Tiba di sana hanya Kak Faez yang kukenal, itupun tidaklah serapat mana. Telah kuduga para peserta, rata-ratanya sudah berkeluarga dan berpangkat Umi dan Abi kepadaku!Namun, kerana hajat hati meronta ingin mengintai peluang yang ada jadi kuberanikan diri meneruskan perjuangan. Usai sesi pendaftaran peserta, permulaan kembaraku di PBC. Sepatutnya terus dimulakan Modul 1 iaitu KENALI SYARIKAT tetapi dek masalah teknikal, yelah...dalam berjuang kerapkali teruji, sama juga dengan program ini. maka majlis dimulakan dahulu mukadimah oleh Pengerusi Majlis. Berbentuk tazkirah dan pengenalan kepada program yang bakal kutempuhi selama dua hari satu malam ini.
Antara pengisian Program 'Perkongsian Bijak Cemerlang(PBC)' ini :-
[ hambatan waktu maka kuperincikan saja tentatif programnya...moga-moga pabila kumenatap setiap modul itu akan menjelmalah segala peristiwa yang terakam di Kulim Inn (◕‿◕) ]
MODUL 1 : KENALI SYARIKAT
MODUL 2 : PLAN PEMASARAN
MODUL 3 : ELEMEN KEJAYAAN 6M
DEMO PRODUK
MODUL 4 : BERSAMA PEMIMPIN
LDK 1 ( Geng SPIRULINA )
MODUL 5 : PRODUK PILIHAN
MALAM PERTAMA ( Wasiat terakhir )
Qiamullail
Solat Dhuha
Bacaan Mathurat
MODUL 6 : PERBENTANGAN LDK ( SPIRULINA The Best! )
MODUL 7 : SARAF TAPAK TANGAN
MODUL 8 : PRODUK HALAL
SENTUHAN RASA ( Kenangan tercipta )
Ingin saja kuperincikan segalanya namun, kutidak bisa melakukannya. Sering kutertewas dengan masa...hihi...
Konklusinya, pengorbananku meluangkan masa menyertai program ini ternyata berbaloi. membuka mindaku pada satu tahap yang luar biasa. (a❤‿❤a) Banyak input yang bercambah.
Kini, kuyakin MLM HPA, mengikut syariat. Perjuangan untuk mencari keredhaan Allah.
"Rezeki jangan nampak wang ringgit sahaja, harta benda sahaja tetapi hati yang tenang serta bahagia...itulah nikmat rezeki yang hakiki."
"Bilamana kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong perjuangan kamu."
"Pandanglah sesuatu dengan mata hati, usah berpegang pada mata kasar."
"Ada ILMU, boleh bandingkan...(◕‿-)"
HPA-Inilah jalan kita! Peperangan nak tegakkan agama Allah dari segi ekonomi. Jalan mencari keberkatan, seumpama mencari setitik air di tengah padang pasir yang gersang.
Perkara penting dalam perjuangan :-
1) Niat
2) Doa
3) Ikhlas
4) Istiqamah
Rukun Penyembuhan :-
1) yakin
2) Istiqamah - Tetapkan jalan yang hendak dituju, jika jalan gelap...terangkan jalan dengan ilmu.
3) Pegang kepada ketentuan Allah, tiap penyakit dari Allah dan setiap dari itua da penawarnya.
4) Dos mencukupi - lengkapkan keperluan diri kita dengan persediaan.
****
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?(◕‿◕✿)
Dengan izin Allah, kumpulan ina iaitu SPIRULINA berjaya menjadi kumpulan terbaik! Berbaloi usaha kumengerah keringat dan berpantun sebagai pembuka bicara persembahan...ditambah pula keceriaan muslimat kami berdemonsrtasi produk, maka menambat hati juri yang mengadili. Dan Alhamdulillah, Ina berjaya menyandang gelaran pembentang terbaik untuk muslimat!Rezeki...(◕‿-)
Selain itu, tidak dijangka-jangka, 'Wasiat terakhir' yang kunukilkan mendapat perhatian fasilitator untuk dibacakan ketika majlis akhir...suasana sebak mengiringi sepanjang sesi tersebut...berbaloi juga kuberjaga malam itu menyiapkankan bingkisan yang tulus dari hati itu buat Bonda tersayang...(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a)
*****
Begitulah rentetan perjalanan yang sempat kukongsikan...TQ to Kak Faez kerana sudi menajaku sebagai pengganti kepada muslimat yang tidak hadir. RM180 kos program ini. Moga Allah membalas jasa baik Kak Faez. Saham Akhirat buatmu...Masih kuingat tika majlis bersalam-salaman kuucapkan terima kasih kepada insan yang menajaku ini, simple saja balasanya, 'Untuk Ilmu takda yang kurang pun' :)
TQ juga untuk para penceramah, fasilitator, roomates 'Makcik Bibah dan mak cik Ilah' yang cekal meninggalkan anak di rumah untuk menyertai PBC ini...moga mereka berjaya dalam bisnes ini. To Mak cik yang mukanya persis mak Cik Milah ( jiranku ), diri yang hina ini cukup terkesan bila bersalaman dengannya dan dia membisikkan sesuatu di telingaku...'mak Cik dah anggap Ina macam anak Mak Cik sendiri, jaga diri ya!'
Jujurnya tika pagi sebelum Qiam, kusempat duduk berborak dengannya dan dapat kuketahui kisah hidupnya...Moga Allah kuatkan hatinya menempuhi kehidupan. Dia insan tabah, 6 tahun hidup membesarkan anak-anak setelah kematian Ustaz( arwah suaminya )dan berkat kegigihannya itu anak perempuan yang turut sama menyertai PBC ini cukup ayu berpurdah...berkat asuhannya!Kuturut bisikkan kepada anaknya supaya menjaga Uminya dengan baik...moga Allah merahmati mereka anak beranak.
Kak Ina aka nurse, kesanggupan meninggalkan dua anaknya yang sedang demam demi menghadiri program emas ini juga merangtai hatiku...cukup tabah insan-insan ini. Tak dilupakan Dek Siti yang datang bersama bondanya. Keterbukaan hati mereka menimba ilmu menawan hatiku. Kubersyukur dipertemukan denagn insan hebat seperti kalian.(◑‿◐)
****
KESIMPULANNYA...Hai Ina! "Everything happen for a good reason...May Allah bless you!
(●*∩_∩*●)(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)(◕‿-)✖‿✖(∪ ◡ ∪)(─‿‿─)(a◕‿◕a)(^o▽)^o(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a)(✿ ♥‿♥)(a♥‿♥a)(^o❤‿❤)^o٩(-̮̮̃•̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃-̃)۶◤(¬‿¬)◥<((((((((((((((((◕‿◕)⊰
PROGRAM PBC in memory!
Sesuatu yang pasti, kuperlu hadiri program ini sekali lagi di masa depan untuk giat mara dalam perjuangan ini. pertemuan PBC yang secara kebetulan ini telah merungkaikan banyak kesamaran yang bermaharajalela selama ini.
TQ ALLAH yang menyuratkan segalanya...wassalam.
Yang Indah dalam kenangan.
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment