MINGGU ULANGKAJI SEMESTER 7

27 December 2013

"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Kembali bertemu di laman blog kesayangan ini. Bingkisan Hayat nama diberi J
Semoga apa yang terlakar dalam blog ini menjadi saksi bahawa diri ini sedaya upaya memanfaatkan tempoh keremajaan lalu dan kedewasaan yang sedang ditempuh kini dengan sebaiknya. Insya-Allah.

Hari ini tanggal 28 Disember 2013. Berbaki kurang lebih tiga hari lagi untuk melangkah ke tahun baharu 2014. Pejam celik, pejam celik….minggu kuliah sudah melabuhkan tirainya. Kuliah semester ketujuh sudah berakhir. Allahurobbi. Sesuatu yang pasti, Ina sedang melalui cuti minggu ulangkaji yang penuh dengan atur caranya.

Penghujung minggu ke-14 yang lalu, syukur Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan untuk Ina melunaskan segala-galanya. Bermula dengan agenda pertemuan Ina dan sahabat baik, Norliana Abdul Aziz. Sudah berpangkat Puan Liana J  Selamat pengantin baru. Tahniah Liana. Ina minta maaf sebab tidak ada di hari istimewa kamu. Liana kahwin masa Ina sedang sibuk berjihad di sini. Terima kasih sebab faham keadaan Ina ya. Kebetulan Liana mengikut suami datang kursus di Kajang, maka pelawaan Liana tidak sanggup Ina hampakan. Dalam kesibukan bersiap siaga untuk viva FYP, dalam ruang waktu yang amat terhad. Kita sempat keluar bersama ke Jalan TAR. Menemani kamu membeli barang mentah kraf dan telekung solat. Ina senang sekali waktu itu Liana. Peribadi Liana memang hebat. Sempat juga Liana berkongsi cerita tentang pengalaman viva, konvo, kahwin dan lain-lain. Paling melekat di fikiran, bagaimana Liana menolong seorang kakak yang terjatuh di ruang wuduk kerana licin. Tindakan drastikmu mencari ubat dan menawarkan diri membantu menyapu minyak kepadanya amat menawan hatiku. Sampai tahap ini, Liana layak berada di mana Liana berada sekarang.  Semoga Allah memberkati rumah tangga yang baru dibina dan bahagia bersama si dia J
Pertemuan kita melunaskan rindu yang berada di kalbu. Betapa aku bersyukur punya seorang sahabat yang sangat cantik, baik hati lagi solehah. Semoga Ina lebih menghargai nikmat ukhwah ini.
Sepulangnya dari outing indah itu, sedaya upaya difokuskan untuk persediaan viva.

Tanggal 23 Disember 2013. Perbentangan Projek Ilmiah Tahun Akhirku. Alhamdulillah, segala-galanya berlangsung dengan baik. Allah, terasa mudah segala-galanya. Ina dinilai oleh Puan Suria Salim. Ina pembentang kedua selepas sahabat yang manis, Hidayah yang tenang membentangkan kajiannya. Respon dan komen yang sangat positif daripada penilai. Puan Suria Salim sangat ceria, hinggakan tempoh waktu 2 jam yang diperuntukkan berlarutan hingga 4 jam! Bagaikan berada di dalam dewan kuliah, mendengar cerita akan pengalaman beliau dalam bidang kepimpinan dan sempat juga menitipkan nasihat untuk kami yang bakal keluar berpraktikal kelak. Alhamdulillah. Mana nak dapat penilai yang baik sebegini? Bebas dari sebarang tekanan semasa pembentangan projek ini. Setelah melalui pelbagai tempoh turun naik ketika pembikinan projek ini, Ina dah mampu menarik nafas lega. Soal markah? Jujurnya, Ina tak risau. Sebab Ina yakin dengan usaha yang sudah dilaburkan selama ini. Ina tawakal kepada Allah SWT. Baik menurut-Nya, baiklah untuk Ina. Insya-Allah, janji Allah tak pernah mengecewakan.

Viva Ina :) Moga Allah redha. 

Puan Suria Salim yang baik hati :) 


Seusai segalanya, hantar CD FYP di bilik Dr. Jamaliah Abdul Hamid (Penyelia FYP Ina), Ina bergerak ke Pejabat Pos UPM. Hantar tempahan keychain kraf untuk pelanggan dan pos hadiah GA. Allah permudahkan langkah untuk ini. Ina bersyukur sangat, ruang masa dikala fikiran tegang sedikit boleh diisi dengan membuat kraf. Dapat juga Ina rehatkan minda di samping menjana kewangan (memang nazak hujung-hujung semester kan) dan dapat juga tautkan ukhwah dengan insan lain. Paling gembira bila barang sampai dan pelanggan puji senang hati bila membeli bersama GKN. Syukur ya Allah.
Pulang urus diri. Mendobi baju. Memang masa agak terbabas minggu lalu. Usai segalanya, hajat hati mahu rehat sebentar tetapi Allah takdirkan dengan panggilan dari Dr. Jamaliah Abdul Hamid untuk bertemu dengannya dengan membawa muka surat pengesahan tesis untuk ditanda tangan. Kelam kelibut juga print. Yelah, baru pagi bentang viva, petang dah disahkan laporan. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan ini. Dapat jumpa Dr. Jamaliah. Beliau ucap tahniah dan sangat gembira dengan kerja kami. Syukur. Terima kasih Dr. Jamaliah kerana bantuan dan tunjuk ajar sepanjang kami berada di bawah penyeliaanya. Tangisan dan jerih perih yang dilalui semalam rupa-rupanya pelangi yang indah untuk hari ini. Green light untuk jilid. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati urusan Dr. Jamaliah dan keluarga! J  

Ina puasa hari itu. Usai pertemuan syahdu itu, Kak Janah mengajak ke pasar malam Serdang. Memang terdetik untuk pasar malam, ternyata Allah permudahkan lagi. Alhamdulillah. Dingin hujan petang itu turun bersama rahmat yang terlalu mahal nilainya.

Ceritera minggu ulangkaji Ina diteruskan lagi. Keesokkan harinya, dipermudahkan urusan. Pagi urusan sijil untuk program Maahad dan lepas-lepas. Pergi ke BHEP dengan Kak Janah. SEpulangnya ke kolej, mendapat khabar gembira bahawa cek pembayaran untuk program Maahad sudah siap. Alhamdulillah. Petang, dipermudahkan pula untuk ke Mydin Putrajaya bagi membeli kertas Double A (2 rim tahu, hehe) khas untuk percetakan laporan FYP ini. Sememangnya harga di sini lebih murah. Terima kasih sahabat. J  Ina bertekad untuk cetak sendiri, dapat jimat kos di sini. Cuma hantar kedai untuk jilidkan sahaja. Hujung-hujung semester kan, huhu. Lancar hari itu.

Esoknya. Cuti umum Krismas. Saf qiyadah KBMUPM punya agenda untuk ziarah rumah mantan-mantan KBM yang berdekatan.  Mula dengan rumah Pak Yob, rumah Prof. Dr. Aspollah (kebetulan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-62) dan rumah Dr. Osman…Ina tak pernah sangka yang Ina akan datang lagi ke rumah mereka ini sebagai pimpinan atasan. Dulu, Ina ikut kakak-kakak sahaja. Kali ini, Ina hadir mengetuai mereka. Allahurobbi. Terima kasih kerana izinkan aku untuk melunaskan amanah (mengenalkan adik-adik yang bakal meneruskan legasi kepimpinan KBM kepada mantan-mantan hebat KBM) ini sebelum aku keluar berpraktikal. Semua yang Allah aturkan ini sangat terbaik dan tepat pada masa dan ketikanya. Masa percuma sepanjang hari. Sedap sangat, rasa ikhlas mereka menyambut dan menerima kedatangan kami. Indah kan hidup berjemaah? Jujur, rasa sayang nak tinggalkan semua ini. Tambah pula kejadian petang hari yang memberi impak di kalbu. Ina rasa tersentuh dengan kata-kata Aima, susah senang kita bersama! Allah….sayangnya akan adik-adik KBM. Maafkan akak ya andai selama ini tak menjalankan sepenuh tanggungjawab kepada kalian. Itu ceritera Rabu yang penuh memori.

Sebelum berangkat...

Di rumah Dr. Osman :) 

Rumah Pak Yob :) 

Khamis dan Jumaat. Kembali belajar kereta. Tarbiyah dari Sang Pencipta tak pernah henti. Ina bersyukur sesangat.  Jika dulu, Ina rasa agak menyesal tak ambil lessen awal-awal tetapi kini rupa-rupanya Allah nak tarbiyah Ina melalui cara ini. Kena dengan niat Ina juga untuk hasilkan ‘benda’ itu. Allah bagi Ina lalui pengalaman itu. Alhamdulillah. Semoga Ina berjaya melalui Ujian Memandu JPJ pada 7 Januari 2014 nanti. Ini modal Ina untuk hidup lebih berjasa, insya-Allah.

Demikian, ceritera  minggu cuti ulangkaji yang terakhir di bumi barakah UPM. Penuh warna-warni dan berderetan momen-momen indah yang sangat bermakna. Terima kasih ya Allah. Jom semak jadual imtihan. Insya-Allah hanya 3 kertas yang bakal diduduki semester ini dan istimewa selit juga test kereta. Persiapan Ina untuk keluar berpraktikum mengajar, Insya-Allah. Moga dipermudahkan.

30 Disember 2013 (Isnin)
Asas Bimbingan dan Kaunseling
4 Januari 2014 (Sabtu)
Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran BM
6 Januari 2014 (Isnin)
Kaedah Mengajar BM
7 Januari 2014 (Selasa)
Ujian Memandu JPJ

***Mohon tembak doa ya J

Rutin tiap semester, tak lengkap jika Ina tak refleksi semula perjalanan sepanjang semester ketujuh ini. Medan muhasabah. Medan Pencetus Inspirasi. Medan memugar semangat.

Sebelum santun diatur menekuni ulangkaji.

Insya-Allah bersambung entri seterusnya.

**Talian internet USPOT sangat baik. Penangan kampus hijau yang sunyi menjelang study week. Ke mana mahasiswa ini pergi?

Ina Nailofar, KPZ

1:27PM

1 Lontarkan KALAM anda:

Juliet ❤ said...

DAFTAR DI WHOHAA! DAN DAPATKAN GADGET IMPIAN. HANYA KUMPUL POINTS DAN TAK BERBAYAR ;)

http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/12/siapa-belum-join-whohaa.html