PERADUAN ZISAZZA DI MUKA BUKU

16 February 2013


Kembali berada di atas talian dan pastinya menziarahi blog tersayang.
Kali ini keadaan sudah berbeza. 
Kena terima hakikat yang kini sudah berada di Kolej Pendeta Za'ba. 

Di penghujung cuti semester yang hanya berbaki sehari ini, Ina nak kongsikan penyertaan dalam satu peraduan ni. Secara tak langsung juga sebenarnya nak beranikan diri :)

Nak tahu lebih lanjut boleh tekan di SINI

Ini antara gambar produk dari Kraf Ina Nailofar  yang terhasil. 

**Jom LIKE :) 

13 FEB 2013(mengimbau kenangan)

13 February 2013


Salam kemesraan berutus senyuman (*^-^*)

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga. Hari ini, tanggal 13 Februari 2013 sudah. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya sampingan di musim cuti semester yang kian ke penghujung ini,  kudapat melarikan diri sebentar untuk berada di atas talian dan kembali menulis di blog ini. 

"Fuh, buang habuk dan sawang yang berterbangan di dinding blog ini!"
( Awas, hanya insan bermata empat sahaja yang boleh nampak. 
Sebab tergolong dalam kalangan insan terpilih. Hihi )

***
Ada apa dengan 13 Februari  2013
Lepas campur dan tolak, maka genaplah  usiaku yang mencecah angka 23 tahun 1 bulan. Alhamdulillah. Betapa Maha Pengasihnya Allah SWT masih memberikan nikmat usia kepadaku. Jadi, dengan rezeki yang dikurniakan ini, mana mungkin kutidak memanjatkan setinggi kesyukuran kepada-Nya. 
Terima kasih Allah. 

Ohya entri ini sebenarnya menggantikan entri yang sepatutnya ditulis pada sebulan yang lalu. 
Tika tarikh sebenar ulang tahun kelahiranku (tanggal 13 Januari 2013)
***Detik indah ini kurasakan perlu dirakam ini sebelum memori mindaku menjadi kabur. 

Sewaktu tarikh tersebut aku dilanda seribu satu cabaran yang menyebabkan kutidak punya kesempatan untuk menukilkan kenangan yang dilalui. Apapun, setelah sebulan kini maka ini medan terbaik. Insya-Allah.

****
Ceritera bermula pada malam 12 Januari 2013. Teman sekamar, Oya Nazira keluar makan malam bersama teman-teman sekuliahnya sempena meraikan kertas terakhir peperiksaan beliau. Rezeki malam itu, dia pulang membawa makan malam yang menambahkan beberapa kalori badanku.

-Ini Ina anggap hadiah dari Naz-

Beberapa minit sebelum jam menghampiri detik 12.00 pagi 13 Januari 2013, telefon bimbit kesayanganku yang berwarna merah jambu itu berdering. Melihat nama yang terpapar di skrin, segera mungkin aku menjawab panggilan tersebut. 
Ce teka gerangan siapa yang menelefon di tengah-tengah malam ini?

Alhamdulillah, suara insan yang melahirkan aku jelas kedengaran di corong telefon.
Terima kasih mak kerana menunggu ke detik ini dan menghubungiku. Terasa sempurna hariku dengan ucapan ingatan yang tulus ikhlas dari seorang ibu. Terdengar dari belakang, suara anak saudara sulungku, Muhammad Zufar dan sepupuku Sarah turut berada di rumah. Suasana meriah. Hiba juga seketika. Rindu nak terus berada di rumah(memandangkan memang sekarang sudah bermula cuti semester) namun, kukuatkan hati sedaya mungkin. 
Ina kan dah genap angka 23 tahun! Mesti kuat dan matang seiring angka yang meningkat tu. 
Bisik nubari memberi inspirasi. 

Selepas itu, seperti kebiasaan, mesej dua orang sahabat tiba. Sahabat yang kusayang, Mazni Razita dan Norliana. Terima kasih kalian, ingatan yang tak putus-putus walaupun kini masing-masing dah mengorak langkah tersendiri. 

Keesokan harinya. Hujan. Rahmat. Curahan yang bermanfaat, Insya-Allah.
Roomate BJ 012, Oya Nazira sibuk mengemas barang untuk pulang ke kampung tercinta hari ini. Ina hanya membantu dengan pandangan mata yang menyaksikan satu demi satu barang-barang miliknya hilang dipandangan. Beberapa minit kemudian, kosong tempatnya. masa untuk berpisah kian tiba. Ina berjalan beriringan beliau yang hendak menhantar kunci bilik ke pejabat am kolej. Dan Ina mengisi borang untuk sambung berada di kolej sebelum program anak angkat di Terengganu nanti. Bersurai di situ dengan leraian salam ukhwah. Insya-Allah, ada rezeki berkongsi bilik lagi pada semester hadapan. 

Pulang ke bilik, lihat atas meja ketemu kertas kuning ini :)

Terima kasih Naz, so sweet! :)
Baru satu semester berkongsi kamar dengan beliau. 
Sepatutnya punya mesyuarat yang dijadualkan jam 9.00 pagi, namun dek kerana  faktor cuaca yang hujan pagi ini,  mesyuarat ditunda ke jam 11 pagi. Tempat masih sama iaitu di Kolej Tun Perak. Topik utama berkenaan LAKEPO.
Mesyuarat KBM menyaksikan hanya empat orang daripada saf qiyadah yang turun. Terima kasih kerjasama kalian, Adik Alhapis, Zul, dan Fatin. Yelah, masing-masing punya kekangan yang tersendiri. Maka, bilangan yang ada ini dihargai seadanya dan perbincangan dihabiskan supaya mendapat kata putus. Hampir tiga jam berdiskusi, tamat di situ.

Ina dan Fatin Zahidah bergerak ke Putra Food Court untuk makan tengah hari. 
Terima kasih Fatin kerana menemaniku di hari yang istimewa sempena peralihan usia ini. 

Pulang ke kolej. Solat Zohor. Terus menghidupkan komputer riba kesayangan yang berwarna merah jambu itu. Menziarahi  laman muka buku. Banyak ingatan kawan-kawan yang mendoakanku sempena ulang tahun ini. Terima kasih semua dan ketahuilah aku amat menghargai lintasan ingatan tersebut meskipun kutidak membalas ucapan kalian. jauh di sudut hati amat aku hargai. Sesuatu yang pasti,  masa yang ada kumanfaatkan untuk membuat kertas kerja LAKEPO. Tugas sebagai Setiausaha, maka perlulah bekerja sebelum program bermula lagi. Posisi yang kutidak berapa gemar tetapi itulah yang selalu diamanahkan. Kerja ini bersambung hingga ke malam. Selesai print semua, sambung kemas barang sedikit demi sedikit untuk mengosongkan bilik sebelum bilik pantri penuh. 13 Januari 2013 berlalu begitu sahaja. 

-14 Januari 2013-
Hari yang penuh agenda. Pagi lagi, keluar mengambil Fatin Zahidah di kolejnya dan kami rempit ke Fakulti Sains Komputer untuk bertemu Penasihat Kelab, Dr. Zuriati bagi menandatangani kertas kerja LAKEPO yang mewarnai hari indahku semalam. Ya, sepenuh komitmen kucurahkan untuk menyempurnakan kertas kerja program ini. 
Alhamdulillah, syukur. Meskipun Dr.Zuriati tidak membalas mesej pesanan ringkas yang aku hantar namun beliau ternyata berada di bilik pejabatnya menanda kertas peperiksaan rupanya :)  Gitulah rutin sebagai pensyarah. Selesai semua itu. Kami berangkat ke Kompleks Mahasiswa. dari jauh terlihat barisan pelajar beratur di kaunter YES. Dalam ramai-ramai itu, mata tertumpu pada seseorang hamba Allah. Itu Nasrul. Jerit Fatin. Ya, Nasrul juga nak tuntut telefon bimbit YES rupanya. Rakan seqiyadah dalam KBM.
Kami menuju ke arahnya, mengkhabarkan bahawa kedatangan kami untuk menghantar laporan program TAHA'12 yang lalu. ( Laporan yang beliau bagi padaku untuk hantar, baru hari ini berpeluang untuk datang dan beri kepada BHEP ) Banyak sungguh amanah yang tertangguh dan alhamdulillah cuti semester yang baru bermula ini dimanfaatkan untuk menyempurnakan segala urusan ini. Moga Allah berkati detik masa ini. 

Selepas itu, Ina pun menyertai barisan pelajar yang panjang beratur ini. Sambil menyelam, minum air kan :)
Telefon bimbit percuma siapa yang tidak mahu, bukan? 
Ina yakin ramai yang belum tahu. Dengan rebat belia 1 Malaysia RM200 yang kerajaan berikan itu, kita boleh menebus telefon YES secara percuma. Caranya mudah. Pastikan syarat tuntutan riebat itu dipenuhi. Isi borang di web SKM dan boleh pergi menuntut di kaunter YES yang ada. Sementara stok telefon masih ada.
Dan pastinya, telefon ini menjadi hadiah di hari ulang tahun kelahiranku yang ke-23. 

Bertambah telefonku. Canggih tau buka kot tepi gitu :)
Terima kasih rebat RM200 belia 1 Malaysia.
Habis menebus rebat kami bergerak ke destinasi terakhir iaitu ke bagunan akademik UPM. Tempat yang dituju BHEP la. Hantar kertas kerja LAKEPO dan laporan program TAHA. Setelah melalui beberapa prosedur BHEP, alhamdulillah segala dokumen yang memenuhi masaku lewat dua hari ini selesai juga. Bebas. Maka Ina dan Fatin pulang bergayanya dengan telefon bimbit baru tersebut. Ina hantar kembali fatin zahidah di kolejnya dan kembali ke kolej. Solat Zohor. Aktiviti diteruskan dengan menanti ketibaan seorang teman.  Selepas itu, Ina keluar ke Jalan Tar untuk ke Kedai Bunga Riben. Kedai kegemaranku untuk membeli barangan kraf. Ini agenda untuk kerjaya musim cuti inilah untuk Kraf Ina Nailofar. Jenuh juga melewati kawasan KL yang penuh sesak padahal hari itu hari Isnin. Tetap sesak jalan. Selesai memborong barangan mentah untuk buat kraf, perut pun dah lapar. Yelah, dari pagi amat penuh jadualnya. 
Menghargai seorang teman yang sanggup teman Ina maka kami pergi makan di Restoran kegemaran di Bangi yang menyediakan pelbagai masakan berasaskan sup. Singgah solat Asar di Masjid Al-Hasanah, Bangi. 

Kembali ke UPM. Ohya, Ina dapat hadiah baju t-shirt muslimah dari teman akrab. Baju labuh muslimah keluaran Sinar Inspirasi Collections

Plastik baju saja yang sempat diambil gambar, hehe... Sehelai saja yang jadi hadiah , dua helai lagi beli. Harga runtuh dan support bisnes kawan :) 

Alhamdulillah, Ina sampai kolej elok-elok menjelang Maghrib. Rehatkan diri. Urus diri. Solat maghrib. Memang plan nak rehat malam itu. Kemas bilik. Tup...tup...fatin zahidah mesej. Kacau daun betul la. Dia ajak makan malam bersama saf qiyadah. kali terakhir dah katanya. Ina memang plan tak keluar jadi semua tudung sudah selamat didobi tadi. maka, tinggal tudung kena gosok (iron) punya. Kemalasan tiada tara. Tapi mengenangkan sesusuk insan yang hadir, fatin kata Izan dan Kak Amal pun ada maka Ina tak sampai hati nak tolak. maka, seusai solat Isya' Ina bergegas ambil fatin zahidah di kolejnya. Ina pakai tudung segera sahaja. Sebab fikir ini makan malam mujahidah sahaja. Rupa-rupanya semua saf qiyadah. Fatin! jadi geram dan malu juga. 

Sesuatu yang Ina tak sangka, rupa-rupanya mereka berpakat. Terkejut sangat apabila Nasrul datang bawa kek. Kalian ingat ulang tahun insan ini?
Kek pink :)
"Sanah helwah
ke-32
to Kak Ina
From KBM"


Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Fatin, Zul, dan Nasrul. Kalian sangat baik. Sungguh tak sangka semua ini. Meskipun lewat sehari, bak kata Zul, saja buat-buat lupa nak ucap semalam(masa mesyuarat) tetapi ketahuilah Ina tak harap pun semua tu. Tahun 2013 ini tahun transformasi, ceewah. Insya-Allah semoga lebih matang seiring pertambahan angka usia. Makan malam itu dihadiri oleh Saudara Muiz, Kak Amalina dan Mardiyah dari PKPIM Pusat. Terkedu Ina apabila diminta diberi ucapan sempena ulang tahun ini. Ya Allah, terima kasih. Terharu sangat diraikan sedemikian rupa. Lebih indah, ada tazkirah ingatan buat kita yang selalu lupa. Amanat untuk setia atas jalan perjuangan ini dan diakhiri dengan bacaan doa selamat. Alhamdulillah. Syukur atas segalanya. 
*****
Demikianlah coretan kenangan yang masih segar terakam di minda. Jujurnya, banyak adegan yang hilang. Namun, kubersyukur, terlaksana juga niat nak abadikan secebis kisah buat penguat perjuangan.
Terima kasih ya Allah, hadirkan teman-teman yang baik. Setia menemani walau kadang-kala banyak kerenah juga. Yang selalu bikin ketawa dan banyak lagi kenangan yang melatari saat-saat tika bersama. Semoga aku juga bisa mengingati hari lahir kalian. Tanda menghargai insan-insan yang berbudi. 
Ramai lagi yang namanya tidak kutulis. Terima kasih semua. 

Nota kaki : Semoga usia 23 tahun ini dapat kumanfaatkan untuk ummah. Insya-Allah. 

Segmen: Ayu's Felt Craft

06 February 2013


Lama tidak berblog, kembali dengan segmen bersama rakan blogger. 
Kali ini lebih istimewa kerana tampil dengan segmen dari penggemar felt juga.


Lagi bersemangat nak join sebab pemiliknya pelajar UPM juga.
Akhirnya kutemui penggemar felt dari kampus hijau ini.

Jom, support ayu's-felt-craft  :)