30
Disember 2013 (Isnin)
|
Asas
Bimbingan dan Kaunseling
|
4
Januari 2014 (Sabtu)
|
Aplikasi
Komputer Dalam Pengajaran BM
|
6
Januari 2014 (Isnin)
|
Kaedah
Mengajar BM
|
7
Januari 2014 (Selasa)
|
Ujian
Memandu JPJ
|
MINGGU ULANGKAJI SEMESTER 7
27 December 2013
"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"
Assalamualaikum WBT
dan Salam Sejahtera.
Kembali bertemu di
laman blog kesayangan ini. Bingkisan Hayat
nama diberi J
Semoga apa yang
terlakar dalam blog ini menjadi saksi bahawa diri ini sedaya upaya memanfaatkan
tempoh keremajaan lalu dan kedewasaan yang sedang ditempuh kini dengan
sebaiknya. Insya-Allah.
Hari ini tanggal 28
Disember 2013. Berbaki kurang lebih tiga hari lagi untuk melangkah ke tahun
baharu 2014. Pejam celik, pejam celik….minggu kuliah sudah melabuhkan tirainya.
Kuliah semester ketujuh sudah berakhir. Allahurobbi. Sesuatu yang pasti, Ina sedang
melalui cuti minggu ulangkaji yang penuh dengan atur caranya.
Penghujung minggu
ke-14 yang lalu, syukur Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan untuk Ina
melunaskan segala-galanya. Bermula dengan agenda pertemuan Ina dan sahabat
baik, Norliana Abdul Aziz. Sudah berpangkat Puan Liana J Selamat pengantin baru. Tahniah Liana. Ina
minta maaf sebab tidak ada di hari istimewa kamu. Liana kahwin masa Ina sedang sibuk
berjihad di sini. Terima kasih sebab faham keadaan Ina ya. Kebetulan Liana
mengikut suami datang kursus di Kajang, maka pelawaan Liana tidak sanggup Ina
hampakan. Dalam kesibukan bersiap siaga untuk viva FYP, dalam ruang waktu yang
amat terhad. Kita sempat keluar bersama ke Jalan TAR. Menemani kamu membeli
barang mentah kraf dan telekung solat. Ina senang sekali waktu itu Liana.
Peribadi Liana memang hebat. Sempat juga Liana berkongsi cerita tentang
pengalaman viva, konvo, kahwin dan lain-lain. Paling melekat di fikiran,
bagaimana Liana menolong seorang kakak yang terjatuh di ruang wuduk kerana
licin. Tindakan drastikmu mencari ubat dan menawarkan diri membantu menyapu
minyak kepadanya amat menawan hatiku. Sampai tahap ini, Liana layak berada di
mana Liana berada sekarang. Semoga Allah
memberkati rumah tangga yang baru dibina dan bahagia bersama si dia J
Pertemuan kita melunaskan
rindu yang berada di kalbu. Betapa aku bersyukur punya seorang sahabat yang
sangat cantik, baik hati lagi solehah. Semoga Ina lebih menghargai nikmat
ukhwah ini.
Sepulangnya dari
outing indah itu, sedaya upaya difokuskan untuk persediaan viva.
Tanggal 23
Disember 2013. Perbentangan Projek Ilmiah
Tahun Akhirku. Alhamdulillah, segala-galanya berlangsung dengan
baik. Allah, terasa mudah segala-galanya. Ina dinilai oleh Puan Suria Salim.
Ina pembentang kedua selepas sahabat yang manis, Hidayah yang tenang
membentangkan kajiannya. Respon dan komen yang sangat positif daripada penilai.
Puan Suria Salim sangat ceria, hinggakan tempoh waktu 2 jam yang diperuntukkan
berlarutan hingga 4 jam! Bagaikan berada di dalam dewan kuliah, mendengar
cerita akan pengalaman beliau dalam bidang kepimpinan dan sempat juga
menitipkan nasihat untuk kami yang bakal keluar berpraktikal kelak.
Alhamdulillah. Mana nak dapat penilai yang baik sebegini? Bebas dari sebarang
tekanan semasa pembentangan projek ini. Setelah melalui pelbagai tempoh turun
naik ketika pembikinan projek ini, Ina dah mampu menarik nafas lega. Soal
markah? Jujurnya, Ina tak risau. Sebab Ina yakin dengan usaha yang sudah
dilaburkan selama ini. Ina tawakal kepada Allah SWT. Baik menurut-Nya, baiklah
untuk Ina. Insya-Allah, janji Allah tak pernah mengecewakan.
Viva Ina :) Moga Allah redha.
Puan Suria Salim yang baik hati :)
Seusai segalanya, hantar
CD FYP di bilik Dr. Jamaliah Abdul Hamid (Penyelia FYP Ina), Ina bergerak ke
Pejabat Pos UPM. Hantar tempahan keychain kraf untuk pelanggan dan pos hadiah
GA. Allah permudahkan langkah untuk ini. Ina bersyukur sangat, ruang masa
dikala fikiran tegang sedikit boleh diisi dengan membuat kraf. Dapat juga Ina
rehatkan minda di samping menjana kewangan (memang nazak hujung-hujung semester
kan) dan dapat juga tautkan ukhwah dengan insan lain. Paling gembira bila
barang sampai dan pelanggan puji senang hati bila membeli bersama GKN. Syukur
ya Allah.
Pulang urus diri. Mendobi
baju. Memang masa agak terbabas minggu lalu. Usai segalanya, hajat hati mahu
rehat sebentar tetapi Allah takdirkan dengan panggilan dari Dr. Jamaliah Abdul
Hamid untuk bertemu dengannya dengan membawa muka surat pengesahan tesis untuk
ditanda tangan. Kelam kelibut juga print. Yelah, baru pagi bentang viva, petang
dah disahkan laporan. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan ini. Dapat jumpa Dr.
Jamaliah. Beliau ucap tahniah dan sangat gembira dengan kerja kami. Syukur.
Terima kasih Dr. Jamaliah kerana bantuan dan tunjuk ajar sepanjang kami berada
di bawah penyeliaanya. Tangisan dan jerih perih yang dilalui semalam
rupa-rupanya pelangi yang indah untuk hari ini. Green light untuk jilid.
Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati urusan Dr. Jamaliah dan keluarga! J
Ina puasa hari itu.
Usai pertemuan syahdu itu, Kak Janah mengajak ke pasar malam Serdang. Memang
terdetik untuk pasar malam, ternyata Allah permudahkan lagi. Alhamdulillah.
Dingin hujan petang itu turun bersama rahmat yang terlalu mahal nilainya.
Ceritera minggu
ulangkaji Ina diteruskan lagi. Keesokkan harinya, dipermudahkan urusan. Pagi
urusan sijil untuk program Maahad dan lepas-lepas. Pergi ke BHEP dengan Kak
Janah. SEpulangnya ke kolej, mendapat khabar gembira bahawa cek pembayaran
untuk program Maahad sudah siap. Alhamdulillah. Petang, dipermudahkan pula untuk
ke Mydin Putrajaya bagi membeli kertas Double A (2 rim tahu, hehe) khas untuk
percetakan laporan FYP ini. Sememangnya harga di sini lebih murah. Terima kasih
sahabat. J Ina bertekad untuk cetak sendiri, dapat jimat
kos di sini. Cuma hantar kedai untuk jilidkan sahaja. Hujung-hujung semester
kan, huhu. Lancar hari itu.
Esoknya. Cuti umum
Krismas. Saf qiyadah KBMUPM punya
agenda untuk ziarah rumah mantan-mantan KBM yang berdekatan. Mula dengan rumah Pak Yob, rumah Prof. Dr.
Aspollah (kebetulan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-62) dan rumah Dr. Osman…Ina
tak pernah sangka yang Ina akan datang lagi ke rumah mereka ini sebagai
pimpinan atasan. Dulu, Ina ikut kakak-kakak sahaja. Kali ini, Ina hadir
mengetuai mereka. Allahurobbi. Terima kasih kerana izinkan aku untuk melunaskan
amanah (mengenalkan adik-adik yang bakal meneruskan legasi kepimpinan KBM
kepada mantan-mantan hebat KBM) ini sebelum aku keluar berpraktikal. Semua yang
Allah aturkan ini sangat terbaik dan tepat pada masa dan ketikanya. Masa
percuma sepanjang hari. Sedap sangat, rasa ikhlas mereka menyambut dan menerima
kedatangan kami. Indah kan hidup berjemaah? Jujur, rasa sayang nak tinggalkan
semua ini. Tambah pula kejadian petang hari yang memberi impak di kalbu. Ina
rasa tersentuh dengan kata-kata Aima, susah senang kita bersama! Allah….sayangnya
akan adik-adik KBM. Maafkan akak ya andai selama ini tak menjalankan sepenuh
tanggungjawab kepada kalian. Itu ceritera Rabu yang penuh memori.
Sebelum berangkat...
Di rumah Dr. Osman :)
Rumah Pak Yob :)
Khamis dan Jumaat. Kembali
belajar kereta. Tarbiyah dari Sang Pencipta
tak pernah henti. Ina bersyukur sesangat. Jika dulu, Ina rasa agak menyesal tak ambil lessen
awal-awal tetapi kini rupa-rupanya Allah nak tarbiyah Ina melalui cara ini. Kena
dengan niat Ina juga untuk hasilkan ‘benda’ itu. Allah bagi Ina lalui
pengalaman itu. Alhamdulillah. Semoga Ina berjaya melalui Ujian Memandu JPJ
pada 7 Januari 2014 nanti. Ini modal Ina untuk hidup lebih berjasa,
insya-Allah.
Demikian, ceritera minggu cuti ulangkaji yang terakhir di bumi
barakah UPM. Penuh warna-warni dan berderetan momen-momen indah yang sangat
bermakna. Terima kasih ya Allah. Jom semak jadual imtihan. Insya-Allah hanya 3
kertas yang bakal diduduki semester ini dan istimewa selit juga test kereta. Persiapan
Ina untuk keluar berpraktikum mengajar, Insya-Allah. Moga dipermudahkan.
***Mohon
tembak doa ya J
Rutin
tiap semester, tak lengkap jika Ina tak refleksi semula perjalanan sepanjang
semester ketujuh ini. Medan muhasabah. Medan Pencetus Inspirasi. Medan memugar
semangat.
Sebelum
santun diatur menekuni ulangkaji.
Insya-Allah
bersambung entri seterusnya.
**Talian internet USPOT sangat
baik. Penangan kampus hijau yang sunyi menjelang study week. Ke mana mahasiswa
ini pergi?
Ina
Nailofar, KPZ
1:27PM
Sentuhan Idea :
♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 Lontarkan KALAM anda:
DAFTAR DI WHOHAA! DAN DAPATKAN GADGET IMPIAN. HANYA KUMPUL POINTS DAN TAK BERBAYAR ;)
http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/12/siapa-belum-join-whohaa.html
Post a Comment