(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.¸¸.•*❤
~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Apa khabar sahabat-sahabat semua? Sihatkah Iman kita?
Permulaan agenda malam ini terasa sedikit sayu. Berita pemergian seseorang yang jujurnya tidak kukenali secara peribadi, namun, aura kepimpinannya, pejuang muslimat yang gigih dan berwibawa membuatkanku mengenalinya...pemergiannya...benar-benar menyentuh hatiku.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Pulanglah wahai pejuang. Pulanglah kepada RABB Yang Maha Penyayang. Kudoakan rohmu beroleh keampunan dan rahmat di sisi-NYA...Al-Fatihah
Pejam celik, pejam celik...lebih kurang dua minggu lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bagaimana persediaan kita? Tepuk dada tanyalah Iman.
Ayuh sahabat-sahabat semua! Kita sambut bulan Ramadhan dengan Ilmu.
Semoga Ramadhan yang bakal menjelma menjanjikan sinar keberkatan yang hakiki buat kita semua.
Sementara Syaaban yang sedang kita lewati ini...seri-serikanlah dengan puasa sunat, sebagai latihan sebelum puasa Ramadhan nanti. Dan lain-lain Ibadat yang menghidupkan bulan Syaaban kita.
Dan saya...sebagai usaha me'refresh'kan kembali segala tenaga dan semangat, saya mencari kembali Majalah Dakwah yang saya beli setahun yang lalu. Alhamdulillah ketemu disebalik rak buku di rumah. :)
Dalam edisi ini ada kupasan tentang puasa dan persediaan melalui bulan Ramadhan.
Mencari aura Ramadhan melalui pembacaanlah kiranya :)
Menyebut majalah ini, teringat detik-detik perkenalanku dengan majalah ini. Segalanya berlaku pada semester pertamaku di bumi Serdang. Jujurnya, selama 20 tahun kuhidup di bumi Allah ini, langsung tak pernah tahu kewujudan majalah ini. Tup...tup...tengah-tengah lepak di KUPUTRA ternampak majalah ini tersusun molek di rak itu. Sejak dari itu, setiap kali kujejakkan kaki ke KUPUTRA, pasti akan mencari majalah ini. Pendek kata bertambah bahan bacaan wajibku setiap bulan setelah menjadi warga kampus hijau. Alhamdulillah.
Majalah Dakwah ini boleh juga boleh dibaca artikelnya secara atas talian.
Rajin-rajinlah buat rombongan ziarah ke SINI
Cukuplah kupromosi majalah tersebut. hehe...
Sebenarnya malam ini, kumahu kongsikan sesuatu hikmah.
Petikan ini kuambil dari isi majalah diatas juga. Buat muhasabah bersama di malam hari.
"AKU HAIRAN MELIHAT..."
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati tetapi masih ketawa.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa akhirat ada perhitungan tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin tetapi masih mengingat selain-Nya.
Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya tetapi masih mahu mematuhinya.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka tetapi masih melakukan dosa.
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu dunia akan binasa tetapi masih mencintainya.
SAIDINA ALI BIN ABI TALIB berpesan :- “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta.”
Menghairankan sekali orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari tetapi ia tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Jadilah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.
Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbatas.
Salah satu daripada penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.
Sumber : Majalah Dakwah Isu 02 Julai/Ogos10
Ting-ting : Mari Istiqamah Qiamullail sahabat-sahabat blogger sekalian :)
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment