:: SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU ::

07 August 2009

Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa."
Hadis Riwayat at-Tirmizi
Kenapa Allah mengangkat martabat ibu bapa? Kerana ibu dan bapa sangat besar jasanya kepada kita. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu bapa. Dengan bersusah payah ibu kita mengandung dan melahirkan kita semua. kemudian ibu bapa kita jugalah yang mengasuh, membesarkan mendidik, dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang.
:: RENUNGAN UNTUK SESIAPA SAHAJA YANG BERGELAR ANAK ::

Orang kata aku lahir dari perut...Ibu

Bila dahaga, yang menyusukan aku...Ibu

Bila lapar, yang suapkan aku...Ibu

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku...Ibu

Kata Ibu...perkataan pertama yang aku sebut...Ma!

Bila aku bangun tidur, aku cari...Ibu

Bila menangis, orang pertama yang datang...Ibu

Bila hendak bermanja, aku dekati...Ibu

Bila sedih, yang boleh memujukku hannya...Ibu

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...Ibu

Bila takut, yang menenangkanku...Ibu

Bila sakit, orang yang paling risau...Ibu

Bila hendak exam, yang paling sibuk juga...Ibu

Bila ada masalah, orang yang paling risau...Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini...Ibu

Bila hendak kahwin,orang pertama yang aku rujuk...Ibu

Yang selalu ingat padaku...Ibu

Kini...Aku ada pasangan hidup sendiri


Bila seronok, aku cari...pasanganku
Bila sedih, aku cari...Ibu
Bila berjaya, aku ceritakan pada...pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada...Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat...pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat...Ibu
Bila nak bercuti, aku bawa...pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah...Ibu
Bila sambut ulangtahun perkahwinan, aku hadiahkan bunga pada...pasanganku
Selalu aku ingat...pasanganku
Yang selalu ingat kepadaku...Ibu
Aku selalu belikan hadiah untuk...pasanganku
entah bila, aku akan belikan hadiah untuk...Ibu
Ibu...Ampunilah segala dosa-dosaku.

Sabda Rasulullah bermaksud : "Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada kedua ibu bapa."
( Hadis riwayat at-Tirmizi )

*************************************************************************************

kEcAnTikaN YaNg AbAd! TerLeTaK PaDa kEeLokan ADab Dan KeTinGGian ILmu SeSeOraNg, BukaN TerLetaK PaDa WaJah daN PaKaiaNnYa... -HamKa-



0 Lontarkan KALAM anda: