:: MENANTI RAMADHAN DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN ::

19 August 2009

Menanti-nanti ketibaan bulan Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan keriangan serta sentiasa mengharapkan agar dapat melaksanakan ibadah puasa dan ibadat-ibadat lain sepanjang Ramadhan kali ini dengan baik dan diterima oleh Allah SWT.

"Tirai Ramadhan akan dibuka,
Cahaya kemuliaannya semakin bersinar dihati insani yang setia menanti janji Ilahi,
Hiasilah cahaya itu dengan taqwa dan Ibadah
Agar hidup diberkati-NYA."
Renungkan sejenak...

1) Ada yang bersungguh-sungguh dalam beramal dan ada yang lalai dan alpa.

2) Berpuasa hanya sebagai adat bukannya Ibadah. Faktor Iman dan mengharapkan keredhaan daripada Allah tidak menjadi pendorong utama kepada Ibadah Puasa.

3) Berpuasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menghalang daripada melakukan perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dsb.

4) Meninggalkan makan sahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggalnya solat subuh.


5) Ibadah solat fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja.
6) Bersungguh mengerjakan solat sunat Tarawikh dan Witir serta meninggalkan solat fardhu lain.


7) Bersungguh-sungguh dalam pelaksanaan ibadah di bulan Ramadhan termasuk membaca Al-Quran untuk diri sendiri tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.



Sesungguhnya...
Kian berlabuh tirai Syaaban,
Lambaian Ramadhan kian dinanti,
Luhur hati ikhlas amalan,
Semoga segala Ibadat Allah berkati.
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK"

PPI/SMKSE/3/2009

2 Lontarkan KALAM anda:

mizaranun said...

Salam..

Slmt menyambut Ramadhan al-Mubarak..moga kita tergolong dlm org yg beruntung di bulan Ramadhan ini..

Ina NaiLofar said...

mudah-mudahan...amin.. ;)