:: CoNtEnGaN Rasa ::

18 December 2009

Rentak yang bercelaru,
Kadang kala menggoyah payah,
Ketabahan jiwa yang ditakluki,
Namun,
Kekalutan itu kian,
Menghimpit derita rasa,
Seakan punah suatu harapan,
Dalam mencari erti kehidupan.

~Ina Nailofar~
11:11 am

:: CoNtEnGaN dEmi cOnTeNGaN 1::

13 December 2009

Hari ini terasa seronok sangat. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT; kuberjaya menghabiskan bacaan dua buah buku iaitu buku pertama berjudul 'Ubat Hati' dan novel 'Ladang Hati Mustika'.
Antara sedar atau tidak kedua-dua judul buku ini berkaitan 'hati' (",)

UBAT HATI merupakan karya Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood bersama Ida Ezyani Othman. Sebuah buku motivasi diri. Memang bersesuaian dengan minat Ina dalam lapangan kaunseling!hihi...

LADANG HATI MUSTIKA pula hasil nukilan Ummu Hani Abu Hassan yang merupakan mantan MPR! Buku ini telah lama Ina teringin untuk membaca, acapkali terlihat iklan dalam majalah Anis tentang promosi buku ini. Akhirnya, Allah SWT permudahkan langkah Ina dengan menemui buku ini di perpustakaan awam. Tidak mungkin Ina lepaskan peluang keemasan untuk meminjam dan mengembara isi kandungannya. Pada pendapat Ina, jalan ceritanya seakan berkaitan dengan kisah hidup dan pengalaman yang dilalui oleh penulis. Mungkin cerita benar, siapa tahu?hehe...nanti Ina ziarah blog penulis ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut! :)

Selesai dua buku ini, ada empat buah buku lagi yang sedia menanti! Ina bersyukur sangat dengan peraturan baru perpustakaan yang membenarkan seorang individu meminjam '4 buah buku dan sebuah majalah'. Maka, dapat la Ina bolot semua buku yang menarik perhatianku! :)

Esok, Ina akan mula bekerja! Agak awal kubekerja daripada target sebenar. Tawaran kerja yang 'baik' dan mejanjikan 'income' yang agak lumayan pada kaca mata Ina Nailofar, jadi, kukira tidak perlulah kumembuang masa memikirkan lagi. 4 hari bekerja, 2 hari cuti. Tidak tertekan sangat la kan. Cabaran yang harus kuhadapi adalah untuk melepak dengan membaca buku kegemaran dan berkarya! Tetapi seorang sahabat ada menasihatiku, walau sesibuk mana pun, setiap hari luangkan masa 1 jam menulis. InsyaAllah, akan kumanfaatkan setiap detik yang berlalu!

Projek untuk menukar imej blog ini akan kuteruskan sedikit demi sedikit. Daripada Imej lama "Kolej Hayat' yang menekankan perjalanan suka duka persekolahan ( fokus kehidupan pelajar STPM ), maybe akan berhijrah menjadi blog 'Muslimah berjiwa besar' pula. Hehe...Segala pautan ke wacana ilmu yang menghubungkan blog guru-guru STPM mungkin akan dibuang. Jauh disudut hati terasa sayang pula untuk mengubah segala isi yang asal kerana berkemungkinan boleh dimanfaatkan oleh adik-adik junior di SESS tetapi agak mengganggu penampilan dan stail projekku yang baru! Fikir sehabis baik Ina Nailofar! Berfikir seperti mana orang menyangka yang anda boleh berfikir. Ai, sukar juga untuk berfikir!hihi ( Berfikir pelita kehidupan )

Akhir kalam, doakan kudapat serasi dengan alam pekerjaan esok! :)

Salam kemesraan berutus senyuman.

:: CoNtEnGaN sEUsAi Exam ::

10 December 2009

Tamatnya Peperiksaan Bahasa Malaysia Kertas 2 tepat jam 4.00 petang tadi maka berakhirlah perjuangan pelajar-pelajar Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ( STPM ) untuk tahun 2009 ini. Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kudapat tempuhi 'exam' dengan baik, kesihatan juga sangat baik, dan moga-moga 'result' yang bakal kuperoleh juga terbaik! Mudahan-mudahan, InsyaAllah.
Usaha yakin berjaya!
Ku bertawakal kepada-Mu, Ya Allah.

Kelegaan jelas terasa. Kusangat pasti kerana sebaik kupulang dari sekolah saja telah masuk mesej "Merdeka! Merdeka! kiriman seorang rakan seperjuangan! ( sapa yea???biarlah rahsia, nanti malu pula Hamba Allah tue ) maklumlah.... Setelah hampir setahun setengah berusaha untuk menghadapi STPM, kini exam pun telah habis, jadi memang berhaklah untuk kami berehat dan menikmati kehidupan terkini.Hihi... :)

Banyak 'agenda' yang bermain-main difikiran. Namun, keperlu bijak merancang masa agar segala minat dan kegemaran yang kuingin lakukan dapat berjalan dengan lancar. Kuperlu memanfaatkan cuti panjang sementara menanti keputusan STPM 2009 ini dengan melakukan 'sesuatu' yang bermakna untuk masa hadapan. Sudah tiba masanya untuk kubertindak ke arah masa depan. :)

Kepada rakan blog yang mempunyai 'idea' tentang perkara apa yang boleh kulakukan sepanjang cuti panjang ini, bolehlah kalian utarakan. Pandangan dan sumbangan buah fikiran anda amat dialu-alukan! ;)

Sesuatu yang pasti, blog ini akan tampil dengan 'wajah baru' dalam jangka masa terdekat ini! Tunggu................... (",)

Sekian dahulu contengan malam ini...

:: MoTiVaSi 8 : SeLaMaT BerJuanG... ::

07 November 2009

Ini merupakan entri yang terakhir sebelum kuberangkat menghadapi 'HARI PEPERIKSAAN STPM 2009' yang akan bermula dua minggu dari sekarang. ( makin tiba saat itu...)

Peperiksaan akan bermula pada 23 November hingga 10 Disember 2009.
Ampun maaf dipinta kepada semua rakan-rakan andai terdapat sebarang khilaf sepanjang ukhwah fillah bersemi.


Setiap hari, pada hari-hari peperiksaan ini, BERJUANGLAH dengan IKHLAS dan BERANI. Lakukan yang TERBAIK. Hadapi dengan TABAH dan HATI YANG FOKUS sehingga akhir.

Betul2x
Kita yang baca buku bukan buku baca kita!
...........................

Jangan direnung letihnya usaha,

Akan tetapi, manisnya sebuah kejayaan.

ANGKATAN STPM 2009
Kini bersama dengan angkatan calon yang memikul bendera dan memakai lencana yang sama.

ANGKATAN ini harus saling cabar mencabar dan saling doa mendoakan.
ANGKATAN ini seharusnya terdiri dari orang-orang yang optimis. Termasuk diri anda, kerana seorang yang optimis akan nampak peluang di dalam setiap kesukaran. Manakala seorang pesimis, hanya nampak kesukaran di dalam setiap peluang.

HENDAKNYA, angkatan ini kekal berkeyakinan dan kekal bersemangat. Mara ke hadapan dengan pemandangan nikmat kejayaan yang bakal dicapai. Iaitu gambaran jelas dan terpampang di hadapan mata, menyebabkan hati berdebar-debar dan kulit badan meremang ( menggerunyut ).
BEKALKAN semangat juang anda dengan doa diri sendiri, doa ibubapa, doa guru-guru dan doa......Agar anda hadir di dalam peperiksaan dengan penuh mantap dan berupaya.
SUMBER
.: HALUAN SISWA MAGP :.

SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN,

MOGA-MOGA DENGAN IZINNYA,

KEJAYAAN CEMERLANG DALAM STPM 2009,
MENJADI MILIK KITA!

TENTUKAN SEBAIK-BAIK KESUDAHAN UNTUK KAMI.
AMIN YARABBAL 'ALAMIN

Nota penulis :-)
14 Hari lagi sebelum tiba di medan pertempuran.
Semoga bekalan ilmu dapat dimantapkan. Pecutan akhir!
Semoga segala Ibadah sunat yang kulakukan bukan semata-mata untuk menghadapi peperiksaan sahaja sebaliknya berterusan selama-lamanya. InsyaAllah.
Good Luck everybody!


~When u have difficulties in ur life,
dont say, "Oh My God, i have a big problem",
but say this, "hi problem, i have a Big God!"ALLAHUAKBAR...
Study while thinking of Allah is the key of success!
Gud luck fren (",)~

:: MoTiVaSi 7 : Tatkala semakin hampir detik itu... ::

24 October 2009

Makin tiba saat itu,
Hanya sebulan masa berbaki.
STPM 2009

"Orang yang berjaya adalah orang yang berbaik sangka terhadap usahanya dan menjangkakan akan kejayaan...apa yang dijangkakan dan disangka dalam hati adalah doa dalam senyap..."
-Razzi Al-Mansur.

Kuinsafi...
Segalanya milik-Mu.

Tiada daya dan upaya,
melainkan dengan izin Allah SWT.




:: MoTiVaSi 6 : MeSeJ Kak LanG AbaH ::


"Jika kita tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan, penyebabnya antara dua :-


1. Kita tidak inginkannya ( no burning desire )

2. Kita tidak membayar 'harga' yang sepatutnya untuk mencapai apa yang kita inginkan itu."


"Dalam menuju Jannah, do we have the burning desire? Are we willing to pay the price?

Ya Allah kepadamu aku mohon pertolongan."
***
"Ada perumpamaan yang menyamakan keadaan umat Islam hari ini seperti orang yang duduk di muka pintu. Masuk sepenuhnya tidak, keluar sepenuhnya pun tidak. Hanya bertahan di muka pintu - menjadi 'penghalang' orang bukan Islam untuk masuk ke dalam ( Islam )"
Semoga ALLAH memberi taufiq kepada kita dalam mengamalkan Islam sepenuhnya.
***
Barangsiapa dikalahkan musuh lahiriyah ( manusia ), dia mendapat pahala.
Barangsiapa dikalahkan musuh bathiniyah ( syaitan ), maka tertipulah dan menanggung dosa. Kerana syaitan dapat melihat manusia, sedangkan manusia tidak dapat melihatnya. Maka mohonlah perlindungan kepada RABB yang dapat melihat syaitan sedang syaitan itu tidak melihatNya.

:: CoNtEnGaN PeNGhaRgaAn 2 ::

Kali ini nak paparkan pula "Anugerah Pembaca Setia" yang Ina dapat dari Kak Jamilah.
Terima kasih daun keladi yea (",)
Walau sesibuk manapun, apabila Ina melayari internet pasti akan menerjah blog sesawang ni. Amat menarik blog ini pada kaca mata Ina Nailofar, seunik pemiliknya. Hihi...Jemput ziarah la blog ini yea...anda akan menemui 'sesuatu' yang istimewa hasil sentuhan kreatif seorang penulis muda ini yang InsyaAllah suatu hari nanti akan menggegarkan dunia penulisan melalui tarian penanya. Ina yakin akan kemampuan akak tersayang ni.
:: Ina doakan akak sukses menyiapkan novel sulung akak... :) ::
~ MPR'07 menemukan kita...laman maya menjadi saksi jalinan ukhwah kita ~

:: CoNtEnGaN PeNGhaRgaAn ::

15 October 2009

TQ Mamadam :)
Lain kali bagi lagi yea...hehe

:: MoTiVaSi 5 : SaJa SuKe-Suke... ::

10 October 2009

Penat meneroka alam maya,
Segala set soalan percubaan kuteliti,
Menjelang subuh,
Rileks minda seketika...
Sambil bermuhasabah diri.

Hearty berbisik...
Mengapa... ???


Zikir hearty...


Maka,
Berbicaralah hearty...



Sesungguhnya...
Allah SWT sedang berbicara denganmu,
Tentang sabar dan ikhlas...

Tentang Iman!


Setiap yang terjadi,
tersirat 1000 hikmah...




Kuakui kelemahan diri,
Segalanya milik-MU!


~Tika Hearty Berbicara~
INA NAILOFAR
06:05





WassaLam (",)







:: MOTIVASI 4 ::

Entri motivasi ke-4 ini Ina petik daripada kata-kata seseorang warga pendidik dari negeri Perak. Semoga bicara beliau ini memberikan motivasi dan semangat untuk semua calon STPM'09 khususnya saudari Ina Nailofar...hehehe


PECUTAN AKHIR 2009

~PETIKAN MOTIVASI DARIPADA CIKGU RASMAN BIN SAMSUDIN~

"Kini kita semakin hampir ke puncak usaha.
Saya telah bekalkan dengan soalan pecutan akhir skor A dan soalan percubaan beberapa negeri dengan skema yang hampir lengkap.
Saya tak mahu banyak bicara lagi.
Saya ingin tegaskan, saya amanahkan kepada kamu semua baca bahan-bahan tersebut ke semuanya........ saya ulang, ke semuanya.
Ini adalah usaha dan ikhtiar kita.
Alat hampir cukup dan lengkap.
Gunakan dengan semaksimum mungkin.
Elakkan rasa tension yang melampau.
Jangan kacau jiwa dengan perasaan yang bukan-bukan supaya tidak jiwa kacau.
Dekatkan diri dengan ALlah.
Banyakkan berdoa, solat hajat dan buatlah solat dhuha.
Elakkan maksiat sebab ilmu itu Nur dan nur tak boleh bercahaya dengan maksiat.
Saya yakin Allah akan bantu kamu.
Bantu kita. Yakin !!!Ingat, tiada kejayaan tanpa usaha.
Bila usaha perlu tawakkal dan sentiasa berdoa.
Saya sentiasa bersama kamu semua dalam doa saya."

Selamat berusaha. Gunakan masa dengan bijaksana.

TQ cikgu!
May Allah bless you...

Ina Nailofar
(",)

:: CoNtEnGaN dEmi cOnTeNGaN 2 ::

Alhamdulillah...
Tiada kata yang dapat kurakamkan,
Untuk menggambarkan kesyukuran ke hadrat-Mu,
Penjelajahan Ina untuk mencari soalan Trial STPM semua negeri,
Nyata terhasil!

Dengan izin-NYA kusinggah di blog Cikgu Rasman b. Samsudin,
Guru di SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, 32600 Bota, Perak ...

Terima kasih cikgu kerana bersusah payah mengumpulkan semua set soalan percubaan negeri kecuali negeri-negeri yang tiada peperiksaan bersama ( seperti Pulau Pinang...huhu)

Sememangnya membantu calon-calon STPM'09 membuat persediaan terakhir untuk memantapkan segala kekurangan yang ada terutama subjek SEJARAH! :)

Akan kusebarkan buat rakan-rakan di SESS...('',)

INA NAILOFAR
04:40

:: CoNtEnGaN dEmi cOnTeNGaN ::

Set Soalan TRIAL dari Negeri Perak telah selamat Ina terima pagi tadi.

