Gegarkan semangat kembali ke SESS!!!

03 January 2009

Hari ni adikku, Hazirah telah berangkat pulang ke asrama...pantas masa berlalu, sudah tiba masa kembali ke sekolah...semoga Irah lebih sukses lagi tahun ni dan dapat fokus study dengan baik bagi mengekalkan kejayaan cemerlang dalam PMR tahun hadapan. Jiran sebelah umah dan merangkap sepupu,juga masuk asrama hari ni...baru masuk form 1,sepastinya semangat berkobar-kobar untuk melangkah ke sekolah menengah. K.ngah doakan Amin dapat melayari alam sek menengah yang penuh cabaran ni dengan sukses...

Dan aku???esok akan masuk ke sekolah...tahun ni dah upper6 maka jd senior la kat SESS...moga dapat jadi senior yang bagus...hihihi...

Kepada rakan-rakan yang akan masuk sek juga esok iaitu Ruby di Kedah dan Yana SMKTAR, moga dapat belajar dengan baik...
Kepada akak Jamilah kat UIA tue...teruskan berkarya dan capai pointer yang lebih tinggi dalam sem ni...
Abang Fir di UM Nilam Puri, Ina sahut cabaran abg...no.1 dalam form...InsyaAllah...Kita tengok sapa yang lebih tinggi pointer ya...hihi

1 Lontarkan KALAM anda:

JAMILAH MOHD NORDDIN said...

Hehe, nasihat yang baik... Berkat doa adik akak ni, berkobar semangat nak belajar.. Thanks...