:: Bicara tentang IKHLAS ::

12 February 2011


    
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Salam penuh energi. Semoga terus membakar semangat. 
Motivasi kehidupan akan selalu ada untuk  hati-hati yang mahukannya.
 Insya Allah..!
"What you give, you get back!"


MUKADIMAH

Mahu mengajak anda menghayati KALAM HIKMAH yang saya temui lewat kembara ilmu yang lalu.

"Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah"

~Imam Hassan al-Banna~


♫✿✿✿✿✿✿✿✿♥♥ღღღ♥♥✿✿✿✿✿✿✿✿♫

JIWA-JIWA MUDA VS HATI-HATI YANG IKHLAS

Teringat isi pengajian kuliah LHE3408 yang lalu. Pensyarah muda itu membicarakan tentang cara memantapkan rabbaniyyah pada diri individu. Diajukan satu soalan kepada kami, pemilik jiwa-jiwa muda ini. Persoalan yang meniti dibibirnya, bagaimanakah penekanan usaha individu secara khusus dalam memantapkan rabbaniyyah?

Sahabat sekalian...
Ringkasnya, nak jadi insan rabbani...salah satu cirinya ialah ikhlas. 

APA ITU IKHLAS?

Bagai duri tajam yang menusuk dada, semua yang hadir tersentak.

Ikhlas, alangkah indahnya makna yang terkandung di dalamnya. 
Ikhlas bersih dari segala maksud pribadi, dari segala pamrih dan riya’, mengharap pujian dari orang, bebas dari perhitungan untung rugi material. 

Ikhlas bersih dari segala hal yang tidak disukai Allah. Ikhlas dalam menjadikan Allah sebagai pencipta, pemilik, pemelihara, dan penguasa alam raya. Ikhlas dalam menjadikan Allah sebagai satu-satunya zat yang diharapkan, ditakuti, dicintai, diikuti. Satu-satunya zat yang diabdi dan disembah.
 Ikhlas menerima Muhammad SAW sebagai teladan, penjelas, penyampai risalah Islam yang sempurna, dan ikhlas menerima Al-Qur’an sebagai pedoman hidup.


TANDA-TANDA ORANG YANG IKHLAS

Nak tahu samada kita seorang yang ikhlas atau tidak? Jom semak list...setakat yang sempat kutangkap daripada point-point emas Pensyarahku :)

1. Takut kepada kemasyhuran.
Kenapa wujudnya rasa takut ini? Dia takut datang fitnah kepada dirinya yakni keburukan kepada hati  seperti mudah lupa diri, riak, bangga diri dan seangkatan dengannya.

2. Tidak cinta kepada jawatan.
Seseorang yang mempunyai sifat ikhlas ini tidak menjadikan jawatan  itu sebagai sasaran dalam hidupnya. Hal ini kerana dia hanya keredaan Allah SWT yang menjadi matlamat.

3. Suka membuat kebaikan secara sembunyi-sembunyi.
Kerana apa? Sebab dia tahu bila kebaikan yang dilakukannya sampai ke pengetahuan insan lain, susah baginya untuk menjaga hati. Lumrah alam, syaitan dijadikan sebagai makhluk yang gemar membisik. Suntikan jarum  seperti "kau hebat ni" akan menjadikan kita seseorang itu riak. Namun, tidak salah jika kebaikan yang dilakukan diwar-warkan dengan niat agar kebaikan dicontohi oleh orang lain tetapi perlu berusaha menjaga keikhlasan hati tersebut.

4. Tidak mementingkan keredaan manusia.
Dalam diri individu yang ikhlas, tiada dihatinya selain Allah SWT. 
Segalanya diterjemahkan dalam tingkah laku hariannya. 

Seperti sabda Rasulullah SAW, ”Setiap gerak-gerik dan langkah perbuatannya hanya ia ikhlaskan semata-mata mengharapkan ridha Allah. Itulah yang membuat Allah menyukainya.”

 Hanya redha Allah yang diharap menyinari sepanjang haluan hayatnya.

Seorang yang ikhlaskah kita?
5. Tidak mudah malas atau penat dengan kebajikan yang dia lakukan.
Orang yang ikhlas akan meyakini bahawa Allah sentiasa melihat semua amalan yang dilakukannya. Walau sekecil zarah sekalipun pasti Allah akan membalas semua amal kebajikannya. Namun, jika seseorang yang tidak ikhlas, dia pasti akan cepat berputus asa, rasa tidak semangat dan mudah mengundurkan diri dari sesuatu perkara seperti meletakkan jawatan jika tidak mendapat sebarang pengiktirafan untuk kerja yang dia lakukan.  

SEBAGAI INTIHA


"Orang yang ilmunya dimanfaatkan oleh orang lain, mereka itulah sebenarnya adalah orang yang ikhlas."

Rutinnya, dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan tidak kiralah belajar dan sebagainya, 
kita mestilah  ikhlas dalam berusaha kerana keikhlasan merupakan syarat pertama yang diukur oleh Allah s.w.t.

Sungguh...


Uniknya IKHLAS :)
Tersirat jutaan kerahsiaan.

Jom jadi orang yang ikhlas. Sentiasa ikhlas.
Biarpun ikhlas itu pahit ( kerana orang yang ikhlas selalu ditindas ) tetapi pujuklah hati....Bear in mind, sesungguhnya  "Syurga itu tersangat manis."

Wallahu'alam

NOTA KAKI : Aplikasi IKHLAS...Menulislah dengan rela hati, tanpa paksaan.
Tetapi berdisiplin.
 

0 Lontarkan KALAM anda: