Berita Harian Online | 46,780 calon STPM 2010 lulus penuh

21 February 2011

Kami bekas/budak STPM..
:: Segalanya bermula di sini ::


Petikan kata-kata pengasas salah sebuah
kumpulan di facebook "Kami bekas/budak STPM"


"Salam 1Malaysia semua...tahniah dan syabas kepada semua lepasan STPM 2010...anda tetap yg terbaik dan telah membuat satu keputusan yang bijak dengan memilih pra-U.
tinggal selangkah saja lagi untuk mara ke alam IPTA...kepada yang kurang bernasib baik, ini bukan penamat segalanya. Allah SWT sentiasa membuka jalan untuk manusia berjaya...selebihnya terpulang kepada individu itu sendiri." 
:) -MAN


Tinta hayat : Sekalung tahniah buat adik-adik junior yang berjaya mengharungi cabaran STPM 2010. Hari ini pasti menjadi kenangan terindah buat kalian yang berjaya mendapat keputusan yang terbaik. Saya yakin, sekurang-kurangnya terbaik untuk diri sendiri. Bukan semua orang yang 'setia' dan kekal momentumnya untuk terus berjuang dalam STPM ini. Anda berjaya menyempurnakan misi penting ini, bermakna anda adalah dalam kalangan yang terbaik. Kita ada keluarga besar yang sangat menyokong anda, tak percaya? 
Cuba lihat 'page'' ini. Banyak kaum kerabat kita di sana. 

Keputusan STPM sudah dapat, sekarang tibalah masanya untuk fikirkan jurusan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Selamat membuat keputusan...setiap keputusan ada pro dan kontranya untuk masa depan kita. Buat pilihan yang terbaik yea!

Tahniah buat adik-adik junior di bumi SMKSE terutama Muhsein yang sentiasa keep in touch dengan saya tentang perjalanan studynya...terbaik la! Semoga Allah SWT memberkati kalian :)

STPM ~ A step closer to university ~

:: SEKITAR PRK UPM ::

20 February 2011

Nak tahu lebih lanjut? 


Saya ketandusan masa untuk menulis panjang-panjang...Walaupun banyak idea ke arah situ..perlu utamakan perkara yang penting!

dan nak kongsi juga tentang sesuatu....

CALON PILIHAN SAYA,
Kenapa saya memilih beliau?

:: Senyum...tak perlu kata apa-apa ::
Sebab dia pelajar Kolej Pendeta Za'ba,
dan kawan saya :)

Wajarkan saya mengundi beliau...

Minat Menulis Cerpen Islami?Sahutlah cabaran ini...

19 February 2011

Bismillahirrahmanirrahim....
Tiada lafaz seindah salam,
Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatuh  J

Pengumuman....


Photobucket

Manfaatkan peluang dan serlahkan bakat yang ada! :)
Buktikan ketinggian Cinta kepada Rasulullah menerusi sentuhan kreatif anda.
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Ayuh kawan-kawan!

Bersama kita sebar-sebarkan...agar sahabat-sahabat kita yang berbakat tidak ketinggalan untuk menyertai pertandingan ini.

Nota kaki : Masihkah punya ruang dan waktu untuk memanfaatkan peluang ini?...masa takda masa nak buang masa dengan kita...persoalan untuk diri sendiri. Walau bagaimanapun, tugasan kuliah dan Pertandingan Menulis Esei Maulidur Rasul UPM perlu diselesaikan dahulu.

Utamakan perkara yang penting daripada perkara yang penting-penting.

PERHATIAN : CALON STPM 2010

Setelah berhempas-pulas calon-calon STPM 2010 berusaha dan berjuang akhirnya...
detik ini tiba jua :)




Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 akan diumumkan pada hari Isnin, 21 Februari 2011.

Calon-calon boleh menyemak keputusan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011:
taip STPM<> No. K/P hantar ke 36363 atau taip STPM<> RESULT<>No.K/P hantar ke 15888

Keputusan juga boleh disemak secara dalam talian dengan melayari
 laman web MPM di KLIK je :) mulai jam 12:00 tengah hari, 21 Februari 2011

´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶
- InsyaAllah Keputusan yang terhebat -

 Kepada semua yang  mengambil STPM 2010 terutamanya pelajar-pelajar di SMKSE Pulau Pinang, semoga mendapat keputusan yang terbaik!insyaAllah terbaik buat diri sendiri..banyak-banyaklah berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT...yakinlah  bila kalian semua  dah berusaha bersungguh-sungguh ketika  menjawab soalan STPM yang lalu... akan tertuai hasilnya esok =]

Kejayaan itu milik orang-orang yang berusaha! Bangga menjadi salah seorang daripada produk STPM :)
( Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ok...bukan sijil tunggu pinangan masuk tau!hehe )

dan...jangan lupa untuk mengunjungi

Karnival Pengajian Tinggi Negara
"Jom Masuk U"
14 Januari - 3 April 2011

yang berlangsung di seluruh negara

jmu
****program favourite last year  :)

Karnival yang sedang berlangsung dan akan datang di...

19-20 Februari: Dewan 2020, Perlis
26-27 Februari: Suria Sabah, Sabah
5-6 Mac: Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
12-13 Mac: PERSADA, Johor
19-20 Mac: Permata Exhibition Center, Sarawak
26-27 Mac: Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Perak
2-3 April: MINES International Exhibition Center, Selangor (Majlis Penutup)

Jangan lepaskan peluang emas ini untuk memperoleh pelbagai info dan cenderamata percuma
 ( suka bab ni la...hehe )
Maklumat lanjut boleh didapati di sini KLIK je :)

Pastikan UPM ( Universiti Paling Maju )

Bersama sama kita membina,
Masa depan yang lebih gemilang...
Kita tanamkan tekad di hati,
Berusaha menuju wawasan..

Semoga semua berjaya menimba ilmu dalam bidang pengajian yang diingini! InsyaAllah :)

****terimbas memori setahun yang lalu...tatkala menanti keputusan STPM 2009! Coretan bermakna di sini ;)

MOOD : Dalam ketidaksabaran adik-adik STPM 2011 menantikan keputusan masing-masing, kebanyakan IPTA sedang mengalami Debaran untuk Hari Mengundi (21 Februari 2011) bagi Piliihanraya Kampus..Kita sebagai pelajar,marilah sam-sama turun memeriahkan Kempen PRK yang sedang/bakal dilangsungkan pada hari ini di IPTA masing-masing..ayuh pakat turun ramai2..!! Jommm!! 

Manfaatkan peluang ini untuk memilih pemimpin yang terbaik yang bakal menjadi medium suara kita semua. Buatlah sebaik-baik nilaian...bukan melihat pada yang zahir semata-mata.
Pilih lah calon yang berkualiti dan bukannya yang mencari publisiti...transformasi...reformasi....perubahan..kami mahukan satu anjakan paradigma baru.

Ingat, setiap undian kita amat bermakna. Bakal memberi jutaan impak. Jadi, pilihlah pemimpin yang betul-betul boleh buat kerja..membela nasib mahasiswa!

´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶
´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶¶¶¶¶´´´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´´¶¶´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´´¶´´´¶¶´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´´´´´¶´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶
´´´´´´¶´´´¶´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶´´´´´´´´´´´´¶´¶¶´´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶¶´´´´´¶¶
´¶¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´¶¶´´´´´´´´¶¶´´´´´´´¶¶
´¶´´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´¶¶
´¶¶´´´´´´´´´´´´´´¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´¶¶´´´´´´´´´´´¶´´¶¶´´´´´´´´´´´´´´´´¶¶
´´´¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶¶´´´´´¶¶´´´´´´´´´´´´¶
-Terbaik-

p/s:: Hiasi diri dengan Iman,bukan dgn Emosi..Walau apapun pilihan kita,Ingatlah..1Siswa,1Malaysia..^_^

:: MENDEPANI CABARAN ::

14 February 2011

MUKADIMAH

"Tiada apa yang membezakan kita dengan orang lain kerana semua orang mempunyai masa 24 jam tetapi keberhasilan dari masa itu yang membezakan kita dengan orang lain."

MOOD


Sudah tiba di minggu ke-6, menyaksikan deretan 'test' perlu diharungi selepas bercuti sehari esok
 ( sempena Maulidur Rasul )

Hayati pantun jap,

Pengurusan dakwah kian diperhebat ,
Gaya penyampaian yang mudah difahami ,
Perjuangan Rasulullah tersangatlah hebat ,
Teladani sejarahnya cuba difahami .

Salam Maulidur Rasul 1432 Masihi
 Tema tahun ni "1 Malaysia 1 Ummah"
Semua pembaca dah tahu kan? saja la tulis semula...hehe


Baiklah, kembali ke pangkal jalan. Mendepani cabaran semester ini, banyak kursus yang diambil mempunyai 'test 1'. Berbanding semester lepas hanya dua subjek je kini...semua subjek yang diambil punya 'test 1'.
Perlu bersedia habis-habisan la.

Berikut jadualnya,
( kucatatkan di sini agar Kolej Hayat bisa menjadi saksi bahawa kusentiasa berusaha untuk bersedia semaksima mungkin )
Semoga natijahnya terbaik untuk diri sendiri, insyaAllah.

Rabu
10am : LHE3105 ( 1st time open book test ni )
4pm : LHE3404 ( subjek minor, walaupun skop kecil tapi paling digeruni, hehe )

Khamis
8am : BBM3203 ( maha tebal notanya...pasti banyak ilmu yang perlu korek kan? mood positif )

Jumaat
10am : LHE3408 ( subjek minor juga...suka2...hehe )

Minggu ke-7
Selasa
10am : FCE3000 ( tak pasti lagi ujian ni, apapun baik bersedia awal2 )

Khamis
10am : FCE3300 ( ujian yang memerlukan berfikir...ikut situasi yang diberi...huhu )

Sebagai persediaan menghadapi 'test', mari layari blog ini...ada 'makanan' yang sedap di sana :)



SEMESTER 2
Suratan mentakdirkan kuberjuang bersama Kak Hasna dan Kak Janah.


:: 2 orang sahabat...nikmat yang perlu kusyukuri ::

Mahu mencatat sesuatu tentang mereka...hehe

Kak Hasna
Kukagumi semangatnya. Umi kepada 3 orang cahaya mata ini sama usianya dengan Ibu Yasminku di Kelantan. Bayangkan kegigihannya menuntut ilmu...kadang-kala apabila mengejar masa untuk ke kelas malam, ku tidak terlepas untuk berasa letih hatta hanya menguruskan diri sendiri saja. Bagaimana beliau?Situasi tinggal di luar kampus, jarak rumah yang agak jauh, dan menguruskan keluarga...Tetapi beliau, dalam masa yang sama mampu tersenyum manis di hadapan kami tatkala menghadiri kuliah.
Sangat kukagumi semangatnya. Berkongsi minat yang sama denganku iaitu membaca, buktinya sebuah buku milik beliau berada bersamaku kini. Kuyakin, beliau berpotensi tinggi untuk berjaya. Tambahan pula, berkat sokongan suami yang sangat memahami situasi beliau, InsyaAllah ada kemanisan di penghujung perjuangan beliau di bumi Serdang ini. :)

Kak Janah
Individu bertuah yang kedua ini pula berkongsi usia yang sama dengan kakakku sendiri. Maka wajarlah untuk memanggilnya dengan kata pangkal 'kak' dihadapan. Simbol hormat gitu..hehe
Kebetulan diletakkan satu kolej dan blok, menambah lagi keakraban antara kami. Mempunyai pengalaman emas sebagai 'guru' di salah sebuah swasta di Kedah sebelum menyambung pelajaran di kampus hijau ini membuatkan beliau ada satu kelebihan yang sangat berharga berbanding aku yang 'fresh' STPM ini. Percayalah kak Janah, dalam dirimu sarat jiwa pendidik yang tulus, kuyakin akan kemampuanmu untuk berjaya. Manfaatkan segala kekuatan yang ada, tangkap segala peluang yang tiba. Ina yakin, Kak Janah mampu menjadi anak yang paling berjaya dalam keluarga. Ketepikan segala kata-kata sumbang dek telinga, pasakkan dalam hati. Kita tahu matlamat yang kita buru dan perjuangkan. Redha Allah yang kita dambakan.
Walaupun berlainan karakter tetapi sikap saling mempercayai antara satu sama lain, terima kelebihan dan kekurangan masing-masing sebab fitrah insan, mana ada orang yang sempurna kan...menjadikan kita seorang 'sahabat' yang sentiasa ada di sisi..InsyaAllah dalam susah mahupun senang.



Demikianlah secara ringkas.  Hanya kami bertiga yang 'berani' keluar dari kelompok besar itu.
Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kami dan memberikan kesabaran serta kekuatan hati tatkala berdepan dugaan yang sememangnya menguji kekuatan Iman.
Berbaik sangka dalam apa jua situasi.



Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan yang bukan sedikit.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah SWT.


Diberi peluang untuk mengembara ,
Jelajah ilmu menimba pengalaman,
Memohon barakah di gurun sahara ,
Doa senjata insan beriman.



Ingat, jangan lupa berdoa yea...Allah sayang kita. Sebab kita pejuang agama-Nya!

Sekian sahajalah coretan untuk menggegarkan semangat mendepani cabaran TEST 1. 
Selamat mengulangkaji.

 
Senyuman manis penuh seri,
Kata diatur mengikut masa ,
Di akhir bicara konklusi diberi ,
Segala yang baik dari Yang Esa .

KONKLUSI 



Selagi nadi berdenyut, selagi itulah hidup perlu berjuang. Ikhlaskan hati menuntut ilmu kerana Allah.
Sungguh, Allah tak lihat kepada hasilmu tetapi USAHAlah nilainya. 
Usaha, usaha dan terus usaha. 
Iringi dengan jambangan tawakal dan bunga-bunga doa.
Segalanya mungkin, pastinya dengan izin Allah SWT. 

MOOD : Fokus! (",)

Sharing is caring @ myMetro

Artikel : Pakaian biarlah sesuai dengan status pelajar
Jom baca di sini :)

Paparan entri kali ini memetik isu semasa yang disiarkan di myMetro. Dalam usaha untuk mencari maklumat bagi program "Make It Right Campaign" yang akan berlangsung di kolej yang menekankan aspek aurat dan pergaulan. Hasil perbincangan dengan seorang rakan yang agak alert dengan berita semasa, dia memberitahu saya tentang berita ini. ( TQ to Kak Janah, saham akhirat untukmu )

Sebagai pelajar, dapat kita lihat bagaimana rakan-rakan kita berpakaian untuk ke kuliah. Tak terkecuali kita, muhasabah diri juga ya! :)
Baik pelajar lelaki mahupun pelajar perempuan. Fesyen ke kuliah..."wow...hebat!"

Hari Sabtu yang lalu, saya berkesempatan menghadiri Majlis Makan Malam untuk meraikan pelajar tahun akhir bagi suatu kelab. Rata-ratanya pelajar yang datang memakai pakaian yang ditetapkan mengikut tema majlis. Itu bagus! Mereka patuh.
 ( kecuali saya dan beberapa orang yang tak ikut tema,hehe ) 

Walau bagaimanapun, timbul dalam hati berasa kasihan melihat segelintir rakan-rakan. Ada yang menjawab, "untuk satu malam je nak bergaya sakan pun, bukan selalu!" 
Yup, ada kebenarannya tetapi tegarkah kita hanya kerana satu acara malam itu, 
kita menanggung dosa kerananya? 
Persoalan yang menerjah di ruang fikiran,
 "mengapa dalam kalangan insan berintelek seperti  mereka ada juga yang menjadi mangsa kepada fesyen?"
Belum masuk bab make up lagi...huhu

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Apa yang penting? Jangan sesekali lupa...

Bukan perempuan je k...kaum adam pun sama.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Di dunia selamat, di akhirat hebat

MOOD : Tak nak dengar dah pensyarah tegur dan sebut bab berpakaian...sendiri mau ingat la...kita pelajar, buat cara pelajar. Ikut etika berpakaian ke kuliah, bukankah suatu latihan integriti?
Ok? mudah je kan... :)

"Yassiru wala tua'ssiru"
-Mudahkanlah jangan kau susahkan-
( Riwayat Al-Tabrani )

(✿◠‿◠)

12 February 2011

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.

Menghampiri 14 Februari, menyedari peri pentingnya kita (sesama muslim ) untuk mengingatkan para remaja dan sesiapa sahaja bahawa tiada alasan munasabah bagi umat Islam menyambut hari Valentine.  
Jangan sekali-kali merayakannya kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah kita sebagai umat Islam. Telah terang lagi bersuluh yang hukumnya haram di sisi Islam. Namun, realitinya masih ramai umat Islam yang masih meraikannya. Angkara kejahilankah? 

Mendepani fenomena ini, sebagai mahasiswa, apa peranan kita?
Menganjurkan forum, ceramah dan pelbagai program bersimbolkan cinta cuma pengisiannya lebih Islamik?

Bukan mahu meng' highlight' atau menghidupkan lagi aura Valentine's Day itu tetapi salah satu cara mahu menyokong kepada 
  Kempen "Katakan Tidak Kepada Valentine's Day".

Kalau bukan kita, siapa lagi?


Sematkan dalam hati kita bahawa...


 

Semoga usaha yang kecil ini berupaya menyelamatkan segelintir mereka yang lalai...Kita hanya berusaha untuk menghalang perkara yang lebih parah daripada berlaku. 
Tiada ruginya kita berpesan-pesan dalam kebaikan :)


Mari tumpukan perhatian dan minda kita untuk persediaan menyambut Maulidur Rasul.


KITA perlu memanjatkan kesyukuran kerana menjadi umat Nabi Muhammad s.a.w.
Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menyusuri sirah hidupnya, mengamalkan sunnah, dan menghayati pengorbanan yang dilakukan sepanjang hayat Rasulullah SAW.

by abubasyer )


CINTAILAH RASULULLAH SAW

Cinta kepada Rasulullah s.a.w memiliki kesan kepada agama, jiwa, masyarakat dan akhirat. Allah berfirman yang bermaksud: "Cinta kepada Rasulullah s.a.w harus lebih tinggi daripada cinta terhadap diri sendiri, kerana Allah menegaskan, "Nabi itu lebih utama bagi orang-orang Mukmin dan ukuran diri mereka sendiri." (Surah al-Ahzab, ayat 6)
 Justeru, mencintai Nabi bukan hanya manis di bibir, tetapi perlu dilaksanakan dengan tindakan bagi membuktikan kecintaan itu.

 -Mohd Fadly Samsudin,  myMetro-


Sambutan yang diraikan perlu selari dengan apa yang kita diucapkan. 
Bacalah selawat "Ya Allah, kurniakanlah kepujian ke atas Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sekalian sahabat-sahabat baginda."
Tanda kasih, sayang dan cinta kita kepada Baginda, kaum kerabat dan para sahabat.

Sebagai umatnya, kita perlu sentiasa berfikir dalil kenabiannya, merasai betapa kasihnya nabi kepada umatnya, mempelajari al-Quran dan hadis yang menunjukkan hebatnya kedudukan nabi di sisi Allah.


BUKTI KASIH BAGINDA
Masih ingatkah kita?


Ingatlah, satu-satunya penolong kita di hari Kiamat hanyalah syafaat Rasulullah, dan syafaat itu berlaku untuk umat Rasulullah S.A.W yang mengikuti sunnahnya. Oleh karena itu, marilah kita cintai dan ikuti Rasulullah mulai sekarang sebelum datangnya hari kiamat itu, jangan menganggap hari akhir itu masih lama datangnya, tidak usah menunggu tanda-tanda kiamat dahulu untuk bertaubat, karena dosa sebesar apa pun akan diampuni olah Allah mumpung hayat masih di kandung badan. Semoga kita terhindar dari keganasan malaikat Malik dan Neraka Jahannam.


Amin Ya Rabb Al-'Alamin

***saham Akhirat buat Nur Muslimah & abubasyer 


NOTA KAKI : Mari kita jadi 'mujahid yang waspada dan mujahidah yang prihatin :)

:: Pedoman Kata = Dari sahabat untuk sahabat ::

Sahabat
( pabila kau membaca tulisan ini, kau akan mengerti...kalam ini hadiah buatmu )

Sahabat - "Saya sayang kamu, maka entri ini untukmu!"


Sahabat,
Lewat kiriman mesejmu,
Kau menyatakan...




Ya, kufahami...itu fitrah insan!
Namun...
Ku kira ini jawapannya...penawar hati...terbaik untukmu.

Setiap degupan ingat Allah..Allah..Allah!

Cintailah ALLAH,
sebab DIA...
 Tuhan Pencipta kita.


DIA raja segala CINTA


(Kalau kita cinta kepada Allah akan lebih mudah bagi kita untuk mencintai sesama manusia)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini,akan Aku menaungi mereka dengan naunganKu“. HR. Muslim

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami cinta terhadapMu dan cinta kepada mereka yang mencintaiMu dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada cintaMu, dan jadikanlah cintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga”

Solusinya...

"Cintailah orang lain,
 dengan selalu menDOAkannya".

Hatimu akan lebih tenang...mengharungi hari-hari dalam semester terakhirmu!
Segalanya pasti...dengan izin-NYA.






Sahabat...

Jangan terlalu gundah dengan urusan dunia. 
Akhirat itu lebih utama. Hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.






Berhentilah mendramatisasi keadaan dengan lamunan kosong, 
selain kita akan menjadi pencuri masa yang malang, 
lamunan itu yang membuat kita lalai. 

Sibukkanlah diri dalam ibadah,
 mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.


Ingatlah...
Allah mencintai orang-orang yang selalu berjuang memperbaiki diri,  keluarga dan masyarakat.




Jom semak jap...



Sahabat yang baik adalah sahabat yang berani membetulkan kita ketika kita berbuat kesalahan sehingga kita tidak hanyut di dalam kesalahan dan dosa.

Sahabat sejati akan meluruskan jalan ketika kita kehilangan arah dan tidak akan meninggalkan kita dalam suka, apalagi dalam duka.

Bersahabat dengan seorang yang jujur akan membuat seseorang itu senantiasa terpelihara kejujurannya.


.:. MUHASABAH BERSAMA

Bertanyalah pada diri kita wahai sahabat..

1. Sejauhmana kita sedar hanya cinta-Nya yang hakiki dan sejati dalam hidup ini?
2. Sejauhmana kita mengenal asma’Nya, sifat2Nya, kehendak dan laranganNya?
3. Seringkah kita mengingati-Nya, menyebut nama-Nya melalui zikir-zikir yang panjang?
4. Seringkah kita mendekatkan diri kepada-Nya dengan solat serta ibadah2 lainnya?
5. Seringkah kita merintih, mengadu dan mengharap kepada-Nya melalui untaian doa?
6. Sudahkah kita mengikuti kehendak-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya?
7. Apakah kita mencintai seseorang kerana-Nya atau kerana dorongan nafsu?

Ku berpesan pada diri ku sendiri dan buat teman-teman...

" Ingatlah, dunia ini cumalah pentas percubaan dan tempat persinggahan..Renungkan"
 ( kredit buat Mim )


"Sungguh indah dataran gambut
Angin menyusur di pinggir desa
Alhamdulillah kita menyebut
Tanda bersyukur kepada yang Esa."

[ usai juga pembikinan entri ini, dah lama tertangguh ]
 titik :)




NOTA KAKI : Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik. 
Sahabat, kita saling ingat-mengingati ya!