:: Jika Bukan Guru, Siapa Lagi? Selamat Hari Guru ::

15 May 2010



16 Mei tiba lagi. Suatu tarikh yang tidak mungkin mampu kulupakan.
Teringat bait-bait kata sebuah puisi terkenal,

"Dialah pemberi paling setia. Tiap akar ilmu miliknya. Pelita dan lampu segalanya. Untuk manusia sebelum manjadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat. Alur kesetiaan mengalirkan nasihat. Pemimpin yang ditauliahkan segala umat. Seribu tahun katanya menjadi hikmat"

****

Mengharapkan satu perjuangan,
Yang bisa diberkati,
Mengharapkan satu perjuangan,
Yang bisa mengerti,
Keluhan demi keluhan,
Menanggung kerenah anak buah,
Kerap menghampakan,
Bimbang akan harapan,
Resah akan perjuangan,

Jika bukan GURU siapa lagi?
Banggakah anda menjadi GURU?

Ucapan ini khas kudedikasikan buat cikgu-cikgu yang pernah mendidikku
( walaupun satu abjad, satu nombor, sepatah kata mahupun sepotong ayat...kalian ialah guruku ) terutamanya di SKPTK, SKBT, SMKSN, ICT Klang, dan SMKSE.

Tatkala keseorangan ini, memori indah tika ranum di alam persekolahan menjelma di kotak ingatan. Terbayang beberapa wajah insan yang kuhormati. Terutamanya guru-guru tika kubelajar di pra-u...kalian insan yang paling mengerti jiwa keremajaanku ini...

1. Puan Solehah Abdul Hamid - Ketegasanmu mengunci mulutku tika P&P berjalan :))
2. Puan Nurul Huda Mohd Yusop - Kelembutanmu mendidik mengakrabkan kita :))
3. Puan Norizan Yusoff - Takkan kulupa motivasi yang seringkali menjadi mukadimah kelas Sejarah :))
4. Puan Roni Samsuddin - Keprihatinanmu membuahkan jalinan yang harum mewangi :)) Segalanya bermula di sini...Pesta Pantun...Sifu Pantunku.
5. Puan Rohana Shapii - Kejernihan wajahmu menawan heartyku Cikgu BM & Sastra SPM :))
6. Puan Habsyah Md Salleh - Mutiara masihatmu kerapkali membuatku terfikir...TQ cikgu...kunampak hasilnya kini :))
7. Puan Masita Bt Rejab - PK Pentadbiran, titis mutiara jernihku pernah mengalir di biliknya...kunampak hikmah yang tersurat kini. Kuperlu lebih bersyukur :))
8. Tuan Haji Aziz Bin Yusof - Bantuanmu 'menginsafkanku' Form6 contoh pelajar lain :)) TQ Pengetua kerana mempercayaiku dan SITI!!!!
9. Puan Rohana Salleh - Maafkanku melepaskan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ketahuilah, kuamat menghormatimu meskipun dalam diam :))
10. Puan Saadiah Muda - Kepercayaannya memantapkan kewibawaanku memimpin. Hidupku selamanya bergelar PUTERI ISLAM :))
11. Puan Siti Hawa Abdul Rahim - Renungan matamu yang tenang membangkitkan semangat untukku berjuang :))

~ Mewarnai kanvas perjuanganku di bumi SESS '06-'09 ~

****

:: Empat insan yang kurindui ::

1. Puan Hajjah Rogayah Abdul Samad - Ustazah di kelas mengajiku. Lama tidak kutemu. Hanya buku, hadiah pemberiannya menjadi tatapan tatkala rindu :))
2. Puan Nawal Syakirah Mahmood - Guru tika darjah 1...minatku akan bahasa bermula di sini :))
3. Puan Nor Azima Hassan - Minatku akan sastera dirangsang oleh beliau. Senyuman manisnya kurindui. :))
4. Puan Jamilah - bertanggungjawab mengenengahkan bakat melukis dan mewarnaku. Hanya Sijil Pameran Lukisan Malaysia-Jepun menjadi kenangan untuk mengingati kegigihan seorang guru yang baik ini :))

****

Sebenarnya terlalu ramai insan bergelar guru yang meninggalkan secebis kenangan sepanjang semusim bersama. Jika ingin disebut, panjanglah entri ini...hehe...Terutama guru-guru di SMKSN...terlalu banyak memori tercipta di sana. Semoga Allah merahmati kalian di dunia mahupun di Akhirat...InsyaAllah.



*****

GURINDAM GURU SEJATI
(Mas Adeki)

Guru sejati muhasabah diri,
Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,
Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,
Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati tekun bekerja,
Ada wawasan semangat waja.

Guru sejati guru berkualiti,
Gigih mengajar sepenuh hati.

Guru sejati berhati murni,
Sihat sejahtera hidup harmoni.

Tidak mudah berkata tidak,
Sentiasa berusaha terus bertindak.

Jika menghadapi sebarang masalah,
Guru sejati tak pernah mengalah.

Rela berkorban apa sahaja,
Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati baik hati,
Berasa belas menaruh simpati.

Guru sejati bijak berbicara,
Hidup berbakti jadilah juara.

Guru sejati umpama lebah,
Menebar ilmu sabar tabah.

Guru sejati bergelar pendidik,
Pelajar diasuh bijak cerdik.

Membina, membentuk insan berakhlak
Gigih membimbing tak pernah jelak.

Semoga berjaya di dunia dan di akhirat,
Kedua-duanya penting diambil berat.

Guru sejati insan bijaksana,
Tugasan diberi beres sempurna.

Tegur nasihat untuk kebaikan,
Mengasuh, mendidik demi kebajikan.

Marahnya sayang bencinya kasih,
Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati utamakan kecemerlangan,
Pelajar bergaya ke arah kegemilangan.

Guru sejati sentiasa proaktif,
Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati memanusiakan manusia,
Demi keamanan bukan sia-sia.

Guru sejati guru bestari,
Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,
Berkhidmat demi nusa dan bangsa.

*****

SELAMAT HARI GURU

TINTA KENANGAN,

@n@k mur!dmu...

1 Lontarkan KALAM anda:

Anonymous said...

Jasa guru perlu dikenang!