skip to main |
skip to sidebar
Salam kemesraan :)
Alhamdulillah, punya kesempatan untuk kembali mewarnai entri di blog ini.
Di sini tempat berhimpun warga siswa.
Menjunjung amanah.
Berilmu berbakti.
Sedar tak sedar, kusudah berada di tahun ketiga pengajian.
Masa begitu pantas berlalu.
Itu kenyataan yang perlu kuinsafi.
Berbaki tiga semester pengajian di kampus hijau dan selebihnya praktikum.
Semoga Allah SWT izinkan diri ini untuk menghabiskan pengajian dengan lembayung keredhaan-Nya.
Seperti yang kumaklumi, kepulangan ke kampus menjanjikan seribu satu urusan yang perlu kulaksanakan. Ya, semua gambaran dalam fikiran itu sedang dan akan kuhadapi.
Bangunan itu,
Tempat belajar.
Akademik
Semester ini memperlihatkan 20 jam kredit yang perlu kubawa. Jika hendak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain, jumlah jam kreditku ini kurang. Jelas kelebihan kerana tidak perlu mengambil subjek bahasa Inggeris di peringikat asas. Walau bagaimanapun, sudah melebihi had sebenar UPM iaitu 18 kredit. Insya-Allah, pengalaman semester tiga juga mengambil 20 jam kredit. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan, itulah yang menaikkan pencapaian peperiksaanku. Alhamdulillah.
Ada tiga kelas amali yang perlu ditempuh. Sememangnya inilah yang paling mencabar.
Masih ada tugasan mengajar(micro teaching). Cuma kali ini lebih nyata kerana perlu mengajar di sekolah sebenar! Bukan berlakon lagi seperti semester-semester yang lalu, kawan-kawan yang jadi murid-murid. Selamat bersiap siaga Cikgu Ina Nailofar :)
Kau semakin menghampiri dunia itu.
Apa yang menariknya semester lima ini?
---> Takdir Allah selalu indah-indah belaka. Semester ini, Ina sekali lagi diberi peluang untuk berada dalam kelas Dr. Ghazali Lateh. Seorang pensyarah yang kugemari. Pensyarah yang kukagumi. Syukur. Setelah Pengajaran Kemahiran Mengarang telah kulepasi, kini subjek Kemahiran Berkomunikasi Dalam Pengajaran Bahasa Melayu pula menyusul. Semoga semangat menulisnya meresap ke dalam jiwaku. Sesungguhnya, diri ini amat merindui dunia itu.
Dr. Roselan---> Akhirnya dapat belajar bersama beliau. Kuliah kedua yang lalu, beliau mengintai setiap inci nota pelajar. Tiba giliranku, beliau mengatakan nota aku 'cacat'. Biasalah, nota Ina macam-macam corak dan bentuk. Amat kuhargai pujiannya itu. Terima kasih. Pujian tidak melekakan, kritkan tidak melemahkan. Ceewah :)
Itu ceritera kuliahku.
***
Suratan mentakdirkanku berada dalam jemaah PKPIM UPM@KBMUPM. Kuyakin, Allah mahu mentarbiyahkan kumelalui jalan ini. Lewat penghijrahanku, Allah letak Ina dalam kesatuan ini. Sememangnya kusukakan kehidupan bermasyarakat. Namun, bila sedar amanah ini bakal dipersoalkan kelak. Jiwaku terasa gentar. Tragedi yang berlaku dalam 'induksi' minggu lalu, sedikit meresahkan jiwa mudaku. Namun, kuberusaha sedaya mungkin untuk cekal dan setia dalam gerakan ini. Pastinya, menagih seribu satu pengorbanan. Nak sama-sama didik diri untuk jadi insan yang baik, hari demi hari. Insya-Allah.
***
Dalam keluarga PBMP, secara tak sedar Ina diamanahkan untuk mewarisi satu program. Oleh sebab itu, semester ini julung kalinya ditauliahkan sebagai Pengarah program Tunas Kecemerlangan Bersama Komuniti di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Semoga segalanya berjalan lancar. Ya Allah, permudahkan langkahku.
***
Allah jadikan manusia itu punya seribu satu keinginan.
Seperti diri ini punya wawasan yang ingin dicapai.
Bisnes? Kraf? Menulis?
^-^
Pilihan berada di tanganmu.
Bijaklah membuat tindakan.
Semoga kudapat manfaatkan masa.
Fokus.
Utamakan perkara yang penting.
~Siapa kita hari ini penentu kita di masa depan~
Jom berlari! :)
Buktikan kemampuan diri.
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment