:: @LL !n MeMoRy ::

01 April 2010

Telah lama kumenangguhkan penulisan blog ini. Kali ini kubertekad untuk menyiapkan juga laporan [ ceewah, seakan tugasan kerja pulak!(",)] sempena hari bersejarah yang bermakna dalam hidupku. Peristiwa ini penting sebagai bukti kenang-kenanganku di zaman persekolahan gitu!


Bersempena 'Mesyuarat Agung PIBG SMKSE' yang lalu, enam orang Graduan STPM'09 telah dijemput untuk mendapat anugerah penghargaan sempena keputusan yang terbaik (peringkat sekolah la =) Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Ina termasuk dalam golongan terpilih ini.




( Banner curik dari FB cikgu :) hehe )


Terima kasih daun inai untuk pihak PIBG dan sekolah kerana sudi memberikan hadiah dalam bentuk 'sejumlah wang tunai', bolehlah untuk membeli barangan yang didambakan tu..

Rakan seperjuangan yang turut turun padang untuk mendapat hadiah tersebut ialah :

Keat Yin (6UPM)

Yap Poh Siew (6UM)

    Nur Hazlina Mohd Fisol (6UUM)

    Mooi Wei (6UPM)

Koh Miin Yiu(6UUM)

    Jia Hong (6UPM)


Semoga kami berjaya mendapat tempat di IPTA pilihan pada bulan Jun nanti, InsyaAllah!

P/S : Kembali menjejakkan kaki ke sekolah pada pagi itu telah membawaku terbang ke suatu 'daerah' lalu. =) All in memory...semoga ini menjadi titik mula untuk kemelangkah ke alam IPTA!Mudah-mudahan dengan izin Allah...

0 Lontarkan KALAM anda: