Bingkisan Istimewa_Duhai wanita

17 July 2009



Perempuan adalah sebahagian daripada lelaki kerana ia diciptakan daripada tulang rusuk lelaki sebelah kiri. Ia dikurniakan dengan 9 nafsu dan 1 akal. Kelemahan perempuan kerana menurut naluri dari menggunakan akalnya. Lelaki dikurniakan 9 akal dan 1 nafsu. Kelemahan lelaki adalah mudah terpercayakan godaan perempuan. Kenapa lelaki ada 9 akal masih tewas bila digoda oleh perempuan? Sebab perempuan merupakan penggoda profesional!!!!!!! Lihat fakta sejarah daripada Al-Quran atau sekeliling kita. Iblis tidak dapat menggoda Nabi Adam supaya makan buah larangan. Tetapi apabila Siti Hawa memujuk Nabi Adam, barulah Nabi Adam mahu makan buah itu. Anak Nabi Adam bergaduh kerana berebut perempuan. Ramai lelaki pergi ke dangdut kerana tarikan perempuan GRO. Orang lelaki bertambah cawangan lagi satu kerana godaan perempuan. Lelaki pergi ke Siam kerana perempuan. Lumba motor kerana perempuan. Eksiden pun kerana perempuan……

Duhai orang perempuan…

Peliharalah dirimu dari imej penggoda. JAUHILAH….
Jadilah wanita yang berwawasan, bersopan santun pakaian dan tingkah lakumu, ingatlah bahawa tangan yang menggongcangkan buaian bukan sahaja dapat menggongcangkan dunia malah menggongcangkan Iman lelaki… “ Pemuda harapan bangsa, Pemudi Tiang agama”. Allah Yang Maha Bijaksana telah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian dan Dia telah menjadikan hambaNya itu berpasang-pasangan. Lelaki dan wanita yang saling memerlukan. Sebahagiannya menjadi pembantu kepada sebahagian yang lain. Alangkah baiknya jika kita saling melindungi?

Kemuliaan manusia hanyalah dalam agama sejauh mana mereka dapat mentaati perintah Allah dengan cara Nabi SAW. Allah telah mengurniakan kepada wanita dengan pelbagai kelebihan. Syarat untuk wanita masuk Syurga begitu mudah. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Seseorang wanita yang mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan,memelihara kemaluannya, serta taat kepada suaminya, maka pasti dia akan masuk syurga dari mana-mana sahaja pintu yang dikehendakinya.” ( HR Abu Nuaim) Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “ Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang tidak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu Syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana sahaja tanpa hisab.”

Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda : “Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang yang telah lalu. Dan pada hari pertama haidnya membaca ‘Alhamdulillahi ‘alakulli waastaghfirullaha min kulli zanbin”, maka Allah menetapkan baginya bebas dari neraka, dengan mudah melalui sirat, aman dari siksaan bahkan Allah mengangkat ke atasnya 40 orang syuhada apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.”
.: Jaga maruah diri, hiasi peribadi :.

0 Lontarkan KALAM anda: