:: SaLam Takziah ::

13 August 2009

.: Pergi Tak Kembali :.
Dari ALLah kita datang,
Kepada-NYA juga sebaik-baik tempat kembali...
Salam takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim
~Wajah tenang Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim ~
:: Kenangan berharga yang ditinggalkan bersama perjuangan Kumpulan Nasyid RABBANI ::
Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya
Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi


:: KATA-KATA YANG KUPETIK DARIPADA BLOG ASRI RABBANI ::

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."
:: SEMOGA SEGALA HASRAT MURNI ALLAHYARHAM USTAZ ASRI IBRAHIM INI DIBERKATI ALLAH SWT ::

Semoga Ruh ustaz dicucuri rahmat. Semoga lahir lebih ramai lagi pejuang seni islam di negara dan pelantar nusantara ini.
Pemergian ustaz merupakan kehilangan besar buat industri nasyid dunia..
~ AL-FATIHAH ~

0 Lontarkan KALAM anda: