30 January 2009

NIKMAT UKHWAHFILLAH

Semusim bersama, seabad terasa
Itulah reality dunia ukhwah kita
Kalian sungguh istimewa
Mengenalimu sahabat…
Umpama anugerah terindah
Daripada cakerawala
Mendampingimu sahabat…
Menjelmakan kolam ketenangan
Sukar digambarkan
Memilikimu sahabat…
Tiada secantik lukisan dapat kugambarkan.

Sahabat,
Betapa aku bersyukur
Takdir Ilahi yang menyuratkan segala-galanya,
Ukhwah ini
Melengkapkan kitaran kolej hayatku
Berpatri teguh di atas kanvas perjuangan
Hanya yang memahami bias mengerti.

Detik waktu yang dilalui bersama
Penuh keriangan bersulam ketulusan
Senda gurau yang tercipta
Mengakrabkan ukhwah suci ini
Acap kali menimbulkan butir-butir cemburu
Di dasar sukma insane lain
Namun segala-galanya
Menjanjikan sebuah nostalgia
Yang sukar diungkapkan
Di birai zaman.

Mengertilah sahabat
Kerana ilmu kita bertemu
Kerana perkenalan ukhwah terjalin
Kerana cita-cita perpisahan terjadi
Kerana ukhwahfillah…ia akan berkekalan dan diredhai Allah.

Cetusan Kenangan,
Hazlina Nailofar, ICT Klang.

* Menghiasi kolum Nukilan, Majalah Dara.com November 2008.

0 Lontarkan KALAM anda: