:: Buka 'Diari' 2011 ::

11 February 2011

 بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tirai 2011 sudah lama dibuka, menjengah kita di bulan Februari. Pastinya Januari yang telah kita lewati meninggalkan seribu satu warna yang tercoret indah bersama untaian pelbagai pengalaman. Ada yang manis untuk dikenang dan juga sebaliknya. 
Sesuatu yang pasti, segalanya sudah terakam kemas dalam lipatan kenangan.


Senario dalam kalangan pejuang kolej hayat ( sekadar catatan dari persekitaran Ainul Hayat ) ramai juga yang memulakan tahun baru ini dengan mood 'kesibukan'. Maklumlah ramai yang kembali berkuliah lewat awal tahun yang lalu. Maka ramailah yang berperang dengan masa. Adat berjuang, timbullah siapa pemenang dan tidak kurang juga ada yang tertewas. 

Sebagai muhasabah buat diri dan pembaca,

Mengingati pentingnya waktu, 
kita harus bertanya sejauh mana komitmen kita terhadap waktu.

"Mari kita tingkatkan produktiviti akademik dan pencapaian diri,
Jadilah insan yang lebih tenang, ceria dan bahagia,
Atasi pelbagai halangan pengurusan masa,
Pelajari cara men'CIPTA' lebih masa."

Kita mampu melakukannya!



MELEWATI TAHUN 2011

Apa ada pada angka? (",)
 Tahun 2011 menjanjikan peralihan usiaku ke angka yang baharu. 
Suatu usia kedewasaan dan kebebasan.
Teringat hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia diberi umur panjang dan baik pula amalannya. Dan seburuk-buruk manusia yang diberi umur yang panjang tetapi buruk pula amalannya.”

Harus diingat kita bergerak bersama waktu. Setiap kali menarik nafas dan hari berganti minggu, kita akan semakin hampir dengan kematian. Alangkah ruginya jika terlalu banyak keinginan, angan-angan dan harapan tetapi tidak diimbangi peningkatan kualiti diri.
Mereka yang bersungguh-sungguh mengisi waktunya dengan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberikan yang terbaik kepadanya.

Pilihan berada di tangan kita, beranilah untuk membuat perubahan. 
Bersama kita manfaatkan nikmat usia ini, moga kita tidak muflis untuk menjawab pertanyaan di SANA kelak.

"Belum habis telapak kaki orang-orang yang menghantarnya kekubur,seorang hamba(yang telah habis usianya)akan ditanya mengenai empat perkara,iaitu usianya kemana ia dihabiskannya,tubuhnya untuk apa digunakannya,ilmunya seberapa yang diamalkannya serta harta dari mana ia diperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya."

(Hadis riwayat Tirmidzi)

Oleh itu, nikmat usia yang sedang kita cicip ini haruslah dimanfaatkan sebaik-baiknya. Teringat satu kisah, di mana pada suatu hari seorang murid bertanya kepada gurunya "apa makna usia"? jawapannya adalah sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulluah SAW iaitu, "Apabila hari ini amal perkerjaanmu masih sama dengan hari kelmarin,bererti kamu dalam kerugian, apabila lebih buruk dari kelmarin terkutuk namanya, bila baik barulah beruntung.

Kuncinya, kita harus memfokuskan dulu potensi dan masalahnya, lalu bergerak dengan acuan itu. Kemudian kita disiplinkan diri menjalankannya kerana ramai yang hanya pandai merancang tetapi kurang bijak melaksanakannya.

PENUTUP

Tidak salah rasanya pihak pengurusan blog ini untuk mengucapkan "Selamat menggegarkan semangat, semoga kita terus segar untuk memburu kecemerlangan di tahun 2011 ini."

NOTA KAKI : Ada persoalan mengetuk pintu 'inbox'ku.
Lambat memaparkan entri 2011?
Biar lambat asal selamat, hehe...
Senyum, tak perlu kata apa-apa :)

2 Lontarkan KALAM anda:

Jamilah Mohd Norddin said...

Assalamualaikum, Ina. Alhamdulilla, akhirnya dapat membaca kalam ina di sini.. Semoga tekal menulis. hehe..

biar lambat asal selamat?

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

Ws...akakku :)

tekal???
yup, sekali lg ditegaskn....biar lmbt asal selamat...hehe