:: MENUNTUT ILMU - Suatu perjalanan yang panjang ::

17 April 2010

Sengaja kumemilih tajuk ini untuk dibicarakan. Mungkin ada kena mengena juga dengan rentetan hidupku kini yang makin menghitung hari untuk kembali bergelar pelajar dan meneruskan perjuangan menuntut ilmu.

Syukur ke hadrat Ilahi, segalanya milik-NYA. Dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah kuberjaya mendapat panggilan untuk menduduki Ujian MEDSI dan MUNSYI. Suatu yang kunanti-nantikan dengan penuh debaran. Inilah jalannya untuk kumendapat tempat di IPTA dalam bidang pendidikan. Dan MUNSYI pula sebagai prasyarat untuk program di USM.

Ujian ini akan dijalankan pada hari yang sama iaitu 24 April 2010 nanti. Namun, ada cabaran yang perlu kuharungi. Tempat peperiksaan tersebut terletak berasingan. Hal ini bermaksud kuperlu bergegas kedua tempat untuk menduduki ujian ini.

Berikut merupakan jadualnya :-

1) MEDSI di SMK Bukit Mertajam ( jam 2.00-3.00petang )
2) MUNSYI di SMK Bandar Baru Perda ( jam 4.00-5.00petang )

Doaku semoga perjalananku untuk ke sana kelak berjalan lancar.

Seperti biasa sebelum menduduki sesuatu exam kita perlu bersedia dengan ilmu. Jambangan terima kasih kudedikasikan buat seorang insan yang mengambil berat tentang diri ini yang telah bersusah payah membelikan ku sebuah buku panduan sebagai persediaan untuk menduduki ujian MEDSI dan MUNSYI. Bungkusan pos ekspresnya tiba pada hari Sabtu ( 17 April 2010 ). Si dia juga merupakan calon yang berjaya melepasi MEDSI last year...dan kini sedang ranum meniti tangga sebagai siswa pendidikan...Syukran yea kepada insan itu...

TQ untuk buku ini. Katanya, sebagai hadiah untukku dapat keputusan STPM yang lalu. InsyaAllah, Ina akan manfaatkan sepenuhnya sebagai persediaan akhir menuju ke medan MEDSI. May Allah bless u. Doaku, moga kau berjaya menjawab Final Exammu dengan tenang dan mudah-mudahan pointer yang bakal kau raih lebih hebat dariku. Ameen...

Tahniah buat kawan-kawan yang berjaya mendapat panggilan MEDSI dan MUNSYI ini. Semoga kita berjaya dalam test ini.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami!" :)

"Murahkan rezeki kami untuk melepasi test ini...moga-moga tercapai cita-cita nan satu!"

~ SALAM IMTIHAN ~



0 Lontarkan KALAM anda: