:: Alhamdulillah, bebas dari MALWARE ::

25 July 2011

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Lama juga menyepi seketika...sekitar seminggu!haha...selepas sehari sudah dikira lama, bukan? (",)


Baru-baru ini, blog yang sedang kalian baca ini dilanda musibah. Hua...entah bagaimana boleh dijangkiti virus MALWARE...virus ke tu?hehe...Ina pun tak pasti sangat. Apapun, perasaan sangat terkejut tatkala mendapat tahu blog ini tidak dapat dilihat sebab amaran yang tertera itu. Ina testing dua orang, tanya mereka boleh buka ke tidak blog Ina. Sebab Ina cuba tertera amaran tersebut. ( sebenarnya walaupun tertera amaran page merah tersebut, blog masih boleh dibuka cuma kebarangkalian boleh merbahayakan komputer/laptop la...lalala ).


 Apabila dah pasti kesahihan mereka juga turut disambut oleh page amaran merah tersebut maka Ina mengambil langkah drastik dengan bertanya Tuan Syeikh Google la :)   Melalui usaha pencarian tersebut, Ina ketemu dua blog yang tuan empunya sangat baik. Sudi membalas email drastik Ina dan memberi cadangan penyelesaian. Syukur ke hadrat Ilahi, keesokan harinya, blog Ina sudah sihat walafiat. Kembali seperti dahulu. Cuma susun atur blog ini agak rumit, akan dijalankan usaha penyelenggaraan. InsyaAllah. ( Jika kalian pening melihat blogku, mohon ampun dan maaf yea )



Ina tertarik untuk kongsikan petua dan tips-tips yang Ina peroleh dari dua insan blogger yang baik hati dan telah membantu Ina. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian berdua.

First, MALWARE SOLVE PROBLEM by Farhan Nizam.

1.check kat sini https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en
buat ikut step dalam blog kami..

2.kalau tak berkesan, kena tukar the whole blog dengan template baru..tunggu 2, 3 hari baru settle down..

3.kalau tak boleh juga, mmg tak bole buat ape,terpaksa tukar link blog baru, pastu pergi kat setting blog lama and klik export blog, kemudian download then pergi ke blog baru, import xml blog lama..


 :: step yang lebih jelas sila rujuk di sini :: 

Terima kasih lagi sekali. Beliau menghantar emel kepada saya pada 22 Julai 2011 ( Jumaat ) sekitar jam 2:21:03 am. Sangat drastik respon beliau! :) Tahniah diucapkan kepada hamba Allah ini.

Seterusnya...blog kedua yang membantu saya. Pemiliknya bernama Suzana Samsudin. Kata beliau menerusi emel sulungnya "Awak kena check la link mana yg ada malware ya, pastu buang link tu". Yup, itulah yang saya lakukan dan Alhamdulillah...lepas buang pautan blog di sisi blog saya. Beberapa jam selepas itu, blog saya sudah boleh dibuka tanpa disambut oleh page amaran merah itu lagi.

Saya juga ada bertanyakan tentang tips dan cara bagaimana kita nak kenal pasti link blog yang ada virus dan cara atasinya. Beliau menurunkan beberapa cara, walaupun kata beliau hanya berdasarkan pendapatnya sahaja. Namun, saya kira amat berguna dan dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati.

1. Cuba elak guna templates free dari pihak luar. Guna templates yang sedia ada kat blogspot (kalau guna blogspot)
2. Cuba elak guna background dari luar cam dari cutesblogtemplates ke atau yang sewaktu dengannya. Sebab pernah terjumpa blog yang terkena virus sebab ada link dari web tu.
3. kadang-kadang virus ni datang dari bloglist kita, tak kan nak buang bloglist pulakkan. kena buang mana yang terkena virus je la.
4. Boleh try pakai google webmaster tools untuk check malware kat blog kita
5. Boleh juga check kat link ni http://onlinelinkscan.com/
6. atau guna link ni http://www.urlvoid.com/ tuk check virus

Untuk penerangan lanjut boleh baca kat blog (Anamarzablog) Alhamdulillah, benar-benar membantu saya!

Sangat berterima kasih kepada beliau. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian berdua.

☆★★☆Kepada Farhan Nizam @ LiFe KaMi

Kedidi sekawan di pohon delima,
Terbang bersama tuju ke hutan,
Budimu tuan saya terima,
Teguh bertakhta dalam ingatan.

☆★★☆Kepada Suzana Samsudin

Tanam lagundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi Puan saya tak lupa,
Sudah terpahat dalam hati.


Mood = Blog ini perlu dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Susun atur alat perlu diperkasakan. Harap maaf jika ada pengunjung yang terganggu dengan keadaan ini ;)

6 Lontarkan KALAM anda:

Anonymous said...

Malware pernah juga mengganggu blog saya. Alhamdulillah sekarang dah okey.

Bicara Bisu said...

Assalam lina....

Ruby pon wndu lina....
lma kn kita x contact sejak2 kita x berutus warkah lg..ihiihihi
miss u so much...

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

KUNANG-KUNANG,

Ada hikmah malware muncul...membuiatkan saya lebih berhati-hati.. :)

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

RUBY,

Yup, sangat rindu dengan warkah2 yang lalu...ingin ulangi saat itu namun, hidup ini terasa singkat singkat untuk itu.

Namun, Ina tak pernak lupa Ruby! Bezfwen 4-eva..

Ingat, ada apa2 story nak share, i always beside u :)

LiFe KaMi said...

Alhamdulillah dah sihat pun blog yer..
meriah juga blog ni yer..:)
semoga blog kamu sentiasa ok..

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

To Life Kami,

Alhamdulillah...syukur.
Syukran atas doanya.