9 Sept = Pengajian Perniagaan 1
~BROTHERS ~
Cuba sedaya upaya,
:: Baiki kelemahan Midterm, tingkatkan pencapaian pointer, kekalkan kedudukan dalam kelas dan tingkatan ::
:: Fadilat ramadhan 1 :: 

Renungkan sejenak...
4) Meninggalkan makan sahur, sedangkan banyak hadis yang menyatakan tentang kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggalnya solat subuh.
Bulan Ramadhan sentiasa datang pada saat yang tepat. Pada saat umat Islam memerlukan kekuatan Iman dan Ruhiyah untuk menghadapi kondisi-kondisi sulit dan berat dalam kehidupan mereka. Dan dengan datangnya bulan Ramadhan, Allah SWT memberikan bantuan dan sekaligus hiburan kepada umat Islam dalam menghadapi krisis berat, sehingga dapat keluar dari permasalahan yang berat dan sulit tersebut. Kondisi inilah yang dihadapi hampir semua umat Islam di seluruh dunia.
1.Bulu kening
:: Abah yang sporting ::
Hari ini Ina telah menyertai Program Jejak Menara Pelajar-pelajar Tingkatan 6 Atas Daerah Seberang Perai Selatan. Program ini merupakan bengkel teknik menjawab soalan untuk kertas-kertas STPM. Para pelajar telah diberikan pendedahan dan cara-cara menguasai bab-bab penting STPM dan telah dibimbing oleh guru-guru yang berpengalaman mengajar Tingkatan Enam yang juga terdiri daripada pemeriksa kertas peperiksaan kebangsaan.Terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru serta penceramah jemputan yang 'sporting-sporting' belaka... :)
Doakan kejayaan kami...
Program tamat pada jam 1.00 tengah hari, pulang ke sekolah masing-masing. Selepas waktu sekolah, Ina bersama seorang sahabat; Azuanna Ilmar tidak terus pulang ke rumah sebaliknya kami mempunyai agenda lain yang perlu diusaikan. Kami telah pergi ke Bank BSN di Sungai Bakap untuk mengeluarkan duit biasiswa. Malang tidak berbau. Hujan turun dengan lebatnya. Impak kepada kami, habis basah la. Orang Utara kata basah lencun la. :)
Masuk bank dengan pakaian yang basah kuyup. memang buat slumber saja la. Memang dugaan sungguh...tetapi demi merealisasikan impian kami, segala diredahi jua. Moga Allah SWT memberkati usaha murni kami ini. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang berusaha. Tujuan kami bersungguh-sungguh melawan arus ke bank ni ( walaupun hujan lebat ) becoz nak keluarkan duit untuk membeli set soalan percubaan daripada Maktab ADABI Gaya Pos. Satu lagi dugaan yang melandaku, cap jari gagal dikenal pasti. Terkejut juga apabila scan tidak masuk pula. Walau bagaimanapun, setelah percubaan beberapa kali akhirnya berjaya juga. Mungkin faktor cuaca yang dingin menyebabkan urat-urat di jariku mengecut...hihi...logik ke?
Usai urusan di bank, kami bergegas pula ke Pejabat Pos di Simpang Ampat. Alhamdulillah, pada waktu itu hujan sudah beransur reda...Urusan pengeposan berjalan dengan lancar. Jam pukul 3.30 petang kami sampai di rumah masing-masing. Sepastinya badan sudah letih, maklum la seharian aktiviti tak berhenti. Namun, untuk menyerah tidur petang bukan sikapku. selepas mandi dan solat, Ina online sebentar. Menerjah alam maya yang tiada sempadan. Hihi...
Setapak menapak ke blog rakan-rakan, terkejut sangat bila terbaca 'Vokalis Utama Kumpulan Rabbani' telah menghembuskan nafas terakhirnya. Masih terngiang-ngiang lagi lagu-lagu nasyid alunan suara beliau. Allah lebih menyayanginya. Sesungguhnya, dari Allah kita datang...kepadanya jualah kita kembali. Al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim. Salam takziah diucapkan kepada seluruh kaun kerabatnya.









Copyright © 2011 Reserved to ♥ BINGKISAN HAYAT ♥ Design with love by CikBulat