.: H1N1...ApA kAtA mErEkA? :.

07 August 2009

:: Pandangan Saintis ::



Jangkitan kuman virus inflienza pada tahun 1918 telah membunuh lebih kurang 20 juta manusia di seluruh dunia. Ada juga yang menganggarkan jumlah mangsa yang sebenarnya adalah berjumlah 40 juta orang.



Mengikut beberapa kajian, kuman virus yang menyebabkan epidemik ini datang dari babi-babi di Amerika. Ia menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I dan tentera-tentera ini kemudiannya membawa dan menyebabkan jangkitan di negara-negara lain. Kajian ke atas spesimen-spesimen mangsa menunjukkan, punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi.



Babi mempunyai PERV ( Porcine Endogenous Retrovirus ), semacam virus asli yang dihidapi babi. Dengan kata lain, sejak lahir lagi babi di seluruh dunia sudah memiliki Deoxyribo Nucleid Acid yang mengandungi Porcine Endogoneous Retrovirus, yang berpotensi menyebar berbagai macam penyakit. Terdapat sekurangnya 25 jenis virus yang berbeza daripada tubuh badan babi yang dapat menjangkiti manusia. The National Institute Stanstard Technology ( NIST ) pernah menghabiskan dana sebanyak USD 1.9 juta dalam rangka menghilangkan Porcine Endogenous Retrivirus daripada tubuh badan babi tetapi gagal.

:: Pandangan Agama Yahudi, Kristian dan Islam ::

Kesemua agama samawi pada asalnya telah mengharamkan daging babi. Sejarah ada mencatatkan pada zaman nabi Musa iaitu sekitar 600 tahun sebelum Masehi, daging babi adalah haram untuk dimakan dan ianya terkandung di dalam Kitab Perjanjian Lama ( Taurat ). Namun, 300 tahun setelah Masehi, Kitab Perjanjian Baru di Eropah telah menyatakan bahawa daging babi dihalalkan. Kemudian, agama Islam kembali menetapkan ( sekitar 700 Masehi ) bahawa daging babi itu haram. Terdapat banyakperbahasan mengenai hal ini. Pengikut dari Gereja Kristian Hari Ketujuh, melalui penekanan pada Ulangan 14:8 masih lagi mengharamkan babi. Manakala Islam, Melalui Surah ke-2 ayat 173 secara jelas mengharamkannya.

:: Pandangan Tokoh-tokoh Perubatan China ::

Sebuah Jurnal Kesihatan Cina yang amat terkenal suatu ketika dahulu iaitu Yan SHow tan telah menyebutkan, "Di saat kematian babi, perasaan takut akan memasuki hati babi dan nafasnya yang terakhir memsuki hempedunya. Semua daging adalah berkhasiat kecuali daging babi. Jangan makan dagingnya."

Pada zaman Dinasti Tang, terdapat seorang tabib yang amat terkenal bernama Sun See Mao. Beliau yang hidup sehingga umur 100 tahun telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Sheh Shen Lu ( Catatan-catatan Kesihatan ). Di antara isi-isinya ialah, "Daging babi merangsang penyakit-penyakit lama, menyebabkan kemandulan, penyakit sakit tulang dan asthma."
Pada zaman Dinasti Ming pula, terdapat seorang tabib yang bernama Lee Shih Ch'en, Beliau telah mengarang 50 jilid buku-buku perubatan atau Matena Medica dan berhubung daging babi beliau berkata. " Ia boleh mendatangkan kesan berbahaya."

****SUMBER = TINTA MUTIARA ( Islam dan Sains )

0 Lontarkan KALAM anda: