Rasa baru sahaja pulang bercuti ke rumah.
Rasa baru semalam selesai trip berikut :-
☼Slot bersama penulis : Cikgu Abu Hasan Morad di Masjid Jawi, SPS, Penang.
☼Konvoi Long Islands, Kelate ( seminggu...namun, rasa kejap sangat! )
☼Kursus JP di Pantai Merdeka Resort, Kedah
☼Konvensyen di SACC, Selangor...dll
Selak-selak kalendar, huh...tiba masa untuk kembali ke bumi hijau L
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Keberangkatan kali ini punya misi tersendiri. Jika diikutkan cuti semester kali inilah yang paling mewah sekali. Apa taknya, jangka masa cuti yang begitu lama, hampir menjangkau empat bulan lamanya. Rakan-rakan lain ramai yang bekerja, Ina? Ina....niat di hati memang nak kerja. Boleh menambah wang poket. Tapi...fikir-fikir, renung-renung....Ina pun kerja juga. Cuma bukanlah kerja yang mengharap dan jauh sekali menjanjikan duit semata.Huhu... Semua ini memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Tetapi memerlukan kekuatan dalaman yang jitu. Bear in mind Ina, selagi nadi berdenyut, hidup perlu diperjuangkan. Sangat rugi masa senggang yang ada ( meskipun kau punya banyak rencana lain ) jika tidak dimanfaatkan bagi menambahkan amal kebajikan, apatah lagi untuk diwakafkan ke jalan Allah. Hidup cuma sementara. Manfaatkan semaksima mungkin! ( harapanku tinggi menjulang mudah-mudahan insan-insan disekelilingku memahami tujuan dan nawaituku ini, Moga Allah redha )
Tentatif kolej hayatku menjelang esok...insyaAllah
28 hingga 30 Jun 2011
★☆Kembali ke kampus hijau nan indah.TOF bakal berlangsung. Juga persiapan untuk BERJAYA. Bengkel Motivasi dan Kerjaya anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM bersama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Luar, Johor.
1 hingga 3 Julai 2011
★☆Berjuang di medan BERJAYA. Moga berjaya semuanya!
4 hingga 12 Julai 2011
★☆Perang saraf bersama team pantun UPM, bersiap siaga untuk bertempur!
13 hingga 17 Julai 2011
★☆Temasya Pantun Inovasi Piala 2011 ( DERIA 2011 ) UiTM Melaka
Hajat hati selepas usai program di atas, kuakan berangkat pulang...namun, masih ada suatu program lagi di hujung bulan ini...
22 hingga 24 Julai 2011 ( ini belum muktamad lagi, masih berkira-kira untuk pergi. Jika ada wakil lagi, boleh kuundur diri )
★☆IJTIMAK HARAKIY KEDUA DAN SEMINAR SIASAH SYAR’IYYAH: MENANGGAPI DEMOKRASI DAN PLURALITI (WADAH-ABIM-PKPIM)
***nasib baik, Jelajah Amal Pulau Cocos ( JAPCO ), Australia tidak kedengaran khabar lulusnya. Jika tidak, tidak tahu lagi kapan mahu pulang kembali ke rumah. Mengemas barang-barang berharga ( banyak koleksi peribadiku ) harus dikemas selia setempat. Maklumlah, kamar yang menempatkan segala khazanah berharga itu akan dijadikan bilik menyambut menantu, jadi....kuperlu bereskan segalanya. Agar jiwaku lebih tenang kelak. Terutama sekali apabila berada jauh dari rumah. Risau jika tangan lain yang mengemas, habis hilang seri khazanahku itu!hehe
Sesuatu yang pasti, cahaya Ramadhan yang dinanti :- sempurnakan misi bersama Saudari Maisarah dan projek jualan hand-made bersama adik2. Fokus ibadah dan luangkan masa bersama keluarga tersayang!InsyaAllah.
Moga Allah memberikan kelapangan untuk itu. Restui nikmat usia dan perjuangan ini. Wallahua'lam
Mood = Sangat berat hati nak melangkah pergi esok...Sedikit masalah yang berlaku ( sebenarnya melemahkan semangat ini ). Melihat keadaan mak yang dilanda demam pula. Baby Wadhhah yang semakin aktif. Semua itu memerlukan seseorang peneman di rumah untuk membantu meringankan kerja sebenarnya. Apapun, kudoakan yang terbaik! Semoga Allah SWT memelihara insan-insan yang kusayang! yakin dengan sebenar-benar yakin...Allahlah Penjaga yang terbaik.
8 Lontarkan KALAM anda:
c abu hassan morad itu sapa ya?pernah dengar namnya..
penulis novel JULIA :) anda pasti mengenalinya...
nanti saya cari,,sbb nama mmg pnah dgr,,,
tq3
selamat mencari dan mengenali insan hebat itu :)
andai minat menulis dan cintakan bidang penerbitan, dekatilah dia.
ya,sudah jumpa ketika meronda-ronda di kelantan,,
antara buku lain tajuknya Masa, tapi ada perkataan masa lah,,tak ingat tajuknya..
yup, betul2...buku demi masa tu :) ok gak kupasan buku tu...
blog awak yg mana 1 ni yg rasmi guna?
yg rasmi kehidupanku-razi 2..
knp?
ok...sb byk sgt blog tu...xtahu yg mana 1 tol2 rasmi ;)
Post a Comment