Terima kasih diucapkan kepada rakan blogger, Saudari Nisa Nafisa dari SMK Raja Permaisuri Bainun Ipoh. Moga Allah SWT memberkati usaha murni saudari! :)

Teruskan berusaha Ina Nailofar!


:: CoNtEnGaN KeNaNGaN ::

09 October 2009



Dalam kesibukan rentak,
Mendepani cabaran hari muka,
Kulapangkan masa,
Mencoret sesuatu di laman maya ini,
Agar bisa dirujuk,
Pabila disapa angin rindu,
Kemudian hari...
Sepanjang pelayaran kenangan!
~F0rm 6 08/09~

.: Catatan Pengalaman :.

Pada 3 Oktober 2009 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Perpisahan Tingkatan 6 Atas SMKSE yang diadakan di Hotel Summit, BM. Majlis bermula sekitar jam 8.30 malam dan melabuhkan tirainya pada jam 11.00 malam. Turut memeriahkan majlis ini apabila PK HEM SMKSE turut serta mengorbankan masa hujung minggu untuk bersama dengan kami disamping guru-guru tingkatan enam yang lain. (",)

Pantas masa berlalu, Ina bakal mengorak langkah ke alam lain selepas ini. Huhu...akan meninggalkan zaman persekolahan yang banyak impaknya pada diri ini. Tempat jatuh bangun, meraih kejayaan dan penganugerahan. Tak kurang juga saat berduka dek kegagalan sebagai dugaan yang melanda diri. Namun segalanya kubersyukur kepadaMu Ya ALLAH kerana memberi ruang dan peluang untukku merasai semua ini. :)

Berbalik kepada acara malam Majlis Perpisahan Form 6 yang lalu, kemeriahan memang terasa dan Hotel Summit BM menjadi saksi ikatan ukhwah antara kami. Terma kasih kepada adik-adik junior ( Lower Six ) kerana menyediakan acara yang begitu happening buat kenangan terindah sebelum kami berangkat meninggalkan zaman persekolahan buat selama-lamanya. Huhu...Sedih pulak...hehe

:: Lensa kamera yang sempat dirakam ::
~ Penghargaan mantan Kelab Tingkatan 6 sesi '08/09 ~

~ Geng gadis melayu Upper Six '08/09 ~
Jejaka melayu?
Maaf yea, tahun kami tiada lelaki melayu yang sanggup berjuang STPM di SESS!hihi

Doakan kejayaan kami! :)

KONKLUSI : Tamatnya Majlis Perpisahan Pelajar Tingkatan 6 Atas SMKSE ini maka, tibalah masanya untuk kami berjuang habis-habisan sebagai persiapan menghadapi cabaran STPM di penghujung November nanti. Teruskan perjuangan...wassalam.


:: MOTIVASI 3 : CEKAL Dalam USAHA ::

24 September 2009

Perasaan takut dan gerun bukan setakat lumrah, malah perlu ada. Jika tidak ada, perlu dilontarkan ke dalam hati dan sanubari. Peranannya ialah untuk memetik tali kesedaran hati dan untuk menggerak akal fikiran yang lalai, agar membongkas jaga dan bergerak aktif mendorong usaha.

Sebaliknya perasaan sangsi dan ragu boleh mematikan dorongan-dorongan dan melumpuh cita-cita. Penawarnya ialah mesti dibina benteng dalam jiwa dengan kefahaman bahawa :

:: matlamat adalah satu

:: usaha yang bertali arus dan berkobar-kobar adalah senjata yang paling berkesan

:: peluang adalah terbuka untuk semua

:: susah payah dan letih lesu, adalah lumrah perjuangan

Sesiapa yang tidak cekal berjuang, dia tergolong di dalam golongan zalim, fasik dan penderhaka. Sesiapa yang tidak menghormati peperiksaan atau memperlekehkan peperiksaan, bererti menjadikan peperiksaan sendaan dan mainan. Bererti tidak mengenal batas kebenaran dan kebatilan.

Kesimpulannya, ketakutan ada kegunaannya. Tetapi penakut tidak ada sebarang guna.

~Disalin daripada Haluan Siswa~
"Pencetus Semangat dan Inspirasi"

:: Motivasi 2 : Tangga Kejayaan ::

Setiap calon peperiksaan, seumpama pendaki tangga.

Lepas satu tangga, diikuti anak-anak tangga yang lain. Takah demi takah :

Memanjat dengan kesukaran,
Memanjat dengan cekal,
Memanjat dengan sabar,
Memanjat dengan berani,
Memanjat dengan semangat,
Memanjat dengan kerelaan.

Tak bisa mengeluh dan mengutuk,
Tak bisa putus asa,
Tak bisa berubah haluan,
Biarpun pendakian ini, pahit getir semuanya,
Biarpun rakan karib bermasam muka,
Biarpun hubungan dengan dunia remaja hancur,
Namun segala itu remeh belaka.

Takah demi takah. Detik demi detik. Adegan demi adegan terus bersambung-sambung dalam satu arus, terus mengalir dan mencurah ke arah detik peperiksaan. Ke arah matlamat dan harapan yang suci.

~Dipetik daripada Haluan Siswa MAGP ~
"Pencetus Semangat dan Inspirasi"

:: Motivasi 1 : Ujian Sebelum Peperiksaan ::

Sebelum anda menghadapi ujian peperiksaan di penghujung perjalanan ini, anda sebenarnya sedang diuji =)

:: Diuji tentang komitmen dan penyerahan jiwa raga.

:: Diuji tahap kesabaran dan daya tahan, menempuh kepayahan.

:: Diuji ketaatan terhadap guru-guru dan kesetiakawan terhadap rakan-rakan perjuangan.

:: Diuji pautan rohani kepada Allah SWT dan ibu bapa.

:: Diuji dengan "berhala-berhala" berupa keseronokan yang bersifat sementara ( short lived ) seperti hiburan, kawan-kawan, tidur dan sebagainya.

KINI, anda telah berada di titik penghabisan yang tidak memberi ruang kepada anda untuk berpatah balik walau setapak pun. Teruskan usaha, tanpa dolak-dalih. Cabar diri.

~Disalin daripada Haluan Siswa MAGP~
"PeNceTus SeManGaT Dan InSPiRaSi"

:: CoNtEnGaN AiDiLfiTri ::

.: Diari Hari Raya :.

19 September 2009
Sesudah Subuh...bertolak balik ke desa tercinta ( Kg Pulau Panjang, Pengkalan Chepa, Kelantan ) Alhamdulillah, perjalanan ke sana dipermudahkan Allah SWT. Terasa lancar sahaja dan sekitar jam 12.00 tengah hari...selamat sampai di destinasi yang dituju.

Ketibaan kami disambut oleh sanak-saudara yang terlebih dahulu pulang awal berbanding kami. ('',) Lama tidak bersua, semuanya ceria-ceria belaka. Dengan izin Allah SWT dapat berbuka puasa bersama Bak dan Mak Tok.

20 September 2009
Hari Raya tahun ini lain acaranya berbanding tahun-tahun yang lalu. Mungkin tempoh kedewasaan mengubah segalanya namun Aidilfitri kian meriah pabila semua kaum kerabat sama-sama berkumpul untuk meraikannya. Paling manis, tiap kali bersalam-salaman dapat duit raya ( malu tapi mahu...hihi ). Kejutan turut berlaku di pagi raya tahun ini. All in memory.

23 September 2009
Hari Raya ke-4...Perjalanan pulang ke Pulau Mutiara.
Abah ada kerja yang perlu diselesaikan. Jadi, terpaksa akur la kesempatan beraya di kg. dipendekkan namun puas hati la kan. Pulang ke rumah, mood raya bertukar kepada mood study tetapi kawan-kawan ramai ajak gi raya bersama. InsyaAllah esok Ina luangkan masa bersama sebelum kubermula berpuasa enam hari di bulan Aidilfitri ini. Selepas ini, Ina bertekad untuk fokus study betul-betul. Bayangan STPM kian kelihatan. Kuharus manfaatkan masa sebaiknya.

TQ kepada semua yang bagi duit raya tahun ini.
Tahun depan genap 20 tahun, adakah peluang mendapat duit raya lagi?hehe...

Andai ini aidilfitri yang terakhir??? :)

:: Rayakan Aidil fitrimu Dengan Sunnah! ::

17 September 2009

Bulan Ramadan yang penuh keberkatan telah sampai ke penghujungnya. Kini Aidilfitri menjelang tiba. Aidilfitri disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan kerana itulah tanda bahawa perjuangan melawan hawa nafsu di bulan Ramadan telah berjaya.

Tapi ini bukan bererti perjuangan tersebut berhenti setakat itu sahaja sebaliknya amalan-amalan baik yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan wajar diteruskan dan amalan yang haram adalah ditegah. Namun dalam keghairahan dan kegembiraan menyambut hari raya yang mulia, umat Islam diingatkan agar jangan melampaui lunas-lunas dan batasan yang telah ditetapkan oleh Islam.

Ini kerana dibimbangi, hari raya yang dijadikan oleh Allah SWT sebagai anugerah kerana kejayaan hambanya beribadah dan berjuang melawan hawa nafsu selama sebulan bertukar menjadi hari untuk menghimpunkan dosa-dosa yang tidak dapat dilakukan sepanjang Ramadan.

Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya.

Antara amalan sunat yang juga merupakan Sunnah Nabi SAW menjelang Hari Raya ialah :-

  1. Bertakbir dan bertahmid kepada Allah SWT bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah SWT : "Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur" ( Surah al-Baqarah : 185 )
  2. Mandi Sunat di pagi hari raya.
  3. Memakai pakaian baru atau bersih.
  4. Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok.
  5. Memohon kemaafan dan keampunan kepada kedua ibu bapa, suami atau isteri ( jika ada ) dan ahli keluarga yang lain.
  6. Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid.
  7. Solat Sunat Hari Raya.
  8. Ziarah-menziarahi dan sebagainya.

Ketika sedang bergembira di hari raya, jangan dilupa pada golongan yang memerlukan. Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan Allah.

Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya, perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan amalan yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.

Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syarak mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika menziarahi sanak saudara. Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah.

Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah SWT.

~ Tulisan dipetik daripada Risalah Ramadhan PPD SPS ~


"MaSuK RaMaDhan SerViS ImAn, KeLuaR JadI MusLim BuDiMaN "
.: Lampiran :.
~Kad Raya yang paling Ina suka...comey sgt~
Penghargaan ni buat Kak faarihin (",)
TQ...


:: CoNtEnGaN sEUsAi TriAL ::

Alhamdulillah...
Dengan izin-Nya, cabaran Trial STPM'09 telah selamat kuhadapi...
Bagaimana perasaanku?
Puas hatikah dengan apa yang kujawab?
Sesuatu yang pasti,
Ku telah berusaha sehabis baik,
Kini...
Ku bertawakal sepenuhnya kepada Allah SWT...

Apa jua yang keputusan yang bakal kuterima,

Akanku iringi dengan senyuman...hihi
Ini janjiku.

.: Trial sudah selesai...lambaian STPM'09 kian menghampiri :.

Trial selesai jam 1.30 tengah hari,
Semua pelajar perlu ke Surau SMKSE untuk menghadiri Majlis Pemberian Duit Raya. :)
( Untung jadi budak sekolah...hehe )

Majlis yang mengambil masa 1 jam ini diakhiri dengan upacara bersalam-salaman antara guru-guru dan pelajar.
( sayup hati tika bersalam dengan cikgu-cikgu, di samping ucapan selamat hari raya, sempat mereka titipkan ucapan semangat untuk menghadapi STPM nanti...sedar tidak sedar, tak lama lagi kubakal meninggalkan alam persekolahan...huhu )


Ohya, hampir terlupa pula!
Selepas tamat kertas Pengajian Am tadi, Cikgu Solehah Abd Hamid datang memberi empat kad raya kepada Azzuana Ilmar. ( Rakan baikku ) Melaluinya disampaikan kepadaku...Agak-agak kad raya daripada siapa yea?

:: Kad Raya daripada Puan Masita Bt Rejab, PK 1 SMKSE ::

"Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Cikgu sentiasa doakan yang terbaik untuk Hazlina dan semua pelajar SMKSE.
Semoga Hazlina dan kawan-kawan mencapai kecemerlangan di dalam STPM nanti. Amin..."

Semoga bergembira menyambut Syawal yang mulia...

Komen Ina Nailofar = TQ ckg, x sangka ckg sempat reply kad rya...siap selitkan duit raya lagi...hihi...Banyak kenangan dgn ckg ni, yang paling indah tika di 6 Rendah yang lepas! :) Perkongsian pengalaman hidup dengan beliau yang juga bekas pelajar F6 berjaya meniupkan semangat untukku teruskan perjalanan STPM ini.

:: Kad Raya daripada Cikgu Solehah Abd Hamid, Guru BM F6 ::

"Dengan ingatan tulus ikhlas sempena ramadan yang dipenuhi rahmah dan Syawal yang indah...salam Lebaran! Terima kasih kiriman kad raya...akan lebih meriah jika ada kiriman baju raya, kuih raya, dan duit raya."

Salam Kasih Mesra,
Cikgu Solehah.

Komen Ina Nailofar = TQ cikgu sudi membalas...cantik sekali kad daripada USM tue...doakan Ina berjaya jadi cikgu then baru blh bg bju rya dll tue...syg ckg!

::: Terima kasih juga buat Cikgu Siti Hawa + Cikgu Masita + Ustazah Nurul Huda + pihak sekolah yang memberi duit raya tadi :) Agak awal dapat duit raya :p :::

Komen Ina nailofar = Banyak kenangan manis yang terukir hari ini...tahun depan, mampukah kukecapi nikmat ukhwah seperti ini lagi???Hanya Allah SWT yang tahu perjalanan kehidupan ini...
~ NiKmAt RaMaDhaN ~

:: CoNtEnGaN 22 RaMaDhAn 1430H ::

11 September 2009

.: SaLaM RamaDhaN Berutus SenYuMan :.

( Apa khabar IMAN kita ketika ini? )


Setelah mendapat rungutan daripada hamba-hamba Allah yang menyatakan perasaan hampa datang ke 'KoLeJ HaYaT' tetapi tiada entri terkini...Ina manfaatkan kelapangan masa yang ada ( yeke x busy??? ) tatkala insan lain enak dibuai mimpi indah ini untuk menconteng baris-baris kata buat pedoman bersama...hihi


Alhamdulillah...dengan izin Allah SWT, sempat Ina mengerjakan Solat Sunat Tarawih di Surau Taman Murai Jaya setelah beberapa hari Ina hanya mengerjakan secara bersendirian di rumah. Itu pun merupakan hasil cetusan idea seorang hamba Allah yang prihatin akanku...yelah, Ina banyak mengadu kepadanya masalah Ina di awal Ramadhan yang lalu...Selepas pulang daripada Tarawih Ina selalu mengalami kemalasan untuk study sedangkan Trial STPM'09 just around the corner...so untuk memastikan kelancaran study tidak terbantut dek sikap malas dan sering keletihan itu dan juga tidak terlepas mengutip pahala-pahala sunat yang bergelimpangan di bulan yang mulia ini, maka terhasillah idea bernas itu...Ina terima kerana ia relevan untuk Ina lakukan di saat-saat genting ini. Katanya, 'buatlah setakat mana yang Ina mampu'.


Syukur ke hadrat Ilahi, setelah 3 hari menghadapi cabaran "Trial STPM09" akhirnya dapat rest sekejap 2 hari ( yelah, cuti hujung minggu budak sekolah ) hihi...( sebab itulah semalam berkesempatan buat Tarawih berjemaah di Surau TMJ coz malam tu skip study jap...teruk kan perangai manusia ni???hihi...tambah online lak... :)


Apapun yang terjadi hari ini telah berlalu...

Esok yang bakal menjelma...Ina manfaatkan sebaiknya!
Pastinya persediaan untuk kertas seterusnya pula yang sememangnya menjanjikan cabaran yang lebih hebat untuk Ina.


Ingat Ina = "One step closer to university...everything begins with u and ur own hard work!"
Dalam kesibukan study...ada nawaitu nak beramal jariah juga...hehe...
Tahun ini Ina nak bagi 'kad raya' kepada 12 insan terpilih...
( agak-agak siapa yang bertuah??? )
Di bawah merupakan senarai nama penerima :-
( plan bagi Hari Jumaat depan, letak atas meja mereka saja...selepas usainya Trial STPM la )
1. Puan Solehah Abd Hamid ( Cikgu BM Ina yang paling berdedikasi di dunia )
2. Ustazah Nurul Huda Yusop
( Cikgu Tamadun Dunia & Tamadun Islam juga merangkap Guru Penasihat Persatuan Pendidikan Islam...maaf seandainya Ina x jalankan tugas Pengerusi PPI dengan baik)
3. Puan Norizan Yusoff
( Cikgu Sejarah Malaysia & Sejarah Asia Tenggara, penulis buku rujukan Sejarah F6 dan Guru Tingkatan 6 UUM )
4.Puan Rohana Shapii ( Cikgu Biasiswa, selalu buat baik dengan dia bila hujung2 bulan...hihi )
5. Puan Roni Samsudin ( Cikgu yang paling baik, macam kakak Ina sendiri la...suka belanja makan & pelawa tidur rumah dia yang cantik tue...hehe)
6. Puan Zurina Ismail ( Guru Penasihat Pengawas Keceriaan, sori yea saat2 akhir malas bertugas...hehe...)
7. Puan Saadiah Muda ( Dulu Cikgu Kimia Ina, sekarang guru penasihat PPIM...hope cikgu berpuas hati dengan Kem PUTERI yang lalu )
8. Puan Siti Hawa Abd Rahim ( Dulu Cikgu Biologi Ina...kini cikgu Rumah Sukan Hijau, maafkan Ina kerana malas buat tugas...haha )
9. Puan Mazani ( Cikgu Kelab SETIA...bagi sijil free kat Ina...x perlu jalankan tugas..hihi)
10. Puan Masita Bt Rejab ( PK Pentadbiran SMKSE )
11. Puan Rohana Salleh ( Guru Disiplin SMKSE yang paling bergaya dan garang )
12. Cik Azlinnor Hanim Abd Razak ( ckg add math ina time SPM'07 dlu... :) amat ina hormati )

***Buat kawan-kawan = kita mesej jelah...x sempat da nk btradisi kad raya...darurat ni...Exam!Cikgu2 lain la coz banyak nak kena minta maaf beradab sikit kan...

Kepada Emak tersayang...Puan Azizah Yusoff, Ina nak minta maaf juga coz tak sempat nak tolong mak balut hamper...tengok2 dah siap 20 hamper mak balut...hihi...mak memang rajin...sebab tue abah sayang sangat kan!hihi

Kak Yong dan Iwan seronok sakan nak balik raya kat kampung di Kelantan.
Mentang-mentang la sistem cuti poli bukan seperti budak sekolah da...sengaja nak menguji kesabaran Ina menghadapi Trial...huhu

Jumpa di Kelantan raya nanti... (",)

Tahun ini, kehilangan dua insan tersayang ( family belah mak ) iaitu Abg Bismi dan Moyang lelaki, Tok 'Ase... Al-Fatihah untuk mereka.


Rindunya nak kelik beraya di Kota Bharu, Kelate...
Tak sabar nak jumpa Bak & Mak Tok :)
Semoga Aidilfitri yang bakal menjelma menjanjikan sinar kebahagiaan buat kita sekeluarga!

Panjang pula contengan kali ini...hihi

Baiklah, dikesempatan ini Ina nak minta maaf seandainya terdapat silap dan salah sepanjang contengan dalam 'Kolej Hayat' ini...

Manfaatkan ruang masa di penghujung ramadhan ini untuk beribadah dan bertaubat, andai ini Ramadhan yang terakhir!

wassalam...




.: SELAMAT BERJUANG_TRIAL STPM'09 :.

27 August 2009

Pantas masa berlalu
Rasa hati
Bagaikan semalam
Usai menghadapi Midterm...
KINI,
Bayangan TRIAL STPM
Kian menghampiri...
Bersediakah aku?


INFO :
TRIAL STPM
SMKSE
9 - 17 Sept 2009

.: JADUAL :.

9 Sept = Pengajian Perniagaan 1
10 Sept = Sejarah 1
11 Sept = Bahasa Malaysia 1
14 Sept = Bahasa Malaysia 2
15 Sept = Sejarah 2
16 Sept = Pengajian perniagaan 2
17 Sept = Pengajian Am 1&2

...Renungkan...


:: SELAMAT BERJUANG CALON-CALON STPM 2009 ::


Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan
Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya
Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabaran
Bersama teman - teman
Harungi kehidupan
Oh indahnya
Berat rasanya
Di dalam jiwa
Untuk melangkah meninggalkan semua
Kasih dan cinta
Yang terbina
Ia akan selamanya
Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi ku akur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman
Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

~BROTHERS ~


SLaMaT bErJuAnG ShBt2 sUme x kiRe Kt MaNa2 POn Korg ..
jAdIkAnLaH ALLAH SbgI tMpt pERgANtUngAn UtAmA kiTa ..
ApAbILa ALLAH mEmBeRi kitA LaLuAn iTu,iNsyaALLAH ALLAH akAn MEnOLoNg KiTa M'hArUnGinYa ..
yAkInLaH pD ALLAH ..
IkHLaSkN HaTi dAn BErJuANgLAh dEmI ALLAH SWT






D : Doa
U : Usaha
I : Ikhtiar
T : Tawakal


Cuba sedaya upaya,
Better than the best...

:: Baiki kelemahan Midterm, tingkatkan pencapaian pointer, kekalkan kedudukan dalam kelas dan tingkatan ::
U can do it!
May Allah bless u :)

:: Tips Sihat Cara Nabi ::

Rasulullah SAW bersabda :

"Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dicintai Allah daripada mukmin yang lemah"
( HR MUSLIM )

.: BAGAIMANA INGIN SENTIASA SIHAT SEPERTI RASULULLAH SAW? :.

Ikuti tips -tips yang berikut :
1. Mandi Fajar ( di awal pagi )
2. Selalu bangun bertahajjud sebelum Subuh
3. makan dengan kadar yang betul
4. Tidak makan kecuali setelah lapar
5. Berhenti makan sebelum kenyang
6. Gemar berjalan kaki
7. Hindari sifat marah dan sentiasa memaafkan
8. Optimis dan tidak putus asa
9. Tidak iri hati
10. Banyakkan bersedekah dan beribadah
11. Senyum ceria selalu

.: REBUTLAH PELUANG BERADA DI DALAM PESTA IBADAH INI YANG DATANG HANYA SETAHUN SEKALI SAHAJA :.

"Selamat Meneruskan Puasa dan menggandakan ketekunan amal Ibadah"

:: E-Card Ramadhan ::

.: TQ bagi buah tangan ini MP :.
.: TQ Kak Ummu Hanani :.

.: TQ kad maya istimewa kak Khairunnisa :.

Terima kasih buat tiga orang kenalan blogger yang baru sahaja kukenali ini.
Moga Allah memberkati kalian...
Jom Imarahkan Ramadhan dengan amal Ibadah yang terbaik!

.: FADILAT RAMADHAN :.

20 August 2009

:: Fadilat ramadhan 1 ::

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


:: Fadilat Ramadhan 2 ::

Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam







:: Fadilat Ramadhan 3 ::
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur." Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."



~ SUMBER ~
Nur_Kasih ( Pengembara Cinta-Ku )








:: SANAH HELWA ~ Kak JamiLah + Kak DaYah ::

:. Selamat hari lahir kudedikasikan buat Kak Jamilah dan Kak Dayah ::
"Hari ini hari lahirmu, hari ini bertambah lagi usiamu, hari ini bertambah jua tanggungjawabmu, hari ini akan menjadikan dirimu lebih matang dek ujian yang akan mendatang. Hari ini akan menjadi saksi ketabahan dirimu melambung onak dan duri. Hari ini ALLAH telah memendekkan lagi jarakmu dengan-Nya. Semakin berkurang tempoh untuk beramal, semakin kubur mempersiap tempat untukmu, semakin bersedia malaikat maut datang menjemput, semakin dekat masa amalan dapat dihitung dan semakin hampir haruma firdausi atau AZABnya JAHANNAM"...Eid Milad said :)
~ Info ~
Kak Jamilah ( sweet 20 )
Besday : 20 Ogos 2009
Now, stdy kat UIAM
Kak Dayah ( sweet 21 )
Besday : 21 Ogos 2009
Now, stdy kat Uitm
Detik perkenalan kami bermula tika menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR'07)
Alhamdulillah...
Dengan izin Allah SWT
Ukhwah yang terbina berkekalan hingga ke hari ini...
Moga harun mewangi selamanya.
.: MPR 2007 ~ Dalam Kenangan ~ :.

.: Sekitar perjumpaan mantan MPR :.

.:. Happy Birthday Kak Jamilah & Kak Dayah .:.
( Besday dekat2 mudah nak ingat...hihi )