30 July 2009



Saat Tetamu Sepi Mengetuk Hati,
Ada Satu Kekosongan Dirasai,
Jiwa Kosong Mulai Menagih Kasih Simpati,
Pada Insan Yang Menjual Harga Diri,
Demi Mendamba Cinta Palsu Yang Hakiki,
Jauh Dari Kasih-NYA Yang Abadi,
Wahai Jiwa Yang Kontang,
Inilah Iman Yang Gersang...
Membuat Hati Sentiasa Walang,
Merindui Allah Memberikan Petunjuk,
Agar Nafsu Dalam Sentiasa Tunduk,
Pada Allah Ku Cuba Sentiasa Tawadhuk,
Agar Cinta Yang Didambakan,
Beralih Bentuk Dalam Hati Subur Mewangi,
Kasihnya Allah Tiada Bertepi,
Inilah Cinta Yang Kucari Selama Ini,
Doa Harapan Ku Ukir Setiap Hari,
Agar Berkekalan Cinta Di Hati...





DO'A BUAT SAHABAT2 KU
(by langitJINGGA VOCS)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan Ya Allah Sekiranya shabat2 ku ini adalah pilihan Mu di Arash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya shabat2 ku ini adalah shabat2 yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya shabar2 ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat terbuka dan tawaduk akan segala ilmu yg dicurahkan Sekiranya shabat2 ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya.. shabat2 ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya Tetapi Ya Allah... Sekiranya shabat2 ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu Sekiranya shabat2 ku tergoda dengan keindahan dunia Mu.. Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.. Sekiranya shabat2 ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan.. Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya shabat2 ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena Ya Allah... Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap membuat keputusan.. Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai hamba Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu.. Aku buta tanpa bimbinganMu.. Aku cacat tanpa hidayahMu.. Aku hina tanpa RahmatMu.. Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku yang disenangi shabat2 Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi hamba yg soleh Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yang kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi SHABAT yang dirahmati SHABAT yang dikasihi SHABAT yang soleha SHABAT yang sentiasa dihati Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

.: INFO NURANI SEMPENA DI BULAN SYA'ABAN :.

27 July 2009

Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Sya'aban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Sya'aban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.


Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Sya'aban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya'aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hira-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.


Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya'aban dan akhir khamis daripada Sya'aban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Sya'aban.


Sabda Nabi s.a.w.: Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmini rohani). Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya'aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.


Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Sya'aban kerana padanya terdapat dapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya'aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.


Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur'an atas segala kalam. Kelebihan Sya'aban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia' (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya. Bulan Sya'aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Sya'aban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya'aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyangutukan (syirik) denganNya sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.


Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Sya'aban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tidak bertutur dengan saudaranya. Apabila pada malam Nisfu Sya'aban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman yang bermaksud: Adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainNya sehingga keluar fajar subuh.


Tersebut dalam kitab Al-Barakah: Bahawa jin, burung, binatang-binatang buas, ikan dilaut berpuasa mereka pada hari Nisfu Sya'aban


Tersebut di dalam Kitab Iqna' : Bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Sya'aban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah s.a.w. kali keduanya katanya: Ya Muhammad! gembirakanlah kamu bahawa Allah Ta'ala telah mengampunkan segala umatmu orang yang tidak mengsekutukanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.


Bahawa malam Nisfu Sya'aban adalah hariraya Malikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya pada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya. Barang siapa membaca pada bualan Sya'aban, ayat dibawah ini. Allah hapuskan daripadanya dosa seribu tahun dan keluarkan dari kuburnya mukanya seperti bulan purnama yang bermaksud: Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Sya'aban enam orang:

1. Orang yang kekal minum arak.
2. Orang yang durhaka dua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam zina.
4. Orang yang banyak berkelahi.
5. Orang yang melakukan perjualan dengan sumpah yang dusta.
6. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.


Pada malam Nisfu Sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turunkan kelangit dunia lalu berfirman yang bermaksud: Adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta, maka Aku perkenankan permintaanya, adakah orang yang meminta ampun maka Aku ampunkannya, adakah orang bertaubat maka aku Taubatkannya dan diampunkan bagi sekelian orang mukmin lelaki dan perempuan melainkin orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.


Sabda Nabi s.a.w.: Hai Aisyah! adakah engkau izinkan aku sembahyang pada malam ini? Jawab Aisyah: Ya, aku izinkan, lalu Nabi pun bersembahyanglah sepanjang malam Nisfu Sya'aban itu, beliau telah diambil ruhnya (mati), lalu aku tutupkannya dengan kain, Daku letakankan tanganku di atas dua tapak kakinya. Maka gembira aku kerana beliau masih bernafas lagi dan aku dengar beliau membaca di dalam sujutnya yang bermaksud::

AKU BERLINDUNG DENGAN KEMAAFAN ENGKAU DARI SIKSA ENGKAU DAN AKU BERLIDUNG DENGAN KEREDAAN ENGKAU DARIPADA KEHINAAN ENGKAU DAN AKU BERLINDUNG DENGAN ENGKAU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG DARIPADA ENGKAU, AKU TIDAK TERHINGGA MEMUJI ENGAKU SEPERTIMANA ENGAKU MEMUJI DARI ENGKAU.

Nabi menyuruh Aisyah mengamalkan doa ini dalam sujud.

Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Sya'aban daripada umat Muhammad s.a.w. terlebih afdal daripadanya ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberi tahu kepada Nabi `Isa a.s, lalu Nabi `Isa a.s. pun berdoa kepada Tuhan: Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad s.a.w. Telah disebut empat malam istimewa tentang beribadat (berbuat amal kebajikan) iaitu malam Nisfu Sya'aban, malam Raya Fitrah yang pertama dan malam Arafah. Disembunyikan malam Lailatul Qadar kerana bahawasanya malam rahmat dan mereka daripada api neraka, supaya sapanjang malam Ramadhan atau sepanjang sepuluh yang akhir daripada Ramadhan umat Muhammad berlumba-lumba dalam ibadat dengan berjaga malamnya. Demikian pula saat mustajab doa pada hari Jumaat


AMALAN PADA MALAM NISFU SYABAAN: Selesai sembahyang Maghrib hendaklah dibaca YASIN. Dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan diluaskan Allah rezkinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula YASIN dengan diniatkan minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya..


Pada malam Nisfu Sya'aban sangat baik dibanyakan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita.


(Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku.. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan. Memohon keampunan dua ibubapa, Maksudnya: YA TUHANKU AMPUNILAH AKU DAN KEDUA IBUBAPAKU DAN RAHMATILAH DUANYA SEPERTIMANA MEREKA MENDIDIK AKU DI WAKTU KECIL. Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang)


Maksudnya: AKU MOHON KEAMPUNAN ALLAH DAN AKU BERTAUBAT KEPADANYA. Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH DAN TIADA KAMI SEMBAH MELAINKAN DIANYA, DENGAN CARA IKHLAS KEPADANYA, LAGI TETAP TEGUH DI ATAS TAUHID, WALAU PUN MEMBENCI OLEH ORANG-ORANG KAFIR.

Membaca Al-Qur'an. Membaca Tasbih: (Seratus kali tiap-tiap satu) Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi.

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong.

Membaca Solawat Atas Nabi: ( 10 atau 100 kali pagi dan petang.)

Membaca Zikrullah: (100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.) Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, sunat Dhuha, Sunat mengiringiFardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.


P E R H A T I A N BERAMALAH MENURUT KEMAMPUAN MASING-MASING, JIKA TIDAK DAPAT MELAKSANAKANNYA JANGANLAH DITINGGALKAN SEMUANYA. LEBIHAN UMUR KITA YANG MASIH TINGGAL SEDIKIT LAGI, HAMPIR SAMPAI KE HUJUNGNYA. REBUTLAH AMALAN SEBANYAK-BANYAK YANG BOLEH, BERTAUBATLAH KEPADA ALLAH AKAN DOSA-DOSA YANG BANYAK DENGAN SEGALA KESUNGGUHAN UNTUK BEKAL KITA DI AKHIRAT YANG AKAN PERGI TIDAK AKAN KENBALI LAGI. SEMOGA DALAM KEREDAHAAN ALLAH !!!.


WASSALAM.

TAUBAT SEORANG HAMBA

25 July 2009




Hati hiba mengenangkan..
Dosa-dosa yg kulakukan..
Owh Tuhan Maha Kuasa..
Terima taubat hamba berdosa..
Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah..
Terimalah..
Terimalah..
Taubatku ini..
Telah aku merasakan..
Derita jiwa dan perasaan..
Kerna hilang dari jalan..
Menuju redha Mu Ya Tuhan..
Ku akui kelemahan diri..
Ku insafi kekurangan iniKu kesali kejahilan ini terimalah..
Terimalah..Terimalah taubatku ini..
Di hamparan ini ku meminta..
Moga taubatku diterima..
Ku akui kelemahan diri..
Kuinsafi kekurangan ini..
Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah.. Terimalah..Terimalah..
Taubatku ini..
Ku akui kelemahan diri..
Kuinsafi kekurangan ini..Ku kesali kejahilan ini..
Terimalah.. Terimalah..Terimalah..
Taubatku ini...


JOM SEMAK... :)


Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya :-

i)Wajah yang cantik
ii) Duit yang banyak
iii) Kesihatan yang baik
iv) Anak2 yg cerdik dan berjaya
v) Tidur yang nyenyak tanpa gangguan.

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.


Sabda Rasullullah S.A.W : "Siapa yang tinggalkan

i) solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
ii) dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezeki yang berkat
iii) dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
iv) dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
v) dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak


"wallahualam..

SI MUKHLIS ITU...



si mukhlis itu..


Kunantikan akn hadirmu..


Suatu hari nanti..

Ku beranikan diri meminta pdMu..

tidak dlm paksaan ku..

Hanya dlm doa yg ditemani harapan..

Ya Allah,Tidak ku pinta sesempurna seorang nakhoda dlm bahtera hidupku yg kian jauh berlayar dn mnanti tuk berhenti di persimpangan yg tak ku ketahui..


Ya Allah,Kupinta dariMu..

Cinta seorang mukhlis yg..

Krna cintaMu dia mengasihiku..

Krna kasihMu dia menyayangiku..

KrnaMu cintanya buatku..

Ya Allah,Kupinta akan hatiku..

Tertutup buat cinta seorang mukhlis ajnabi..

Selagi tidak Kau temukan cinta seorang mukhlis yg HALAL bagiku..

Ya Allah,Ku inginkan cinta seorang mukhlis yg..

Melindungi diriku dgn menjauhkan tubuhnya dari ku..

krna takut akn laknatMu..

Mencintaiku krnaMu, agamaMu yg kuanuti..

Tidak sekalipun membiarkan nafsu mengulit jiwanya buat ku..

buat diriku krna kesucian cintanya pdku krnaMu..

Menutup kekurangan diriku dgn kelebihannya dn kelebihanku yg dpt menutup kekurgnnya..

Ya Allah,Temukan dgnku..

Insan yg mencintai hatiku..

Hatiku yg kukuh meyakiniMu dan agamaMu..

Hatiku yg teguh berpegang pd kekasihMu dan kalamMu..

Bukan..

Cintanya buatku kerna..

Keadaan diriku yg menarik perhatiaannya..

Kecantikanku yg fana..

Fizikalku yg sementara..

Yg diyakininya bahawa aku adlh wanita penghias hidupnya dan bukan penghias biasa yg menjadi santapan fitnah yg mendekati..

Di luar sana..

Ya Allah,Yakinkan diriku..

Jika dia yg Kau temukn denganku..

Adalah untukku..

Adalah imam ibadahku..

Adalah nakhoda bahtera hidupku..

Adalah pemimpin diriku..

Adalah ketua segalanya..

Yg terletak d telapak kakinya syurga utkku..

Kekalkan cintanya buatku..

Teguhkan cintaku buatnya..

Jauhkan diriku dgnnya slama di dunia slagi aku bukan yg HALAL bgnya..

Dan..

Ya Allah,Dekatkan dirinya dgn diriku..

Di dunia dgn gelaran pasangan binaan Sunnah kekasihMu..

Di akhirat sbgi peneman yg kekal abadi..

Ya Allah,Semoga cinta si mukhlis yg Kau cipta utkku ini..

Krna cintanya yg trsgt tinggi pdMu..

pd kekasihMu..

pd kalamMu..

pd utusan2Mu..

dia,mencintaiku.

Krna kecintaannya pd agamaMu..

dia,menghilangkan kelekaan hawa nafsu yg membelenggunya..

utkku.

Bakal Zauj TetapanNya..
Ya Allah,Kekalkan kemanisan cintaMu..

Buat kami..

Buat seluruh hambaMu yg mengasihiMu..

mencintaiMu tanpa henti..

Amin Ya Rabbal A'lamin.

SPESEL ENTRI...tol ker???haha


Pengisian blog kali nie berbentuk...hmm, versi 'future' sket la...hihi...
If u fail to plan,
u plan to fail!
so...hayatilah buat renungan bersama...ceewah! :)
.: UNTUKMU BAKAL SUAMIKU :.

"Pertemuan pasti ada, andai kita ditakdirkan bersama".


Siapakah hamba Allah yang ditakdirkan untukku?


hayatilah...Tolong sampaikan pada si dia...
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. Aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia.
Tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya. Aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia.
Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia.
Jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti!



Hati-hati dengan CINTA kerana CINTA dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya disambut oleh para pencinta PALSU
Kemungkinan apa yang kamu SAYANGI atau CINTAi tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu BENCI tersimpan kebaikan di dalamnya.
CINTA kepada harta ertinya bakhil, CINTA kepada perempuan ertinya alam, CINTA kepada diri sendiri ertinya bijaksana, CINTA kepada mati ertinya hidup, CINTA kepada Allah ertinya taqwa
Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti dia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti akan mati kelaparan.
Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan CINTA dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang bergemerincing!
CINTA adalah KEABADIANNYA dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Siapapun pandai menghayati CINTA tapi tak seorangpun pandai menilai CINTA KERANA CINTA bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.
CINTA mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan. Inilah dahsyatnya CINTA!
CINTA sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya. Kamu tidak pernah akan tahu bila kamu akan jatuh CINTA!..Namun apabila sampai saatnya, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan ia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya di hatinya.
CINTA bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi CINTA adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai dan mengekalkan CINTA itulah yang sukar diperoleh. Jika kehadiran CINTA hanya sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu jangan hadir.

UNTUKMU SAHABAT (",)

.: SEUNTAI MADAH BUATMU SAHABAT :.





Kebahagiaan 0rang yang beriman adalah dengan mencintai Allah

Cinta kepada Allah adalah kebahagiaan yang dasarnya lebih dalam

Dari setiap sesuatu yang dalam.

Hanya mereka yang bersungguh-sungguh berimanlah yang dapat merasakannya.

Dan perasaan itu tidak boleh digantikan..




Ubatmu terdapat dalam wahyu..

Baik yang berhasil dari al-Quran mahupun As-Sunnah.

Kesenanganmu berada dalam iman

Penyejuk hatimu berada dalam s0lat

Keselamatam qalbumu berada dalam sikap redha

Dan keteduhan perasaanmu berada dalam sifat qana’ah anda.

Sesungguhnya kecantikan wajahmu berada dalam senyuman

Terpelihara keh0rmatanmu berada dalam hijab

Dan ketenangan hatimu terletak pada zikir..




Jangan menunggu datangnya kebahagian untuk dapat tersenyum

Tapi tersenyumanlah untuk mendapat kebahagian..
Tetaplah kau berlaku manis walaupun kehidupan ini pahit


Dan tetaplah kau redha walaupun 0rang lain murka..
Jadilah dirimu lebih lembut daripada angin yang sep0i-sep0i


Dan lebih tinggi cita-citanya di dunia daripada bintang di langit…
Barangsiapa yang mengenal Allah di kelapangannya


Maka Allah akan mengenalnya dalam kesempitan..
Percayalah kebahagian adalah seperti mawar yang di tanam


Tidak terus berbunga tetapi ia pasti akan tumbuh..










:. KU DAMBA KEAMPUNAN-MU... .:



Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu
Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga dirikuk dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku
Ya AllahMenanggung kemurkaanMu
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku
***Sumber : Tagged Kak lin

BAIT-BAIT KATA DARIPADA SRIKANDI_EMMA

CINTA SEJATI ITU MENYEMBUHKAN TIDAK MENYAKITKAN-Resepi Cinta Ibnu Athaillah
"tiada ada yang dapat mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangan duniawi selain merasa takut kepada Allah yng mengetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yg membuat hati merana "...kata2 ulama besar dari iskandaria..

1-rasa cinta kepada ALLAH yang sangat luar biasa yang akan menggetarkan hatimu. Sehingga ketika yang ada di hatimu adalah..ALLAH S.W.T, yang lain akan sendirinya menjadi kecil dan terusir
2-Rasa rindu kepada ALLAH yang amat dahsyat sampai hatimu merasa merana. Jika kau merasa merana kerana rindu kepada ALLAH, kau tidak mungkin merana kerana rindu pada yg lain. jika kau sudah sibuk memikirkan ALLAH, kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.




