.: LAWATAN SAMBIL BELAJAR , pengakhiran zaman persekolahan :.

01 August 2009


Alhamdulillah...walau dalam kesibukan, Ina masih dapat meluangkan masa untuk mencoretkan beberapa kisah dan pengalaman menarik yang telah kulalui minggu lepas. Pada 30 Julai 2009 ( Khamis yamg lalu ) Kelab Tingkatan 6 SMKSE dengan kerjasama Bahagian Teknik dan Vokasional telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke USM Minden dan sekitar Pulau Pinang. Selain memenuhi aktiviti ilmiah di USM, objektifnya untuk memberi kami kesempatan untuk berhibur sambil mencuci mata melihat keindahan serta tempat-tempat bersejarah di Pulau Mutiara.

< Islamic Museum ( Syed Alatas Mansion )





Antara tempat yang sempat kami lawati :-

-Pusat Warisan Pulau Pinang
-Dr. Sun Yat Sen's Penang Base



Di USM pula, kami berpeluang berkunjung ke Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah. Program yang dijalankan ialah membuat roket air. Sesuatu yang pasti, banyak kenangan yang terukir! :)


"Hargailah hari-hari yang telah dilalui..."
Zaman persekolahan yang kian melabuhkan sayapnya....

0 Lontarkan KALAM anda: