MINGGU KETIGA DI KAMPUS HIJAU
28 September 2012
Hari-hari yang dilewati sepanjang berada di kampus hijau ini
terasa begitu pantas. Sesuatu yang pasti, longgokan tugasan sedang menanti
disepanjang lorong menyelusuri kolej
hayat ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Masaku terisi J
Semoga kutenang menerima segala-galanya.
“Everything
happen for a good reason.”
Kolej Pendeta Za’ba
Semester ini menyaksikan kukembali menjaga kiosk di Kolej
kediaman tercinta. Kukira, inilah antara jalan terbaik untuk berbakti dan
menyumbangkan jasa kepada kolej dan pastinya menjanjikan merit. Dua kali
seminggu. Petang Isnin dan petang Khamis, insya-Allah. Sebenarnya, diri ini bukanlah ‘merit-oriented’. Cuma, untuk memastikan
kelangsungan pengajian seterusnya ini masih dapat terus menginap di kolej ini
dan bilik ini(Alhamdulillah, tak berubah bilik dari semester pertama lagi) maka
kuharus memanfaatkan ruang dan peluang untuk sama-sama mengimarahkan
program-program yang berada di sekitar kolej. Ya, kolej kediaman saya sangat
aktif. Jujur, tiada sebarang jawatan yang dipegang kerana sememangnya diri ini
menyedari kemampuan diri yang tidak mampu untuk menunaikan komitmen amanah itu.
Jadi, menjaga kiosk merupakan alternatif yang terbaik. Jika saya tiada di
bilik, sila cari saya di kiosk ya! J Lihat, betapa kutelah menyiapkan diri untuk
membahagikan tumpuan kepada perkara yang ingin kulakukan. Jika tidak sekarang,
bila lagi Ina Nailofar?
Masa
tiada masa nak buang masa dengan kamu.
Kamu Seorang Yang Sibuk? Benarkah?
Kita hidup bermasyarakat. Sejauh mana kita lari sekalipun,
inilah kenyataan yang perlu kita sedari dan hadapi. Maka, hubungan sesama
manusia harus dijaga. Adakalanya, untuk memenuhi keperluan ini, banyak perkara
yang perlu dikorbankan. Terutama sekali yang berkaitan dengan kemahuan diri
sendiri. Persoalannya, sampai bila kamu harus begini? Sampai bila nak ketepikan
minat dan kemahuan kamu demi memenuhi tugas lain? Benar. Semuanya berlandaskan
perjuangan. Namun, Allah takkan membebani kamu dengan sesuatu yang kamu tak
mampu hadapi…Bijaklah berfikir. Berani bertindak. Lontarkan suara. Umur semakin
meningkat bermakna kematangan harus dizahirkan semaksimumnya.
Menjadi Diri Sendiri.
Seseorang insan itu dilahirkan dengan 1001 minat dan
keinginan diri. Kita akan berasa gembira dan bahagia apabila dapat melakukan
sesuatu perkara yang kita suka. Masalahnya kini, untuk memenuhi keperluan itu,
kau terpaksa ketepikan keinginan diri. Bahagiakah kamu dengan cara ini? Jika
dua tahun yang lalu, memang ini yang kamu cari. Tarbiyah inilah yang kamu
nantikan. Rezeki dari Allah, kamu dapat rasai betapa manisnya berusrah di alam
kampus ini. Namun, takdir Allah tiada siapa tahu. Di saat kau masih berusaha
membaiki diri. Kau ditaklifkan sebagai ‘seseorang’ di dalam jemaah itu. Sedang
diri masih terkapai-kapai mencari hala tuju, kau digalas dengan amanah untuk
sama-sama menggenggam tangan rakan-rakan untuk menuju jalan dan matlamat itu.
Allah. Allah. Allah. Berat amanah ini. Acap kali membuatkan kau mengah. Lelah
juga terkejar-kejar merencana dan melaksana itu dan ini. Bukan sedikit masa
yang kau peruntukkan untuk itu. Dua tahun pengajian. Bersamaan empat semester
pengajian. Selama tempoh itu, kau seakan jauh meninggalkan daerah lampaumu. Ya,
hijrah ini. Menuntut banyak pengorbanan.
Antara minat dan amanah. Mana satu yang menjadi keutamaan?
Jauh di lubuk hatimu, kutahu bahawa kau bahagia dengan jalan
yang sedang kau tempuhi. Bukankah jalan ini yang memang kau rindu selama ini.
Namun, apabila angin rindu itu datang, datang pula bersama-sama kepulan awan
yang berombak bersama seribu satu tuntutan amanah itu. Terasa diri begitu
terhimpit. Nak tak nak amanah perlu kau lunaskan. Dalam masa yang sama kau rasa
tak enak apabila tidak dapat buat perkara yang kau gemari. Bersama komitmen
belajar yang menjadi keutamaan segala-galanya. Di sinilah mainnya peranan
tarbiyah yang kau jalani itu. Tidak keterlaluan dikatakan, jika diri tidak
pernah melalui asas tarbiyah itu, pastilah sudah lama kau berputus asa dan lari
dari medan ini. Alhamdulillah, kau masih waras dan dapat menilai ranjau hidup
ini. Allah uji sebab Allah sayang kamu. You
are the chosen one. Allah chose you my dear!
Masa Kini Penentu Siapa Kamu Di Masa Hadapan
Dah sampai tahap ini, kamu tak boleh undur lagi. Teruslah
melangkah ke hadapan sayangku. Bersama derap langkah itu, kau imbangi dengan
keinginan yang kau dambakan. Kau mampu. Berusaha sungguh-sungguh mencapai
mampu.
Jika sampai masa kau rasa hilang kekuatan, ambillah wuduk
abdikan diri kepada Allah, minta kekuatan dari-Nya.
Jika ada masa kau rasa buntu, carilah seseorang yang boleh
membantu. Kerja jemaah selamanya kau tak keseorangan.
Dan sampai masa kau berfikir, sampai bila kau harus hidup
berjemaah begini? Jawapannya, sampai masa yang Allah telah tetapkan! Selagi
nadi masih berdenyut, usah sesekali merungut. Jadilah hamba bersyukur.
Muhasabah malam.
Hidup ini penuh peluang. Peluang yang membuka lorong ke
Syurga Allah, mengapa tidak Kau manfaatkan?
Label : Coretan
:: Pena Berdansa :: KBM UPM dihatiku :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment