PESTA KONVO UPM 2013

01 November 2013


"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"


Assalamualaikum dan Salam Kemesraan yang berpanjangan…

Terlalu lama meninggalkan laman ini. Hati sentiasa menjerit dan meronta-ronta untuk ke mari namun diri ini masih terus tewas dengan hambatan waktu. Banyak perkara yang melatari kehidupan sepanjang kurang lebih enam minggu yang lalu. Pelbagai perkara yang ingin dikongsikan di sini.


*CERITERA MINGGU LALU….

Gerai Ana Muslim, pastinya :) 

Satu acara besar baru sahaja berlalu. Pesta Konvokesyen UPM 2013 J Seperti rutin kebiasaan sejak tiga tahun yang lalu, jangka masa kurang lebih seminggu itu dihabiskan dengan ulang alik ke Bukit Ekspo dan booth KBMUPM. Alhamdulillah, tahun ini Allah masih izinkan aku untuk sertai acara ini. Mungkin tahun terakhir untuk menjual di Pesta Konvo seperti ini. Sayu juga hati ketika mengenangkan hal ini tetapi itulah kehidupan. Hidup sentiasa perlu pandang ke hadapan. Sepanjang bazaar konvo berlangsung pelbagai kenangan yang tercipta. Insan yang jarang jumpa, boleh turun masa hari kejadian. Ini yang berlaku dengan pertemuan semula dengan Abang Faris, mantan KBM. Selepas beliau menghubungiku dan memaklumkan kedatangannya ke UPM baru aku tersedar sepanjang tempoh kepimpinanku dalam KBM, tidak banyak perubahan yang telah kulakukan. Belum kira apa yang kusumbangkan. Masih tetap sama seperti dahulu…sedangkan jangka masa aku untuk memegang amanah ini kian ke panghujung. Allahurobbi. Maafkan aku yang sering terlupa ini. Pertemuan kami yang hanya beberapa detik itu menjadi medan muhasabah.

Keluarga bahagia mahasiswa :)  

Alhamdulillah sempat kami duduk berbicara bersama. 

Bukit Ekspo menjadi saksi jalinan ukhwah ini. Setiap insan itu bersaudara bukan?


            Tahun 2013 ini menyaksikan ramai kaum kerabat KBM yang bergraduat. Tahniah kuucapkan buat kalian. Tahun depan, insya-Allah giliranku pula. Maka, harus fokus kembali menukangi tesis ya J

Anugerah Graduan Cemerlang tu :)

Tahniah sahabatku, Fatin Zahidah. Kejayaanmu ini pasti lebih manis dengan kemuncak penghijrahan dirimu. Sesungguhnya kamu amat berani, senekad mujahidah terdahulu. Ina takkan lupa detik waktu yang kita lalui bersama pada semester yang lalu. Sama-sama mencuri masa di hujung minggu untuk mengikuti kelas taalim. Semoga Allah terus-menerus memberkatimu dan keluarga. Selalu menjadi padi ya, lagi berisi lagi tunduk. Ina sayang bangat sama kamu.

Sedang tebus hadiah konvo :)

Kak sabariah. Allah takdirkan kita bertemu dalam keadaan yang tidak terjangka. Pastinya berdekatan dengan pokok. Pokok? Yelah, graduan dalam bidang pertanian. Tahniah kak. Kamu obor perjuangan. Kita juga punya momen indah yang takkan Ina lupakan. Ingat lagi kan bagaimana kita merempit bersama dalam renyai hujan sewaktu pulang daripada program Tautan Hati tahun 2012 yang lalu dan singgah ke MAHA 2012. Kita menghabiskan masa bersama petang itu. Malamnya pula, Allah atur kita dengan sesuatu perkara yang tidak dijangka. Kamu sangat baik hati. T-shirt muslimahmu yang koyak dek keberanian memanjat pagar itu belum kuganti walaupun hajat hati dah lama nak gantikan. Belum sebut lagi musafir bersama kita ke Kampung Orang Asli di Kuala Mu, Sungai siput Perak. Kematanganmu memimpin kami ketika itu sangat menyerlahkan kewibawaanmu.  Terlalu banyak sebenarnya peristiwa yang telah kita lalui bersama. Semuanya manis dalam kenangan. Semoga Allah memberkati segala pekerjaan yang kamu lakukan. Selamat menabur bakti di bumi sang penyu.

Bersama ayah bonda di hari bahagia mereka.
Kak Enon terbaik! :)

Kak Ainon Dzahirah yang comel yang sentiasa anggun di mataku. Alhamdulillah, Allah masih izinkan kita untuk bertemu. Lewat panggilan telefonmu yang sangat comel, memarahiku kerana tiada di bilik sewaktu kamu datang ke kolejku. Ina jadi senang hati bila dengar kamu solat di Surau kolejku…hehe  Himpitan kelas biasalah…rutin setiap kali pesta konvo berkejar-kejaran J Tertunai hajat hati nak hadiahkan kamu dengan produk krafku yang tidak seberapa. Terima kasih kerana sudi datang malam-malam ke mari untuk bertemu kami. Kak Ainon, kita juga menyimpan momen indah yang sentiasa segar diingatan Ina. Paling segar sewaktu persiapan menuju ke Kembara Amal Kampung Orang  Asli kita dahulu…kita berusaha berhempas pulas mencari tajaan. Pindah randah ke sana ke mari selama seminggu itu sebelum program. Kereta kamulah yang banyak berjasa. Promot banner program di facebook. Betapa gembiranya kamu tatkala ada ahli keluarga yang sudi memberikan sumbangan wang ringgit masa itu. Ohya, Ina juga sempat berkunjung ke teratak kak Ainon di Tanjung Karang. Walaupun kunjungan yang hanya sekitar dua jam namun keperamahan ibumu menjadi kenangan. Tidak keterlaluan Ina katakana, itulah kali pertama Ina sampai di daerah kelahiranmu. Bernasyid bersama dalam kereta comelmu. Indah…sangat-sangat indah. Semoga Allah sentiasa melimpahkan kebahagian buatmu dan insan-insan tersayang.

Bestnya tengok...terpapar di skrin besar :)

Kak Amalina Ismail…dalam ramai-ramai mantan dalam KBM, kamulah yang selalu buat kerja ‘giler’ bersamaku. Haha…dan lagi manis Pesta Konvo kali ini pun kamu sempat turun tolong berniaga walaupun kamu sepatutnya meraikan kejayaan dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Lihat, semangat luar biasanya? Kamu juga pernah ketuk bilikku seawall jam 4 pagi. Ya, jam 4 pagi….masih kuingat tika itu, kamu sudah letih benar nampaknya. Maaf, keculasan tidurku hingga tak sedar panggilan dan mesej yang kauhantarkan. Pastinya seusai program itu. Lihat, kesungguhannya? Lagi…kita punya minat yang sama. Cinta kepada bidang penulisan. Dan hasil tulisannya amat berkuasa. Punya minat membaca yang tinggi. Masih basah diingatan, kita pernah membaca di KTM UKM sewaktu menunggu tren untuk ke UIAM J Kerna minat ini juga kita pernah musafir ke Perkampungan Penulis…Ina respek benar sama kamu. Graduan bidang kejuruteraan proses dan makanan yang segar minat menulis. Ina doakan semoga suatu hari nanti, masyarakat dapat menikmati idea dan buah fikiranmu. Kak Amal, terus mengejar cintamu. Tahniah, penerima anugerah pelajar terbaik Fakulti Kejuruteraan UPM! Hebat bangat.

Kak Cha yang manis, ini latar tempat yang wajin tangkap gambar sebelum konvo..hehe

Kak Hafsah yang cantik dan periang J Seorang kakak yang sibuk memanjang…juga graduat tahun ini. Kita juga punya momen bersama. Ina takkan lupa kesediaanmu untuk memangku jawatan sementara memberikan tempoh masa untukku bersedia. Kononnya tempoh persediaan untukku. Walaupun pada hakikatnya kamu sangat sibuk dengan tugasan kuliahmu yang tidak seperti orang lain. Sangat Ina hargai kesediaan dirimu itu. Beralah kata orang. Ingat lagi, betapa tegasnya kamu menjawab persoalan Kak Tiqah dalam kereta sewkatu pulang dari KLCC tentang jawatan ini. Ha, itu cerita lama!Senyum. Ohya, kemuncak yang mengakrabkan kita pastinya di KEKANDA 2012. Akak menjadi kem komander, katanya…hehe  Ingat lagi, di malam yang gelap gulita kita buat sesi burung hantu untuk adik-adik. Dikau mengajarkan kuterjemahan surah. Dan kerja giler usikan kasih sayang di maalm hari. Tidur terbaring di tengah jalan. Jika Ina jadi adik peserta program mesti dah gerun dan lari patah balik bila jumpa malam-malam. Hehe…seorang kakak yang kuat perjuangannya dengan KPIJ. Selamat maju jaya dalam kerjaya yang diceburi!

Kak Tikah....Bahagia di samping insan-insan tercinta :)

Seindah nama, ‘Atiqah Syairah…indah lagi kehebatan peribadi. Kak Tiqah juga konvo tahun ini. Tahniah ya! Dalam ramai-ramai insan yang Ina bercerita di atas, masa Kak Tiqah ini paling mencabar. Sebabnya terlalu banyak kenangan yang melitari kehidupan di bumi UPM ini. Sempoi dan bersahaja orangnya. Punya baka yang baik, tidak hairanlah bakat kepimpinan dan kepetahan berkata-kata amat memukau setiap audien yang mendengar. Seorang yang amat mengambil berat terhadapku. Sewaktu beliau di bumi Australia menjalani praktikal masih sempat menghubungiku bertanya khabar tentang KBM. Lihat semangat juang dakwahnya? Paling kemuncak program malam tahun baharu yang saban tahun kuikuti. Beliau inilah yang sangat gigih mengetuainya. Ke mana sahaja program yang kusertai, pasti beliau ada. Ya, setiap program pasti ada! Hinggakan kemuncak kukira, beliau tertidur kepenatan di dalam kereta yang dipandu oleh Kak Ainon sewaktu perjalanan pulang ke UPM dari Kuala Selangor. Inilah insan yang menjadi menara hidayah buat banyak jiwa. Allah, berkatilah Kak Tiqah. Inilah bayangan muslimah masa hadapan yang Syeikh Al-Qaradawi lakarkan dalam buku kecil itu. Tahniah Kak Tiqah!

Ramai lagi yang konvo tahun ini…kaum kerabat KBM. Amam, Ilyas, Ambo Zul dll…Cuma ini yang sempat kuingati setiap detik manis yang dilalui bersama.

Juga seorang lagi nak juga bercerita. Kak Ummi Nazifah J Mentor secara tidak rasmi sepanjang musafir ilmu di bumi UPM. Dengan kak Ummi pastinya Pesta Pantun Bestari yang mengakrabkan kami. Program Tunas Kecemerlangan di SMKA Maahad Hamidiah Kajang juga, ke Pesta Buku juga. Kemuncak yang menunjukkan manisnya ukhwah kerana Allah itu ialah dia percayakan aku untuk membelikan baju t-shirt muslimah untuknya. Hingga kini, aku masih berhutang gambar setiap program bersama. J Ya Allah, berkatilah kehidupan Kak Ummi di samping suami dan keluarga tersayang.

Abang Izwan (geng pantun juga), Kak Ummi dan Kak Yana :)
Insya-Allah bakal guru BM yang cemerlang. 


Demikianlah ceritera Pesta Konvo UPM. Bagi Ina, paling manis tahun ini ialah kaum kerabat mak, abah, adik-adik, ayong, Abang Zul dan Zufar sempat datang melawat gerai jualan Ina. Sukanya. Walaupun seketika, singgah untuk ambil Ina dan pergi kenduri Abang Taha di Pantai Dalam, KL. Nikmat terbesar yang harus Ina syukuri. Terima kasih Allah!

****Semoga hajat hati untuk graduat pada tahun hadapan menjadi kenyataan. Yakin dan usaha menyantuni Projek Tahun Akhir J  


Terima kasih kerana meminjamkan sudut comel ini untuk Galeri Kraf Nailofar :) 

0 Lontarkan KALAM anda: