Tazkirah

20 February 2009

Dalam kehidupan untuk meraih kecemerlangan, kita perlulah ingat bahawa banyak yang bakal kita tempuhi. Allah berfirman : “ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja ) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?” ( Al-Ankabuut : 2 )

Dalam Surah Al-Baqarah ( ayat 155 ) pula Allah berfirman : “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…”

“Sesungguhnya Malaikat Jibrail itu diutuskan bagi menyempurnakan hajat manusia. Apabila seorang kafir itu memohon. Allah memerintahkan Jinrail agar menunaikan hajatnya kerana Allah benci mendengar kata-katanya tetapi apabila seorang hamba Muslim yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan Jibrail agar menahan, menangguhkan dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana Allah amat rindu akan suaranya…”

Dalam mencari kecemerlangan hidup berteraskan motivasi, ingatlah pesanan Imam Al-Ghazali. Kata beliau : “ Anakku, bila motivasi yang ada dalam dirimu hanya untuk mencari kemegahan duniawi, mengejar pangkat dan kedudukan serta hanya ingin mencari populariti antara teman-teman, alangkah malang nasibmu. Tetapi anakku, bila motivasimu ingin menghidupkan syariat dan misi Rasullullah SAW dan mengalahkan dorongan nafsu yang terus membawa manusia pada kejahatan, maka berbahagialah dirimu.”

10 Ciri-ciri Pembawa Obor Kecemerlangan

Menjadikan kehidupan suatu pengembaraan yang menyeronokkan.
Take charge kehidupan kita.
Menyedari bahawa diri sentiasa mempunyai pilihan dalam kehidupan.
Mengalami kecemerlangan sebelum ia dicapai.
Tidak membiarkan orang berakhlak rendah menjatuhkan tahap akhlak kita.
Berupaya merekacipta masa depan kita sendiri.
Menguruskan masa dengan bijaksana.
Berjaya menukarkan ketakutan diri kepada kecemerlangan.
Memberikan keutamaan kepada yang utama.
Berupaya menanamkan perasaan cinta, kasih dan sayang dalam kehidupan kita.

0 Lontarkan KALAM anda: