Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah...
Segala puji bagi Allah SWT,
Alam persekolahan telah berjaya kutempuhi,
Pelbagai kenangan mendewasakan diri,
Masa hadapan belum pasti,
Manfaatkan pengalaman agar hidup bererti.
Kini...
Bumi barakah UPM kusinggahi,
Apakah yang kamu dambakan sepanjang musafir ilmu di sini?
Andai perjuangan ini mudah,
Pasti ramai yang menyertainya.
Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan,
Pasti ramai yang tertarik padanya.
Tapi hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun naiknya, sakit pedihnya,
Umpama kemanisan yang tiada terhingga,
Andai rebah, bangkitlah semula.
Andai terlena, ingatlah janjiNya.
Selamat berjuang!
Kita bukan pemula dan pengakhir, kita penerus legasi perjuangan ini. Insya-Allah.
Salam istiqamah,
Ina Nailofar, Kampus Hijau.
Sudahkah kita menghafalnya?
Jom, lazimi hidup sehari-hari dengan zikir asma ul-husna.
Hidupkan lebih bermakna, selamat mencuba.
Salam inspirasi,
-Ainul Hayat-
Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak pernah luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya -Imam Shafie.
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita kepada jalan Allah SWT.
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment