30 January 2009

NIKMAT UKHWAHFILLAH

Semusim bersama, seabad terasa
Itulah reality dunia ukhwah kita
Kalian sungguh istimewa
Mengenalimu sahabat…
Umpama anugerah terindah
Daripada cakerawala
Mendampingimu sahabat…
Menjelmakan kolam ketenangan
Sukar digambarkan
Memilikimu sahabat…
Tiada secantik lukisan dapat kugambarkan.

Sahabat,
Betapa aku bersyukur
Takdir Ilahi yang menyuratkan segala-galanya,
Ukhwah ini
Melengkapkan kitaran kolej hayatku
Berpatri teguh di atas kanvas perjuangan
Hanya yang memahami bias mengerti.

Detik waktu yang dilalui bersama
Penuh keriangan bersulam ketulusan
Senda gurau yang tercipta
Mengakrabkan ukhwah suci ini
Acap kali menimbulkan butir-butir cemburu
Di dasar sukma insane lain
Namun segala-galanya
Menjanjikan sebuah nostalgia
Yang sukar diungkapkan
Di birai zaman.

Mengertilah sahabat
Kerana ilmu kita bertemu
Kerana perkenalan ukhwah terjalin
Kerana cita-cita perpisahan terjadi
Kerana ukhwahfillah…ia akan berkekalan dan diredhai Allah.

Cetusan Kenangan,
Hazlina Nailofar, ICT Klang.

* Menghiasi kolum Nukilan, Majalah Dara.com November 2008.

Rentetan peristiwa

26 January 2009

Cuti sekolah tiba lagi. Sempena Tahun Baru Cina, SESS bercuti selama 9 hari. Maklumlah 70% para pelajar SESS berbangsa Cina. Maka, cuti pun agak panjang la berbanding sekolah-sekolah berhampiran. Tetapi adat la,seronok bercuti kena ganti la sekolah dua hari. Persekolahan ganti yang pertama pada 17 Januari yang lepas. SESS memanfaatkan kesempatan yang ada dengan mengadakan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Sekolah. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti mengacau bubur Asyura, Kuiz Maal Hijrah ( diuruskan 100% oleh pelajar Tingkatan 6 Atas...hihihi )dan Pertandingan Azan. Turut diadakan Ceramah Maal Hijrah oleh Ustaz jemputan. Pelajar Cina pula dengan aktiviti Persediaan Sambutan Tahun Baru Cina dan pelajar India dengan Program Kemasyarakatan mereka. Begitulah harmoninya kepelbagaian masyarakat majmuk di SESS.

Rentetan Perjalanan...cuti kali ini. Dari Pulau Mutiara ke Pantai Timur Ina mengembara. Pulang ke kampung menziarahi sanak-saudara. Masa cuti ni la peluang sebaiknya untuk bertemudan bermesra. Ewah...ewah...ewah...hehehe.
Antara adik-adik mak yang turut pulang kampung, Pak Tam yang tinggal di Rawang, Pak Ngah yang bekerja di Damansara Utama, Cik Su yang baru bergelar Guru tue dan Ibu Min. Tidak sah la balik kampung kalau tak pergi bermandi pantai. Destinasi pilihan kali ialah Pantai Melawi, Bachok Kelate. Seronok juga bermain ombak dan cari kerang. Hehehe...Pendek kata,cuti sakan la...

4 hari 3 malam...balik kampung kali ni, memang rasa kejap sangat. Esok akan bertolak balik Penang da. Malam ni Pak tam akan bertolak ke Korea,urusan kerja lagi...Peluang berkunjung ke tempat orang lagi la...Jangan lupa beli ole-ole tau Pak Tam...hihi...Semga selamat sampai ke destinasi...

Sebagai penutup ceritera kali ni, terubat rindu la pada insan-insan tersayang...Bak dan Mak Tok dan 2 orang Moyang ( jangan jeles, moyang Ina masih sihat walaupun semakin dimamah usia...haha )

Sekian saja, daa....

Penantian berakhir...

07 January 2009

Hari ini dalam sejarah...7 Januari 2009...Penantian Ina berakhir. Tentu tertanya-tanya kan?

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi kerana memudahkan langkah Ina untuk menghadapi Test JPJ tadi...Yahoo...Lulus!!! Lepas ni boleh bawa penumpang da la...hehe..Terima kasih kepada Kak Hamizah dan Siti kerana bagi sokongan walaupun pada hakikatnya korang pun gementar juga. Alhamdulillah kami tiga orang lepas semua halangan dengan jayanya...Lepas lulus, Ina terus mesej abah ( hantar mesej saja tak call coz tak nak ganggu abah kerja, maklumlah selalu busy padahal abah free je...selain mengucapkan tahniah abah siap melawak..."abah belanja buah durian nak?"...hihi...abah memang sporting!!!)

Hari ini juga Mazni, sahabat baik Ina kini belajar di Politeknik Kulim memberitahu keputusan Final Exam dia...Alhamdulillah, 3.22 pointer...Akaun yang paling dia risau dapat elok...Syukur sangat-sangat. Tahniah Maz...jangan lupa puasa esok!!!hehe

Ohya...kelmarin 6 Januari 2009, Ulang Tahun Kelahiran adikku,Irah...Semoga sukses dalam pelajaran! Hadiah telah ku beri sebelum Irah balik asrama Ahad yang lalu. Hope Irah suka la...Daa

Gegarkan semangat kembali ke SESS!!!

03 January 2009

Hari ni adikku, Hazirah telah berangkat pulang ke asrama...pantas masa berlalu, sudah tiba masa kembali ke sekolah...semoga Irah lebih sukses lagi tahun ni dan dapat fokus study dengan baik bagi mengekalkan kejayaan cemerlang dalam PMR tahun hadapan. Jiran sebelah umah dan merangkap sepupu,juga masuk asrama hari ni...baru masuk form 1,sepastinya semangat berkobar-kobar untuk melangkah ke sekolah menengah. K.ngah doakan Amin dapat melayari alam sek menengah yang penuh cabaran ni dengan sukses...

Dan aku???esok akan masuk ke sekolah...tahun ni dah upper6 maka jd senior la kat SESS...moga dapat jadi senior yang bagus...hihihi...

Kepada rakan-rakan yang akan masuk sek juga esok iaitu Ruby di Kedah dan Yana SMKTAR, moga dapat belajar dengan baik...
Kepada akak Jamilah kat UIA tue...teruskan berkarya dan capai pointer yang lebih tinggi dalam sem ni...
Abang Fir di UM Nilam Puri, Ina sahut cabaran abg...no.1 dalam form...InsyaAllah...Kita tengok sapa yang lebih tinggi pointer ya...hihi

Tahun baru...yahoo!!!

02 January 2009

Selamat datang 2009!!!

Tahun 2008 yang telah ku lewati sebelum bermula tahun baru ini telah menghimpunkan segugus pengalaman berharga. Kejayaan,kelulusan, keuntungan,dan prestasi bercampur baur dengan kegagalan,kekecewaan,kerugian,musibah,dan krisis. Semuanya memberikan pengalaman berharga kepada Ina untuk memulakan tahun baru dengan membuka lembaran baru dan resolusi baru untuk meraih kejayaan demi kejayaan dalam pelbagai bidang yang diceburi...

Tahun 2009 menjanjikan seribu satu cabaran kerana Ina bakal menghadapi cabaran STPM 2009...Semoga dapat belajar dengan baik dan menghadapi segala dugaan yang mendatang dengan penuh kesabaran. InsyaAllah.