:: MENDEPANI CABARAN ::

14 February 2011

MUKADIMAH

"Tiada apa yang membezakan kita dengan orang lain kerana semua orang mempunyai masa 24 jam tetapi keberhasilan dari masa itu yang membezakan kita dengan orang lain."

MOOD


Sudah tiba di minggu ke-6, menyaksikan deretan 'test' perlu diharungi selepas bercuti sehari esok
 ( sempena Maulidur Rasul )

Hayati pantun jap,

Pengurusan dakwah kian diperhebat ,
Gaya penyampaian yang mudah difahami ,
Perjuangan Rasulullah tersangatlah hebat ,
Teladani sejarahnya cuba difahami .

Salam Maulidur Rasul 1432 Masihi
 Tema tahun ni "1 Malaysia 1 Ummah"
Semua pembaca dah tahu kan? saja la tulis semula...hehe


Baiklah, kembali ke pangkal jalan. Mendepani cabaran semester ini, banyak kursus yang diambil mempunyai 'test 1'. Berbanding semester lepas hanya dua subjek je kini...semua subjek yang diambil punya 'test 1'.
Perlu bersedia habis-habisan la.

Berikut jadualnya,
( kucatatkan di sini agar Kolej Hayat bisa menjadi saksi bahawa kusentiasa berusaha untuk bersedia semaksima mungkin )
Semoga natijahnya terbaik untuk diri sendiri, insyaAllah.

Rabu
10am : LHE3105 ( 1st time open book test ni )
4pm : LHE3404 ( subjek minor, walaupun skop kecil tapi paling digeruni, hehe )

Khamis
8am : BBM3203 ( maha tebal notanya...pasti banyak ilmu yang perlu korek kan? mood positif )

Jumaat
10am : LHE3408 ( subjek minor juga...suka2...hehe )

Minggu ke-7
Selasa
10am : FCE3000 ( tak pasti lagi ujian ni, apapun baik bersedia awal2 )

Khamis
10am : FCE3300 ( ujian yang memerlukan berfikir...ikut situasi yang diberi...huhu )

Sebagai persediaan menghadapi 'test', mari layari blog ini...ada 'makanan' yang sedap di sana :)



SEMESTER 2
Suratan mentakdirkan kuberjuang bersama Kak Hasna dan Kak Janah.


:: 2 orang sahabat...nikmat yang perlu kusyukuri ::

Mahu mencatat sesuatu tentang mereka...hehe

Kak Hasna
Kukagumi semangatnya. Umi kepada 3 orang cahaya mata ini sama usianya dengan Ibu Yasminku di Kelantan. Bayangkan kegigihannya menuntut ilmu...kadang-kala apabila mengejar masa untuk ke kelas malam, ku tidak terlepas untuk berasa letih hatta hanya menguruskan diri sendiri saja. Bagaimana beliau?Situasi tinggal di luar kampus, jarak rumah yang agak jauh, dan menguruskan keluarga...Tetapi beliau, dalam masa yang sama mampu tersenyum manis di hadapan kami tatkala menghadiri kuliah.
Sangat kukagumi semangatnya. Berkongsi minat yang sama denganku iaitu membaca, buktinya sebuah buku milik beliau berada bersamaku kini. Kuyakin, beliau berpotensi tinggi untuk berjaya. Tambahan pula, berkat sokongan suami yang sangat memahami situasi beliau, InsyaAllah ada kemanisan di penghujung perjuangan beliau di bumi Serdang ini. :)

Kak Janah
Individu bertuah yang kedua ini pula berkongsi usia yang sama dengan kakakku sendiri. Maka wajarlah untuk memanggilnya dengan kata pangkal 'kak' dihadapan. Simbol hormat gitu..hehe
Kebetulan diletakkan satu kolej dan blok, menambah lagi keakraban antara kami. Mempunyai pengalaman emas sebagai 'guru' di salah sebuah swasta di Kedah sebelum menyambung pelajaran di kampus hijau ini membuatkan beliau ada satu kelebihan yang sangat berharga berbanding aku yang 'fresh' STPM ini. Percayalah kak Janah, dalam dirimu sarat jiwa pendidik yang tulus, kuyakin akan kemampuanmu untuk berjaya. Manfaatkan segala kekuatan yang ada, tangkap segala peluang yang tiba. Ina yakin, Kak Janah mampu menjadi anak yang paling berjaya dalam keluarga. Ketepikan segala kata-kata sumbang dek telinga, pasakkan dalam hati. Kita tahu matlamat yang kita buru dan perjuangkan. Redha Allah yang kita dambakan.
Walaupun berlainan karakter tetapi sikap saling mempercayai antara satu sama lain, terima kelebihan dan kekurangan masing-masing sebab fitrah insan, mana ada orang yang sempurna kan...menjadikan kita seorang 'sahabat' yang sentiasa ada di sisi..InsyaAllah dalam susah mahupun senang.



Demikianlah secara ringkas.  Hanya kami bertiga yang 'berani' keluar dari kelompok besar itu.
Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kami dan memberikan kesabaran serta kekuatan hati tatkala berdepan dugaan yang sememangnya menguji kekuatan Iman.
Berbaik sangka dalam apa jua situasi.



Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bukan sedikit.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah SWT.


Diberi peluang untuk mengembara ,
Jelajah ilmu menimba pengalaman,
Memohon barakah di gurun sahara ,
Doa senjata insan beriman.



Ingat, jangan lupa berdoa yea...Allah sayang kita. Sebab kita pejuang agama-Nya!

Sekian sahajalah coretan untuk menggegarkan semangat mendepani cabaran TEST 1. 
Selamat mengulangkaji.

 
Senyuman manis penuh seri,
Kata diatur mengikut masa ,
Di akhir bicara konklusi diberi ,
Segala yang baik dari Yang Esa .

KONKLUSI 



Selagi nadi berdenyut, selagi itulah hidup perlu berjuang. Ikhlaskan hati menuntut ilmu kerana Allah.
Sungguh, Allah tak lihat kepada hasilmu tetapi USAHAlah nilainya. 
Usaha, usaha dan terus usaha. 
Iringi dengan jambangan tawakal dan bunga-bunga doa.
Segalanya mungkin, pastinya dengan izin Allah SWT. 

MOOD : Fokus! (",)

0 Lontarkan KALAM anda: