Tahun baru...yahoo!!!

02 January 2009

Selamat datang 2009!!!

Tahun 2008 yang telah ku lewati sebelum bermula tahun baru ini telah menghimpunkan segugus pengalaman berharga. Kejayaan,kelulusan, keuntungan,dan prestasi bercampur baur dengan kegagalan,kekecewaan,kerugian,musibah,dan krisis. Semuanya memberikan pengalaman berharga kepada Ina untuk memulakan tahun baru dengan membuka lembaran baru dan resolusi baru untuk meraih kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi...

Tahun 2009 menjanjikan seribu satu cabaran kerana Ina bakal menghadapi cabaran STPM 2009...Semoga dapat belajar dengan baik dan menghadapi segala dugaan yang mendatang dengan penuh kesabaran. InsyaAllah.

1 Lontarkan KALAM anda:

JAMILAH MOHD NORDDIN said...

Salam, Ina, selamat berblogging.. menarik le catatan Ina, Updatelah selalu.