:: MISI KEKANDA 2010 - Tirai berlabuh ::

23 December 2010

Suratan mentakdirkan kuberjuang dalam KBM UPM.
Pernah suatu ketika kurasakan masih terlalu awal untuk turut serta melibatkan diri, namun setelah ditiupkan alunan angin semangat daripada seorang sahabat...menyalakan espiranza sukma! menyedarkanku akan tanggungjawab sosial yang perlu kumanfaatkan...

"Kalau bukan kita siapa lagi?" Ringkas utaraannya. Melekat kuat dikalbu.

Syukran sahabat. Butir bicara hikmah menyentikku ♫✿

Rasulullah s.a.w bersabda: "Gunakanlah lima perkara sebelum datang lima perkara lainnya". 

Seandainya setelah mati, kita biarkan, tentulah kematian menjadi tujuan setiap makhluk hidup..tetapi setelah mati kita pasti dibangkitkan hidup kembali dan Tuhan kita akan menanyakan segala sesuatu…

Kita tidak ada waktu cuti sepanjang siang dan malam kerana malaikat pencatat amal kebaikan sentiasa mencatat dan menulisnya, dan takkan pernah terlepas dari catatannya. Sama juga halnya dengan malaikat pencatat amal keburukan. Jadi, tiada jalan lari bagi kita dari Allah. Kita pasti akan kembali hanya kepadaNYA..


Kembali ke Misi terakhir...sebelum melabuhkan tirai cuti semester ini.

KEKANDA '10
( Kem Aspirasi Kecemerlangan Minda )
Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM


Tentatif KEKANDA `10....
Pusat Latihan dan Rekreasi PTS, Janda Baik

 *(sebarang prubahan tertakluk kepada pihak urusetia)

Rabu (29 Disember 2010)

Masa Aktiviti


12 pM Bertolak dari Kolej13, UPM ke Janda Baik
 2 pm Tiba di Janda Baik
-Solat Zohor
-Makan Tengahhari
 3 pm Taklimat Program
3.3 pm Pengurusan Diri
4.3 pm Solat Asar
5 pm Ice Breaking
-Taaruf
-Pembahagian Kumpulan
7 pm Makan Malam
7.3 pm Solat Maghrib (Mathurat)
8 pm Kuliah Maghrib
8.3 pm Solat Isyak
9 pm LDK 1
-The Apprentice
10.3 pm Minum Malam dan Tidur

 Khamis (30 Disember 2010)


Masa Aktiviti
 3.3 am Nightwalk
 6 am Solat Subuh
 6.3 am Sharing Moment 1
 8 am Sarapan
 9 am Solat Dhuha
 9.3 am Perkongsian
-Aku Mahasiswa?
 11 am LDK 2
-Leader’s Role
 1 pm Makan Tengahhari
 1.3 pm Solat Zohor
 2 pm Sambungan LDK 2
-Leader’s Role
4.3 pm Solat Asar
5 pm Riadah
6.3 pm Makan Malam dan Pengurusan Diri
 7.3 pm Solat Maghrib (Mathurat)
 8 pm Kuliah Maghrib
8.3 pm Solat Isyak
9 pm LDK 3
-1,2 Action
10.3 pm Sharing Moment 2
 11 pm Minum Malam dan Tidur


Jumaat (31 Disember 2010)


Masa Aktiviti
 6am Solat Subuh (Mathurat)
 7 am Sarapan
 8 am SLOT analisis
 9 am Solat Dhuha
 9.3 am Sidang Pleno
-Penyediaan Kertas Kerja
11.3 am Resolusi
 12 pm Bersurai

Makluman  KEKANDA`10
29Dis- 31 Dis 2010... (Pusat Latihan dan Rekreasi, Janda Baik, Pahang.)

Kelengkapan perlu dibawa:
-Sweater
-Sport shoes
-klengkapan lain
-pakaian formal  tidak diperlukan

Bertolak pada 29 Dis 2010 pada pukul 11.30 pagi. Sahabat-sahabat semua di minta berkumpul di tempat parking kolej 13 pada pukul 11.00 pagi.

Sekiranye terdapat peserta yang ingin datang awal ( pada 28hb Dis) sila maklumkan awal  untuk memudahkan urusan penginapan sementara. Sebarang masalah , boleh hubungi urusetia .

Harap maklum....
Last words,
Tahniah dan terima kasih atas penyertaan sahabat-sahabat semua dalam Kem Aspirasi Kecemerlangan Minda (KEKANDA`10)
BERSAMA-SAMA KITA BAGAI 1 KELUARGA...:)

-Sumber Blog Rasmi KBM UPM-



Sebagai kata-kata semangat sebelum keberangkatan ke sana, maklumlah dalam mood di penghujung cuti ini...semangat perlu disegarkan!♫✿ 

Sempat mengintai laman facebook. Terbaca pesanan tuan Presiden KBMUPM,

Katanya..."KEKANDA 2010. Sertainya untuk FAHAM, bukan IKUT ORANG. Perbetulkan NIAT. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul." :)

Akhir kalam,

Selamat pulang ke UPM semua. Pulanglah dgn keazaman baru (mengambil semangat Maal Hijrah) untuk memperbaiki diri dan keluarga (ku anfusakum wa ahlikum narao). Jadikan KEKANDA sebagai medan mencipta momentum kecemerlangan untuk tahun 2011, insyaAllah.

Moga Allah redha. Amin.

Nota kecil : Teruskan perjuangan! Bagi insan yang mahu berjaya, dia sanggup menghadapi kesusahan. Semoga kembara ilmu ini diberkati Allah.
 Selamat kembali ke Kampus Hijau nan permai ♫✿

:: Manfaatkan...manfaatkan...manfaatkan ::

Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar IMAN kita hari ini?
Wahai seluruh MUSLIM diluar sana..tanyakan pada IMAN kita..tanyakan…
Baikkah IMAN kita hari ini? Tanyakan..tanyakan…

- Pentingnya muhasabah diri -

Untuk apa?
Bagi memastikan hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini.
InsyaAllah..moga-moga Allah redha.


“…dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi ingatan?” 
(QS. Faathir,35:37)

Bagi warga Kampus Hijau, cuti yang masih berbaki ini pasti meresahkan jiwa semua. Hanya tinggal berapa hari lagi...Kampus Hijau itu akan meriah kembali. Sesuatu yang pasti, pelbagai perasaan bercampur-baur tatkala ini. 

Ayuh sahabatku..kita tak boleh berlengah lagi..manfaatkan setiap minit dan detik itu dengan manfaat kerana-NYA. Jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia..kerana minit dan detik itu takkan kembali lagi..TAKKAN KEMBALI LAGI…wallahualam…
Nota kecil = Menghitung hari sebelum kumelihat lambaian cuti semester ini... Sayu hati, terlalu banyak urusan yang perlu dilunaskan sebelum keberangkatan ke bumi itu. Semoga Allah memberikan kesempatan untuk menyelesaikan segalanya...Agar hati ini bisa melangkah dengan tenang dan meneruskan perjuangan dalam semester kedua yang menjanjikan 1001 cabaran buatku dan rakan-rakan. Mohon doa kalian :)

Surat Untuk Adik ♥

28 November 2010

Dikesempatan ini kutitipkan bait-bait kata buat adik tersayang.

Antara nikmat berharga pemberian Ilahi,
Pelayaran duniawi ini,
Menemukan kita,
Dalam ikatan adik dan kakak,
Yang tiada secantik lukisan dapat kubayangkan.

~ Saya dan sesuatu ~
:: Nama diberi Muhammad Hazwan Bin Mohd Fisol ::


Kau bertuah,
Kumbang seekor antara lima bunga,
Anak ketiga daripada enam adik-beradik,
Kelahiran yang amat dinanti-nantikan,
Di pihak emak pastinya,
Untuk apa?
Inilah yang kau perlu sedar.

Aku,
Insan bergelar kakak,
Punya tanggungjawab,
Mengetukmu dari daerah kelalaian itu,
Punya suara untuk dilontarkan,
Wakili keluarga bahagia kita,
Perlu kau dengar,
Sehikmahnya...
Sedarlah...
Kami punya impian dan harapan,
Yang perlu kau realisasikan,
Bertepatan waktu,
Menghampiri 3 Disember nanti,
Genap usiamu 19 tahun,
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Jika bukan kamu, siapa lagi?
Jika bukan di sini, di mana lagi?

Adikku,

Seakan baru terbayang kau ke melangkah ke bumi PUO,
Kini...
Dan hari ini,
Bermulalah semester keempat,
Menjanjikan LI selama lima bulan,
Bakal kau tempuhi,
Meredah Penang Bridge setiap hari,
Semoga kau pelajari sesuatu di sana.
Bukan melencong ke QB semata :)

Usah gelisah dengan result terkinimu,
Masih 3 keatas right?
Ku yakin, kau pelajari sesuatu daripadanya,
Majulah derap langkah kehadapan,
Kerana kau bakal melalui konvokesyen dahulu...mendahuluiku... :)
Jadilah anak lelaki yang terbaik dalam keluarga.
Kau tersangat mampu!

Berusahalah...demi masa depanmu.

~With love and prayer~

Mood : Mahu menukilkan sesuatu buat adik tersayang. Namun, terasa kaku yang amat sangat...ekoran lama tidak menyusun kata...hampir dua tahun sepi dari dunia itu.

Tekad : Sedang berusaha untuk menamatkan penyepian itu. Chaiyok2 :)

:: Menuju FINAL Sem 1 '10/11 ::

01 November 2010

Sebagai mukadimah entri kali ini, saya mahu recall semula antara rentetan senario yang sering melanda rakan-rakan seperjuangan dan saya juga...inzar buat diri yang sering lupa...
"Kenapa perlu bermalasan sedangkan kalau nak diikutkan, tanggungjawab kita sebagai seorang muslim lagi banyak daripada masa yang kita ada..." mengambil kata-kata Asy-Syahid Al-Imam Hasan Al-Banna :)

Baik ma...baik pa... :)

Jom pantun jap,

'Tambah tolak darab bahagi,
Asas matematik untuk panduan,
Ayahanda bonda mengharap diri,
Jangan anakanda sia-siakan.'
- M.Ismail-

(*^ -^*)(◡‿◡✿)(◕‿◕✿)(≧◡≦)(✿◠‿◠)(◑‿◐)

Berakhirlah penjalanan masa di semester pertama sesi '10/11....masih berbaki tujuh semester untuk berjuang. Buat pertama kalinya bakal mencipta pointer di sini...huhu
Sesuatu yang pasti, pelbagai cabaran menanti di hadapan. Moga kudiberi kekuatan untuk menghadapi segala macam situasi...InsyaAllah.. Kurindukan sokongan sahabat-sahabat lalu di sisi.. Ternyata kasih kalian tiada tandingan...

Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan! Kata seorang sahabat setia OUTREACH dan ICT Klang, "kejayaan itu dicipta oleh manusia biasa yang berusaha secara luar biasa."
- Norliana Abd Aziz-

Sentiasa kuingat pesanan ringkasnya disebalik kiriman kad lewat bulan Jun yang lalu.

Kini, tiba musimnya.... Final Exam datang menjengah! Bersediakah kita, kawan-kawan?
Inilah realitinya...

Salam Imtihan untuk semua :)

Kudedikasikan khas buat teman-teman seperjuangan di UPM, khususnya....

- batch 1 PBMP ( khas buat geng KPZ : Zu, Kak Janah, Kak Nisa, Mun, Dayah, Fura, dan Fitrah)
rakan-rakan lain yang terpisah dek kolej : geng K5, KOSAS, dan KTP )
- keluarga bahagia mahasiswa ( Kelab Bimbingan Mahasiswa : KBMUPM )
- rakan SRMUPM
- my roomate, kak Kira yang kini pulang ke Rawang...huhu :)
- jiran tetangga...ada tanggakah grounders? :) Kak Ana, Dayah Dak kecik, Fatin, Dila, Kak Ima, dan lain-lain.
- dan seluruh rakan-rakan seperjuangan di UPM.

Good luck buat kalian! :)
May Allah bless us, InsyaAllah

Jika bukan di UPM, di mana lagi???
UPM terbaik!

Juga buat sahabat-sahabat di seluruh IPTA, politeknik dan kolej2...

Ingin juga kusisipkan untaian doa. Moga kita lebih kuat untuk menghadapi FINAL Exam. :)

DOA-DOA DI MUSIM PEPERIKSAAN- SEMOGA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT

by Azrim ازريم Mukrim مكرم ( saham Akhirat buat beliau )

- Doa memulakan ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”

- Doa selepas mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan. Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:

1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika menerima kertas soalan:

قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

3. Ketika sukar menjawab:

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika anda terlupa jawapan:

اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.

:: Selamat beramal. Ingatlah, ilmu tanpa amal ibarat pepohon yang tiada buahnya. Jadilah kita insan yang bijak memanfaatkan segala sesuatu ::

Ke sana sini mencari paku,
Untuk disangkut kain basahan,
Bertungkus lumus membaca buku,
Rela berkorban demi sebuah kejayaan.

- Asmawati M.Ali -

:: Silap pegang buku TITAS lak...sem ni mana ambil TITAS lagi...hehe ::

Cuaca mendung hari nak hujan,
Guruh berdentum menjadi-jadi,
Tinggi gunung tinggi harapan,
Doa dan restu agar diberkati.

Akhir kalam, selamat berjaya semua.
Tinta perjuangan : "Kembara minda menelusur kebeningan hati".
Ada banyak perkara yang perlu dilakukan dalam hidup ini...namun, tika hampir dengan peperiksaan, keutamaan perlu diberikan kepada peperiksaan!

Moga Allah redha.
Wallahua'lam :)

:: Contengan Bakti Siswa ::

31 October 2010

Sukarelawan Rakan Muda

Program : Konvensyen dan Ekspo Industri Sukan KISMAS
Tarikh : 28-31 Oktober 2010
Tempat : Palace of Golden Horses dan Mines Resort City.

"Time is like a river...you can't touch the same water twice because the flow that has passed will never pass again. So, enjoy every moment of our life as you will not catch the last time..."

Mood = Dari laman kampus turun ke lapangan umat. :) Hmm, first time menjejakkan kaki ke The Mines melalui program ini. Jika tidak terlibat nescaya tidak datang la. Ketahuilah parents, anakmu ini amat menjaga amanah yang diberikan dan sekali-kali tidak menggunakan tiket kebebasan di sini untuk keluar sesuka hati saja...except Kak Ngah ke Jalan TAR je ritu...hehehe

Berbalik kepada story asal...banyak juga pengalaman baru yang diperoleh sepanjang program. Namun, tidak berapa berpuas hati sangat kerana kerja kesukarelawan ini minimum saja. Banyak kerja-kerja diuruskan oleh pegawai KBS sendiri so, para sukarelawan yang datang ke sini ditarik bermain menjadi peserta la pula. Apapun, berpeluang la membawa pulang hadiah dan cenderahati seperti yang diterima oleh kak Jannah, naib johan permainan tradisional congkak. :)

Berpeluang melihat pelbagai gelagat lapisan masyarakat di kota raya ini. Apa yang kukagumi, semuanya menyahut seruan kerajaan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan aktif.

"Tiada alasan untuk tidak cergas"

Apa tunggu lagi? Ayuh CERGAS!

Konklusinya, sebagai pelajar yang ranum meniti dahan-dahan perjuangan ni, kecergasan perlu dinilai dari pelbagai bidang. Keseimbangan kesemua elemen insaniah itu perlu di"highlight"kan :) Ingat...matlamat tidak menghalalkan cara. Lebih indah andai semuanya kembali cergas melalui jalan fitrah.

Moga Allah redha! InsyaAllah.

Tq kepada semua pegawai KBS yang telah menjemput dan menghantar kami pulang ke kolej. May Allah bless u all.

:: Semusim Bersama ::

30 October 2010

Masa begitu pantas berlalu,
Akukah yang sering tertewas dengan masa?
- monolog Ainul Hayat -

Minggu ke-14 telah selamat melabuhkan tirainya semalam, ini bermakna...huhu...tamatlah perjuanganku dalam semester pertama 2010/2011 di bumi UPM ini. Pelbagai perasaan silih berganti sekarang, apapun kuperlu FOKUS! Maka bermulalah 'study week' yang menjanjikan 10001 cabaran, sepastinya menuntutku untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap pelajaran. Alhamdulillah, dapat juga kurasai keenakan mengulangkaji saat-saat genting study week...
( gentingkah??? ) Realitinya, ramai rakan-rakan seperjuangan yang mula beransur-ansur meninggalkan laman kampus...ke mana mereka??? :)

Semusim kumenuntut ilmu di bumi UPM ini pastilah tidak terlepas mendapat bimbingan daripada beberapa insan hebat lagi berkarisma tinggi. Ingin kuabadikan nama-nama mereka di sini agar laman 'Sesuatu yang diburu' ini bisa menjadi saksi bahawa mereka telah berjasa kepadaku! Orang berbudi, kita berbahasa bukan? :)

1 ) Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif
:: Pensyarah BBM3201 Pengantar Linguistik Am ::

Jujurnya, kuamat bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah SWT untuk berada di bawah kuliahnya. Insan hebat yang pakar kajian linguistik! Karekternya yang bersahaja tika membuat kelakar, membuatkan kami riuh ketawa satu dewan tetapi dia maintain cool dan bijak mengawal langkah kami sepanjang kuliah beliau. Yang paling membuatkan dia begitu istimewa di mata Ainul Hayat ialah kebijaksanaan beliau menyelit cerita disepanjang waktu kuliah yang terbatas serta kerajinannya berkongsi sesuatu khususnya pengalaman lampau...memberi ruang dan peluang kepada kami untuk belajar sesuatu daripada pengalaman emas beliau itu! Seorang pensyarah yang pemurah, bayangkan satu kelas linguistik memuatkan 1++ pelajar itu kesemuanya mendapat duit raya sempena ketibaan Aidilfitri yang lalu. Betapa luasnya rezeki beliau yang begitu bermurah hati. Teringat kembali kata-kata beliau tika bercerita soal kenduri-kendara, 'jika hendak menjamu orang biar yang special, kalau diri sendiri biar sederhana!' Begitulah prinsipnya yang begitu menawan hati sehinggakan dia dianggap sebagai inspirasi oleh sebilangan kawan-kawan. Berbalik kepada cerita-cerita yang disampaikan ( rata-ratanya merupakan cebisan daripada rakaman kenangan penghidupan lampaunya ) mencakupi pelbagai aspek seperti agama, pendidikan, sains, adab dan sahsiah. Bahasa dan sastera sudah semestinya! Pendek kata, semua cukup terangkum indah dalam butiran berhikmah oleh insan hebat ini. Bagaikan mendapat tiupan motivasi pabila dikibar dengan kata-kata semangat yang pastinya amat relevan untuk kami pelajar semester 1. Jika diberi peluang untuk belajar bersamanya lagi, nescaya akan kurebut. Pasti kelak kuakan merindui bicara santai pensyarah ini yang sarat mutiara teladan. Buku bacaan pilihan yang dibekalkannya penuh kuconteng dengan catatan daripada ceritera yang kudengar sepanjang kuliah. Kupasti rakan-rakan lain tidak ada yang mencatat sedetail yang kucatat :) kan Ina suka menulis???hehe... Setelah kusalin kemas dalam buku nota, menjangkau tiga halaman panjang kesemuanya. InsyaAllah, cerita-cerita itu ( lebih jelas butiran nasihat sebenarnya ) akan kupanjangkan kepada insan-insan lain ( mungkin anak-anak muridku kelak....jika dimurahkan rezeki menjadi guru ) agar bisa dimanfaatkan oleh orang lain. Semoga Allah memberkatimu, Prof. Madya Dr. Ahmad Mahmood Musanif dan seisi keluarga! :)

Nota : Mungkin beliau tidak mengenaliku kerana kuhanya insan kecil ( kecil ke?haha ) yang duduk setia mendengar syarahanya dari belakang. ( belakang ke???hihi ) tetapi kuyakin, mampu menjadi pelajarnya yang paling mengenang jasa. InsyaAllah kuakan cuba sedaya upaya untuk skor yang terbaik bagi paper ini. Walaupun current test result untuk subjek ini rendah berbanding subjek lain...huhu Never give up Ina...don't give an inch until the last buzer sound!
- Mazni Razita -

2) En. Mustafa 'Afifi Bin Abd Halim
:: Pensyarah SKP2101 - Kenegaraan Malaysia ::

Bekas Peguam Muda yang agak good looking ini amat popular dalam kalangan rakan-rakan, especially for Kak Nisa! :) Hmmm, selalu suka bagi berita gembira kepada kami khususnya soalan final kali ini dalam bentuk esei...huhu...itu antara berita baik yang acap kali menggembirakan kami semua...haha...memang sudah biasa menjawab Sejarah STPM yang ratanya lebih mencabar berbanding subjek ini tetapi rasa kelainan yang agak ketara kali ini. Mungkin, lama tidak menghafal...apapun, menurut hint yang diterima soalan lebih berbentuk kepada kefahaman pelajar untuk mengaplikasikan subjek tersebut dalam kehidupan. Hope dalam jawab dengan baik memandangkan inilah 1st paper for my final...wish me luck yea!

3 ) Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Jamian
:: LHE3101 - Pengajaran Kemahiran Lisan ::

Subjek ini paling mencabar semester sulung ini kerana kami perlu membuat kerja kursus berbentuk pementasan teater di samping terpaksa belajar dalam satu kelas bersama senior-senior daripada kos Bac. Pendidikan Moral ( semester 3 dan 5 ; mereka ini mengambil minor BM ) yang ternyata lebih berpengalaman. Maka dengan izin Allah SWT, terhasillah teater 'Fitrah Di Ufuk Kasih' :) ramai orang salah faham dengan menyangka Drama 'Surat Untuk Ina' tu projek ku ( maybe sebab tertera nama Ina kot :)) padahal itu batch senior PBMP sem 3 :p Alhamdulillah, semuanya telah selesai...hanya tinggal kenangan...haha...

Ohya, subjek ini juga memberi 1001 makna kepadaku kerana untuk tugasan kerja individu kubersama 2 rakan lain iaitu Kak Hasnah dan Kak Nor berjaya mendapat markah tertinggi. Alhamdulillah...syukur sangat...terasa berbaloi usahaku mencari buku-buku rujukan di PSAS untuk menyiapkan assignment berjudul 'Pengaruh Media Massa Dalam Perkembangan Bahasa' sehingga diejek mengalahkan pelajar Mass Com tika mencari buku sebagai sumber rujukan tersebut. Alhamdulillah segalanya berhasil!

NOTA : Dalam kelas ayahanda ini kuagak berdiam diri...hehe...mungkin sebab ramai kot... :) apapun, tika bercakap di hadapan kelas untuk bicara isu pendidikan BM, sedikit sebanyak kudapat menunjukkan secebis potensi diri ini. Apapun, masih terlalu awal untuk menilainya. InsyaAllah, semester ketiga kubakal bertemunya lagi untuk subjek nahu ( dengar kata lagi mencabar...huhu ) hope, dapat buat yang terbaik exam untuk subjek ini.

MOOD : Teringin skor A subjek ni :) Teruskan usaha ya, Ina!

4) Miss Nazatul Shima
:: Pensyarah BBI2420 Oral Interaction Skills ::

Beliau merupakan pensyarah tunggal perempuan yang mengajarku sem ini. :) Orangnya cantik, bergaya dan sempoi sekali. Pengajarannya paling best, rileks je...penerangannya amat clear! Membantu la keje kami agar lebih efisyen. Seorang yang mudah bertolak ansur dan paling baik, coz sudi membantu kami yang tak berapa teror sangat bab grammar ni untuk menjadikan ayat kami lebih gramatis...hehe
Jasa Miss Shima takkan saya lupa. InsyaAllah, untuk BBI2421 yang dijadualkan sem 4 nanti, Ina akan cari kelas Miss Shina gak...hehe...hope Miss Shima still ngajar subjek tu lagi la time tu :)

Mood : Nak buat yang terbaik untuk kertas BBI2420 ni nanti...al-maklumlah ini merupakan kertas terakhir exam finalku! :) Semangat lebih la...hehe

5) Dr. Tajularipin Sulaiman
:: Pensyarah FCE 3204 Kemahiran Berfikir ::

Seorang lagi pensyarah yang good looking..ehem...Saudari Munirah amat meminati yang ni.. :)
Yang paling kami suka time dia fly ke Manila kot, kami takda kelas sehari tu...enjoy sangat...tapi bab mengganti kelas, huhu tak dapat la kami nak elak... :)
Semua tu jadi memori la...Untuk Ujian 1 subjek ini, alhamdulillah markah agak tinggi. Just untuk assignment belum keluar sehingga detik ini. Hope dapat la tolong untuk menaikkan carry mark! Sebab senior ada cakap, subjek ini agak susah finalnya...huhu...risau sangat...hope Ina dapat buat the best juga untuk paper ini..ameen

6) Dr. Kassim Hamid
:: Pensyarah PRT2008 Pertanian dan Manusia ::

Subjek yang paling sukar bagi Ina...ada beberapa faktor Ina berkata begitu...huhu...biarlah bersemadi di hati :)
Apa yang best tiada exam akhir untuk subjek ini. tetapi itulah cabarannya. Apapun, Ina dah buat yang terbaik untuk Ujian 1, Ujian 2 dan tugasan individu. Ina redha jika betul result yang telah Ina dapat seperti yang dikhabarkan oleh Saudari Munirah. Hingga detik ini Ina belum berkesempatan ke Jabatan Sains Haiwan di Fakulti Pertanian tu untuk lihat markah. Biarlah, tawakal to Allah! :)

7) Miss Syuhada Jamaluddin
:: QKK2101 Bakti Siwa Kumpulan 13 ::

Ops sorry, salah inform diatas...ada lagi seorang fasilitator perempuan yang mengajar sem ini :) Sangat bersyukur dapat fasi macam Cik Syuhada ni, sopan saja orangnya. Masing muda, sedang buat Master dalam bidang pendidikan juga. Macam kakak mengajar adiknya saja rasa apabila masuk kelas ini. Sangat seronok, enjoy je...Good luck Miss Syuhada, kami yakin skil pengajaran Miss boleh ditingkatkan lagi...kita sama-sama belajar lagi :)

Demikianlah sedikit imbas kembali tentang pensyarah-pensyarah yang bertuah mengajar Ina semester ini :) Inilah antara rentetan kenangan sepanjang semusim bersama. Yang tersirat????biarlah berkubur di hati...hehehe...Genap 17 kredit untuk sem ini.. :)

*********
MUHASABAH FINAL

Nota hujung laman : 'A' susah nak dapat coz itu nilai kepayahan! Orang yang suka benda senang takkan dapat kejayaan yang maksimum. Hidup ini susah tapi dalam susah itu ada ketenangan
- Mentor BBM3201 -

Segalanya mungkin...tiada yang mustahil...pastinya dengan izin Allah SWT!

Selamat berusaha memburu pointer terbaik untuk semester pertama, Ina!May Allah bless you.

Last but not least....


:: Kudedikasikan khas buat insan-insan ini ( seperti di atas ) yang telah berusaha mengajar + mendidik + memahamkanku...sekaligus merealisasikan impianku menerusi ILMU, insyaAllah...moga Allah redha ::

:: Bingkisan 012 to 313 ::

28 October 2010

:: Entri kali ini khas kudedikasikan buat insan yang banyak menemaniku lewat keberadaanku di bumi UPM ( Universiti Pentarbiahan Mujahidah ) ini.
Walaupun usia perkenalan baru saja genap 3 bulan tetapi ukhwah yang terbina,
tiada secantik lukisan dapat kubayangkan!
:)

*******

"Sanah HelwaH ya Kak Janah!!

Hari ini hari lahirmu,
hari ini bertambah lagi usiamu,
hari ini bertambah jua tanggungjawabmu,
hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang.
Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu dilambung onak dan duri.
Hari ini Allah telah memendekkan lagi jarakmu dengan-Nya.
Semakin berkurang tempoh beramal,
semakin kubur mempersiap tempat untukmu,
semakin bersedia malaikat maut untuk datang menjemput,
semakin dekat masa amalan dapat dihitung
dan semakin hampir haruman FIRDAUSI atau azabnya JAHANAM.
Eidmilad said..."


Pantas masa berlalu, akhirnya tibalah hari yang dinanti-nantikan. Genap usiamu yang ke-????hehe... Moga pengurangan usia ini bertambah kematangan diri :) dan diberikan kekuatan hati untuk menempuhi alam kampus yang penuh cabaran!
Pastinya menguji kekuatan Iman...berbicara tentang Iman??? :)

Nak hadiah ke??? Hmm, disebabkan Ina seorang insan yang baik hati terimalah hadiah biru seperti lampiran di atas....hihi

Khas warna biru lagi... :)

Apa kandungannya???? tunggu.................... :p


Moga diberkati segala urusan, dipermudahkan perjuangan memburu degree edu ( PBMP ) ini dan mencapai segala hajat yang diimpikan!
Semoga Kak Janah berjaya menjadi anak yang paling membanggakan dalam keluarga!
ketahuilah, Ina sangat yakin akan kebolehan Kak Janah...anda berpotensi besar untuk berjaya...hargailah segala nikmat Allah SWT yang telah dikurniakan!

Bear in mind,
'Everything happen for a good reason'

Tinta nailofar,
'Selalulah bersidang di mahkamah hati,
hati takkan berdusta,
selagi hati tidak mati!'

-inzar untuk diri juga, huhu-


Today...
Kita ada misi yang perlu diselesaikan.
Menjadi sukarelawan KBS.
Moga niat ikhlas kita ini diberkati Allah :)

Nota hujung entri : epy besday...mood berdebar-debar menanti hari esok. pastinya ia bakal menjanjikan 1001 cabaran baru buat kita. :)
Mohon ditegurkan jika terdapat khilaf Ina yang tak enak di pandangan mata dan sumbang dek kelakuan. Kalau Kak Janah tak tegur Ina, siapa lagi???hehe...Moga Allah redha persahabatan ini.

Sejauh mana kepekaan kita terhadap isu ini?

22 October 2010

Mutakhir yang lalu, kita digemparkan dengan Festival Busana Muslim yang rata-ratanya menampilkan peragaan fesyen yang memang bercanggah dengan Islam. Berdasarkan gambar-gambar yang tersiar di media dan internet, pertunjukan fesyen yang dianjurkan sememangnya tidak layak diberi nama 'Islamic'.
Lihat antara gambar-gambar yang melintasi lensa kamera.

Layakkah diangkat sebagai fesyen Islam?
Model-model dengan pelbagai fesyen yang langsung tidak mencerminkan Islam.

Sedarlah kawwan-kawan akan isu ini. Persoalan menutup aurat bukan hal remeh yang boleh dipermainkan. Islam tidak melarang hamba-nya untuk berfesyen tetapi biarlah selari dengan syariat yang telah digariskan. Apapun, jangan sampai termasuk di dalam kategori mempersendakan Islam.

Ayuh kawan-kawan...
Sedarlah...
Mari kita semak semula,
Surah An-Nur ayat 31:

" dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya"

Sudah terang lagi bersuluh, bukan? :)
Peringatan sudah diberikan...adakah kita lupa?


Konklusinya...


Kita semua punya akal untuk berfikir, jadi buka mata dan minda seluas-luasnya. Kita mampu menilainya.

"Rutinnya hidup ini dipenuhi pelbagai kesilapan, tetapi berusahalah menjadi yang terbaik...Semoga kembara di sepanjang " Kolej Hayat " ini menemukan keinsafan untuk menilai apa yang dicari..."

Nota dihujung entri : Melihat penampilan siswa siswi ke kuliah, pelbagai fesyen dapat dilihat. Persoalannya, adakah ia menepati etika berpakaian yang ditetapkan oleh pihak universiti??? Hmmm... Ketahuilah, segala-galanya bermula di sini... Anda mampu menilainya :) Mari kita berubah bersama-sama...

"Bersendiri, terlalu sedikit untuk dilakukan...Bersama, banyak perkara boleh diselesaikan." -Helen Keller-
(muhasabah Ainul Hayat)