:: MENUNTUT ILMU - Suatu perjalanan yang panjang ::

17 April 2010

Sengaja kumemilih tajuk ini untuk dibicarakan. Mungkin ada kena mengena juga dengan rentetan hidupku kini yang makin menghitung hari untuk kembali bergelar pelajar dan meneruskan perjuangan menuntut ilmu.

Syukur ke hadrat Ilahi, segalanya milik-NYA. Dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah kuberjaya mendapat panggilan untuk menduduki Ujian MEDSI dan MUNSYI. Suatu yang kunanti-nantikan dengan penuh debaran. Inilah jalannya untuk kumendapat tempat di IPTA dalam bidang pendidikan. Dan MUNSYI pula sebagai prasyarat untuk program di USM.

Ujian ini akan dijalankan pada hari yang sama iaitu 24 April 2010 nanti. Namun, ada cabaran yang perlu kuharungi. Tempat peperiksaan tersebut terletak berasingan. Hal ini bermaksud kuperlu bergegas kedua tempat untuk menduduki ujian ini.

Berikut merupakan jadualnya :-

1) MEDSI di SMK Bukit Mertajam ( jam 2.00-3.00petang )
2) MUNSYI di SMK Bandar Baru Perda ( jam 4.00-5.00petang )

Doaku semoga perjalananku untuk ke sana kelak berjalan lancar.

Seperti biasa sebelum menduduki sesuatu exam kita perlu bersedia dengan ilmu. Jambangan terima kasih kudedikasikan buat seorang insan yang mengambil berat tentang diri ini yang telah bersusah payah membelikan ku sebuah buku panduan sebagai persediaan untuk menduduki ujian MEDSI dan MUNSYI. Bungkusan pos ekspresnya tiba pada hari Sabtu ( 17 April 2010 ). Si dia juga merupakan calon yang berjaya melepasi MEDSI last year...dan kini sedang ranum meniti tangga sebagai siswa pendidikan...Syukran yea kepada insan itu...

TQ untuk buku ini. Katanya, sebagai hadiah untukku dapat keputusan STPM yang lalu. InsyaAllah, Ina akan manfaatkan sepenuhnya sebagai persediaan akhir menuju ke medan MEDSI. May Allah bless u. Doaku, moga kau berjaya menjawab Final Exammu dengan tenang dan mudah-mudahan pointer yang bakal kau raih lebih hebat dariku. Ameen...

Tahniah buat kawan-kawan yang berjaya mendapat panggilan MEDSI dan MUNSYI ini. Semoga kita berjaya dalam test ini.

"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami!" :)

"Murahkan rezeki kami untuk melepasi test ini...moga-moga tercapai cita-cita nan satu!"

~ SALAM IMTIHAN ~



:: Pengalaman Indah di KuLim Inn ::

14 April 2010

Lama kubiarkan blog ini bersawang. Kali ini kubertekad untuk menukilkan satu lagi pengalaman yang bermakna dalam hidupku agar bisa dijadikan sumber rujukan bila diri terasa rindu...ceewah =)(●*∩_∩*●)(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)(◕‿-)✖‿✖(∪ ◡ ∪)(─‿‿─)(a◕‿◕a)(^o▽)^o(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a)(✿ ♥‿♥)(a♥‿♥a)(^o❤‿❤)^o٩(-̮̮̃•̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃-̃)۶◤(¬‿¬)◥<((((((((((((((((◕‿◕)⊰





02042010( Jumaat )



Kumendapat perkhabaran daripada my sis ( nama famousnya Ayong...hehe ) yang beliau menerima mesej daripada Kak Faez, mengajak untuk menyertai suatu 'kursus'. Dia menyatakan hasratnya yang belum bersedia untuk mengikuti program seumpama itu. ( atau dalam erti kata biasa tidak berminat la dengan program itu ) Untuk menolak pelawaan Kak Faez itu seakan tidak wajar kerana bukan ajakan pertama yang diterima malah telah beberapa kali dia mengajak my sis untuk menyertainya. Entah keberanian daripada mana yang kuterima, atas saranan abah dan persetujuan mak, hatiku seakan terbuka untuk menyertainya. (",)



Segalanya berlaku terlalu pantas. Malam tersebut keputusan baru digapai dan keesokannya cabaran bakal bermula.






03042010 ( sabtu )



Hari ini terlalu banyak agenda yang direncanakan untukku sekeluarga. Abah mempunyai kerja overtime untuk mengendalikan urusan pemberian saguhati kepada Warga Emas, Emak pula ke SKTM melihat Baby Jimah dan Ziyah menyertai Sukan Sekolah, Irah waktu hujung minggu seperti biasa di PT Tepat Jitu dan Ina diiringi my sis berangkat ke Kulim Inn...Bersama satu misi, ingin mengintai 'peluang' yang ada. ( selama ini masih dalam kesamaran )






Gugup juga bila mengenangkan di sana kelak tiada siapa yang kukenal melainkan Kak Faez seorang saja. Telah dia khabarkan yang beliau hanya berada sekejap-kejap saja di program tersebut kerana sibuk dengan bisnesnya! Namun, selama bergelar pelajar sekolah dahulu pun telah biasa mewakili sekolah secara perseorangan ( contoh Program OUTREACH Kebangsaan, Kem Ihya' Ramadhan, Kem penulis Muda NILAM, hatta ke MPR pun kukeseorangan... )kupercaya di sana kelak pasti ada kenalan baru yang bertandang. Akan kubuka pintu ukhwah seluas-luasnya...bukankah setiap muslim itu bersaudara? :)






Sekitar jam 8.45pagi, ku tiba di perkarangan Kulim Inn. TQ Ayong sudi hantar...hihi...dia sememangnya seorang driver yang baik kepada adik-adiknya! :) (●*∩_∩*●)(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)(◕‿-)✖‿✖(∪ ◡ ∪)(─‿‿─)(a◕‿◕a)(^o▽)^o(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a)(✿ ♥‿♥)(a♥‿♥a)(^o❤‿❤)^o٩(-̮̮̃•̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃-̃)۶◤(¬‿¬)◥<((((((((((((((((◕‿◕)⊰


Tiba di sana hanya Kak Faez yang kukenal, itupun tidaklah serapat mana. Telah kuduga para peserta, rata-ratanya sudah berkeluarga dan berpangkat Umi dan Abi kepadaku!Namun, kerana hajat hati meronta ingin mengintai peluang yang ada jadi kuberanikan diri meneruskan perjuangan. Usai sesi pendaftaran peserta, permulaan kembaraku di PBC. Sepatutnya terus dimulakan Modul 1 iaitu KENALI SYARIKAT tetapi dek masalah teknikal, yelah...dalam berjuang kerapkali teruji, sama juga dengan program ini. maka majlis dimulakan dahulu mukadimah oleh Pengerusi Majlis. Berbentuk tazkirah dan pengenalan kepada program yang bakal kutempuhi selama dua hari satu malam ini.

Antara pengisian Program 'Perkongsian Bijak Cemerlang(PBC)' ini :-
[ hambatan waktu maka kuperincikan saja tentatif programnya...moga-moga pabila kumenatap setiap modul itu akan menjelmalah segala peristiwa yang terakam di Kulim Inn (◕‿◕) ]

MODUL 1 : KENALI SYARIKAT
MODUL 2 : PLAN PEMASARAN
MODUL 3 : ELEMEN KEJAYAAN 6M
DEMO PRODUK
MODUL 4 : BERSAMA PEMIMPIN
LDK 1 ( Geng SPIRULINA )
MODUL 5 : PRODUK PILIHAN
MALAM PERTAMA ( Wasiat terakhir )
Qiamullail
Solat Dhuha
Bacaan Mathurat
MODUL 6 : PERBENTANGAN LDK ( SPIRULINA The Best! )
MODUL 7 : SARAF TAPAK TANGAN
MODUL 8 : PRODUK HALAL
SENTUHAN RASA ( Kenangan tercipta )

Ingin saja kuperincikan segalanya namun, kutidak bisa melakukannya. Sering kutertewas dengan masa...hihi...

Konklusinya, pengorbananku meluangkan masa menyertai program ini ternyata berbaloi. membuka mindaku pada satu tahap yang luar biasa. (a❤‿❤a) Banyak input yang bercambah.
Kini, kuyakin MLM HPA, mengikut syariat. Perjuangan untuk mencari keredhaan Allah.

"Rezeki jangan nampak wang ringgit sahaja, harta benda sahaja tetapi hati yang tenang serta bahagia...itulah nikmat rezeki yang hakiki."

"Bilamana kamu tolong agama Allah, Allah akan tolong perjuangan kamu."

"Pandanglah sesuatu dengan mata hati, usah berpegang pada mata kasar."

"Ada ILMU, boleh bandingkan...(◕‿-)"

HPA-Inilah jalan kita! Peperangan nak tegakkan agama Allah dari segi ekonomi. Jalan mencari keberkatan, seumpama mencari setitik air di tengah padang pasir yang gersang.

Perkara penting dalam perjuangan :-
1) Niat
2) Doa
3) Ikhlas
4) Istiqamah

Rukun Penyembuhan :-
1) yakin
2) Istiqamah - Tetapkan jalan yang hendak dituju, jika jalan gelap...terangkan jalan dengan ilmu.
3) Pegang kepada ketentuan Allah, tiap penyakit dari Allah dan setiap dari itua da penawarnya.
4) Dos mencukupi - lengkapkan keperluan diri kita dengan persediaan.

****

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu kan?(◕‿◕✿)
Dengan izin Allah, kumpulan ina iaitu SPIRULINA berjaya menjadi kumpulan terbaik! Berbaloi usaha kumengerah keringat dan berpantun sebagai pembuka bicara persembahan...ditambah pula keceriaan muslimat kami berdemonsrtasi produk, maka menambat hati juri yang mengadili. Dan Alhamdulillah, Ina berjaya menyandang gelaran pembentang terbaik untuk muslimat!Rezeki...(◕‿-)

Selain itu, tidak dijangka-jangka, 'Wasiat terakhir' yang kunukilkan mendapat perhatian fasilitator untuk dibacakan ketika majlis akhir...suasana sebak mengiringi sepanjang sesi tersebut...berbaloi juga kuberjaga malam itu menyiapkankan bingkisan yang tulus dari hati itu buat Bonda tersayang...(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a)

*****

Begitulah rentetan perjalanan yang sempat kukongsikan...TQ to Kak Faez kerana sudi menajaku sebagai pengganti kepada muslimat yang tidak hadir. RM180 kos program ini. Moga Allah membalas jasa baik Kak Faez. Saham Akhirat buatmu...Masih kuingat tika majlis bersalam-salaman kuucapkan terima kasih kepada insan yang menajaku ini, simple saja balasanya, 'Untuk Ilmu takda yang kurang pun' :)

TQ juga untuk para penceramah, fasilitator, roomates 'Makcik Bibah dan mak cik Ilah' yang cekal meninggalkan anak di rumah untuk menyertai PBC ini...moga mereka berjaya dalam bisnes ini. To Mak cik yang mukanya persis mak Cik Milah ( jiranku ), diri yang hina ini cukup terkesan bila bersalaman dengannya dan dia membisikkan sesuatu di telingaku...'mak Cik dah anggap Ina macam anak Mak Cik sendiri, jaga diri ya!'
Jujurnya tika pagi sebelum Qiam, kusempat duduk berborak dengannya dan dapat kuketahui kisah hidupnya...Moga Allah kuatkan hatinya menempuhi kehidupan. Dia insan tabah, 6 tahun hidup membesarkan anak-anak setelah kematian Ustaz( arwah suaminya )dan berkat kegigihannya itu anak perempuan yang turut sama menyertai PBC ini cukup ayu berpurdah...berkat asuhannya!Kuturut bisikkan kepada anaknya supaya menjaga Uminya dengan baik...moga Allah merahmati mereka anak beranak.
Kak Ina aka nurse, kesanggupan meninggalkan dua anaknya yang sedang demam demi menghadiri program emas ini juga merangtai hatiku...cukup tabah insan-insan ini. Tak dilupakan Dek Siti yang datang bersama bondanya. Keterbukaan hati mereka menimba ilmu menawan hatiku. Kubersyukur dipertemukan denagn insan hebat seperti kalian.(◑‿◐)

****

KESIMPULANNYA...Hai Ina! "Everything happen for a good reason...May Allah bless you!
(●*∩_∩*●)(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)(◕‿-)✖‿✖(∪ ◡ ∪)(─‿‿─)(a◕‿◕a)(^o▽)^o(~▽)~(∩▂∩)(a❤‿❤a)(✿ ♥‿♥)(a♥‿♥a)(^o❤‿❤)^o٩(-̮̮̃•̃)۶٩(̾●̮̮̃̾•̃̾)۶٩(-̮̮̃-̃)۶◤(¬‿¬)◥<((((((((((((((((◕‿◕)⊰

PROGRAM PBC in memory!
Sesuatu yang pasti, kuperlu hadiri program ini sekali lagi di masa depan untuk giat mara dalam perjuangan ini. pertemuan PBC yang secara kebetulan ini telah merungkaikan banyak kesamaran yang bermaharajalela selama ini.
TQ ALLAH yang menyuratkan segalanya...wassalam.

Yang Indah dalam kenangan.

:: @LL !n MeMoRy ::

01 April 2010

Telah lama kumenangguhkan penulisan blog ini. Kali ini kubertekad untuk menyiapkan juga laporan [ ceewah, seakan tugasan kerja pulak!(",)] sempena hari bersejarah yang bermakna dalam hidupku. Peristiwa ini penting sebagai bukti kenang-kenanganku di zaman persekolahan gitu!


Bersempena 'Mesyuarat Agung PIBG SMKSE' yang lalu, enam orang Graduan STPM'09 telah dijemput untuk mendapat anugerah penghargaan sempena keputusan yang terbaik (peringkat sekolah la =) Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Ina termasuk dalam golongan terpilih ini.




( Banner curik dari FB cikgu :) hehe )


Terima kasih daun inai untuk pihak PIBG dan sekolah kerana sudi memberikan hadiah dalam bentuk 'sejumlah wang tunai', bolehlah untuk membeli barangan yang didambakan tu..

Rakan seperjuangan yang turut turun padang untuk mendapat hadiah tersebut ialah :

Keat Yin (6UPM)

Yap Poh Siew (6UM)

    Nur Hazlina Mohd Fisol (6UUM)

    Mooi Wei (6UPM)

Koh Miin Yiu(6UUM)

    Jia Hong (6UPM)


Semoga kami berjaya mendapat tempat di IPTA pilihan pada bulan Jun nanti, InsyaAllah!

P/S : Kembali menjejakkan kaki ke sekolah pada pagi itu telah membawaku terbang ke suatu 'daerah' lalu. =) All in memory...semoga ini menjadi titik mula untuk kemelangkah ke alam IPTA!Mudah-mudahan dengan izin Allah...