SPESEL ENTRI...tol ker???haha

25 July 2009


Pengisian blog kali nie berbentuk...hmm, versi 'future' sket la...hihi...
If u fail to plan,
u plan to fail!
so...hayatilah buat renungan bersama...ceewah! :)
.: UNTUKMU BAKAL SUAMIKU :.

"Pertemuan pasti ada, andai kita ditakdirkan bersama".


Siapakah hamba Allah yang ditakdirkan untukku?


hayatilah...Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia.
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia.
Jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti!



Hati-hati dengan CINTA kerana CINTA dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya disambut oleh para pencinta PALSU
Kemungkinan apa yang kamu SAYANGI atau CINTAi tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu BENCI tersimpan kebaikan di dalamnya.
CINTA kepada harta ertinya bakhil, CINTA kepada perempuan ertinya alam, CINTA kepada diri sendiri ertinya bijaksana, CINTA kepada mati ertinya hidup, CINTA kepada Allah ertinya taqwa
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti dia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan CINTA dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang bergemerincing!
CINTA adalah KEABADIANNYA dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Siapapun pandai menghayati CINTA tapi tak seorangpun pandai menilai CINTA KERANA CINTA bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
CINTA mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan. Inilah dahsyatnya CINTA!
CINTA sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah akan tahu bila kamu akan jatuh CINTA!..Namun apabila sampai saatnya, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan ia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya.
CINTA bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi CINTA adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai dan mengekalkan CINTA itulah yang sukar diperoleh. Jika kehadiran CINTA hanya sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu jangan hadir.

5 Lontarkan KALAM anda:

ayinn said...

salam ziarah,,..

saya tertarik dengan entry anda yg ini,..
izinkan saya untuk memuatkannya di dalam blog saya untuk dikongsikan???

semoga ilmu yg dikongsi ini diberkatiNya...

Ina NaiLofar said...

silakan...

kita kongsikan bersama...;)

azl said...

salam..saya bersetuju dengan cinta,
Wallahu A'lam.

ayinn said...

trimas cik ina,..
:)

Ina NaiLofar said...

tq ayinn :)
to azl : May allah bless u....