:: Malam Pertama Bulan Ramadhan ::

31 July 2011

Salam Ramadhan berutus senyuman...Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan...
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...
Syukur...kita masih dipanjangkan umur untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia ini. 

Jadi, kesempatan bernafas di bulan Ramadhan ini alangkah indahnya kita sama-sama imarahkan dengan pesta Ibadah semaksima mungkin. Jika bukan sekarang bila lagi?

Apa matlamat kita bulan Ramadhan ini?

Masuk Ramadhan servis Iman, keluar jadi muslim budiman. InsyaAllah.
Moga Allah Redha.

Perkongsian...malam pertama bulan Ramadhan.

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW sabdanya : 
"Apabila bermula malam pertama bulan Ramadhan menyerulah malaikat, katanya : 'Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan : Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah daripada meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya.' Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."
[ Riwayat Tirmizi dan al-Nasa'i ]

*Sumber Buku Soal Jawab remeh-temeh tentang Puasa
( Buku yang banyak membantu dan memotivasikan saya untuk beribadah dengan lebih berilmu )

Akhir kalam, saya ingin mengucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Puasa" kepada semua rakan-rakan Blogger dan muslimin dan muslimat sekalian.
 Sama-sama kita hayati Madrasah Ramadhan ini.

Semoga Ramadhan yang bakal dilalui menjanjikan sinar keberkatan Ilahi dan lebih baik daripada Ramadhan yang lepas-lepas. InsyaAllah.

SEGMEN MENAMBAH FOLLOWER : Saya Blogger Wanita

30 July 2011

Kembali menyertai segmen para blogger.
Disebabkan penyertaan Ina yang lalu dalam segmen anjuran LUNA LANUN ini mendapat sambutan yang baik, berpeluang juga berkenalan bersama kawan-kawan baru...jadi, segmen kali ini, ina bagi sokongan juga la :)


Mahu sertai sila klik di SINI
Tarikh Tutup : 1 Ogos 2011 ( 23:59 )

SEGMEN 3 JAM JE

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Salam di ambang Ramadhan.

Kembali bersegmen bersama blogger...kali ini anjuran blog INI KISAH TIA


Nak join klik SINI :)
Kena cepat...tutup jam 11 malam ini.

:: Alhamdulillah, bebas dari MALWARE ::

25 July 2011

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera semua. Apa khabar? Lama juga menyepi seketika...sekitar seminggu!haha...selepas sehari sudah dikira lama, bukan? (",)


Baru-baru ini, blog yang sedang kalian baca ini dilanda musibah. Hua...entah bagaimana boleh dijangkiti virus MALWARE...virus ke tu?hehe...Ina pun tak pasti sangat. Apapun, perasaan sangat terkejut tatkala mendapat tahu blog ini tidak dapat dilihat sebab amaran yang tertera itu. Ina testing dua orang, tanya mereka boleh buka ke tidak blog Ina. Sebab Ina cuba tertera amaran tersebut. ( sebenarnya walaupun tertera amaran page merah tersebut, blog masih boleh dibuka cuma kebarangkalian boleh merbahayakan komputer/laptop la...lalala ).


 Apabila dah pasti kesahihan mereka juga turut disambut oleh page amaran merah tersebut maka Ina mengambil langkah drastik dengan bertanya Tuan Syeikh Google la :)   Melalui usaha pencarian tersebut, Ina ketemu dua blog yang tuan empunya sangat baik. Sudi membalas email drastik Ina dan memberi cadangan penyelesaian. Syukur ke hadrat Ilahi, keesokan harinya, blog Ina sudah sihat walafiat. Kembali seperti dahulu. Cuma susun atur blog ini agak rumit, akan dijalankan usaha penyelenggaraan. InsyaAllah. ( Jika kalian pening melihat blogku, mohon ampun dan maaf yea )



Ina tertarik untuk kongsikan petua dan tips-tips yang Ina peroleh dari dua insan blogger yang baik hati dan telah membantu Ina. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian berdua.

First, MALWARE SOLVE PROBLEM by Farhan Nizam.

1.check kat sini https://www.google.com/webmasters/tools/home?hl=en
buat ikut step dalam blog kami..

2.kalau tak berkesan, kena tukar the whole blog dengan template baru..tunggu 2, 3 hari baru settle down..

3.kalau tak boleh juga, mmg tak bole buat ape,terpaksa tukar link blog baru, pastu pergi kat setting blog lama and klik export blog, kemudian download then pergi ke blog baru, import xml blog lama..


 :: step yang lebih jelas sila rujuk di sini :: 

Terima kasih lagi sekali. Beliau menghantar emel kepada saya pada 22 Julai 2011 ( Jumaat ) sekitar jam 2:21:03 am. Sangat drastik respon beliau! :) Tahniah diucapkan kepada hamba Allah ini.

Seterusnya...blog kedua yang membantu saya. Pemiliknya bernama Suzana Samsudin. Kata beliau menerusi emel sulungnya "Awak kena check la link mana yg ada malware ya, pastu buang link tu". Yup, itulah yang saya lakukan dan Alhamdulillah...lepas buang pautan blog di sisi blog saya. Beberapa jam selepas itu, blog saya sudah boleh dibuka tanpa disambut oleh page amaran merah itu lagi.

Saya juga ada bertanyakan tentang tips dan cara bagaimana kita nak kenal pasti link blog yang ada virus dan cara atasinya. Beliau menurunkan beberapa cara, walaupun kata beliau hanya berdasarkan pendapatnya sahaja. Namun, saya kira amat berguna dan dapat membantu kita untuk lebih berhati-hati.

1. Cuba elak guna templates free dari pihak luar. Guna templates yang sedia ada kat blogspot (kalau guna blogspot)
2. Cuba elak guna background dari luar cam dari cutesblogtemplates ke atau yang sewaktu dengannya. Sebab pernah terjumpa blog yang terkena virus sebab ada link dari web tu.
3. kadang-kadang virus ni datang dari bloglist kita, tak kan nak buang bloglist pulakkan. kena buang mana yang terkena virus je la.
4. Boleh try pakai google webmaster tools untuk check malware kat blog kita
5. Boleh juga check kat link ni http://onlinelinkscan.com/
6. atau guna link ni http://www.urlvoid.com/ tuk check virus

Untuk penerangan lanjut boleh baca kat blog (Anamarzablog) Alhamdulillah, benar-benar membantu saya!

Sangat berterima kasih kepada beliau. Semoga Allah SWT membalas jasa baik kalian berdua.

☆★★☆Kepada Farhan Nizam @ LiFe KaMi

Kedidi sekawan di pohon delima,
Terbang bersama tuju ke hutan,
Budimu tuan saya terima,
Teguh bertakhta dalam ingatan.

☆★★☆Kepada Suzana Samsudin

Tanam lagundi tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuk mati,
Budi Puan saya tak lupa,
Sudah terpahat dalam hati.


Mood = Blog ini perlu dijalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Susun atur alat perlu diperkasakan. Harap maaf jika ada pengunjung yang terganggu dengan keadaan ini ;)

SEBARAN INGATAN-moga bermanfaat buat Akhirat kita-

19 July 2011



Apa yang jadi pada akaun facebook kita selepas kita mati? o.o?

mari kita renung-renungkan bersama
fikir-fikirkan bersama
jika satu hari nanti kita mati,
akaun facebook ini hanya kita yang tahu password
hanya kita yang boleh access..

dan

selepas kita mati..
apa yang jadi pada akaun fb kita?
mungkin ada yang akan ucapkan takziah
mungkin ada yang selalu menjenguk bagi mengubat rindu
tetapi..

sedarkah kita
gambar-gambar kita..
akan terus membuatkan kita terseksa di alam kubur?
gambar-gambar yang tidak ditutupi aurat dengan sempurna
macam mana nanti?

lelaki ajnabi dan wanita ajnabi terus-terusan tengok
dalam masa yang sama, tiada siapa yang boleh deletekan gambar kita..
walau sudah bertahun-tahun kita mati, gambar itu terus ada..
saham dosa terus meningkat..

macam mana?
pernah terfikir tak?
tudung singkat dan seluar pendek yang dipakai itu, diletak dan ditayang di fb,
akan selamatkan kita dalam kubur nanti?
legging dan jeans ketat, boleh selamatkan kita?
baju yang membalut aurat itu, bagaimana?

mungkin kini
kita masih merasa tak sabar nak berkongsi cerita dengan gambar-gambar yang cantik
tempat-tempat yang kita dah lawati di muka bumiNya

tapi di akhirnya nanti..
semua itu tidak akan membawa erti
semuanya hanya tinggal kenangan bagi yang masih hidup
di alam kubur, semua itu tidak sedikit pun boleh menyelamatkan kita

cuba kita renung-renungkan,
saham dosa yang terus meningkat walau setelah ketiadaan
kita di muka bumi sehingga hari akhirat
tutupilah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
peliharalah dirimu sebelum dirimu dikapankan~

jagalah maruah diri sebagai seorang muslimin dan muslimat
mati itu pasti
persiapkan diri untuk mati itu perlu
dan kepada mereka yang mempunyai gambar yang sudah lengkap ditutupi auratnya..
InsyaAllah tidak mendapat dosa..

moga Allah redha dengan perkongsian ini
amin~
renung-renungkan da selamat beramal

●●●●⊱●●⊱●●⊱Sebar-sebarkan Semoga Bermanfaat ●●⊰●●⊰●●●● :



Saham Akhirat buat PENULIS ASAL. ALLAH SWT pasti memberikan yang terbaik buat kamu! :)

SEGMEN SAYA BLOGGER IPTA/S

Salam kemesraan yang berterusan (",)
Moga kita semua berada dalam perlindungan Allah SWT.

Malam ini mari bersegmen lagi.
Kali ini Ina dijemput oleh SI BUDAK KURUS untuk menyertai segmen 'Saya Blogger IPTA/S anjurannya.
Murni sungguh usahanya untuk menghimpunkan blogger-blogger yang terdiri para pelajar IPT ini. Selain boleh berkenal-kenalan, boleh juga dimanfaatkan ke bidang lain. Mudah nak minta nota dan bahan bantu belajar yang lain. Terutama bagi subjek universiti la. ( saya nak nota TITAS, Hubungan Etnik...sapa ada sila angkat tangan..tut...hehe ) Lihat, pelbagai yang boleh dikongsikan. :)

Mari kita sertai..sebagai tanda sokongan kepada Si Budak Kurus

Ina blogger dari UPM, Serdang Selangor.
Pelajar Jurusan Bacelor Pendidikan ( PBMP )
Kini dalam semester 3, doakan saya selamat sukses! :)

Ucapan = Terima kasih diucapkan kepada Cik Budak Kurus yang anjurkan segmen ini.
Harap usaha kecil ini dirahmati oleh Allah SWT.
Salam perkenalan berutus senyuman buat semua blogger IPTA/S. 

SAYA DARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

18 July 2011

Malam ini...
Hajat hati nak offline awal..sebab esok nak start kerja. tapi, tiba-tiba nampak segmen best! Join :)

Kawan-kawan, marilah...boleh tahu korang study di mana. kena satu tempat, ha..kan best!

Tunggu apa lagi? terjah...

ok, saya mula...

Nama panggilan : Ina Nailofar

Universiti : UPM ( bakal senior...akan naik semester 3, yahoo!!! boleh buli junior
Kolej Pendeta Za'ba -KPZ-

Jurusan : Bacelor Pendidikan ( PBMP )

Ucapan = Bakal-bakal junior...sila daftar diri yea..boleh kenal-kenal...hehe  

Ok...tamat.

SANAH HELWAH MY MOM :)

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸
`·.¸.​¸¸.•*
~
بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
 

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan salam kemesraan yang berpanjangan buat semua.
Kembali bersua di malam hari.

Hari ini...tanggal 18 Julai 2011, merupakan hari ulang tahun kelahiran ibuku yang ke-48.
Muda lagi kan mak saya?hehe

Sebenarnya, bukanlah tradisi keluarga menyambut hari lahir ni...cuma kerap kali mengingati dan telefon mengucapkan doa selamat. Tetapi apa yang berlaku tahun ini agak berbeda berbanding tahun-tahun yang telah berlalu.
 Apapun, semoga mak gembira hendaknya! Sayang kamu, mak...



,ø¤º°`°º¤ø,¸ Ħappч вiгƬĦαĐЧ ¸,ø¤º°`°º¤ø,¸

---------------()--()--()--()--()--()
---------------||--||--||--||--||--||-------------{*~*~*~*~*~*~*}----------@@@@@@@@@@@@@ 

Hah, di bawah ada gambar kek...saya memang hantu kek. Alhamdulillah, hari ini selesai mengidam... ( ??? ) 

 Kek ini dibeli oleh akak saya yang pertama. Tika mentari terpacak di atas kepala, dia call saya, ajak g beli...tapi, sebelum tu dia tanya, "puasa ke?" saya yang sentiasa ikhlas ni pun jawab yelah..sebab memang puasa hari ini. Jadi, dengan drastiknya dia balas, "ok, ko diam ek...jangan bising2 gtau mak!" Tup....panggilan dimatikan..haha...itulah akak saya...sangat sopan :)   

Apapun, dia balik sekejap tengah hari tu dengan membawa kek di atas...TQ ayong! Anda memang terbaik la..sejak2 berkerjaya ni...hehe...Bab beli kek serah kat dia.
  
Kek di bawah pula.....huh, berbeda ceritanya.
Dipendekkan cerita, hari ini anak cikgu saya yang Mak mengasuh tak datang..sebab sekolah cikgu cuti peristiwa hari kantin. Jadi, Mak amat berbahagialah rini...hehe
Sempat pergi sekolah tengah hari tu, hantar bekal makan kat nak bongsu dia lagi. Haha...

Petang...mak ada janji temu. Tetapi...tup-tup, cikgu call kata nak hantar anak dia jap...So... :)
Sampailah kek ini di rumah bersama Fatnin Nabila dan Wadhhah Fatina.


2 kek besday mak tahun ni...bertuah2 :) Alhamdulillah, rezeki mak.
[ yeke...anak2 yang makan banyak..hehe ]

 Fatnin dan Wadhhah beli kek untuk mak. Disebabkan adik bongsuku balik lambat, habis kelas KAFA sambung g mengaji, jadi fatnin la tolong bantu mak potong kek. :)
***Fatnin = Dia nak tang bunga dengan daun atas kek tu je sebenarnya..hehe

Ini pula Wadhhah namanya. Peneman mak setiap hari tolak hujung minggu jelah :)
Dalam gambar nampak besar lak...padahal umur baru 7 bulan.

Bonda Azizah Yusoff bersama anak-anak angkatnya.

P/s : Syukran buat adikku...Hazirah, sebab ambilkan semua gambar ni.. Dia budak ponteng sekolah, jadi kena buli skit. Ada ke patut g kem 3 hari 2 malam dia minta cuti 2 hari kat cikgu???  
Bakal cikgu...tolong handle bab ni...hehe 

★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

Kesempatan kelapangan masa tatkala ini ingin kededikasikan buat mak, meskipun kutahu...Mak takkan baca pun blog kesayangan aku ni...hehe   Nak ajak buat fb pun taknak, inikan pula blog...haha

Selamat ulang tahun ke-48 Mak :)
Pejam celik...pejam celik...anak mak ni dah usia 21 tahun mak ( dah boleh kawen...tut )
Terima kasih atas belaian kasih sayang, perhatian, sokongan dan segala-galanya yang telah dikau berikan.
Teramat sayang kamu.
Semoga Allah SWT memberkati usiamu.
"Ya Allah, aku ingin menjadi saksi di hadapan-Mu kelak...bahawa insan ini, Bonda Azizah Yusoff merupakan Mak yang telah berbuat baik kepada anaknya!Sepanjang usianya, insyaAllah..." :)

Mood = Esok rutin harian kuakan berubah...aku kembali kerja. Nak ada saving skit..so, Ina mesti rajin! Chaiyok2...

_¶¶¶¶¶¶¶
______¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__.¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___(¯`
´¯) ─────────█─█
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶____`•.¸.•´-
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶______¶¶¨¨¨¨
█──█──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_________¶¶¶¨¨¨¨
████──█──█─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶________¶¶¶¶¨¨¨¨
───███████─█
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶_____¶¶¶¶¶
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶___¶¶¶¶¶¨¨ Yaa ALLAH ..
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ Sesungguhnya aku lemah
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ tanpa petunjuk-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨ aku buta tanpa bimbingan-MU
¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨¨ aku cacat tanpa hidayah-MU
_¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¨¨¨ aku hina tanpa Rahmat-MU
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
____¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
_____¶¶__¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
___¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶
°ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº° °ºoº°
¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯¯• ‘
_

"Ya Allah..kurniakan lah kpd kami kejayaan di dunia dan di akhirat...Rahmatilah kedua ibu bapa kami...Bahagiakan mereka dunia dan akhirat....aminn"

:: Bicara Malam ::

17 July 2011

‎(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•*¨¨*•.¸¸❤`·.¸.​¸¸.•*❤
~► بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــ
مِ 

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Apa khabar sahabat-sahabat semua? Sihatkah Iman kita?

Permulaan agenda malam ini  terasa sedikit sayu. Berita pemergian seseorang yang jujurnya tidak kukenali secara peribadi, namun, aura kepimpinannya, pejuang muslimat yang gigih dan berwibawa membuatkanku mengenalinya...pemergiannya...benar-benar menyentuh hatiku.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Pulanglah wahai pejuang. Pulanglah kepada RABB Yang Maha Penyayang. Kudoakan rohmu beroleh keampunan dan rahmat di sisi-NYA...Al-Fatihah

Pejam celik, pejam celik...lebih kurang dua minggu lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bagaimana persediaan kita? Tepuk dada tanyalah Iman.

Ayuh sahabat-sahabat semua! Kita sambut bulan Ramadhan dengan Ilmu.
Semoga Ramadhan yang bakal menjelma menjanjikan sinar keberkatan yang hakiki buat kita semua.
Sementara Syaaban yang sedang kita lewati ini...seri-serikanlah dengan puasa sunat, sebagai latihan sebelum puasa Ramadhan nanti. Dan lain-lain Ibadat yang menghidupkan bulan Syaaban kita. 

Dan saya...sebagai usaha me'refresh'kan kembali segala tenaga dan semangat, saya mencari kembali Majalah Dakwah yang saya beli setahun yang lalu. Alhamdulillah ketemu disebalik rak buku di rumah. :)

Dalam edisi ini ada kupasan tentang puasa dan persediaan melalui bulan Ramadhan.
Mencari aura Ramadhan melalui pembacaanlah kiranya :)

Menyebut majalah ini, teringat detik-detik perkenalanku dengan majalah ini. Segalanya berlaku pada semester pertamaku di bumi Serdang. Jujurnya, selama 20 tahun kuhidup di bumi Allah ini, langsung tak pernah tahu kewujudan majalah ini. Tup...tup...tengah-tengah lepak di KUPUTRA ternampak majalah ini tersusun molek di rak itu. Sejak dari itu, setiap kali kujejakkan kaki ke KUPUTRA, pasti akan mencari majalah ini. Pendek kata bertambah bahan bacaan wajibku setiap bulan setelah menjadi warga kampus hijau. Alhamdulillah.

Majalah Dakwah ini boleh juga boleh dibaca artikelnya secara atas talian.
Rajin-rajinlah buat rombongan ziarah ke SINI

Cukuplah kupromosi majalah tersebut. hehe...
Sebenarnya malam ini, kumahu kongsikan sesuatu hikmah.

Petikan ini kuambil dari isi majalah diatas juga. Buat muhasabah bersama di malam hari.
  
"AKU HAIRAN MELIHAT..."
Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati tetapi masih ketawa.


Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa akhirat ada perhitungan tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin tetapi masih mengingat selain-Nya.

Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya tetapi masih mahu mematuhinya.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu. 



Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka tetapi masih melakukan dosa.

Aku hairan melihat orang yang sudah tahu dunia akan binasa tetapi masih mencintainya.

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB berpesan :- “Tenangkanlah hati dalam waktu-waktu tertentu kerana jika hati itu merasa letih ia akan menjadi buta.”

Menghairankan sekali orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari tetapi ia tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.
Jadilah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.
Biar kamu tidak cantik di mata penghuni bumi tetapi namamu menjadi perbualan penghuni langit.

Berikan sepenuh kasih sayang kepada ibu bapa kerana mereka adalah pemegang tali penghubung nyawa ketika kamu meningkat dewasa; kasih mereka terhadap anak adalah kasih dari titisan air mata dan titik peluh yang tidak mungkin terbatas.

Salah satu daripada penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

Sumber : Majalah Dakwah Isu 02 Julai/Ogos10

Ting-ting : Mari Istiqamah Qiamullail sahabat-sahabat blogger sekalian :)

SAYA BLOGGER DARI UTARA

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Kelapangan masa petang ini [ benar ke free tu? :) ] 
saya manfaatkan dengan menyertai satu aktiviti anjuran Chegu Zubir

Cukup mudah...ok mula sekarang!

Jemput ziarah blog Chegu Zubir

Saya blogger dari Pulau Pinang :)
"Jom, pakat mai sini...Pulau Pinang menanti.hehe"

Ok siap! Kan mudah? simple bukan?

Apa tunggu lagi? 
Aktiviti tamat pada jam 11.59 malam nanti.

SEGMEN KENAL BLOGGER SAMPAI JULING

Menyusul kini segmen kedua...hehe
Layan...
Sekali-sekala tolong SUPPORT  segmen para blogger. Seronok juga.
Boleh menambah kenalan seantero blog (",)

Kali ini dianjurkan oleh CIK NAJIHAH.   
Simple je caranya. Jom kawan-kawan, jangan lepaskan peluang ini.
Cepat tau, sebelum jam 12.00 malam ini.

Kena jawab soalan cepumas Cik Najihah

Nama femes : Ina Nailofar...hehe  
Ini kegunaan pengganti diri di medan penulisan sebenarnya. Lama juga tidak menggunakannya kerana dah lama menyepi dari dunia itu :(

Tempat blaja @ keje : Universiti Pentarbiahan Mujahidah ( UPM )
"Di sini segala-galanya bermula...ceewah!" :)

Kata-kata untuk Cik Najihah : Salam Perkenalan Berutus Senyuman :)
Syukran jazilan, anjurkan segmen ini. Segmen kedua yang saya sertai sepanjang berblogging ni. 
Semoga Allah SWT memberkati usaha anda! 
Keep in touch...

SEGMEN MARI MENAMBAH FOLLOWER

16 July 2011

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Kembali bertemu di alam maya ini.
 Buat julung kalinya, Ina tertarik untuk menyertai satu aktiviti kegemaran para blogger ni. Kalian dah tahu ke belum? Saya pasti kamu semua pasti lebih mahir bab-bab ni kan? (",)

★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★

Segmen Mari Menambah Follower

Dianjurkan oleh LUNA LANUN

Oleh disebabkan segmen ini mudah je untuk disertai, jadi Ina manfaatkanlah peluang yang ada ini :)
Bukan matlamat memburu jumlah follower yang didambakan ( cikgu, ada peribahasa 'sambil menyelam minum air kan?' hehe ), tapi tujuanku lebih kepada berkenalan dan meluaskan jaringan ukhwah dengan blogger semua.
Terima kasih kepada Luna Lanun yang menganjurkan segmen ini. (Markah bonus ni coz takda dalam syarat ,hehe)

Jadi, kawan-kawan tunggu apa lagi?
Jom la sertai bersama-sama.

Lagi ramai lebih meriah.


Jika berminat, jom :: KLIK DI SINI ::

  Tarikh tutup : 25 Julai 2011

★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★★☆ ☆★
 
Alhamdulillah, siap segmen ini. 
Semoga segmen ini pemula dan bukanlah yang terakhir. (",)

 "Salam Perkenalan Berutus Senyuman kepada followers baru"

MEMUGAR SEMANGAT :)

Sekadar perkongsian di malam hari, nisfu Syaaban :)


Album : Menuju Wawasan
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharapkan keredhoan Allah

Umat islam harus cemerlang hari
Ini mesti lebih baik dari semalam

Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh
Kita ada Allah maha kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat islam sentiasa boleh

Umat islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
Wawasan dunia dan akhirat

Aqidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
Ulama' warisan ambiya'
Pegangan mereka harus diikuti
Ajaran sesat wajib hindari

Umat Islam harus cemerlang hari ini
Umat Islam sentiasa boleh

Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia


MOOD = Sedang dibelenggu dengan suatu permasalahan yang perlu dirungkaikan segera. Lagu ini memugarkan kembali semangat dan keyakinan. Moga Allah redha. Bear in mind, "everything happen for a good reason!" :)

:: Motivasi Nailofar ::

04 July 2011


Sebagai wanita, ramai yang sering teruja untuk 'meniru' gaya seseorang terutama selebriti dan tokoh ternama yang kelihatan cantik dan anggun dengan penampilan, pakaian dan tudungnya, tanpa lebih dulu bercermin dan 'jujur' melihat diri. 
Tidak semua gaya dan penampilan wanita lain yg cantik pada pandangan mata, akan turut cantik bila dikenakan ke atas diri sendiri. 
Anda bukan Hana Tajima, anda juga bukan Ana Althafunnisa. Anda bukan sesiapa melainkan anda adalah diri anda sendiri:)
 Justeru, kenali tubuhmu, mesrai 'rasa' jiwamu dan dari situ tentukan gayamu. 
Namun, jangan sesekali anda lupa, pastikan penampilan itu mendapat 'restu' TUHANmu :)


Renungan

‎"Sesiapa yang meninggalkan pakaian indah dengan tujuan merendah diri kepada Allah sedangkan ia mampu berbuat demikian, maka Allah memanggilnya di hadapan orang ramai, kemudian Allah menyuruhnya memilih pakian yang dia suka daripada pelbagai pakaian orang yang beriman"