammar ini memberikan seribu satu motivasi buat diri.  Betapa amat perlu sebagai ibu bapa kelak mencorakkan minda anak-anak untuk umat. Ibu bapa arwah sudah menunjukkan kita contoh yang terbaik. Allah nilai usaha kan? Insya-Allah, ayuh teruskan legasi perjuangan ini. Semoga arwah adik Ammar ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang soleh. Disemadikan di tempat yang mulia. Pastinya beliau sudah tenang di sana, kita yang masih di sini? Jom, pakat-pakat buat pahala banyak-banyak. Usah tunda-tunda lagi. Tahun baru, segarkan keazaman dan tekad! 

Hari ini menyaksikan peristiwa penting buat negara. Pilihanraya kecil DUN Sungai Limau. Terbaca status seorang penulis yang kuminati, Kak Ummu Hani Abu Hasan, "semoga siapa pun yang memenangi kerusi di DUN Sungai Limau, mereka akan mengiktibari akhlak dan kesederhanaan Allahyarham Ustaz Azizan."
Bukan soal siapa menang yang mahu saya ulaskan di sini tetapi status ini telah membaca saya ke rangkaian video yang memberikan inspirasi. Jom kenali insan hebat ini. Betapa menjadi seorang pemimpin itu tidak mudah dan lihat nilai pengorbanan untuk harga seorang pemimpin. Hanya Allah SWT yang mampu membalas semua itu. 

Sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Ustaz Azizan dan arwah adik Ammar.

Dua kisah ini, motivasi terhebat di awal muharam tahun 1435H. Alhamdulillah. 


Kredit gambar Radio IKIM.fm

Dan pastinya hadiah buat diri semalam...pastinya seusai ziarah Kedai Buku 1Malaysia :)
Masa berbual telefon bersama mak dan abah tadi sudah maklumkan, Ina terbeli buku lagi ^^  ter....hehe 

Hadiah Awal Hijrah 1435 :)

Cuti pertengahan semester, satu perubahan! Insya-Allah. 

II Ina Nailofar II KPZ II 12:27 AM II

3 Lontarkan KALAM anda:

Jamilah Mohd Norddin said...

Awak, buku itu ya yang awak rembat. akak reda. :)

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

haha...perlu redha ya :)

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Mujur beg ina muat banyak tu ja :)