Rentetan Perjalanan

20 February 2009

Pengalaman Pesta Pantun ( 3 tahun berturut-turut )

Tahun 2005, ku mula berjinak-jinak dalam bidang ini. Masih ku ingat ketika di SMK Seri Nibong, bakatku berjaya dikesan oleh guru Pantun iaitu Puan Azima Hassan. Takkan ku lupakan jasa beliau yang telah mengajarku teknik-teknik membuat pantun yang baik. Hasilnya, kumpulan pemantun kami telah berjaya mendapat Naib Johan ( tumpas di tangan MRSM Transkrian )
Gandingan mantap 4 Puteri SN; Kak Nazilah ( pemantun pertama ), Kak Mimi ( pemantun kedua ), Ina (pemantun ketiga ) dan Kak T-qah ( simpanan ).

Tahun 2006, ku beralih angin ke sekolah baru iaitu SMKSE ( faktor perpindahan, dekat dengan rumah so xpyh dok hostel,hehe…) Mungkin sudah ditakdirkan muka rezeki dalam bidang ini, ku turut terpilih untuk mewakili sekolah dalam Pesta Pantun. Kali ini lebih mantap dibawah tenaga pengajar yang berwibawa iaitu Puan Roni Samsuddin. Ku digandingkan bersama 3 senior F6 iaitu Kak Dayah, Kak Ismaliza dan Kak nadia. Ina jadi Pemantun Kedua. Walau bagaimanapun, kami gagal mendapat tempat ke final kerana telah bertemu MRSM ( tuan rumah dan juga johan tahun lepas ) di peringkat separuh akhir. Intihanya, hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga.

Tahun 2007, perjalanan pantunku memperlihatkan perubahan. Ina telah mengetuai pasukan dan terdapat seorang Putera dalam kumpulan pantun kali ini. Ku turut digandingkan dengan senior F^ ketika itu iaitu Kak Shuhada, Kak Sabarina dan Abang Imran. Berkat usaha, kami berjaya menempah tiket ke final. Walau bagaimanapun, rezeki lebih memihak kepada SMKANT, lagi sekali mendapat Naib Johan.

Dan tahun ini, Ina masih kekal dalm bidang ini. Mungkin tahun terakhir menyertai Pesta Pantun siapa tahu. Pemilihan ahli masih dibuat, persiapan awal sedang dilakukan. Moga dapat menhasilkan sesuatu yang lebih bermakna tahun ini.

Jika bukan sekarang…bila lagi???
Jika bukan kita…siapa lagi???
Kalau bukan di sini…di mana lagi???

Puisi Renungan

NIKMAT AKAL

Kitalah itu yang selalu melatah
Kerana tidak mahu belajar erti kesabaran
Menuntun hati
Menundukkan nafsu
Agar dapat gunakan mata dan gerakkan bibir semanisnya
Menjaga lidah agar tidak tergelincir
Daripada kata-kata yang sia-sia.

Kita itulah yang selalu melatah
Jarang guna akal
Dan sering hilang akal
Hingga buta
Pada fitrah hokum
Perkara makruh dan mungkar.

Justeru, gunakan
Nikmat akalmu
Dan kau akan tahu
Jalan kebenaran.

- Kolej Hayat -

Tazkirah

Dalam kehidupan untuk meraih kecemerlangan, kita perlulah ingat bahawa banyak yang bakal kita tempuhi. Allah berfirman : “ Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja ) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi?” ( Al-Ankabuut : 2 )

Dalam Surah Al-Baqarah ( ayat 155 ) pula Allah berfirman : “Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…”

“Sesungguhnya Malaikat Jibrail itu diutuskan bagi menyempurnakan hajat manusia. Apabila seorang kafir itu memohon. Allah memerintahkan Jinrail agar menunaikan hajatnya kerana Allah benci mendengar kata-katanya tetapi apabila seorang hamba Muslim yang dikasihi memohon, Allah memerintahkan Jibrail agar menahan, menangguhkan dan jangan disempurnakan dengan cepat hajatnya kerana Allah amat rindu akan suaranya…”

Dalam mencari kecemerlangan hidup berteraskan motivasi, ingatlah pesanan Imam Al-Ghazali. Kata beliau : “ Anakku, bila motivasi yang ada dalam dirimu hanya untuk mencari kemegahan duniawi, mengejar pangkat dan kedudukan serta hanya ingin mencari populariti antara teman-teman, alangkah malang nasibmu. Tetapi anakku, bila motivasimu ingin menghidupkan syariat dan misi Rasullullah SAW dan mengalahkan dorongan nafsu yang terus membawa manusia pada kejahatan, maka berbahagialah dirimu.”

10 Ciri-ciri Pembawa Obor Kecemerlangan

Menjadikan kehidupan suatu pengembaraan yang menyeronokkan.
Take charge kehidupan kita.
Menyedari bahawa diri sentiasa mempunyai pilihan dalam kehidupan.
Mengalami kecemerlangan sebelum ia dicapai.
Tidak membiarkan orang berakhlak rendah menjatuhkan tahap akhlak kita.
Berupaya merekacipta masa depan kita sendiri.
Menguruskan masa dengan bijaksana.
Berjaya menukarkan ketakutan diri kepada kecemerlangan.
Memberikan keutamaan kepada yang utama.
Berupaya menanamkan perasaan cinta, kasih dan sayang dalam kehidupan kita.
Amanah Sepanjang Tahun 2009

ü Ketua Pengawas Keceriaan
ü Pengerusi Pergerakan Puteri Islam
ü Pengerusi Persatuan Pendidikan Islam
ü Setiausaha Rumah Sukan Hijau
ü AJK Disiplin Kelab Tingkatan 6
ü AJK Aktiviti Persatuan Sejarah

Harapanku, semoga Ina dapat menjalankan tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya.
SMKSE…Segalanya bermula di sini…

Kelebihan Asma Ul-Husna

Perjumpaan ke-2 Pergerakan Puteri Islam SMKSE ( 18.02.09 Rabu, 7:30-8:50am )

Cikgu Saadiah Muda ( Guru Penasihat ) telah mengamanahkan ku untuk memberi tazkirah berkaitan ‘ Asma Ul-Husna’ sebagai pengisian rohani buat ahli-ahli pimpinanku. Alhamdulillah, hasil pertolongan seorang Hamba ALLah ni, Ina dapat segala maklumat yang benar-benar membantu untuk menjalankan tugasan ini.

Semoga dapat dikongsikan bersama rakan-rakan blog yang lain.


Kelebihan Asmaul-husna

Dari Abdullah bin 'Amr r.a,Rasulullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun 1 ayat..." Dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama.Sesiapa yang menghafalnya akan masuk syurga." ( Sahih Bukhari )

1."Ya Allah" - apabila dizikirkan sebanyak 500x setiap malam, terutamanya selepas solat Tahajjud @ solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 2."Ya Rahman" ( Maha Pemurah ) - apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x,maka hati kita akan menjadi terang,tenang & sifat-sifat pelupa serta gugup akan hilang dengan izin Allah. 3."Ya Rahim" ( Maha Penyayang ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari,Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 4."Ya Malik" ( Maha Merajai / Pemerintah ) - apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredai Allah. 5."Ya Quddus" ( Maha Suci ) - apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi @ setelah tergelincirnya matahari,maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit-penyakit hati seperti sombong,iri hati,dengki dll. 6."Ya Salam" ( Maha Penyelamat ) - apabila dizikirkan sebanyak 136x,InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar,sihat & sejahtera. 7."Ya Mukmin" ( Maha Pengaman ) - apabila dizikirkan sebanyak 236x,insyaAllah diri kita,keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan. 8."Ya Muhamin" ( Maha Pelindung / Penjaga ) - apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak,InsyaAllah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih. 9."Ya Aziz" ( Maha Mulia / Perkasa ) - apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat subuh,InsyaAllah kita akan menjadi orang yang mulia,disegani orang kerana penuh kewibawaan. 10."Ya Jabbar" ( Maha Pemaksa ) - apabila dizikirkan setiap pagi & petang,setiap musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah. 11."Ya Mutakabbir" ( Maha Besar ) - apabila dizikirkan sebanyak 662x,maka dengan kebijaksanaan bertindak,kita akan dapat menundukkan semua musuh,bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia. 12."Ya Khaliq" ( Maha Pencipta ) - dibaca mengikut kemampuan @ ebanyak 731x,InsyaAllah yang ingin otak cerdas,cepat menerima sesuatu pelajaran,amalan ini akan memberikan otak kita cerdas & cepat faham. 13."Ya Baari" ( Maha Perancang ) - sekiranya kita berada dalam kesusahan & sedang sakit,dibaca sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut,Insya Allah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut. 14."Ya Musawwir" ( Maha Menjadikan Rupa Bentuk ) - sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak,maka cubalah ikhtiar dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu.Sewaktu hendak berbuka,ambillah segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x,kemudian minum air tersebut untuk berbuka.Bagi sang suami,hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya berpuasa selama 3 hari.Kemudian sewaktu hendak berjimak,bacalah zikir ini sebanyk 10x,InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh. 15."Ya Ghaffaar" ( Maha Pengampun ) - sambil beri'tikaf dalam masjid.bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat,InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita. 16."Ya Qahhaar" ( Maha Menundukkan ) - dizikirkan mengikut kemampuan @ sebanyak 306x,maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah, orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya. 17."Ya Wahhaab" ( Maha Pemberi ) - dizikirkan sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barabf siapa yang selalu berada dalam kesempitan,InsyaAllah segala kesempitan @ kesulitan dalam apa soal pun akan hilang. 18."Ya Razzaq" ( Maha Pemberi Rezeki ) - dizikirkan mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh,InsyaAllah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat.Rezeli akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir. 19."Ya Fattah" ( Maha Pembuka ) - dizikirkan sebanyak 71x sesudah selesai solat subuh,InsyaAllah hati kita aka dibuka oleh Allah,sehingga mudah menerima nasihat agama. 20."Ya Aalim" ( Maha Mengetahui ) - dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, InsyaAllah aka mendapat kemakrifatan yang sempurna. 21."Ya Qaabidhu" ( Maha Penyempit Hidup )- Dizikirkan 100x setiap hari,maka diri akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman. 22."Ya Baasithu" ( Maha Pelapang Hidup ) - Bagi mereka yang berniaga @ mempunyai usaha-usaha lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini,InsyaAllah rezeki akan menjadi murah. 23."Ya Khaa'fidh" ( Maha Penghina ) - dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan bersuci, khusyuk & tawadu',InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah.Juga apabila mempunyai musuh,musuh itu akan jatuh martabatnya. 24."Ya Raafi" ( Maha Tinggi ) - dizikirkan setiap hari baik siang @ malam sebanyak 70x, InsayAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai @ di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian. 25."Ya Mu'izz" ( Maha Pemberi Kemulian / Kemenangan ) - dizikirkan sebanyak 140x setiap hari,InsyaAllah akan memperoleh kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan @ perniagaan. 26."Ya Muzill" ( Maha Merendahkan ) - Perbanyakkanlah ziir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya,InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali. 27."Ya Samii" ( Maha Mendengar )- Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari mengikut kemempuan, lebih2 lagi sesudah solah Dhuha,InsyaAllah doa akan mustajab. 28."Ya Bashiir" ( Maha Melihat ) - dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat,InsyaAllah akan menjadiakn kita terang hati, cerdas otak & selalu diberiakan taufik & hidayah dari Allah. 29."Ya Hakam" ( Maha Menghukum ) - dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan bersuci,InsyaAllah akan membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu2 agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu2 agama. 30."Ya Adllu" ( Maha Adil ) - dizikirkan sebanyak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil. 31."Ya Lathiif" ( Maha Halusi ) - dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan,InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju. 32."Ya Khaniir" ( Maha Waspada ) - dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari,terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman @ anak yang telah terpisah sekian lama. 33."Ya Haliim" ( Maha Penyantun ) - dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat @ apa saja, InsayAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar @ diungkit-ungkitkan @ tergugat. 34."Ya 'Aziim" ( Maha Agong ) - dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiup pada tangan lalu diusap2 pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, sayitan & sebagainya. 35."Ya Ghaffur" ( Maha Pengampun ) - bagi orang yang bertaubat,hendakalah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa2 & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah. 36."Ya Syakuur" ( Maha Pengampun ) - dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat,sebagai ucapan terima kasih kepada Allah,InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah.Lakukan setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak. 37."Ya 'Aliy" ( Maha Tinggi MartabatNya ) - untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal,tulislah zikir ini senbanyak 110x ( dalam bahasa ARAB bukannya bhasa MALAYSIA!!! ) lalu direndamkan pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya,InsyaAllah lama kelamaan otak anak akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi.InsyaAllah mujarab. 38."Ya Kabiir" ( Maha Besar )- Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas @ dilucutkan gara2 sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut2 dalam keadaan bersuci sebagai pengaduan kepada Alah.Lakukan sesudah solat tahajjud @ hajat. 39."Ya Hafiiz" ( Maha Pelindung ) - dizikirkan sebanyak 99x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila berada dalam hutan. 40."Ya Muqiit" ( Maha Pemberi Keperluan ) - Sekiranya kita berada dalam keadaan kelaparan seperti kita sesat dalam hutan @ dimana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini.InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang. 41."Ya Hasiib" ( Maha Mencukupi ) - untuk memperteguhkan kedudukan yang kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah, kedudukan kita akan teguh tanpa sebarang gangguan. 42."Ya Jaliil" ( Maha Luhur ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini 1/3 malam terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Anda seorang pegawai,maka tanpa disedari kedudukan kita akan lebih tinggi & terhoemat & begitulah seterusnya dengan izin Allah. 43."Ya Kariim" ( Maha Mulia ) - untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia & di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur.InsyaAllah Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini. 44."Ya Raqiib" ( Maha Pengawas ) - bagi meminta pertolongan daripada Allah terhadap penjaga barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan ini sebanyak 50x setip hari dengan niat agar barang2 yang dikhuatirkan yang berada di tempat2 yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lain.Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah... 45."Ya Mujiib" ( Maha Mengkabulkan ) - sesungguhnya Allah adalah zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat subuh.InsyaAllah doa kita dimakbulkan Allah. 46."Ya Waasi" ( Maha Luas PemberianNya ) - apabila berada dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah.Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita daripada hasad dengki sesama makhluk. 47."Ya Hakiim" ( Maha Bijaksana )- Bagi pelajar @ sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang2nya 300x setiap hari. 48."Ya Waduud" ( Maha Pencinta )- amalkan zikir ini sebanyak 11,000x setiap malam.InsyaAllah kita akan menjadi insan yang bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa dalam keadaan aman & harmoni. 49."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - untuk mententeramkan keluarga di mana setiap anggota sentiasa menyayangi & menghormati, khususnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebnyak 99x, sesudah itu hembuskanlah kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka.InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga. 50."Ya Baa'its" ( Maha Membangkitkan ) - zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua belah tangan ke dada, InsyaAllah tuhan akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah. 51."Ya Syahiid" ( Maha Menyaksikan ) - apabila ada di kalangan keluarga kita yang suka membangkang & sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya. 52."Ya Haq" ( Maha Benar ) - perbanyakkanlah zikir ini,InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah. 53."Ya Wakiil" ( Maha Berserah ) - sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat @ terjadi gempa, maka perbanyakkanlah zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala. 54."Ya Qawiy" ( Maha Memiliki Kekuatan ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berhadapan dengan si zalim. 55."Ya Matiin" ( Maha Sempurna Kekuatannya ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ia mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu. 56."Ya Waliy" ( Maha Melindungi ) - barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan @ kedudukan, maka amat elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki. 57."Ya Hamiid" ( Maha Terpuji ) - perbanyakkanlah zikir ini ebagai pengakuan bahawa Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian. 58."Ya Muhshiy" ( Maha Menghitung ) - sekiranya kita inginkan diri kita digolong di dalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah ( muraqabah ), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin selepas solat 5 waktu. 59."Ya Mubdiu" ( Maha Memulai / Pemula )- agar segala apa yang kita rancang akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiapa hari. InsyaAllah... 60."Ya Mu'id" ( Maha Mengembalikan ) - andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan hasilnya. 61."Ya Muhyiy" ( Maha Menghidupkan ) - amalkan zikir ini sebanyak 58x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberi kemuliaan darjat di dunia & akhirat kelak. 62."Ya Mumiit" ( Maha Mematikan ) - barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini,InsyaAllah akan dipermudahkan di dalam perniagaan, berpolitik & sebagainya. 63."Ya Hayyu" ( Maha Hidup ) - untuk mencapai kekuatan mental / batiniah di dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini. 64."Ya Qayyuum" ( Maha Berdiri Denagn SendiriNya ) - telah berkata Imam Ghazali ra bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dengan "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1000x setiap malam @ selang sehari.Hendaklah dilakukan secara berterusan, InsyaAllah akan tercapai segala hajat. 65."Ya Wajiid" ( Maha Menemukan ) - andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & kukuh pendirian, maka perbanyakkanlah zikir ini. 66."Ya Majiid" ( Maha Mulia ) - demi kecergasan otak & agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari. 67."Ya Waahid" ( Maha Esa ) - bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkan zikirkan ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama 1 bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, InsyaAllah... 68."Ya Somad" ( Maha Diminta ) - ketika dalam kelaparan akibat sesat @ kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin.InsyaAllah, diri akan berrasa segar. 69."Ya Qaadir" ( Maha Kuasa ) - apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari, InsyaAllah segala hajat akan berhasil. 70."Ya Muqtadir" ( Maha Menentukan ) - agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahiriah, maka berzikirlah dengan zikir ini sebeberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikr ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita. 71."Ya Muqaddim" ( Maha Mendahulukan ) - menurut imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata"Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil". 72."Ya Muahkhir" ( Maha Melambat-lambatkan ) - bagi meningkatkan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini. 73."Ya Awwal" ( Maha Pemulaan ) - barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 27x setiap hari, InsyaAllah segala yang dihajati akan diperkenankan Allah. 74."Ya Aakhir" ( Maha Penghabisan ) - amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solet 5 waktu selama 1 bulan, InsyaAllah tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal. 75."Ya Dhaahir" ( Maha Menyatakan ) - amalkan zikir ini sebanyak 1106x sesudah solat waktu di tempat yang sunyi ( khalwat ), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu. 76."Ya Bathinu" ( Maha Tersembunyi ) - seperti no. 75 juga, tetapi amalkan sebanyak 30x sesudah solat fardhu. 77."Ya Waaliy" ( Maha Menguasai Urusan ) - memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini. 78."Ya Muta'aAliy" ( Maha Suci / Tinggi ) - sekirnya kita berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi @ yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap.InsyaAllah dengan mudaj kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting2 akan berhasil. 79."Ya Bar" ( Maha Bagus [ Sumber Segala Kelebihan ] ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari.InsyaAllah segala yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah. 80."Ya Yawwaab" ( Maha Penerima Taubat ) - bagi orang yang selalu buat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus. 81."Ya Muntaqim" ( Maha Penyiksa ) - Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya kepada kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. InsyaAllah, kita akan mendapat pertolongan Allah. 82."Ya 'Afuww" ( Maha Pemaaf ) - barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya di akan diampuni segala dosanya oleh Allah. 83."Ya Rauuf" ( Maha Mengasihi ) - bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman @ sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini sebeberapa mampu sama ada waktu siang mahupun malam. 84."Ya Maalikul Mulki" ( Maha Pemilik Kekuasaan ) - seseorang pengarah @ ketua yang ingin kedudukannya kekal & tetap tanpadiganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat fardhu & 212x pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah. 85."Ya Zul Jalaali Wal Ikraam" ( Maha Pemilik Keagungan & Kemuliaan ) - amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah. 86."Ya Muqsith" ( Maha Mengadili ) - berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya. 87."Ya Jaami" ( Maha Mengumpulkan ) - sekiranya ada dikalangankeluarga kita @ isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin pada setip hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut.Dengan izin Allah, orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat. 88."Ya Ghaniy" ( Maha Kaya Raya ) - amalkan zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu mendapat berkat. 89."Ya Mughniy" ( Maha Pemberi Kekayaan ) - mintalah kekayaan yang bermnfat untuk kehidupan di dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai. 90."Ya Maani" ( Maha Membela / Menolak ) - andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang zalim & suka membuat angkara. 91."Ya Dhaarr" ( Maha Pembuat Bahaya ) - asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita dalam menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihadapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkan zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyakit itu akan cepat sembuh. 92."Ya Naafi" ( Maha Pemberi Manfaat ) - menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, brang siapa yang mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah. 93."Ya Nuur" ( Maha Pemberi Cahaya ) - menurut Sheikh Ahmad Muhammad As Shawi, barangsiapa yang mengkehendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikkan di dunia mahupun kebaikkan di akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang. 94."Ya Haadiy" ( Maha Pemberi Petunjuk ) - bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke sesuatu tempat tertentu, kemudiannya sesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsuaAllah akan diberikan pertolongan Allah & akan cepat lepas dari kesesatan tersebut. 95."Ya Baadii" ( Maha Indah / Tiada Bandingan ) - andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya serta berjalan lancar, maka birzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu.InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar. 96."Ya Baaqy" ( Maha Kekal ) - amalkan zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua pekerjan yang telah menjai punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi @ bankrap dengan berkat zikir ini. 97."Ya Waarits" ( Maha Membahagi / Mewarisi ) - sekiranya kita berzikir sebanyak 500x selepas solat fardhu @ sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah peda setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707x. InsyaAllah, berkat zikir ini Allah kan memberi peyunjuk sehingga usaha kita berhasil dengan baik & memberangsangkan. 98."Ya Rasyiid" ( Maha Pandai / Bijaksana ) - walaupun kita tergolong didalam golongan yang serdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi lebih cerdas. 99."Ya Shabuur" ( Maha Penyabar ) - agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka berzikirlah dengan zikir ini menurut kemampuan. Denagn sifat sabar & penuh pengharapan kepada allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai kejayaan.

Subhanallah!!!!!!! Indahnya Asmaul Husna......... Semoga bibir kita senantiasa dibasahi dengan Asmaul Husna ini disamping zikir-zikir lain yang kita ketahui. Wallahu 'alam... * Fadhilat ini dipetik dari buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, Keluaran Pustaka Ilmi. ******************************************************************************************* Doa-doa yang makbul: 1. Orang yang terdesak. 2. Orang yang teraniaya / di zalimi. 3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya. 4. Doa seorang muslim yang tidak membuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim. Tanda-tanda doa yang makbul: 1. Terasa sesuatu yang menakutkan. 2. Menangis tatkala berdoa. 3. Terasa menggeletar. Cara-cara berdoa 1. Besungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa." 2. Menghadirkan diri kepada Allah dengan penuh kekusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai. 3. Hendaklah makanan, minuman , pakaian & sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima malainkan yang baik belaka. 4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut. 5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta berselawat ke atas Rasulullah SAW & para sahabat. 6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu ( al - fatihah & sebagainya )

Selamat Beramal!!!

Diari 16/2-20/2/09

Rakaman Pengalaman

Minggu ini berlalu dengan begitu pantas. Kesibukan alam persekolahan semakin terasa. Di samping berperang dengan buku dan nota-nota STPM, masa banyak dihabiskan dengan penglibatan kokurikulum. Sememangnya bulan Februari ini dan Mac yang bakal tiba nanti merupakan Kemuncak Karnival Bahasa dan Sukan Tahunan Sekolah.
Semoga ku dapat menggunakan masa dengan bijak antara study dan kegiatan koko…

Hari Isnin – Waktu rehat ( Latihan Koir Bahasa Inggeris, gabungan kelas MUET 6 UM
dan 6 UUM )
- Latihan Rumah Sukan Hijau ( 4.30-6.00pm )

Selasa-Khamis – Selepas tamat kelas 2.30pm, bergegas ke Bilik Media
( Latihan Pantun hingga jam 3.30pm )

Hari Jumaat – Tamat kelas 12.30pm ( Latihan Forum Remaja hingga jam 2pm )
- Perjumpaan Pengawas Keceriaan ( Semak markah Keputusan Pertandingan Kebersihan
Kelas )

CINTA ANTA DAN ANTI

14 February 2009

CINTA ANTA DAN ANTI (oleh Ustaz Maszlee Malik)



“Sesungguhnya mukmin itu bersaudara” (Surah al-Hujuraat, ayat 10),“Tidak beriman seorang muslim itu sehinggadia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya” (Hadis Riwayat al-Bukhari)Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan ia juga menerangkan tentang tanggungjawab seorang Muslim kepada saudaranya yang lain. Selain kedua-dua ayat dan hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seorang Muslim mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya.

Perkataan “ukhuwah” yang bermakna “persaudaraan” sering dijadikan tema untuk persaudaraan ikhals yang bertunjangkan iman dan takwa ini.Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadi contoh teladan kepada generasi Muslim zaman moden. Inilah yang menjadi pengamalan anak-anak harakah Islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan Islam di tahun 70’an lagi.Kebangkitan Islam yang telah menemukan kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank Islam dan pelbagai lagi di atas nama Islam.

Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak pendukung-pendukung gerakan Islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat sekular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya baru di dalam fenomena kebangkitan Islam di Malaysia.Jika di awal kebangkitan Islam dahulu, dunia hanya dilihat sebagai hitam dan putih. Kehidupan di dalam dunia ini di waktu ini hanya dilihat sama ada berpihak kepada Islam ataupun Jahiliah.

Di alaf ini, dunia tidak lagi hitam dan putih dan bukan lagi Jahiliah versus Islam. Perjalinan di antara apa yang ada di dunia dan apa yang ada di dalam nas telah menyaksikan pelbagai kesan. Ada yang positif dan ada yang negatif. Antara yang terkesan dengan fenomena yang baru ini ialah persoalan “ukhuwwah”.Cinta Remaja DakwahSebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah, isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang adalah persoalan cinta. Alaf yang serba unik ini telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di”islamik”kan seperti mana bank-bank, institusi- institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah “Cinta Ukhuwwah”. Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup, naqibah-naqibah usrah dan merekan yang menggunakan ganti nama “ana-anta dan ana-anti”.Sms, Yahoo messenger, e-mail dan lain-lain kemudahan ICT telah menjadi penghubung utama cinta “anta-anti” ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan Islam. Bermula dengan kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy-bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar, kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa.

Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai…kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan dikosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid Melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk bombastic berbaur cinta asmara. Hakikatnya. Fenomena cinta “anta-anti” ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa di pertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat, wal’iyadhubillah…Salah Faham Ukhuwwah fillahTeringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh seorang Pak Lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari-raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh Pak Lebai tersebut.Tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti di setiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata “Ukhuwwah fillah kekal abadi…”. Sekali lagi makna ukhuwwah di salah gunakan.Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu “jemaah” dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui e-mail, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu “jemaah” dengan mereka. Aduh…lagi hebat daripada filem “Love Story” yang pernah popular di tahun-tahun 70’an dahulu.

Yang pasti, sekali lagi tema “ukuwwah fillah” menjadi “camouflage” ke atas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran Islam ini.Dalam satu insiden yang lain pula, seorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga.Sekali lagi slogan ukuwwah fillah menjadi lapik dan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur, dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, maka si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan “trend” percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai’ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertai jemaan yang lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka…ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi, kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung liitup. Jika di zaman 70’an dahulu, nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop “kafir” dari pendukung dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan “Abuya”nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta anta-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan bersongkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat krpada beliau. Sayangnya, atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, akak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah “kawan”nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keyuan wajah gadis tersebut “Ukhuwwah fillah membawa ke Jannah”.Persoalannya, adakah fenomena ini cukup sihat? Adakah ia sudah cukup islamik? Atau penuliskah yang ketinggalan zaman sehingga naïf terhadap trend muda-mudi masa kini? Ataupun fiqh islamiyy juga perlu diubahkan untuk disesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap “sihat” atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.



(Majalah I, Febuari 2006, ms 72-74)

SEKADAR RENUNGAN

Bicara Si Dia...

Adikku..

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi,bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja,bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya.

Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu,kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.Adakah semudah itu kau ingin menyerah diri pada sang kumbang?

Renunglah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya.Dari kejauhan keharumanya mencuri perhatian.Kilauan warnanya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun,lantaran pagaran duri yang berbisa itu,sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya..

Adikku..
Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki.Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan,jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tidak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si Mawar Berduri.Sesungguhnya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu,

“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.“ Adakah kau mahu menjadi penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah duhai adikku sayang,
Ingatlah bahawa ciri2 seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan.
Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.

Yang tertutup itu indah adikku…

Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus,suci,mahal dan berharga buat kumbang yang terpilih yang telah dijanjikaan Allah buatmu

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhoan Allah,bertunjang ilmu dan kebenaran,bersulam akhlak penuh menawan,sesungguhnya,wanita solehah menjadi idaman setiap insan soleh bernama Adam,
”Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…”

Ya Allah jadikan kami Bidadari syurga..


Buat adikku yang kukasihi fillah..

Apabila kita bersahabat dengan lelaki, ingatlah ada dua pilihan terbentang..
Pertama...Kita jadi seperti kelapa..Mudah diperoleh..Diparut...diperah..Dan diambil santannya..Lepas itu hampasnya dibuang...
Kedua..Kita menjadi sebutir mutiara..Berada di dasar lautan..Tersimpan rapi..Dilindungi kulit..Bukan senang nak lihat..Apa lagi mendapatkannya..Hanya orang yang bertuah..Berusaha menyelami dasar lautan...Dapat memperolehnya..Harganya mahal sekali..Dan ia akan tersimpan selamanya..
Jadi....Kita yang bertanggungjawab untuk memilih
sama ada hendak menjadikelapa ataupun mutiara..(",)


puteriku,
kau Muslimah Sejati
Wahai Puteri Lihat nun di sana Islammu kini ketandusan pembela Bersama sendu mengalir lesu Tertunggu-tunggu mujaddid baru Kembangnya kini diulit sepi Tiada lagi Rijaludin sejati

Wahai puteri
khidmatmu dinanti Ummah derita engkau pengubatnya Kelembutanmu penawar sengsara Engkau penyeri Islam dan tamannya Tanganmu bakal menggoncang dunia

Namun ingatlah Puteri
Ilmu perlu dicariBuat bekalan dalam perjuanganmu nanti Pembimbing diri dari thagut dibenci Tuntutlah seikhlas hati

Wahai PuteriKau Muslimah sejati Teguhkan iman taqwamu di hati Taqarrub billah takhta peribadi Amalmu menjadi bukti Sabarmu dikagumi Pasrah pada IlahiRedha menghadapi mehnah Rabbul Izzati
Usah ditangisi takdir yang sudah pasti Pengorbananmu kan disanjungi
Puteri Solehah Mujahidah Ansarullah Berbekal iman, taqwa, sabar dan redha Berilmu beramal berkhidmat berjuang Berkorban agar Islam kan gemilang Bersama Puteri Islam takkan sepi Subur disirami harum mewangi
Wahai Puteri kau Muslimah sejati.....






Khas buat adikku..

Kubiar kalam berbicara
Mengurai maksudnya di jiwa
Agar mudahku mengerti
Segala yg terjadi sudah suratan illahi

Kubiarkan pena menulis
Meluahkan hasrat dihati
Moga terubat segala
Keresahan dijiwa
Tak pernah kuiingini

Aku telah pun sedaya
tidak melukai hatimu
mungkin sudah suratan hidupku

kasih yang lama terjalin berderai bagaikan kaca
oh teman maafkanlah diriku

Tuhan, tunjukkan ku jalan
untuk menempuhi dugaan ini
teman maafkanku jikaku melukaimu
moga ikatan ukhuwah yang dibina keakhirnya