2nd Anniversary Giveaway by DAS

30 January 2012

Dengan semangatnya saya kembali mengemas entri blog ini dengan menyertai GA di sini.
Dianjurkan oleh  Dewi's Artwork Station

Kenapa kek di bawah nampak cantik?sebab ia sweet... tahniah, sentuhan idea kraf yang sangat kreatif :)

Perhatian... 
.::Open to Malaysian only::.

Giveaway ini diadakan sempena 'Hari Jadi' Dewi's Artwork Station ke-2
 Hanya perlu ikuti beberapa syarat penyertaan yang mudah.
Semua orang berpeluang cerah untuk menang!


itu saja...
Giveaway ini dah berlangsung sejak 5 Januari 2012 yang lalu lagi..Tetapi maklumlah, excited focus Final Exam(yeke Ina??hehe) sampai terlepas pandang giveaway ini...Tergerak hati buka blog tadi, baru perasan kewujudannya.  Lepas baca entri yang digam tu cepat-cepat tengok jam antik kat dinding. Alhamdlulillah..sempat lagi nak sertai. Sebab tarikh tutup pada 31 Januari 2012 jam 12 tengah malam. 

Saya support --------->> giveaway ini. Meskipun menyedari tarikh tutup kian tiba, namun, selagi ada peluang...selagi itu perlu dimanfaatkan! Semoga berjaya! :)

Nota kaki = Dengan izin Allah SWT, inilah giveaway kedua yang saya sertai. Pengalaman pertama lalu telah mengukir kenangan yang indah sebab saya yang bertuah! TQ Allah...TQ Kraf Malinja. 

MOTIVASI SEORANG SAHABAT

10 January 2012


Salam imtihan berutus senyuman :)
Final Exam Ina tinggal 1 paper lagi. Kawan-kawan yang lain macam mana?

Untuk memugar kembali semangat untuk berjuang hari Khamis ini, Ina nak muhasabah seketika...yelah paper terakhir ni ada gap skit jadi banyak cabarannya..hehe  Tidak seperti paper sebelum ini yang berderet macam kereta api laju je...tup tup usai 6 paper...haha

Ok la, nak ambil motivasi dari kisah kecekalan seorang sahabat di bawah :)

Namanya Cik Fazielah Gulam...

~ Dia 'accident' beberapa hari sebelum Final Exam. ~

Yea, dia terlibat  dengan kemalangan yang mengakibatkan dia perlu berkeadaan seperti di atas. 
Dari seorang gadis normal  yang riang ria berjalan hingga berkerusi roda seperti di atas.
Namun, lihat? seperti dalam gambar...dia masih mampu tersenyum manis di hadapan kami.

Kukagumi ketabahannya...tiada satu paper pun yang dia missed. Semua paper setakat exam hari ini dia datang ke tempat peperiksaan dalam keadaan begini. Dengan luka yang belum kering, masih jelas air bisa. Dapat rasa kepedihan dan kesakitan yang dialami. Memang mengundang ketidak selesaan menghadapi peperiksaan. Itulah realiti yang sedang dia hadapi. 

So, Ina...Bersyukur la dengan nikmat sihat yang dikecapi kini. Apa yang ditunggu lagi, terus tekunlah mendepani paper terakhir ini.

Teruskan perjuangan!

Nota : Semoga Zie terus kuat dan bersabar di atas dugaan ini. 
Bear in mind, everything happens for a good reason! May Allah bless you.

BAUCER BUKU 1 MALAYSIA

Terlalu lama membiarkan kotak emel itu berhabuk. 
Baru-baru ini tiba-tiba ingatan berpaling pada kotak itu.
 Bila buka, memang banyak la emel yang menyerbu.
Antaranya.....


Emel dari Popular ini amat menarik hati, hehe
Maklumlah, ini merupakan satu-satunya kedai buku kegemaran tika zaman muda-muda dulu.  Tambahan pula, kupunya kad keahlian di sini. ( cuma sudah expired...kena renew la untuk dapat potongan diskaun )

Baiklah, kebanyakan buku mahu beli di sana. Ada juga yang mahu dibeli di Kedai DBP. 

Terima kasih kerajaan, baucer ini amat bermakna. Jom guna secara berhikmah.  J

***

Nota : Semalam pergi MPH MidValley, teman dua sahabat memborong buku. Dah ada nampak jelas buku-buku impian, cuma bersabar hingga jumpa Popular..hehe    
Lebih tepat hingga habis Exam. Noktah.  


Pemenang MAAL HIJRAH FREBIES (^_^)

08 January 2012

Salam Tahun Baru 2012 J

Pejam celik, pejam celik, sudah lapan hari kita di tahun baru.
Bagaimana permulaan hidup rakan-rakan BLOGGER di awal tahun?

--------->> Perjalanan hidup Ina Nailofar pula?
Lafazkan kalimah itu,
 lafazkan kalimah syukur, "Alhamdulillah." J

--------->> Siapa sangka penyertaan Ina dalam 'Maal Hijrah Freebies'
 anjuran Kraf Malinja telah menjadi tuah kepada Ina. Rezeki awal tahun.

Berikut papan notis pengumuman pemenangnya : KEPUTUSAN MAAL HIJRAH FREEBIES‎(◕‿◕✿)

Sejambak terima kasih kepada Kraf Malinja. 
Semoga tahun baru HIJRAH ini menjadi titik penyegar ke penerokaan bisnes serta kreativiti yang lebih gemilang. Semoga berlipat ganda rezeki Kraf Malinja.  

Jom support Kraf Malinja! J

Fb Rasmi Kraf malinja : Jemput ziarah
Fb Bos Kraf Malinja : Kak Amalina
Blog Kraf Malinja

--------->> Berita kemenangan ini menambahkan semangat Ina untuk menekuni pelajaran menghadapi Final Exam ini. Alhamdulillah, setakat ini 6 paper telah berjaya dilepasi. Tinggal 1 paper lagi pada 12 Januari nanti. Mohon doa kalian agar segala urusan mendapat restu dan redha Illahi. Cuti semester ini boleh buat kraf. Lama tak membuat kraf. Sangat rindu akan dunia kreatif ini. Terima kasih Kraf Malinja kerana merealisasikan hasrat ini. Terima kasih ALLAH, takdir ini sangat indah. Alhamdulillah. J