2. Pengujian
dan Penilaian
----> Pensyarah, Dr. Fadzilah Abd.
Rahman.
----> Penunjuk ajar untuk amali, Cikgu
Junaida J
Sekali
lagi semester ini berpeluang meneguk ilmu daripada insan hebat yang pernah
mengajarku pada semester yang lepas-lepas. Sebelum ini pernah belajar dengan
Dr. Fadzilah Abd. Rahman dalam kelas Pengajaran Kemahiran Membaca. Jujurnya,
beliau sangat komited orangnya. Menjaga disiplin dan ketetapan masa, perkara
yang aku suka. Adab belajar amat dijaga, pelajar datang lewat dia tegur. Itu
yang perlu, bukan buat tak tahu sahaja. Dalam kelas pertama lagi sudah ada
kontrak pembelajaran iaitu perjanjian sepanjang semester ini. Dengan gaya
keibuan mengajar sangat dedikasi. Kelas beliau yang dua jam itu dimanfaatkan
sepenuhnya dengan membuat aktiviti sebagai peneguhan pengajaran kuliah
beliau. Kiranya pembelajaran berjalan secara aktif.
~Tugasan kerja kursus~
Ini
antara subjek yang menguji kesabaran kami sepanjang semester ini. Ada dua tugasan diberikan. Pertama, perlu menyediakan set soalan
dan pergi ke sekolah untuk diuji kepada para pelajar. Ini nampak mudah tetapi
nak melaksanakannya bukan mudah. Faktor semester ini berada di hujung tahun,
rata-ratanya sekolah sudah kesunyian..Para pelajar dah ramai pontenglah sebab
dah habis peperiksaan hujung tahun. Set soalan yang dirangka pada aras mudah
dan mensasarkan kepada pelajar tingkatan satu. Namun, di saat kertas soalan
sudah dicetak, sekolah terbabit membuat pembatalan dan tidak dapat menerima
kehadiran kami dek beberapa faktor yang mengahalang pihak sekolah. Bayangkan? Duit sudah dikeluarkan untuk
membuat salinan kertas soalan. Hanya Allah SWT sahaja yang mengerti rasa di
hati. Akhirnya, Sekolah Menengah
Tinggi Kajang menjadi destinasi kami untuk membuat pengujian soalan kepada
para pelajar tingkatan 6, kebetulan kawanku sekolah di sana dahulu jadi
berkat pertolongan gurunya juga kami dapat sekolah tersebut. Satu malam masa
yang kami ada. Dek beberapa masalah teknikal bersama rakan-rakan sekumpulan,
akhirnya aku dan seorang sahabat sahaja yang bertungkus-lumus saat akhir
menyediakan set soalan. Masih segar di minda, malam itu cuaca nak hujan. Kami
kolej kediaman yang berasingan. Aku gagahkan diri juga ke kolejnya. Tup..tup
hujan…namun, dek mahu mendapatkan talian internet yang baik, aku tinggalkan
motor di kafe dan naik bas untuk ke
Perpustakaan Sultan Abdul Samad(PSAS) untuk membuat soalan pengujian
bagi tingkatan enam. Dari soalan aras mudah tingkatan 1 tukar ke aras yang
bersesuaian dengan pelajar tingkatan 6. Syukur kerana aku salah seorang
graduan tingkatan enam. Kira, pengalaman lalu banyak membantu. Dek
pertolongan guru tingkatan enam lalu, Puan Solehah (kini mengajar Sekolah
Sultanah Asma, Alor Setar) yang kebetulan berada di atas talian, aku minta
ihsan beliau untuk memberikan contoh set soalan ujian para pelajarnya.
Alhamdulillah, Allah permudahkan talian internet malam itu. Namun terlupa
minta skema jawapan. Kami berdua cuba-cuba menjawab dan soalan relevan kami
ambil terutama di bahagian tatabahasa. Meskipun pada asalnya bahagian ini
bukan bahagian kerja kami. Inilah nilai gerak kerja kumpulan. Pengorbanan itu
sangat manis. Alhamdulillah dalam masa dua jam, kami selesai dapatkan soalan.
Dan mengejar masa kerana perkhidmatan bas untuk pulang semula ke kolej akan
tamat sebelum jam 10.30 malam. Jadi, bergegas. Membelah kepekatan malam
dengan rintik-rintik hujan yang mendinginkan. Kerja tiba habis di situ. Kami
duduk sambung buat di kafe pula. Aku sambung membuat kerja editing dan
rakanku pulang ke bilik untuk mengambil kertas A4. Nasib baik dia ada
simpanan 1 rim kertas A4. Ikutkan bekalan aku??Jujur, tinggal beberapa helai
sahaja di bilik. Dengan izin Allah, jam 12 lebih habis kerja kami. Bersurai
di situ. Aku pulang ke kolej. Masih basah di ingatan, betapa dinginnya membawa
motor dalam suasana tengah malam seorang diri dan hanya ditemani
rintik-rintik hujan itu. Ya Allah, semoga semua ini menjadi sumber penghapus
dosa-dosaku. Jika tidak kuat memang boleh terbabas.
Kerja
malam itu tidak berakhir di situ. Sampai kolej, aku teruskan kerja-kerja
percetakan pula. 30 set kertas soalan(satu set sekitar belasan muka surat).
Terima kasih printer canon comelku. Suka tengok dia tersengguk-sengguk
mengeluarkan dakwat. Kau banyak berjasa. Terus berjasa ya sayang! J Habis 1 rim kertas A4 tadi. Usai
segalanya malam itu sekitar jam 4 pagi. Kesian teman sekamar, mesti sedikit
sebanyak aku mengganggu tidurnya dek bunyi printerku yang sopan. Penangan tugasan
ini.
Esoknya
pergi sekolah buat pengujian soalan.
Habis
pelajar jawab, perlu buat analisis menggunakan JSU pula. Ini lagi mencabar.
Benda tak belajar lagi, berdasarkan rujukan melalui buku-buku buat sendiri. Urusan cantum tugasan juga menggamit memori.
Dek kelewatan salah seorang, yelah dugaannya cuti pertengahan semester pulang
ke rumah, maka kerja tidak berjalan. Lepas cuti dah kena hantar. Sabar aku
agak teruji. Aku insan biasakan. Penantian itu menguji kesabaran nurani.
Apabila aku diam dan lebih membawa diri maknanya aku sedang marah la tu. Kita
bersahabat sudah hampir lima semester, takkan masih tidak berupaya membaca
rentak laku sahabatmu? Alhamdulillah, dalam krisis sebegitu dan sebegini,
Allah permudahkan usaha kami dengan memberikan markah tertinggi berbanding
kumpulan lain. Syukur. Berbaloi susah payah itu. Itu ceritera tugasan
pertama.
Tugasan
kedua pula buat kajian
perpustakaan sahaja. Tetapi bertuahnya mendapat giliran pertama perbentangan.
Di saat orang lain masih boleh goyang kaki di awal semester, kami sudah
bertungkus lumus sediakan slaid untuk bentang. Kelas amali perlu dua kali
bentang. Alhamdulillah, lepas bentang lega. J
***
Jujurnya,
aku sukakan kelas subjek ini. Dr. Fadzilah memang tak terkenal kepakarannya. Dibantu
Cik Junaida pula (guru yang sedang buat PhD) memang sangat seronok. Selingan
cerita akan pengalaman yang sedang dilalui di sekolah, mencuit hati. Sedikit
sebanyak kami didedahkan dengan keadaan semasa di sekolah. Sebab itu aku
menggemari jika penunjuk ajar amali terdiri daripada guru yang sedang sambung
belajar. Dalam kesibukan mereka, ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan. Aku
doakan Cikgu Junaida dapat habiskan PhD tahun depan. Kita konvo sama-sama ya!
J
~Konklusi~
Subjek
ini merupakan killer paper dalam
bidang pendidikan.
Terutama sekali bagi kami pelajar PBMP yang
selesa dengan huruf tetapi kena mengira pula dan ada graf-graf keluk-keluk ni
sangat mencabar. Selepas belajar subjek ini betapa aku lihat pentaksiran di
sekolah sangat penting. Salah satu cara untuk menilai pelajar dengan cara
inilah. Pentaksiran sumatif dan pentaksiran formatif. Insya-Allah Ina suka
subjek ini tetapi nak dapat A tak boleh sekadar suka. Kena kuasai betul-betul
semua istilah tu. Mengira juga. Ini kertas kedua yang akan kuhadapi masa
peperiksaan nanti. Fokus Ina, you can
do it!
Dr. Fadzilah Abd. Rahman, terima kasih atas segalanya.
Kewibawaannya ketika mengajar di dalam kelas memotivasikanku untuk hadir awal
ke kuliahnya. (Kelas awal pagi tau)
Cikgu Junaida à Anda role
model kami. Anak kelahiran Sik,
Kedah ini ada bakat mengajar dan skil komunikasi yang sangat baik. Ina suka
mendengar cikgu bercakap. Faham. Jelas sangat. Beliau sambung belajar kerana memang
sifat cintakan ilmu tu. Konsep pendidikan sepanjang hayat ini sedang
dipraktikkan di depan mata aku. J
|