MALAM CITRA WARNA TAUTAN KASIH 2013

05 December 2013

"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"


Bagai semalam baru berasa lelah menjadi AJK Pelaksana Program untuk Malam Citra Warna Tautan Kasih 2012 bagi meraikan pelajar senior. Masih basah di fikiran bagaimana kami berlari-larian ke Nilai untuk membeli hadiah sebagai cendehati kepada para senior. Dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan harga yang terbaik. Malamnya pula berkampung dibilikku untuk membungkus hadiah-hadiah. Tidur tidak menentu semata-mata ingin menyediakan yang terbaik.

Kini....semalam, aku pula diraikan dalam majlis yang gilang-gemilang Malam Citra Warna Tautan Kasih 2013 yang bertempat di Restoran D'tasek UNITEN. Tempat yang selalu aku singgahi, masjid UNITEN. Namun, tidak pernah aku perasan akan kewujudan restoran ini. Terima kasih para junior semester 5 kerana memilih tempat yang telah melakar kenangan dan mencetus momen indah sebagai penyeri alam varsiti yang hanya berbaki beberapa minggu lagi. 

Sampai tahap ini, aku perlu menerima hakikat bahawa detik waktu berlalu dengan begitu pantas. Begitu juga dengan tempoh pengajian ini. Jangka masa empat tahun yang jika dahulu kurasakan begitu lama tetapi kini? Allah...terima kasih atas segala anugerah yang Kau kurniakan kepadaku sepanjang tempoh kembara di Bumi Hijau ini. Nikmat bersahabat....nikmat berukhwah. Telah mengajar aku pelbagai episod kehidupan yang mematangkan ufuk fikir diri ini. Terima kalian sahabat-sahabat PBMP yang banyak memberi bantuan dan dorongan sepanjang aku berkelana di kampus ini.

Bersama kekanda Janah dan Umi Hasna. Kami bertiga puteri minor PI. 
Insya-Allah sahabat hingga ke Syurga. 

Wajah-wajah manis dan tenang yang telah bersama-samaku sepanjang musafir ilmu di bumi UPM.

Kadangkala bertiga...kadangkala berempat. 
Ina sayang kalian. Kredit gambar kepada Acu Nurul. 

Teman-teman yang mewarnai kanvas perjuangan ini.

Bersama Zulaikha Ibrahim. Jiran sebelah bilikku :) 

Bersama adik menteeku, maafkan akak ya sepanjang bergelar mentormu. 
Beliau pengacara majlis malam itu, akak bangga denganmu dik!

Adik Lin yang manis. Bermula dengan kelas yang sama dan 'emel kepada editor' mengakrabkan kami. 
Terus menulis dik. Akak yakin dengan kesungguhanmu!

Cenderahati kenang-kenangan. 

**Hadiah pertukaran hadiah--Cenderahati dari semester 3--hadiah Dinner**
Bukan nilai yang menjadi ukuran, keprihatinan kalian menyediakan sesuatu buat kenangan cukup mengesankan. 


Citrawarna Kenangan (Nukilan Dr. Ghazali Lateh)

Tanpa sedar telah terlalu banyak
butir-butir kenangan yang terhimpun
dan kita karang dengan benang emas
bercantum dalam untaian mesra.

Tanpa sedar kita perlu melafazkan
salam perpisahan dalam senyum santun
melepaskan segala rajut kenangan
tersirat dalam citrawarna aneka
seindahnya.

Berhentilah sejenak untuk merenung
sebelum kauucapkan sekian kalinya
selamat tinggal bilik kuliah
selamat tinggal kolej kediaman
selamat tinggal padang permainan
selamat tinggal rakan taulan.

Ingatlah di sini suatu ketika
kita bina sebuah taman inderaloka
penuh gegar ketawa senyum canda
sesekali digugat hiba menangisi luka
dan kitapun menjadi dewasa
seadanya.

Barangkali selepas ini kita lebih mandiri
tanpa melepaskan ikatan haluan diri
selamat tinggal kafetaria
selamat tinggal panggung percubaan
selamat tinggal beban tugasan
selamat tinggal pengajaran mikro
selamat tinggal Bukit Ekspo
selamat tinggal resah dan risau
selamat tinggal kampus hijau.

Pasti membekas di laman nurani
setiap detik setiap lafaz begitu begini
intailah wajah-wajah yang sering hadir
tatkala perpisahan semakin hampir.

Runduklah dan hening diri seketika
mengingati masa lalu dan meramal hari muka
dalam palitan citrawarna aneka
sebelum melangkah ke ruang terbuka.


Pra-FYP :) 
Doakan proses akhir  FYP berjalan lancar. 

Sebelum viva menjelang pada 23 Disember 2013... usaha yakin berjaya!

Salam sayang,
Ina Nailofar, KPZ.
1:48 PM

0 Lontarkan KALAM anda: