Siapa
sangka, sekitar jam 2:17 pagi; tanggal 19 September 2011 yang lalu.
Tika
kau diulit mimpi indah.
Tika
kau beradu di kasur nan merah,
Jauh
di sudut itu.
Ada
seseorang sedang mengingatimu.
Ada
seseorang sedang merinduimu.
Ada
sesuatu dinukilkan kepadamu.
Tentang
manisnya perkenalan itu,
Biarpun
tiada di depan mata, zahirnya ada.
Beruntunglah
duhai hati.
Bukankah
takdir Allah terlalu indah!
Alhamdulillah…nikmat-Mu
sangat luas!
Kasih
seorang sahabat.
Tiada
galang gantinya.
Kasih sayangku
kepadamu kerana Allah.
*****
Kutinggalkan
tulisan ini dengan catatan ikhlas seorang insan yang amat istimewa.
Kita insan terpilih--->mata 4 :)
Ina.
Pertemuan pertama kita adalah tulisan-tulisan
kita. Minggu Penulis Remaja memberi memori yang mengekalkan ikatan itu sehingga
hari ini. Maha Baiknya Allah. Hubungan yang terbina kekal sampai hari ini. Ina,
kita saling menguatkan, ya. Mengejar tarikh akhir sahaja akak sering lelah.
Mengurus waktu akak selalu rebah. Dari jauh, hembuskan pada deru angin doa buat
akak, ya. Semoga akak terus kuat demi hari esok dan melupakan kisah semalam.
Adikku, teruskan menulis walau dalam apa medium. Ina punya bakat yang orang
lain tiada. Ina pernah buktikan yang Ina mampu menembus majalah suatu masa
dahulu. Akak juga. Terfikir juga, ke manakah hilangnya semangat suatu masa
dahulu? Sudah menyorokkah keberanian itu? (kata untuk diri akak juga)
Akak gembira dapat berkongsi dengan Ina. Tentang itu ini. Dunia luar akak diam,
tulisan akak tidak juga membisu. Maafkan akak kadang mesej selalu menjengah.
Teringatkan Ina, terasa gembira dapat berkongsi gembira.
semoga Allah pelihara persahabatan kita, Ina. Projek kita juga semoga Allah
permudahkan.
Ina, adikku. Semoga terus kuat menongkah perjalanan seorang mahasiswa. Kamu
hebat!
*****
Terima
kasih.
Nukilan bermakna.
Terasa diri ini amat dihargai.
Walaupun amat jarang kumemberi.
Terima kasih.
Untuk segala-galanya.
Sepanjang ukhwah bersemi.
Ketahuilah,
Tiada
yang lebih indah.
Apabila
kita sering hadir dalam doa dan ingatan seorang sahabat.
*****Kerana kecintaan terhadap daerah itu,
perkenalan dan ukhuwah ini lahir. Alhamdulillah.
Kena ada 'sesuatu' sebagai hasil dan bukti kecintaan kita.
Nota kaki = Ila Husna dah ada 2 anak...Ina Nailofar? in the making...insya-Allah.
Yakin dengan sebenar-benar yakin.
2 Lontarkan KALAM anda:
Assalamualaikum. Terima kasih Inaku sayang.. Semoga Allah jaga persahabatan ini. :) Tidak sabar mahu bertemu kamu, cas semangat.. Sedikit kucar kacir.. haha.
Wslm,
akak, "Allah bagi apa yang kita perlu kan, bukan apa yang kita mahu."
Ina redha. Ina yakin. pasti ada pertemuan yang lebih indah untuk kita bagi menjayakan IWABES :)
Post a Comment