Dalam sebuah kitab karangan 'Uthman bin Hassan bin Ahmad As-Syaakir Al-Khaubawiyi,seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan akal, maka Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :
"Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap ke hadapan Allah SWT, kemudian Allah SWT berfirman yang bermaksud :"Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal!Siapakah Aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku ciptakan makhluk yang lebih mulia selain daripada engkau."
Setelah itu Allah SWT menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah SWT menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah SWt berfirman yang bermaksud:"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah SWT menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' ( lapar )selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah Tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itu maka Allah SWT mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat, oleh itu kita hendaklah mengawal nafsu dan jangan membiarkannya mengawal kita. Jika nafsu telah mengawal diri kita maka kita akan menjadi musnah.
0 Lontarkan KALAM anda:
Post a Comment