MENUJU KEMATANGAN @ SEMESTER 7

28 December 2013

 Ceritera tahun akhir  J

*****--------------------------------------------****

Mengimbas pengalaman sepanjang semester ketujuh di bumi barakah UPM ini menggamit seribu satu rasa. Pelbagai perkara yang melitari kehidupan sepanjang kurang lebih 14 minggu ini. Jika ditanya di manakah kemuncak dan zaman yang paling akan dikenang sepanjang pengajian, insya-Allah pasti Ina akan jawab di semester inilah. Kenapakah? J
Diri yang melalui berasa senang sekali.
Tempoh kematangan yang manis dikenang.
Mengutamakan pandangan Ilahi melebihi segala-galanya.
Tempoh berkorban yang tidak pernah kufikirkan mampu lakukan.
Zaman kelam-kelibut menyiapkan tugasan di minit-minit terakhir.
Masih kekal sebagai dermawan di Perpustakaan. Pinjam buku melebihi tempoh J
Merempit sambil ditemani titis-titis ‘salji’ yang mendinginkan jasad.
Masam manis persahabatan. Menjadi pendengar yang baik.
Menghargai segala nikmat yang dimilki.

*****-------------------------------------------****

Arkib kenangan sepanjang musafir ilmu di Kampus Hijau nan permai.

II Semester 1  II Semester 2 II 


Semester 5 (1) (2)

Semester 6 (1) (2)

SEMESTER 7??? Inilah nak cerita la ni  J

                                                        *****--------------------------------------------****

Jadual Kuliah

 à Jadual waktu kuliah yang sangat mesra alam J Alhamdulillah, tahun terakhir ini hanya tinggal 4 subjek. Satu Projek Ilmiah Tahun Akhir maka hanya berbaki 3 kelas sahaja namun ketiga-tiga subjek ini ada kelas amali. Mujurlah ada kelas amali ini, terisi jugalah masa yang ada. Namun, tugasan maha dahsyat. Di minggu ke-13 kuliah baru sempat habiskan semua sebelum persediaan viva FYP.

1.       FCE4999 (PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR)

Subjek ini mewakili 6 jam kredit. Banyak kan jumlah kredit? J Tiada kelas  kuliah hanya amali. Itu seronoknya, hehe…. Ina diletakkan dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Jamaliah Abdul Hamid. Beliau pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan, FPP. Jadi, sebelum ini memang tidak pernah mengenalinya. Allah jadikan subjek ini sebagai wasilah untuk mengenali seorang insan hebat ini. Alhamdulillah.

Punya peribadi yang baik. Tegas dan sangat mencintai ilmu. Buktinya, di usia beliau sekarang masih aktif menjalankan kajian
dan menulis. Beliau mengajarku untuk jujur pada ilmu. Beliau banyak menyedarkanku untuk serius membuat kajian. Komited pada tugas.

Pada peringkat awal, pertemuan pertama untuk menunjukkan tajuk pilihan kajian telah mengundang pelbagai persepsi. Semua yang disoal olehnya tak mampu untuk kujawab. Padahal, aku punya tajuk impian yang ingin direalisasikan. Bukan satu, dua tajuk yang kufikirkan. Melebihi lima seingatku. Namun, tiada satu yang mampu kujawab dengan yakin dihadapannya. Begitu juga dengan teman seperjuangan yang lain. Ina dan empat orang rakan (Fura, Dayah, Zie dan Asi) di bawah penyeliaanya. Perjumpaan kedua juga masih belum nampak jalan. Baru proses pemilihan tajuk ni. Pertanyaan seorang rakan menghela nafas kembali cerah. Masih ingat lagi wajahnya berubah ceria. Akhirnya, kami bersetuju untuk menerima tajuk daripadanya. Beliau pensyarah Bidang Kepimpinan dan Pengurusan. Kami di bidang bahasa. Memang boleh sahaja menjalankan kajian dalam bidang kami tetapi itulah, baru disoal sedikit sudah menemui jalan buntu, bagaimana untuk merealisasikannya? Jika buat kajian dalam bidang dia, kepakaran yang beliau miliki boleh membimbing kami. Begitulah, selagi kajian dalam skop pendidikan, ia masih boleh dilakukan. Maka dengan itu, ingat lagi hari Jumaat, kami menemui Penyelaras Program PBMP, Dr.Hj Samsuddin Othman untuk mendapatkan respon dan kebenarannya. Alhamdulillah, dipermudahkan.

Maka, petang itu juga kami kembali bertemu dan Dr.Jamaliah ternyata sangat mahir. Dengan spontan menyenaraikan kurang lebih 9 tajuk di papan putih untuk dipilih oleh kami. Hebat. Terpegun kami yang baru setahun jagung ini. Maka, dari sini tajuk dipilih berdasarkan pilihan hati. Alhamdulillah, dekat dengan diri Ina sebenarnya. Penglibatan dalam aktiviti kampus dan kesannya terhadap keupayaan kepimpinan. J

Kami melalui beberapa proses yang berperingkat dengannya. Bermula dengan perbentangan sorotan literatur berkaitan tajuk masing-masing. Seingat Ina, dua kali proses perbentangan tersebut. Kritikan hebat pastinya daripada beliau. Yang menjadi cabaran dan sedikit halangan sebenarnya ialah bahan banyak dalam bahasa penjajah. Ina perlu baca dan faham kemudian terjemah. Semua ini memakan masa kan? Tambahan pula, beliau mahukan sumber daripada barat. Katanya mereka lebih jujur pada ilmu berbanding penyelidik tempatan. Maka, Ina harus cari gali semaksimanya. Pernah menangis kerana dimarahi. Pernah berada di dalam keadaan yang tertekan maha tinggi J Pernah korbankan masa cuti semester untuk bertemu beliau dan mengikuti bimbingan yang dilakukannya. Alhamdulillah, banyak belajar buat kajian daripada beliau. Segala kesakitan yang pernah dirasakan suatu ketika dahulu sangat membantu. Dan kini, itulah yang menjadi pelangi peradaban yang menyinar, ceewah! J

Dr. Jamaliah seorang yang ikhlas. Semoga Allah permudahkan langkah beliau dan usaha untuk memartabatkan ilmu. Beliau mengajar kami sebaik mungkin. Andai kata dipanjangkan umur dan berpeluang untuk sambung belajar mengambil master dan PHD, segala ilmu yang beliau tumpahkan sangat membantu untuk kami jalankan kajian. Insya-Allah.

Soal markah? Ina sudah usaha sebaik mungkin. Tawakal kepada Allah SWT. Sesuatu yang pasti, kajian ini telah membuatkan kami berlima (rakan sekumpulan bersama) lebih mengenali antara satu sama lain. Yelah, cuti semester pun dikorbankan. Ina dan Dayah sampai boleh keluar bersama, buka puasa di The Mines. Ke Jalan Tar dengan Fura juga. Semua perubahan positif lain mewarnai detik masa sepanjang pelaksaan projek ini. Alhamdulillah, proses perbentangan juga berjalan lancar. Kami dapat penilai yang baik, Puan Suria Salim. Sangat positif akan kajian yang kami lakukan. Sampai tahap ini? Apa lagi yang nak?melainkan merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mempermudahkan segala urusan. Insya-Allah, tinggal urusan menjilid. Ina nak sambung penulisan ini selepas selesai penjilidan nanti. Banyak lagi nak cerita J

Terima kasih ya Allah, meletakkan Ina di bawah penyeliaan insan hebat ini. Kajian ini mengajarku pelbagai perkara. Semoga markah yang bakal kuperoleh nanti berbaloi dengan segala usaha yang telah dilakukan. Nak A! J

Allah tahu apa yang terbaik, insya-Allah. Yakin dan percaya.



2.       CPE3200 (ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING)

Semester ini, belajar jadi kaunselor. Toink…toink J Subjek yang Ina minati. Yelah, Ina pernah menyimpan impian untuk menjadi kaunselor dahulu. Sememangnya masa nak mohon UPU dahulu berhajat nak pilih Kaunseling tetapi hasil muhasabah lebih nampak potensi di bidang bahasa. Maka, kini peluang belajar subjek ini sememangnya masa yang ditunggu-tunggu. Pensyarah Puan Asmah Ismail. Seorang pensyarah yang cantik, berwajah tenang, lembut dan manis sekali. Beliau sangat menghargai waktu. Buktinya tepat jam 12 tengah hari sudah berada di kelas dan memulakan kuliah. Tepat jam 1 tengah hari kelas tamat J Ina suka cara ini. Menepati masa. Kelas kuliah hanya 1 jam seminggu, kelas amali 2 jam.

Awal-awal kelas, beliau menjalankan ujian personaliti Sidek kepada kami. Ina ingat lagi, Ina jawab dengan bergayanya. Alih-alih, nama Ina tersenarai (bersama beberapa rakan yang lain juga, ok) sebagai tidak jujur menjawab. Terdapat beberapa item yang jika jawab ya akan dikesan sebagai tidak jujur. Antara item tersebut ialah adakah anda akan menuruti kehendak ibu bapa walaupun tidak bersetuju? Ina ya untuk item ini. Sebab memang pun, apa yang mak abah kata tu, ina ok je. Layan J  Ina kena jawab semula soalan ini. Maka, pada masa yang dijanjikan Ina dan Kak Janah pergi ke biliknya dan jawab soalan tersebut di sana. Ibrah, Allah nak bagi Ina berkenalan dan masuk ke bilik pensyarah. Bukan senang nak dapat peluang keemasan inikan?haha…

Tugasan untuk subjek ini berbentuk individu. Ujian 1 dapat 16.5/20. Tugasan 1 dapat 17.5/20. Tugasan 2 belum keluar markah J  Agak sukar juga nak meramal sebab soalan ujian dan tugasan hanya berbentuk laporan yang dijalankan di kelas amali. Kira taka da yang tak betul, selagi relevan diterima tetpai masih tidak data markah penuh. Untuk peperiksaan akhir ini? Ina perlu hadam buku rujukan karangan beliau J All the best, final! Ina mampu insya-Allah. Kertas pertama yang membuka tirai perjuangan imtihan terakhir di bumi barakah UPM ini. Ina nak dapat A subjek ini.

Itu ceritera kelas kuliah dan bersama Puan Asmah Ismail.  Ini pula kelas amali yang happening J Ina bersyukur sangat sebab dapat fasilitator yang sporting. Cik Nindy, orang Indonesia. Berada di dalam kelompok bimbingan ini merubah persepsiku. Seronok sekali bertemu kaunselor. Pelbagai topic yang dibincangkan. Daripada topik kecil-kecil seperti perihal keluarga, percintaan, persahabatan, praktikal, FYP kepada masalah yang memerlukan jalan penyelesaian. Ohya, Ina sekumpulan bersama Fura, Asi, Zie dan Kak Hasna. Dalam sesi ini juga ada yang menangis berkongsi masalah. Memang terharu habis. Lebih kenal kawan-kawan. Sebab itulah Ina katakan semester ketujuh ini kemuncak sebenar-benarnya.
Rasa rapat sangat. Etika kerahsiaan menjadi keutamaan J Lebih percaya kepada rakan sekumpulan dan sayang mereka.

Sampai tahap boleh sambut besday Cik Nindy J Akhir kelas, beliau bawa kami ke Cyberjaya makan nasi ayam penyet. Sedap bangat! Siap belanja kami lagi. Macam jadi pemandu pelancong kami pun ada, bawa pusing-pusing sekitar Cyberjaya. Patutnya kami yang bawa dia kenal Malaysia kan J Bila serumpun bersama, memang meriah. Bersyukur sangat. Ina lebih kenal tradisi Indonesia. Andai kata suatu hari nanti nak ke Medan lagi, boleh contact Cik Nindy ya. Beliau kampung di Medan, orang Jakarta. Berbekalkan pengalaman kami ke Medan dahulu, mengakrabkan persaudaraan. Tukar-tukar cerita bersama. Seronok!

Sesi kaunseling ini menjadi medan untuk berehat, berkongsi cerita, menjadi pendengar yang baik dan usaha membantu rakan yang lain. Memang mengubah tanggapan awalku J

Cik Nindy, semoga dieprmudahkan urusan mastermu di sini.
Ina kagum dengan semangat dia. Yelah, belajar diperantauan kan. Bukan guna biasiswa, sepenuh tajaan sendiri. Pasti cabaran kan. Syukur dengan apa yang dimiliki.



*Cik Nindy dan Ina, bersama cenderahati kenangan dari Galeri Kraf Nailofar*

*Teman seperjuangan kaunseling*
Selamat menjaga etika kerahsiaan tau! 


*Pokok kehidupan kami, idea kreatif Cik Nindy*



3.       LHE3107 (APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU)

Subjek ini diajar oleh pensyarah yang diimport khas daripada IPGM. Dr. Azhar J  Sangat komited mengajar kami. Kuliah dan amali dibawah pengajarannya. Best sebab agak rileks gaya pengajarannya. Sempoi la bila pensyarah lelaki mengajar namun, tugasan yang perlu disiapkan mencabar. Bukan tidak pernah ada tugasan individu dan kumpulan tetapi kali ini tugasan individu juga perlu bentang hasilnya. Amali kumpulan lagilah kena bentang J
Ina sampai tahap beli buku rujukan untuk study pengayaan. Walaupun buku itu mahal, Ina pejam mata beli. Ina juga pinjam buku di Perpustakaan. Sampai tarikh luput habis Ina masih tak pulangkan buku yang dipinjam, haha…impaknya, melayang duit sedekah di sana. Ibrah juga, pekerja Perpustakaan itu sempat bertanya perihal Pulau Pinang kepada Ina. Dapat juga Ina sumbangkan sedikit pengetahuan kepadanya. Bukankah Allah sediakan sesuatu d sebalik semua ini? Pandang dari sudut positif dan bersyukur sayang J

Ujian 1 = Jujur, masa kejadian sekitar minggu genting iaitu terlibat program KBM. Bazar jualan sempena Pesta Konvokesyen. Maka, Ina memang tak study. Tengok-tengok gitu ja notanya. Masa ujian, soalan berbentuk aplikasi komputer. Buat slaid powerpoint dan letak hyperlink semua tu. Kira ikut step dan hantar emel dalam jangka masa 15 minit tersebut maka siaplah ujiannya. Dan Ina dapat 20/20 untuk ujian 1 ini. Alhamdulillah J

Tugasan individu masih belum tahu keputusannya. Mengajar pengayaan menggunakan komputer. Tugasan kumpulan memang mencabarlah sebab perlu buat bahan interaktif. Ina sekumpulan bersama Fitrah, Kak hasna dan Kak janah. Alhamdulillah, gabungan yang mantap. Kami banyak meneroka powerpoint. Sampaikan masa hari kejadian perbentangan, rakan-rakan tak percaya kami guna powerpoint. Konon, canggihlah J Alhamdulillah…berbaloi usaha Ina tak tidur buat part Ina tu. Kata penguat. Best dan enjoy sangat sebenarnya. Komen Dr. Azhar juga positif J

Carrymarks belum keluar. Tapi Ina yakin dengan usaha yang dah dilaburkan untuk subjek ini. Exam kedua Ina pada 4Januari 2014. Patut Ina rileks sebab kertas ni periksa tahun hadapan. Konon lama lagilah tahun depan. Haha….keseluruhannya, dijalankan pada waktu petang hingga ke malam. Walaupun kelas ini rasa macam belajar di IPGM tetapi sangat seronok…rileks dan bersahaja. Belajar depan PC, memang punya peluang onlinelah. Sampai Ina pernah jawab soalan survey seorang rakan KBM ketika kelas berlangsung secara atas talian…haha  Ya Allah, ampuni dosaku. Bukan niat main-main masa belajar tetapi niat mudahkan urusan orang dan tunaikan hajat dia…hehe

Besar harapan untuk skor A kertas ini, insya-Allah. Masa praktikal nanti mesti guna bahan bantu mengajar menggunakan komputer, baru pelajar tertarik. J



4.       LHE3628 (KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU)

Subjek kemuncak. Yelah, inilah kos major Ina sepanjang musafir ilmu di Kampus Hijau ini J Sekali lagi berpeluang berada di kelas Dr. Fadzilah Abdul Rahman. Bonda yang sangat penyayang ini. Berada di kelasnya   amat menguji ketahanan diri. Awal kelas, beliau akan pilih beberapa orang pelajar untuk datang mengajar di hadapan secara spontan. Tajuk dan situasi akan beliau berikan. Macam-macam reaksi dapat lihat. Ada yang ok, ada yang hanya suam-suam kuku. Semua ini menyedarkan kami sejauhmana tahap kesediaan kami untuk keluar praktikal. Harus berpakaian macam mana kita nak mengajar kelak.

Kuliah juga secara dua hala. Beliau akan panggil pelajar ke depan, tulis di papan tulis dan bagi pendapat. Pendekatan yang sangat professional. Secara tak langsung, beliau mengajar kami cara mengajar yang sebetulnya. Ina sampai beli buku Mendorong murid Corot dari Cikgu Khairunniza di facebook sebab persediaan minda untuk hadapi kelas ini. Ina yakin, ini usaha dan Allah pandang usaha ini J

Ujian 1 = 5/10.  Hehe…ok la tu, dapat separuh kan? Ina redha sebab pada awalnya rasa Inalah skor paling rendah rupa-rupanya ada lagi yang rendah, maka ok la tu. Sebab masa ujian tu memnag waktu sibuk dengan bazar konvokesenyen KBM. Ina memang all out KBM masa itu. Dapat markah banyak, syukur dah.

Tugasan 1 individu = Mengajar Menggunakan Blog J tajuk yang begitu dekat dengan Ina. Alhamdulillah. Setelah proses memikir nak mengajar apa dengan menggunakan kemahiran menulis, tanya pendapat Cikgu Solehah akhirnya Ina nekad guna blog Taman Seribu Puisi juga. Mengajar Cerpen Kasut Kelopak Jantung. Dengan persediaan di saat akhir juga, Ina dapat 9/10 untuk amali mengajar. Terbaik dah ni J

Ohya, amali Cikgu Nursidah yang mengajar. Guru Cemerlang Bahasa Melayu dari Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 9(1) Putrajaya. Cikgu yang sangat baik. Lembut dan santun berbicara. Tak pernah tengok dia marah dan tinggikan suara kepada kami. Selain tugasan individu mengajar, kami perlu buat kertas kerja berkaitan tajuk ini. Ya, individu. Selepas itu, ingatkan habiskan kerja rupa-rupanya diadakan Bengkel Pengajaran Alaf Siber. Tajuk Ina kena bentang pula. Bergabung tenaga dengan Faiznura sebab tajuk kami sama, kelas amali berbeza. Sehari berkampung di Surau Serumpun untuk buat perbincangan dan slaid perbentangan. Ibrah mengenali Faiznura dengan lebih dekat. Dan dapat buat kerja di Surau Serumpun. Seronok, Ina enjoy sangat dengan tugasan kerja ini J Terima kasih Faiz, senang bekerjasama dengan kamu.

Dr. Fadzilah ada buat Ujian Kecekapan Berbahasa. Markah diambil katanya. SEtakat ini carrymarks belum keluar di esmp maka belum tahu keseluruhan. Kertas ini merupakan penutup untuk imtihan di Kampus Hijau, insya-Allah. Semoga dipermudahkan. Harus giat usaha untuk dapat A J

Terima kasih juga Cikgu Nursidah, beliau membantu Ina memilih tempat praktikal. Ingat lagi, iringan jalan dengannya sambil dia bercerita J Cikgu sangat baik dan membantu. Nak jadi guru cemerlang BM sepertinya. Akhir kelas, kami buat jamuan makan KFC. Meriah sangat. Penutup yang baik dan membuahkan kenangan. Alhamdulillah.

*Faiznura, Ina dan Dr. Fadzilah, selepas bengkel*

*Bersama Cikgu Nursidah, Guru Cemerlang Bahasa Melayu*

*Keluarga besar PBMP*


Demikianlah contengan kisah subjek yang Ina ambil sepanjang semester ketujuh ini. Banyak lagi sebenarnya tetapi inilah yang melintasi kotak fikiran ketika menaip entri ini. Semuanya manis-manis belaka. Sebab subjek tak banyak, maka tak serabut sangat. Masa pun banyak dan boleh dimanfaatkan untuk perkara lain juga. Memang terbukti pada awal-awal semester setiap hujung minggu dipenuhi dengan aktiviti. 

Kursus Finishing School yang menguji skil bahasa penjajahku.
Ujian TOCIE….keputusan Alhamdulillah dapat  level 4, masuk UPM band 3, keluar 4, suatu pencapaian kan? J
*Selesai kursus syarat bergraduat*

Program KBMUPM
- Bazar persatuan (promot KBM)
- Rehlah KBM (rai adik-adik baharu)
- Program Daki dan Cuci Broga (kerja amal giler J )
- Pesta Konvokesyen (jualan barangan Ana Muslim dan Galeri Kraf Nailofar juga)
- Ziarah rumah mantan KBM
- Usrah muslimat (love circle)
- Mesyuarat dan perjumpaan lain-lain KBM J
*Moga Allah satukan hati-hati ini*

*Bukit Espo menjadi saksi berkumpulnya kami mengeratkan persaudaraan*

*Di sini kami belajar ilmu yang tidak diperoleh di dalam dewan kuliah*

*Bidang keusahawanan juga kami takluki*

*Ziarah-menziarahi, cedok pengalaman mantan...peluang makan free lagi*

*Meeting dan taklimat di mana-mana sahaja*

*Medan tarbiyah seorang hamba*

Kelab PBMP

Program Tunas Kecemerlangan Bersama Komuniti di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.


***usai amanah yang berada di pundak!

 Hidup Bersahabat
Besday Kak Janah (makan KFC)
- Besday Kak Hasna (surprise di rumahnya, bawa kek)
- Round Pesta Konvo sesama dan banyak lagi memori indah.

*Di rumah Kak Hasna*

*Birthday Umi Hasna*

*Birthday Kak Janah, jalan-jalan Pesta Konvo*

*Dinner PBMP, kita bakal ustazah? rasa tak caya, hoho*

*Sahabat selamanya*

*****--------------------------------------------****


Demikianlah coretan kenangan sepanjang detik waktu di semester 7. Terlalu banyak yang melitari kolej hayatku. Semoga semua ini menjadi bekalan perjalanan yang bermakna di masa hadapan.

Terima kasih untuk para pensyarah dan penunjukajar. Kalian sangat berwibawa.
Terima kasih rakan-rakan seperjuangan PBMP, kita dah sampai ke penghujung. Semester depan sudah bawa haluan masing-masing berpraktikal.
Terima kasih untuk saf qiyadah KBMUPM. Moga Allah teguhkan hati-hati kita atas jalan dakwah ini.

Akhir sekali, harapnya Allah redha dengan Ina sepanjang semester ini.
Selamat berjuang untuk imtihan. 


Ina Nailofar
012 BJ KPZ UPM
1:51 am

MINGGU ULANGKAJI SEMESTER 7

27 December 2013

"Tidak kamu berperasaan gundah walau sekali, andai kau tahu apa yang dicari. Maka dalam hidup ini apa yang kamu cari?"

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Kembali bertemu di laman blog kesayangan ini. Bingkisan Hayat nama diberi J
Semoga apa yang terlakar dalam blog ini menjadi saksi bahawa diri ini sedaya upaya memanfaatkan tempoh keremajaan lalu dan kedewasaan yang sedang ditempuh kini dengan sebaiknya. Insya-Allah.

Hari ini tanggal 28 Disember 2013. Berbaki kurang lebih tiga hari lagi untuk melangkah ke tahun baharu 2014. Pejam celik, pejam celik….minggu kuliah sudah melabuhkan tirainya. Kuliah semester ketujuh sudah berakhir. Allahurobbi. Sesuatu yang pasti, Ina sedang melalui cuti minggu ulangkaji yang penuh dengan atur caranya.

Penghujung minggu ke-14 yang lalu, syukur Alhamdulillah, Allah memberikan kesempatan untuk Ina melunaskan segala-galanya. Bermula dengan agenda pertemuan Ina dan sahabat baik, Norliana Abdul Aziz. Sudah berpangkat Puan Liana J  Selamat pengantin baru. Tahniah Liana. Ina minta maaf sebab tidak ada di hari istimewa kamu. Liana kahwin masa Ina sedang sibuk berjihad di sini. Terima kasih sebab faham keadaan Ina ya. Kebetulan Liana mengikut suami datang kursus di Kajang, maka pelawaan Liana tidak sanggup Ina hampakan. Dalam kesibukan bersiap siaga untuk viva FYP, dalam ruang waktu yang amat terhad. Kita sempat keluar bersama ke Jalan TAR. Menemani kamu membeli barang mentah kraf dan telekung solat. Ina senang sekali waktu itu Liana. Peribadi Liana memang hebat. Sempat juga Liana berkongsi cerita tentang pengalaman viva, konvo, kahwin dan lain-lain. Paling melekat di fikiran, bagaimana Liana menolong seorang kakak yang terjatuh di ruang wuduk kerana licin. Tindakan drastikmu mencari ubat dan menawarkan diri membantu menyapu minyak kepadanya amat menawan hatiku. Sampai tahap ini, Liana layak berada di mana Liana berada sekarang.  Semoga Allah memberkati rumah tangga yang baru dibina dan bahagia bersama si dia J
Pertemuan kita melunaskan rindu yang berada di kalbu. Betapa aku bersyukur punya seorang sahabat yang sangat cantik, baik hati lagi solehah. Semoga Ina lebih menghargai nikmat ukhwah ini.
Sepulangnya dari outing indah itu, sedaya upaya difokuskan untuk persediaan viva.

Tanggal 23 Disember 2013. Perbentangan Projek Ilmiah Tahun Akhirku. Alhamdulillah, segala-galanya berlangsung dengan baik. Allah, terasa mudah segala-galanya. Ina dinilai oleh Puan Suria Salim. Ina pembentang kedua selepas sahabat yang manis, Hidayah yang tenang membentangkan kajiannya. Respon dan komen yang sangat positif daripada penilai. Puan Suria Salim sangat ceria, hinggakan tempoh waktu 2 jam yang diperuntukkan berlarutan hingga 4 jam! Bagaikan berada di dalam dewan kuliah, mendengar cerita akan pengalaman beliau dalam bidang kepimpinan dan sempat juga menitipkan nasihat untuk kami yang bakal keluar berpraktikal kelak. Alhamdulillah. Mana nak dapat penilai yang baik sebegini? Bebas dari sebarang tekanan semasa pembentangan projek ini. Setelah melalui pelbagai tempoh turun naik ketika pembikinan projek ini, Ina dah mampu menarik nafas lega. Soal markah? Jujurnya, Ina tak risau. Sebab Ina yakin dengan usaha yang sudah dilaburkan selama ini. Ina tawakal kepada Allah SWT. Baik menurut-Nya, baiklah untuk Ina. Insya-Allah, janji Allah tak pernah mengecewakan.

Viva Ina :) Moga Allah redha. 

Puan Suria Salim yang baik hati :) 


Seusai segalanya, hantar CD FYP di bilik Dr. Jamaliah Abdul Hamid (Penyelia FYP Ina), Ina bergerak ke Pejabat Pos UPM. Hantar tempahan keychain kraf untuk pelanggan dan pos hadiah GA. Allah permudahkan langkah untuk ini. Ina bersyukur sangat, ruang masa dikala fikiran tegang sedikit boleh diisi dengan membuat kraf. Dapat juga Ina rehatkan minda di samping menjana kewangan (memang nazak hujung-hujung semester kan) dan dapat juga tautkan ukhwah dengan insan lain. Paling gembira bila barang sampai dan pelanggan puji senang hati bila membeli bersama GKN. Syukur ya Allah.
Pulang urus diri. Mendobi baju. Memang masa agak terbabas minggu lalu. Usai segalanya, hajat hati mahu rehat sebentar tetapi Allah takdirkan dengan panggilan dari Dr. Jamaliah Abdul Hamid untuk bertemu dengannya dengan membawa muka surat pengesahan tesis untuk ditanda tangan. Kelam kelibut juga print. Yelah, baru pagi bentang viva, petang dah disahkan laporan. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan ini. Dapat jumpa Dr. Jamaliah. Beliau ucap tahniah dan sangat gembira dengan kerja kami. Syukur. Terima kasih Dr. Jamaliah kerana bantuan dan tunjuk ajar sepanjang kami berada di bawah penyeliaanya. Tangisan dan jerih perih yang dilalui semalam rupa-rupanya pelangi yang indah untuk hari ini. Green light untuk jilid. Alhamdulillah. Semoga Allah merahmati urusan Dr. Jamaliah dan keluarga! J  

Ina puasa hari itu. Usai pertemuan syahdu itu, Kak Janah mengajak ke pasar malam Serdang. Memang terdetik untuk pasar malam, ternyata Allah permudahkan lagi. Alhamdulillah. Dingin hujan petang itu turun bersama rahmat yang terlalu mahal nilainya.

Ceritera minggu ulangkaji Ina diteruskan lagi. Keesokkan harinya, dipermudahkan urusan. Pagi urusan sijil untuk program Maahad dan lepas-lepas. Pergi ke BHEP dengan Kak Janah. SEpulangnya ke kolej, mendapat khabar gembira bahawa cek pembayaran untuk program Maahad sudah siap. Alhamdulillah. Petang, dipermudahkan pula untuk ke Mydin Putrajaya bagi membeli kertas Double A (2 rim tahu, hehe) khas untuk percetakan laporan FYP ini. Sememangnya harga di sini lebih murah. Terima kasih sahabat. J  Ina bertekad untuk cetak sendiri, dapat jimat kos di sini. Cuma hantar kedai untuk jilidkan sahaja. Hujung-hujung semester kan, huhu. Lancar hari itu.

Esoknya. Cuti umum Krismas. Saf qiyadah KBMUPM punya agenda untuk ziarah rumah mantan-mantan KBM yang berdekatan.  Mula dengan rumah Pak Yob, rumah Prof. Dr. Aspollah (kebetulan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-62) dan rumah Dr. Osman…Ina tak pernah sangka yang Ina akan datang lagi ke rumah mereka ini sebagai pimpinan atasan. Dulu, Ina ikut kakak-kakak sahaja. Kali ini, Ina hadir mengetuai mereka. Allahurobbi. Terima kasih kerana izinkan aku untuk melunaskan amanah (mengenalkan adik-adik yang bakal meneruskan legasi kepimpinan KBM kepada mantan-mantan hebat KBM) ini sebelum aku keluar berpraktikal. Semua yang Allah aturkan ini sangat terbaik dan tepat pada masa dan ketikanya. Masa percuma sepanjang hari. Sedap sangat, rasa ikhlas mereka menyambut dan menerima kedatangan kami. Indah kan hidup berjemaah? Jujur, rasa sayang nak tinggalkan semua ini. Tambah pula kejadian petang hari yang memberi impak di kalbu. Ina rasa tersentuh dengan kata-kata Aima, susah senang kita bersama! Allah….sayangnya akan adik-adik KBM. Maafkan akak ya andai selama ini tak menjalankan sepenuh tanggungjawab kepada kalian. Itu ceritera Rabu yang penuh memori.

Sebelum berangkat...

Di rumah Dr. Osman :) 

Rumah Pak Yob :) 

Khamis dan Jumaat. Kembali belajar kereta. Tarbiyah dari Sang Pencipta tak pernah henti. Ina bersyukur sesangat.  Jika dulu, Ina rasa agak menyesal tak ambil lessen awal-awal tetapi kini rupa-rupanya Allah nak tarbiyah Ina melalui cara ini. Kena dengan niat Ina juga untuk hasilkan ‘benda’ itu. Allah bagi Ina lalui pengalaman itu. Alhamdulillah. Semoga Ina berjaya melalui Ujian Memandu JPJ pada 7 Januari 2014 nanti. Ini modal Ina untuk hidup lebih berjasa, insya-Allah.

Demikian, ceritera  minggu cuti ulangkaji yang terakhir di bumi barakah UPM. Penuh warna-warni dan berderetan momen-momen indah yang sangat bermakna. Terima kasih ya Allah. Jom semak jadual imtihan. Insya-Allah hanya 3 kertas yang bakal diduduki semester ini dan istimewa selit juga test kereta. Persiapan Ina untuk keluar berpraktikum mengajar, Insya-Allah. Moga dipermudahkan.

30 Disember 2013 (Isnin)
Asas Bimbingan dan Kaunseling
4 Januari 2014 (Sabtu)
Aplikasi Komputer Dalam Pengajaran BM
6 Januari 2014 (Isnin)
Kaedah Mengajar BM
7 Januari 2014 (Selasa)
Ujian Memandu JPJ

***Mohon tembak doa ya J

Rutin tiap semester, tak lengkap jika Ina tak refleksi semula perjalanan sepanjang semester ketujuh ini. Medan muhasabah. Medan Pencetus Inspirasi. Medan memugar semangat.

Sebelum santun diatur menekuni ulangkaji.

Insya-Allah bersambung entri seterusnya.

**Talian internet USPOT sangat baik. Penangan kampus hijau yang sunyi menjelang study week. Ke mana mahasiswa ini pergi?

Ina Nailofar, KPZ

1:27PM