Rentetan peristiwa
26 January 2009
Cuti sekolah tiba lagi. Sempena Tahun Baru Cina, SESS bercuti selama 9 hari. Maklumlah 70% para pelajar SESS berbangsa Cina. Maka, cuti pun agak panjang la berbanding sekolah-sekolah berhampiran. Tetapi adat la,seronok bercuti kena ganti la sekolah dua hari. Persekolahan ganti yang pertama pada 17 Januari yang lepas. SESS memanfaatkan kesempatan yang ada dengan mengadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti mengacau bubur Asyura, Kuiz Maal Hijrah ( diuruskan 100% oleh pelajar Tingkatan 6 Atas...hihihi )dan Pertandingan Azan. Turut diadakan Ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz jemputan. Pelajar Cina pula dengan aktiviti Persediaan Sambutan Tahun Baru Cina dan pelajar India dengan Program Kemasyarakatan mereka. Begitulah harmoninya kepelbagaian masyarakat majmuk di SESS.
Rentetan Perjalanan...cuti kali ini. Dari Pulau Mutiara ke Pantai Timur Ina mengembara. Pulang ke kampung menziarahi sanak-saudara. Masa cuti ni la peluang sebaiknya untuk bertemudan bermesra. Ewah...ewah...ewah...hehehe.
Antara adik-adik mak yang turut pulang kampung, Pak Tam yang tinggal di Rawang, Pak Ngah yang bekerja di Damansara Utama, Cik Su yang baru bergelar Guru tue dan Ibu Min. Tidak sah la balik kampung kalau tak pergi bermandi pantai. Destinasi pilihan kali ialah Pantai Melawi, Bachok Kelate. Seronok juga bermain ombak dan cari kerang. Hehehe...Pendek kata,cuti sakan la...
4 hari 3 malam...balik kampung kali ni, memang rasa kejap sangat. Esok akan bertolak balik Penang da. Malam ni Pak tam akan bertolak ke Korea,urusan kerja lagi...Peluang berkunjung ke tempat orang lagi la...Jangan lupa beli ole-ole tau Pak Tam...hihi...Semga selamat sampai ke destinasi...
Sebagai penutup ceritera kali ni, terubat rindu la pada insan-insan tersayang...Bak dan Mak Tok dan 2 orang Moyang ( jangan jeles, moyang Ina masih sihat walaupun semakin dimamah usia...haha )
Sekian saja, daa....

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment