DISEMBER

30 November 2012

***
Semalam, aku lena bersama sepikul beban yang berada di pundak.
Berat sekali perjalanan insan seorang hamba ini.
Namun, tidak seberat mana jika dibandingkan perjuangan dakwah Rasulullah SAW…
tetapi bila ia dikelaskan ‘amanah’.
Bukan suatu perkara yang boleh dipandang mudah.
Bukankah Imam Al-Ghazali menyebut bahawa memegang amanah itu adalah perkara yang paling berat dalam dunia. Allah…

“Ya Rahman, saat Kau kirimkan amanah buat adikku ini, kirimkan jua kekuatan dan kesabaran dalam melaksanakannya.”

Ameen. Itu doa Kak ‘Atiqah Syairah dari New Zealand yang melewati peti mesej muka buku.
Seperti dia tahu segala apa yang sedang kuhadapi kini…

“Orang baik akan melakukan kerja amal ketika masa lapang, orang hebat akan meluangkan masa meskipun dalam kesibukan.”

Ini juga kalam hikmah darinya sebagai memugar semangat yang kelam.
Terima akak, ingatanmu sangat bermakna.
Sesusuk peribadi insan yang sungguh istimewa.
Ina nampak  jelas kenapa Allah campakkan akak di ladang NZ sana.

Dan aku yang berada di sini???
Insya-Allah kuhadapi segalanya dengan senyuman J

Pagi ini, sedar tak sedar Disember menjengah sudah.
Adilkah jika aku meneruskan hari-hari yang bakal menjelma ini tanpa ada sebarang perubahan dalam diri?
Suara hati menjerit mahukan pengertian.

***
 Masa begitu pantas berlalu,
Usah biarkan ianya pergi bertalu,
Sebagai manusia berilmu,
Jangan pernah ada jemu.
***

“Kenangan lalu, memori indah, masa hadapan.”

Terus berusaha tanpa malu,
Yakinlah, Allah beri apa yang yang kita perlu! 
Ya Allah, terangilah perjalananku dengan sinaran Nur Iman-Mu.
Berikanku kekuatan untuk istiqamah atas jalan ini.
Mulia dan cemerlang destinasi kita.
Dari Allah kepada Allah.


Ina Nailofar
1/12/2012
~Kampus Hijau~


1 Lontarkan KALAM anda:

Jamilah Mohd Norddin said...

Ina, akak rindukan tulisan kamu. :(