Tentang Seseorang...

29 May 2009

Doaku...

Moga kita sama-sama berjaya di dunia dan di Akhirat...

Berjaya mengharungi segala dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan Iman...
Kerana tapak Iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telah hilang...

Semoga cinta yang dicari telah ditemui...

Semoga Allah SWT meletakkan kita di bawah payung rahmat kasih-NYA

InsyaALLAH...

Sambutan Hari Guru SMK Simpang Empat ''Guru Pembina Negara Bangsa "

Ada gaya bakal 'guru' ke tak? hihi

Bergambar bersama Cikgu Habsah, penerima Anugerah Guru Paling Glamor

Perarakan Guru-guru menuju ke dewan

Pengacara Majlis, Ina dan Pja



'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'










Cuti Sekolah datang lagi...

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi, malam yang damai ini, dapat Ina luangkan masa mencoret sesuatu untuk dikongsikan bersama. Exam Midterm telah selamat ku tempuhi, tawakal sepenuhnya kepada Allah SWT....Ina dah buat yang terbaik, namun ku sedar masih banyak yang perlu ku perbaiki..."cara menjawab soalan, jawab apa yang ditanya bukan apa yang Ina tau k,"begitulah nasihat daripada seorang insan prihatin...hihi...pembahagian masa, 3 jam begitu pantas berlalu tika peperiksaan berlangsung...semua ini harus Ina perbaiki...

Jumaat ( 29 Mei 2009 )
Sambutan Hari Guru SMK Simpang Empat. Ina bersama seorang teman, Saudari Faezah ditugaskan menjadi Pengacara Majlis, memang meninggalkan pengalaman yang bermakna. Majlis pun berjalan lancar, cikgu-cikgu pun rata-ratanya berpuas hati...cayalah...haha
Tahun ini Ina berpeluang bagi hadiah kepada empat orang cikgu yang sememangnya rapat dengan Ina iaitu Puan Roni Samsuddin, Puan Solehah Abd Hamid, Puan Norizan Yusoff dan Puan Nurul Huda Yusop. Terima kasih cikgu atas segala tunjuk ajar, sokongan dan halalkan segala yang cikgu dah belanja kami tue ya...hihi...mesej terima kasih daripada Cikgu Solehah dan Cikgu Nurul Huda membuktikan mereka menghargai hadiah yang tak seberapa yang Ina berikan bersama seorang sahabat, Azzuanna Ilmar... :)
Agak-agak hadiah apa yea????shhh,rahsia....

Cuti sekolah tiba lagi...

Dapat la Ina menarik nafas sebentar...haha...antara agenda yang telah dirancang ialah pertemuan dengan rakan-rakan lama...reunion la katakan...balik kampung jumpa saudara mara dan study...persediaan untuk Trial STPM nanti...minggu kedua cuti pula Ina terlibat dengan Kem Integriti Remaja Tingkatan 6 yang bertempat di USM Seri Ampangan. Semoga Ina dapat input yang bermanfaat daripada program itu nanti...

Wassalam

Lama x bersua???!!!

10 May 2009

Agak lama tak menulis kat blog ni, selalunya online buka friendster jer...hihi...takda idea nak nuleh? tak juga...macam-macam boleh ditulis tapi tue la...malas?mungkin ya...hihi...

My Skol's life...baru habis exam MUET nie...yahoo...merdeka!!!last year amik dapat Band6...eh, silap lak...band3 ja...thats why try amik lagi tahun nie, nak repair r konon...tapi rasa cam tahun nie susah lagi berbanding tahun lepas...apa2 pun, usaha sudah...tawakal la...tunggu result nanti...

Minggu lepas, Ina dapat tawaran g 2 kem : 1 Kem Kepimpinan anjuran sekolah kat Pusat Rakan Muda Jawi n 1 lagi Kem Pembangunan Personaliti Belia kat pendang Lake Resort...agak2 Ina g yang mana??? hmm, mestilah g yang jauh punya... ; ) 'Jauh perjalanan tambah pengalaman...'hihi...memang bez kem nie, tambah kenangan indad in my life...wawawa

Minggu depan, 11 Mei 2009...budak lower 6 akan masuk...hingaq la blok kami tambah students lagi...huhu....pelbagai aktiviti yang dirancang, seperti program orientasi...hope semua berjalan lancar....minggu untuk membuli...haha...

Dalam masa yang sama, kena prepare study...midterm akan bermula 18 Mei nanti...doakan Ina yea...hihi...

:) ;p