Sharing is caring @ myMetro

14 February 2011

Artikel : Pakaian biarlah sesuai dengan status pelajar
Jom baca di sini :)

Paparan entri kali ini memetik isu semasa yang disiarkan di myMetro. Dalam usaha untuk mencari maklumat bagi program "Make It Right Campaign" yang akan berlangsung di kolej yang menekankan aspek aurat dan pergaulan. Hasil perbincangan dengan seorang rakan yang agak alert dengan berita semasa, dia memberitahu saya tentang berita ini. ( TQ to Kak Janah, saham akhirat untukmu )

Sebagai pelajar, dapat kita lihat bagaimana rakan-rakan kita berpakaian untuk ke kuliah. Tak terkecuali kita, muhasabah diri juga ya! :)
Baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Fesyen ke kuliah..."wow...hebat!"

Hari Sabtu yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam untuk meraikan pelajar tahun akhir bagi suatu kelab. Rata-ratanya pelajar yang datang memakai pakaian yang ditetapkan mengikut tema majlis. Itu bagus! Mereka patuh.
 ( kecuali saya dan beberapa orang yang tak ikut tema,hehe ) 

Walau bagaimanapun, timbul dalam hati berasa kasihan melihat segelintir rakan-rakan. Ada yang menjawab, "untuk satu malam je nak bergaya sakan pun, bukan selalu!" 
Yup, ada kebenarannya tetapi tegarkah kita hanya kerana satu acara malam itu, 
kita menanggung dosa kerananya? 
Persoalan yang menerjah di ruang fikiran,
 "mengapa dalam kalangan insan berintelek seperti  mereka ada juga yang menjadi mangsa kepada fesyen?"
Belum masuk bab make up lagi...huhu

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Apa yang penting? Jangan sesekali lupa...

Bukan perempuan je k...kaum adam pun sama.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat

MOOD : Tak nak dengar dah pensyarah tegur dan sebut bab berpakaian...sendiri mau ingat la...kita pelajar, buat cara pelajar. Ikut etika berpakaian ke kuliah, bukankah suatu latihan integriti?
Ok? mudah je kan... :)

"Yassiru wala tua'ssiru"
-Mudahkanlah jangan kau susahkan-
( Riwayat Al-Tabrani )

0 Lontarkan KALAM anda: