PERHATIAN : BUAT SISWA-SISWI BERGELAR PEMINJAM PTPTN :)

18 June 2011

Salam ukhwah berutus senyuman. Apa agaknya aktiviti kalian di hujung minggu ini? Buat rakan-rakan seperjuangan yang sedang enak menikmati cuti semester...manfaatkan cuti kita yea! Biar kualiti masa cuti diraih seiring kuantiti masa cuti yang kita ada! ( Betul ke ayat Ina ni??? jadi tak gramatis dah pengulangan kata yang sama dalam satu ayat...huhu...penangan cuti...ayat pun terlebih teratur..jauhi contoh yang tidak manis ini...hehe ) 

Saya kira hampir semua IPTA sudah keluar keputusan peperiksaan. Bagaimana pencapaian kita? Harapnya lebih baik daripada semester-semester yang lalu? Jika di varsiti saya, kolej saya, kos saya dan lebih tepat pengkhususan saya...ramai juga sahabat-sahabat yang melepasi pointer dekan. ( Cikgu saya ajar lebih daripada seorang dah 'ramai'...hehe )  Pendek kata, dengan pencapaian yang kita peroleh itu, mari sama-sama bermuhasabah. Di mana kita sekarang? Berdasarkan pointer keseluruhan kini, mampukah kita konvo nanti dengan pencapaian 'kelas pertama'? ( Homework : buat karangan pendek menceritakan hal tersebut...hihi ) 

Dan terkini....buat semua peminjam PTPTN....anda perlu tahu berita yang masih hangat ini...tak nak cakap banyak....so...

Disisipkan berita terkini yang Ina baca  sumber artikel di sini buat perkongsian bersama...

★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

Tindakan PTPTN henti pinjaman pelajar PNGK bawah 2.0 wajar
2011/06/18

JOHOR BAHARU: Tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menghentikan pinjaman pelajar yang memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah adalah wajar, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. 

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan ketirisan wang pembayar cukai.
"Sesiapa sahaja yang pencapaian PNGK mereka 2.0 ke bawah baik dihentikan pinjaman itu dan pelajar yang kurang komited patut menghentikan pengajian serta memilih untuk belajar semula dalam bidang yang bukan bercorak akademik," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata dengan gred serendah itu, pelajar terbabit akan sukar memperolehi pekerjaan sekali gus menimbulkan masalah dalam pembayaran balik pinjaman PTPTN. 

Khaled diminta mengulas kenyataan Anggota Lembaga Pengarah PTPTN Datuk Tajul Urus Md Zin yang dilapor berkata, agensi itu tidak akan berkompromi dengan pelajar yang gagal mencatat keputusan memuaskan dan akan menghentikan pinjaman mereka yang mendapat PNGK 2.0 ke bawah secara automatik. - BERNAMA 



★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★


Penutup


Para peminjam PTPTN sekalian.....Manfaatkan peluang belajar di IPTA ini dengan sebijaksana mungkin. Jaga pointer yea! :) Sentiasa berwaspada dengan kemeriahan dunia kampus yang tiada noktah itu. Jangan sesekali terleka. Ingat, wang yang anda gunakan itu wang rakyat...terutama bagi kampus yang rendah kadar yurannya. Pelajar pun mewah jadinya.


Bear in mind, "everything begin with you and your own hard work!"  


Ting ting : Terus setia menanti Abang Posmen ( memang tak dapat dipisahkan dengan sistem ini...hehe ) menghantar bingkisan yang bakal merubah status ekonomiku ( moga dipermudahkan segala urusan itu ) sebagai sumber sokongan untuk menghabiskan sisa baki 3 tahun pengajianku dengan lebih tenang+selesa tanpa bebanan hutang.
Persediaan mental sebelum berangkat ke Shah Alam ( malam ini )  buat kembara kolej hayat.


Mood : Merindukan suasana iman dan ukhwah. Jom, bersama membinanya! Moga Allah redha J



2 Lontarkan KALAM anda:

Anonymous said...

pernah dengar tak pasal Skim latihan 1 Malaysia (SL1M)?
utk golongan siswazah yg gagal mendapat pekerjaan dlm tempoh waktu tertentu akan diberi latihan dalam bidang yg mereka ceburi. moga dgn usaha ini, mereka yg bergelar penganggur berkurang..dan para mahasiswa pula lebih menumpukan perhatian dlm cabang kerjaya yg mereka minati.

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

yup, itu satu usaha utk bantu GRADUAN yg gagal dpt kerjaya slpas tamat stdy...

Persoalan kini, siswa yang ranum meniti menara gading tu mesti jelas hala tuju. Moga siswa kini lebih kreatif memandang masa depan...tidak hanya mengharapkan kerajaan semata :)