.: DAHAGAKAN KASIH-MU :.




Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah
Hati yang layu kembalilah mekar
Bila nama Mu kusebut-sebut
Tak terungkap kasihku pada Mu
Dalam suka mahu pun duka
Tiada tandingan cinta Mu di dunia
Unggul kekal selamanya
Dari terbit mentari hingga dasar laut
Sebesarnya alam sezarah kuman
Namun tak tertanding kuasamu kasih
Jatuhku bangunku Kau tetap di sisi
Sungguhnya aku yang berdosa
Sehina-hinaku rendah diri
Biar ku terpalit juta noda
Masih ada ruang keampunan
Dari kerdipan bintang hingga kilau pasir
Agung ciptaan Mu akal tak sampai
Semulia-mulianya segala kejadian
Kerdilnya aku di mata Mu
Kasih Mu bagai air mengalir
Salju dalam jiwa nan resah








PENGHARAPAN CINTA-MU

Aku dan Tuhanku
KIRIMAN : Sidd Packey




Berdiri dalam balutan telekung putih bersih

Dalam qiam ku bulatkan hati

Memusatkan minda hanya pada-Nya

Pohon di putuskan dari lingkaran duniawi

Kerna, aku ingin merasa nikmat

Lazatnya ibadah mengadap Allah

Aku ingin yang ada Hanya aku dan Dia yang maha mendengar

Seperti Dia sedang ku pandang

Dan Dia memandangku dengan ihsan dan kasih-sayang

Tuhan yang kusembah

Tempat ku berserah merayu kala hatiku gundah

Yang ku terima dengan redha qada dan qadar-Nya

Dengan rendah hati seorang hamba

Dalam rukuk dan sujudKu letakkan diri sekerdil mungkin

Sambil mulut basah dengan pujian pada-Nya

Berteleku antara dua sujud

Kyusu’ mengharap ampunan dan belas ihsan

Allah yang maha penyayang

Bersimpuh dalam Tahiyyat

Kupacakkan ibu jari kakiku, juga telunjuk mengiyakan Shahadat

Merendahkan diri dalam lafaz pujian

Memuliakan Junjungan s.a.w.

Kusempurnakan solat seusai dua salam

Tenggelam dalam lafaz istighfar

Memohon ampun pada-Nya atas dosa dan khilaf seorang hamba

Yang hina lagi tak sempurna

Namun masih tegar mengimpikan syurga di sana

Maka, ku tadah dua tangan

Memohon doa dengan sesungguhnya

Merayu dan mendayu

Penyesalan yang bersatu dalam rasa dan minda

Seiring derai airmataYa Allah,Ku pohon ampun Ya Rabbi

Atas dosa dan kekurangan diri

Kerna sesungguhnya aku hamba yang menzalimi diri sendiri

Moga janganlah Kau bebani aku

Dengan ujian yang diluar kesanggupan diri

Dan Kau tetapkan kalbuku yang

Kau milikiAgar teguh dengan petunjuk yang

Kau beriRahmatilah hidupku, ibubapaku dan keluargaku

Dalam pelukan kasih sayang-Mu

Yang melindungi kami dari panas neraka yang membara

Kerna, aku hanya ingin hidup dan mati

Di dalam pelukan agamaYang Kau redha...
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.."(AnNajm : 43)


"Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka.Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati.Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."



"Ya Allah ! Sahabatku buah hatiku, mesra kami penawar duka , rindu kami menambah cinta, Rajuk kami membuah ceria. Ya Allah ! Sillaturrahim kami Ukhuwah Fillah, Permusuhan kami, nauzubillah..

Berpisah hanya dengan mati, Insyaallah. Pengikat hati kami, rabithah marthotillah.."

(",)

"orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya,tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya"
"memendam rasa,baik yang elok mahupun yang tidak semuanya pasti meletup.yang diperam pasti masak, yang direbus pasti mendidih, yang ditanak pasti menjadi bubur"
"jadikan dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh. jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api"
"janganlah berputus asa, tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa."
"khabarkan pada orang2 munafik bahawa mereka akan mendapat siksa yang pedih"An-nissa:138"orang yang bohong itu selalu ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa"

DOA SEWAKTU BERSUJUD DAN KEISTIMEWAANNYA




Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apasahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullahs. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dandoa didalamnya.



Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseoranghamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamumemperbanyakkan doa di dalamnya."Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Sala h satunyayang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhirdalam solat."Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yangbenar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi,hati yang bersih dan kejayaan yang besar."Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atausekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allahdunia dan akhirat.



Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairankerana lamanya baginda bersujud.Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalamsabdanya yang bermaksud:-"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di harikiamat"Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenalimereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasukioleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekorkuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnyapada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkanmereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu')putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"



KEISTIMEWAANNYA------------ ---------



Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a. w. bersabda yang bermaksud:-"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli nerakayang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkanorang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan merekadikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegahneraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluardari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selainbekas sujud"Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujudmendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudahtentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hambayang benar-benar mendapat rahmat.
.: KALAM SAHABAT :.


1) Jalan menuju Tuhan memang sukar. Adakalanya kuat dan adakalanya lemah melangkah. Carilah teman yang soleh, solehah agar larian ini tak akan lelah bila di iringi ukhwah fillah. Ketahuilah, ukhwah ini hanya untuk Allah dan mengharapkan keredhaanNya. Utamakan pandangan Allah agar hidupmu rasa berteman, rasa berTuhan..

2) Hari-hari berlalu.. tentunya disisimu ada teman-teman yang lebih baik dariku.. namun ketahuilah.. apa yang aku ada hanyalah satu hati yang mendoakan dirimu bahagia dan sentiasa mekar subur dalam TARBIYYAH ISLAM.... :-)

3) Masin air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan.. tp bila ikan telah mati, secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya.. Begitu jua lah hati, hati yang hidup sangat sukar di nodai tetapi apabila hati telah mati mudahnya dipengaruhi...

4) Pandanglah orang yang berada dia atas agar akan lahir sifat tawadhuk, dan pandanglah orang yang berada dibawah, agar kita sentiasa bersyukur... :-)

24 July 2009

.: SELOKA TUTUP AURAT :.


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk sikap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun make up.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak sendatâ.




.: Debaran Hari Esok :.

23 July 2009

Nak tahu tak ape yg bkl blaku esk?
Hmmm....
Esok semua waris pelajar SMKSE perlu menghadiri satu program...sesuatu yg pasti, program esk nie mengundang debaran di hearty sma pljr SESS...
Nak taw ke...hahaha...
Info :-
Program Perjumpaan Ibu bapa dan Guru Tingkatan
( menandatangani Buku laporan Exam Midterm )
Tempat : Dewan Terbuka dan kelas.
Masa : 10.00 am - 12.30 pm
P/S = Semoga segalanya berjalan lancar esok...
Kepada Guru tingkatan 6 UUM, Pn Norizan Yusoff...komen yg baik2 yea about kami semua!haha
.: Gambar sbg hiasan :.




.: Perkarangan SESS yang indah...indah ker?hehe :.
Wassalam... (",)






Yang melindungi diri dan hatinya dengan malu,
Yang melabuhkan sopannya setiap penjuru,
Yang melembutkan suara merdunya,
Yang sentiasa tabah dan cekal hatinya,
Yang tidak pernah patah semangat wajanya,
Yang memberi cinta sejagat maya,
Yang memenuhkan hati dengan keinsafan,
Yang mengosongkan kalbu dari dendam,
Yang menyemarakkan kasturi dikelopak iman…
Muslimah dilahirkan dari rusuk kiri lelaki,
Muslimah dilahirkan layak menjadi suri,
Muslimah diciptakan untuk pasangan si suami,
Muslimah diwujudkan untuk meramaikan umat Nabi…
Muslimah adalah sebahagian kurniaan Ilahi,
Muslimah adalah sebahagian keindahan duniawi,
Muslimah adalah penyeri gelap malam…
Muslimah dipandang dari peribadinya,
Yang tentunya diharap dapat melembutkan….
Hati suami dan keluarga.
Muslimah dilihat dari budi bahasanya,
Yang sepenuh hati mencurahkan khidmat murninya…
Muslimah dinilai dari kesabarannya,
Yang tahu menjaga milik dirinya,
Mengenggam iman penuh ketakwaan…
Muslimah ditinjau dari sifat keibuannya,
Yang sanggup meramaikan umat Nabi,
Bukannya mementingkan kecantikan diri…
Kecantikan yang engkau perolehi milik Tuhanmu,
Perjalanan lalumu tidak akan diputar,
Sampainya waktu ketika,
Tanpa tersegera mahupun tertangguh biarpun seketika,
Ianya pasti bertandang jua,
Kerana yang berjiwa itu pasti akan merasai mati….
















Bismillahirrahmanirrahim..





.وَالْعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (2) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)



“Demi waktu. Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian..Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh..Dan yg berpesan-pesan dengan kebenaran..Dan yang berpesan-pesan dengan Kesabaran”. (Surah Al-Asr)






22 July 2009

.: BINGKISAN HEARTY :.




Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang


Agar bisa ku senyum pada setiap insan


Agar lembut bicaraku menyapa rakan taulan


Agar sinar simpatiku berkongsi kesusahan


Agar mudah qalbuku melerai dendam








Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang


Agar dapat ku rawati insan yang kesakitan


Agar ku sabar selalu menerima pengaduan


Agar mampu ku ringankan pedih yang disandang


Agar sentuhan tanganku menghilang rawan








Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang


Agar terpadam mazmumah yang terpendam


Agar terlerai kesombongan yang menghinakan


Agar berbunga mahmudah mendamaikan


Agar akhlakku dipancar nur iman








Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang


Agar musnah rungutan yang membebankan


Agar terhapus dosa yang memberatkan


Agar ikhlas tumbuh subur berkekalan


Agar hatiku dipancar ketenangan








Aku ingin hatiku dilimpahi kasih sayang


Agar diriku disayangi TuhanAgar redha-Nya mengiring jalan


Agar jalan ke jannah luas terbentang
Agar tersisih dari nerakan jahannam






.: AKU INGIN BERUBAH :.


YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..

DENGAN PENGLIHATAN…

AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…

MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU

NAMUN..

DENGANNYA JUALAH…

AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..

MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..

MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...

MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..



SEKETIKA KU TERSEDAR…

MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…

UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…

BAHAWA…

AKU MAHU BERUBAH…!!!



YA ALLAH…

JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…

ALHAMDULILLAH…

HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..

MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…

YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..



KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…

YANG SELAMA INI MELIAR...

KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..

PADA TEMAN-TEMAN..

KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..

KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...

BAHAWA…

AKU MAHU BERUBAH…!!!



YA ALLAH…

JIKA DULU AKU LALAI DALAMMENUNAIKAN HAK-MU...

TERLEKA DENGAN DUNIAWI…

TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…



SUBHANALLAH…

SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...

KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT…

MASIH TAK TERLAMBAT…

UNTUK SUATU PERUBAHAN…



KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…

LANTAS…KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…

AKU MAHU BERUBAH…!!!



YA ALLAH…

KU POHON HIDAYAH-MU…

DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…

BANTULAH DAKU…

BIMBINGLAH DAKU…

DALAM MENCARI…

CINTA YANG PALING AGUNG..

CINTA YANG ESA…

SESUNGGUHNYA…

AKU MAHU BERUBAH…!!!

"Homework" dari Nursyahadah!!!!

20 July 2009

Utk x mhampakan Kak Nursyahadah...Ina dgn bbesar hearty mluangkn skit msa utk jwb sma soklan cepugangsa tue...hehe

1)Bekas kekasih saya adalah : ??? belum pernah alami sebarang kekecewaan...hehe

2)Saya sedang mendengar : Radio ikim.fm...pilihan utama :)

3)Mungkin saya patut: rajin turun ke dapur...amik skil iron chef ma...hihi

4)saya suka: g kedai buku...hihi...belek2 majalah, klu ada karya yg tsiar bru beli...hehe

5)Sahabat-sahabat baik sy:

Ramai la...antara yang terbaik yg prnh kutemui...
- Liana Aziz ( now KPTM Bangi )
- Mazni Razita ( now Poli Kulim )
- Puteri Naqiah ( now UITM Melaka )
- Maisarah ( now Poli Seberang Prai )
- Nadiah Azme ( UITM Arau )
- Nurul Hani ( bakal fly oversea )
- Rodhotun Jannah ( now Masterskill...bakal nurse )
- Azuana Ilmar ( stil d sisi...teman seperjuangan STPM'09 )
- Liyana Saad ( jauh d mata...teman seperjuangan STPM'09 )
- Ruby ( nun d utara...teman seperjuangan STPM'09 )
- Teman-teman blog yg nk jd shbt sy pn d alu-alukan...hihi

6) Saya Tak Faham: Perangai kwn2 yg suka lupakan kawan bila jumpa kenalan baru...huhu

7)Saya kehilangan: nset...time d ICT Klang...syg tau hadiah pemberian abah...namun, Ina redha...hihi...now dpt baru...hehe

8)Ramai yg kata: saya tomey n makin slim...hihi...no komen...haha

9)Makna nama saya: Cahaya Kehalusan & kelembutan...'Nur Hazlina'...

10) Cinta itu adalah: hadiah daripada Maha Pencipta...amat bertuah mereka yg memiliki cinta sebenar-benarnya...nak tau lbh lanjut nantikan kemunculan novel sy..espiranza cinta!hehe...

11)Di suatu tempat seseorang sedang: lena dulit mimpi indah...malam mmg utk tdo kn...xpe lpas nie Ina tdo...hehe

12)Saya akan cuba: memperbaiki diri ini...ada sorg hamba Allah nie ckp kat Ina, " Awak berpotensi tinggi untuk berjaya!"...Benarkah??? InsyaAllah...never give-up! chaiyok2...

13)Ayat"Selamanya"membawa maksud: .."sampai kapan2x"..Sy nak tiru ayat Kak Nursyahadah ( wlp da idea len sb dy da bg buli sy ng hmework nie...hehe...sowi ek..)

14)Telefon bimbit saya: yg Ina guna skrg adalah duit gaji pertama time keje pas spm last year...amat bmakna...lambang penat lelah sendiri...hihi...jika ditakdirkan nt Ina tukar fon len, Ina akan stil simpan fon nie...hehe

15)Bila saya terjaga dr tidur: Alhamdulillah...stil panjang umo...hehe...set minda list to do... :)

16)Saya bila meluat bila melihat: sy stju ng jwpn Kak Nursyahadah...hihi...(pinjam jwpn xda modal da nie...hihi )

17)Pesta/Parti adalah: masa yg plg bez...taw naper???blh mkn free...hihi

18)Haiwan yang paling comel yg saya pernah temui: Angsa comey Yaya kt Kelate...hihi...cute cam yaya gak...haha

19)Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya: sejak kua ke bumi until now...hihi..

20)Hari ini : dalam sejarah...kena tag!hihi

21)Malam ni saya akan: revision utk esk...kuiz....hehe

22)Esok sya akan: bangun awal utk stdy pg...mudah2n mudah ingat fakta Sejarah Asia Tenggara...hehe

23)Saya betul2x inginkan: kebahagiaan hidup di dunia mahupun di Akhirat kelak...doakan yea...n nk jd "abdillah muti'ah+bintu solehah+fataatu mutaaddibah+mujahidah mukminah...InsyaAllah..."

24)Ketika sy lihat wajah saya di cermin pagi nie: Makin tembam r Ina...hihi..Alhamdulillah!

25)Pusat membeli belah / arked permainan : yg slalu jd pilihan Carrefour, Krico & yg sewaktu dgn'y...ikut r citarasa time tue...tp skrg jrg dpt ikut parents coz da busy ng stdy...hehe

26)Makanan barat atau jepun: Sama ng Kak Syahadah gak la...sp nk blanja kami...hihi

27)Bilik yg terang atau gelap: xnak 2 2 blh x?hehe

28)Makanan segera adalah: yg blh dmakan begitu sj...haha

29)Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang: Hmm ckp ng akak td.."g r tdo dlu...nite..hihi"

30)Siapa yang anda mahu tag???? Soklan nie cam bez sj...hihi...Kak Nursyahadah da pekena Ina ng xtra homework nie...so now...hihi

31)siapakah yg bertuah itu..?? kalian insan terpilih...hihi

- Kak Jamilah ( d UIAM Gombak tue )
- Hani ( sambil wat asgmnt tue jwb2 r yea...)
- Vda ( yg baik hati bg sy award tue...buli blik...hihi)
- Princess_Islam ( Kenalan baru d blog )

Sekian saja homework Ina nie....thnx ye kak Nursyahadah bg tag nie...haha